latar belakang

15
September 25, 2013 [PANASONIC IDEA FOR LIFE] 1.0 LATAR BELAKANG Panasonic Corporation Panasonikku Kabushiki-gaisha ) ( TYO : 6752 NYSE : PC ), dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. Matsushita Denki Kabushiki-gaisha ), ialah sebuah perbadanan multinasional yang bertapak di Kadoma, Jepun . Perniagaan utamanya terletak dalam bidang pembuatan elektronik di bawah pelbagai jenama termasuk Panasonic dan Technics . Panasonic diasaskan pada tahun 1918 oleh Konosuke Matsushita yang mula-mulanya menjual soket lampu dupleks. Pada tahun 1927, syarikat ini menghasilkan lampu basikal, iaitu keluaran sulung yang dipasarkannya dengan jenama National. Syarikat ini mengendalikan kilang-kilang di Jepun dan seluruh Asia sehingga akhir Perang Dunia II, menghasilkan komponen- komponen dan kelengkapan elektrik seperti kelengkapan lampu, motor, dan seterika. Selepas Perang Dunia II, syarikat ini sempat berkumpul semula lalu melambungkan semula ekonomi Jepun dengan kelengkapan elektrik dan juga basikal. Adik ipar Matsushita's, Toshio Iue mengasaskan Sanyo sebagai subkontraktor komponen selepas Perang Dunia II, sebelum berkembang menjadi pesaing kepada Panasonic. Selama 90 tahun sejak penubuhannya, nama syarikat ini sentiasa bermula dengan ("Matsushita"); sebelum dinamakan semula pada 1 Oktober 2008, namanya ialah "Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.", yang dipakai sejak tahun 1935. Page 1

Upload: yuni-wahyu

Post on 21-Nov-2015

567 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

LATAR BELAKANG

TRANSCRIPT

panasonic idea for life

September 25, 2013[panasonic idea for life]

1.0 LATAR BELAKANG

Panasonic CorporationPanasonikku Kabushiki-gaisha) (TYO:6752NYSE:PC), dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. Matsushita Denki Kabushiki-gaisha), ialah sebuahperbadanan multinasionalyang bertapak diKadoma, Jepun. Perniagaan utamanya terletak dalam bidang pembuatanelektronikdi bawah pelbagai jenama termasuk Panasonic danTechnics.Panasonic diasaskan pada tahun 1918 olehKonosuke Matsushitayang mula-mulanya menjual soket lampu dupleks. Pada tahun 1927, syarikat ini menghasilkan lampu basikal, iaitu keluaran sulung yang dipasarkannya dengan jenamaNational. Syarikat ini mengendalikankilang-kilangdi Jepun dan seluruhAsiasehingga akhirPerang Dunia II, menghasilkan komponen-komponen dan kelengkapan elektrik sepertikelengkapan lampu,motor, danseterika.Selepas Perang Dunia II, syarikat ini sempat berkumpul semula lalu melambungkan semula ekonomi Jepun dengan kelengkapan elektrik dan jugabasikal. Adik ipar Matsushita's, Toshio IuemengasaskanSanyosebagai subkontraktor komponen selepas Perang Dunia II, sebelum berkembang menjadi pesaing kepada Panasonic.Selama 90 tahun sejak penubuhannya, nama syarikat ini sentiasa bermula dengan ("Matsushita"); sebelum dinamakan semula pada 1 Oktober 2008, namanya ialah "Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.", yang dipakai sejak tahun 1935.Pada tahun 1927, pengasas syarikat menerima pakai jenama "National" untuk keluaran lampu terbarunya, sempena perkataan Inggeris "national" yang bererti "kebangsaan."Pada tahun 1955, syarikat ini melabelkan pembesar suara dan audionya dengan jenama "PanaSonic" untuk tujuan eksport, iaitu kali pertama jenama "Panasonic" digunakan. Syarikat ini mula menggunakan jenama "Technics" pada tahun 1965. Penggunaan begitu banyak jenama ini bertahan berpuluh-puluh tahun lamanyaPada tahun 2003, syarikat ini menjadikan "Panasonic" sebagai jenama globalnya, sambil memperkenalkan cogan kata "Panasonic ideas for life."Syarikat ini mula menyatukan jenama-jenamanya kepada "Panasonic", dan pada Mac 2004, menggantikan jenama "National" bagi keluaran-keluarannya di luar Jepun.Pada 10 Januari 2008, syarikat ini mengumumkan hasratnya untuk menukar namanya menjadi "Panasonic Corporation" (bermula 1 Oktober 2008) serta menyatukan jenama "National" di Jepun kepada jenama sedunianya "Panasonic" (sehingga Mac 2010). Penukaran nama ini diluluskan oleh mesyuarat pemegang saham pada 26 Jun 2008.

2.0 PERANCANGAN ( PLANNING) ANALISA SWOTKelebihan Mempunyai jenama yang telah kukuh Syarikat yang telah lama bertahan di dalam pasaran Melahirkan barangan yang berkualiti Mempunyai pekerja yang berkemahiran dan berdedikasi Mempunyai pelabur yang mampu bertahan lama Mempunyai cawangan yang banyak di beberapa buah negara Memiliki fungsi barang yang berkualitiPeluang Mempunyai pelabur diseluruh dunia Dapat menubuhkan dan memperkenalkan barangan syarikat Memperbaharui produk yang sedia ada dan mewujudkan produk-produk baruKelemahan Banyak barangan yang sama jenis wujud di Malaysia Banyak persaingan daripada syarikat-syarikat lain. Contoh phillipAncaman Banyak peniruan produk syarikat (barangan tiruan) Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia Kedudukan pasaran barangan atau produk di pasaran

ANALISA KELEBIHAN-PELUANG (S-O)Syarikat panasonic boleh menggunakan pekerja yang kemahiran dan berdedikasi sebagai peluang untuk mewujudkan barangan baru dan memperbaharui barangan yang sedia ada bagi meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat. Syarikat penasonic juga dapat menyediakan barang mengikut citarasa pengguna dan boleh menagaut keuntungan dengan tinggi dengan adanya barang yang dikehendaki oleh pengguna.ANALISA KELEMAHAN-PELUANG (W-O)Banyak peniruan produk syarikat (barangan tiruan) yang dihasilkan dalam pasaran gelap. Ini merupakan kelemahan dan memberikan peluang kepada syarikat ini untuk lebih berhati-hati seterusnya mendaftarkan barangan tersebut dibawah Hak Cipta Terpelihara. Kedudukan pasaran barangan atau produk di pasaran. Ini akan menyebabkan pelanggan beralih arah untuk menggunakan barangan dan produk syarikat. Ia juga memberi peluang kepada syarikat ini untuk melakukan inovasi terhadap produk tersebut atau menghasilkan produk yang baru. ANALISA KELEBIHAN-ANCAMAN (S-T)Dengan adanya kelebihan dalam menyediakan barang, syarikat panasonic kemungkinan dapat mengawalkan kestabilan ekonomi.Kelebihan yang ada kepada syarikat tersebut akan dapat mengeluarkan barang yang menjadi citarasa pengguna dengan ini dapat mengawal persaingan yang berlaku dalam pasaran.ANALISA KELEMAHAN-ANCAMAN (W-T)Kelemahan yang sering berlaku dalam pasaran adalah barang yang sama jenis ini akan menyebabkan pelanggan akan berubah arah untuk membeli barang yang sama jenis dari syarikat yang lain. Banyak persaingan daripada syarikat-syarikat elektronik yang lain seperti Philip, Singer, dan syarikat yang mengeluarkan barangan ini. Ini akan mewujudkan persaingan dan mengancam sesebuah perniagaan.

3.0 PENGORGANISASI (ORGANIZATION)Syarikat menggunakan strategi campuran pemasaran untuk meluaskan perniagaan. Selain itu, taktik dan program tindakan campuran pemasaran digunakan supaya syarikat ini terus berkembang. Perlaksanaan strategi dan taktik memerlukan pemasar memimpin semua sumber manusia dan bukan manusia untuk mencapai objektif. Selain itu, semasa proses perlaksanaan, pemasar perlu memastikan setiap strategik dan taktik yang dirancang dilaksanakan secara efisien dan efektif. Ini memerlukan syarikat menghasilkan mekanisme kawalan untuk mengawal, memantau dan menilai proses pelaksanaan.Setelah mengenalpasti kemampuan organisasi dan mempunyai sasaran jangka pendek dan sederhana, organisasi perlu memikirkan kaedah atau cara untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan kepada kemampuan organisasi. Liputan strategi yang hendak direka bentuk dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu strategi sigmentasi dan campuran pemasaran. Straegi sigmentasi merujuk kepada usaha organisasi untuk menempatkan produk dan organisasi dalam pasaran.Selain itu, perlu mengenalpasti pasaran sasaran atau segment pasaran, pemasar juga perlu menetapkan kedudukan produk dan organisasi di minda pengguna. Syarikat Panasonic perlu mengenalpasti segmen pasaran yang hendak didekati dan cara bagaimana hendak mendekati dan menempatkan dalam minda pengguna.Walaubagaimanapun, untuk mereka bentuk strategi, pemasar perlu membezakan antara strategi umum dan strategi khusus. Langkah ini hanya memerlukan pemasar mereka bentuk strategi umum, iaitu strategi produk, harga, pengedaran dan komunikasi pemasar.

4.0 PENGARAHAN/KEPIMPINAN (LEADING)LEMBAGA PENGARAH PANASONIC MANUFACTURING MALAYSIA BHD

I. TAN SRI DATUK ASMAT BIN KAMALUDINBerumur 64. Malaysia. Tan Sri Datuk Asmat adalah Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah sejak 29 Ogos 2001. Tan Sri Asmat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1966 dan kemudiannya memperolehi Diploma Program Integrasi Ekonomi Eropah dari Universiti Amsterdam. Tan Sri Asmat mempunyai kerjaya yang cemerlang di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ("MITI") selama 35 tahun sehingga persaraan beliau sebagai Ketua Setiausaha pada Januari 2001. Tan Sri Asmat juga mempunyai pendedahan yang luas dalam kedua-dua domestik dan sektor perdagangan antarabangsa dan pada MITI. Beliau bekerja dengan badan-badan antarabangsa seperti ASEAN, WTO dan APEC dan sedang giat yang terlibat dalam organisasi kebangsaan seperti Johor Corporation, SMIDEC dan MATRADE. Tan Sri Asmat juga menganggotai Lembaga beberapa syarikat swasta dan merupakan Gabenor (Pengarah) JACTIM Foundation, sebuah pertubuhan bukan keuntungan. Beliau baru-baru ini dilantik oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mewakili Malaysia sebagai Gabenor Lembaga Pentadbir Institut Penyelidikan Ekonomi untuk Asean dan Asia Timur.

II. NAOYA NISHIWAKIBerusia 49 tahun. Berasal dari Jepun. Encik Nishiwaki telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Syarikat pada 11 Mei 2007. Encik Nishiwaki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Industri dari Wilayah Osaka University pada Mac 1981. Encik Nishiwaki menyertai Matsushita Electric Industrial Co, Ltd ("MEI") pada bulan April 1981. Beliau mempunyai lebih daripada 27 tahun pengalaman melalui pelbagai jawatan dalam bidang kejuruteraan pengeluaran, kawalan pengeluaran, pemerolehan, pemasangan, pembuatan bahagian-bahagian dan bahagian perancangan Bahagian Vacuum Cleaner Panasonic / Matsushita, Jepun dan Amerika Syarikat ("AS") antara tahun 1981-2007. Antara tugasan kerja di luar negara, Encik Nishiwaki adalah Pengurus Panasonic Syarikat Penjagaan Floor di Amerika Syarikat 1990-1996 dan Presiden anak MEI ini Mexico, Panasonic Home Appliances de Mexico, SA de CV. Sebelum menyertai Syarikat pada Mei 2007, Encik Nishiwaki adalah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Panasonic Peralatan Rumah Syarikat Amerika. Encik Nishiwaki tidak mempunyai pegangan saham dalam Syarikat dan syarikat yang berkaitan. Beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan pemegang saham utama Syarikat, mahupun sebarang konflik kepentingan dengan Syarikat. Encik Nishiwaki menghadiri kesemua Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan dan dia juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

III. RAJA DATO SERI ABDUL AZIZ BIN RAJA SALIMBerusia 69 tahun. Berasal dari Malaysia. Raja Dato 'Seri Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 1 April 2002. Pada masa ini, Raja Dato 'Seri juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Ganjaran. Raja Dato 'Seri adalah seorang Akauntan Berkanun. Raja Dato 'Seri Abdul Aziz mula berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai akauntan pada tahun 1965. Raja Dato 'Seri Abdul Aziz kini memegang jawatan pengarah dalam Jerneh Asia Berhad, Camerlin Group Berhad, K&N Kenanga Holdings Berhad, Gamuda Berhad, PPB Group Berhad, Tasek Corporation Berhad, Southern Steel Berhad, Amanah Saham Mara Berhad, Jerneh Insurance Berhad, Kenanga Unit Trust Berhad dan Kenanga Investment Bank Berhad. Raja Dato 'Seri juga berkhidmat dalam Lembaga Pengarah beberapa syarikat swasta.

IV. RAZMAN HAFIDZ BIN ABU ZARIMBerusia 53 tahun. Juga berasal dari Malaysia. Encik Razman telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 21 Jun 2004. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Ganjaran. Encik Razman lulus dengan Ijazah Kepujian-Bersama dalam Ekonomi dan Perakaunan, BSc (Econ) dari University College, Cardiff, University of Wales dan merupakan seorang Akauntan Berkanun. Beliau adalah Ahli Fellow Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales dan Ahli Institut Akauntan Malaysia. Encik Razman mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan, penggabungan dan pengambilalihan, kewangan korporat dan perundingan pengurusan. Beliau telah bekerja dengan firma-firma perakaunan bertauliah di UK dan Malaysia dan merupakan Rakan dalam menjaga Amalan Consulting Pengurusan Price Waterhouse, Malaysia (kini dikenali sebagai PricewaterhouseCoopers). V. RAMANAIDU A/L SEMENCHALAMBerusia 57 tahun. Malaysia. Dr Ramanaidu telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat pada 5 April 2004. Beliau memperolehi beliau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pada tahun 1994 dan Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pembangunan Organisasi pada tahun 2007. Beliau menyertai Syarikat pada tahun 1973 dan mempunyai 35 tahun pengalaman dalam Akta Perhubungan Perusahaan fungsi Sumber Manusia dan Dr Ramanaidu adalah Ahli Majlis Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Kumpulan Industri Elektrik Majikan (EIEG) dan Pengerusi Panasonic Pengurus Sumber Manusia Kumpulan di Malaysia. Pada masa ini, beliau bertanggungjawab untuk Sumber Manusia dan Korporat Hal Ehwal fungsi Syarikat. Dr Ramanaidu mempunyai kepentingan langsung dalam 500 saham Syarikat tetapi tidak mempunyai pegangan saham dalam syarikat bersekutu.

VI. SOH BENG KUANBerusia 50 tahun. Malaysia. Cik Soh telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat pada 5 April 2004. Beliau adalah seorang Ahli Bersekutu Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah sejak tahun 1994 dan Ahli Bersekutu Institut Juruaudit Dalaman Malaysia sejak 2008. Beliau juga adalah Ahli Bertauliah Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia. Cik Soh menyertai Syarikat pada Februari 1978 dan mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan fungsi-fungsi perakaunan Syarikat. Cik Soh memegang jawatan sebagai Setiausaha Syarikat Bersama dari 2004 hingga 2007. Pada masa ini, beliau adalah bertanggungjawab bagi Risiko Korporat dan fungsi Audit Syarikat sejak Oktober 2007. Cik Soh mempunyai kepentingan langsung dalam 504 saham Syarikat tetapi tidak mempunyai pegangan saham dalam syarikat bersekutu.

VII. CHEN AH HUATBerusia 48 tahun. Malaysia. Encik Chen telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat pada 5 April 2004. Encik Chen memegang Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Kuantan pada tahun 1981. Beliau menyertai Syarikat pada tahun 1981 dan mempunyai 27 tahun pengalaman dalam operasi pembuatan pelbagai produk peralatan rumah. Pada masa ini, beliau bertanggungjawab untuk kilang pengurusan operasi dan fungsi perolehan bagi Peralatan Rumah Syarikat dan Bahagian Bateri Kering. Mr Chen juga mengawasi fungsi Audit Dalaman Syarikat. Encik Chen mempunyai kepentingan tidak langsung dalam Syarikat kerana isteri beliau memegang 2,000 saham-saham di dalam Syarikat tetapi tidak mempunyai saham dalam syarikat bersekutu. Encik Chen menghadiri kesemua Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

VIII. HIRONORI OTSUKABerusia 59 tahun. Jepun. Encik Otsuka telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat pada 1 April 2007. Encik Otsuka siap kajian kejuruteraan kilang dari Ogata Technical High School pada tahun 1968. Beliau menyertai Matsushita Bak Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Matsushita Ekologi Systems Sdn Bhd atau "MESC"), anak syarikat milik penuh MEI Mac 1968. Antara 1968 hingga 1996, Encik Otsuka memegang pelbagai jawatan dalam Electric Fan Bahagian, Pengudaraan dan Air Bahagian Peralatan Kualiti dan Korporat Bahagian MESC dengan jawatan terakhirnya sebagai Pengurus Pejabat Perniagaan Luar Negara MESC pada tahun 1996. Encik Otsuka merupakan Pengarah Matsushita Bak (Thailand) Co, Ltd (kini dikenali sebagai Sistem Ekologi Panasonic (Thailand) Sdn Bhd) pada tahun 1997 dan kemudiannya pada tugasan di luar negara di Hong Kong dari 2001 hingga 2005. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman dalam pengeluaran kejuruteraan, pembangunan perniagaan di luar negara dan pengurusan perniagaan peminat dengan Matsushita Jepun, Thailand dan Hong Kong.

IX. NOBUYUKI KOCHIBerusia 44 tahun. Jepun. Encik Kochi telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat dan ahli Jawatankuasa Imbuhan pada 28 Jun 2007. Encik Kochi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kobe Mac 1986. Beliau menyertai MEI pada April 1986 dan telah memegang pelbagai jawatan di Jabatan Perakaunan daripada Peralatan Elektronik Bahagian, Matsushita Industrial Equipment Co Ltd ("MIECO"), sebuah anak syarikat MEI dari November 1991 hingga Februari 1995. Encik Kochi telah diposkan kepada anak syarikat UK MEI ini, Matsushita Industrial Equipment Co (UK) Ltd sebagai Ketua Perakaunan Pengurus pada bulan Februari 1995 dan juga Pentadbiran Pengurus Besar pada April 1999. Pada bulan April 2002, beliau telah ditugaskan sebagai Penolong Penasihat Jabatan Perakaunan Ibu Pejabat di MIECO / MEI. Pada Februari 2004, Encik Kochi menyertai Sumber Manusia Pasukan Pembangunan Kumpulan Perakaunan Korporat, MEI dan dinaikkan pangkat ke majlis sebelum menyertai Syarikat pada Jun 2007.

X. DATUK SUPPERAMANIAM A/L MANICKAMBerusia 63 tahun. Malaysia. Datuk Supperamaniam telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat dan ahli Jawatankuasa Audit pada 1 Januari 2008. Datuk Supperamaniam Ijazah Sarjana Muda Sastera ( Kepujian) dalam Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1970. Beliau menyertai Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik Malaysia pada Oktober 1970 dan telah dihantar ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ("MITI") sebagai Penolong Pengarah. Beliau telah berkhidmat dalam sivil perkhidmatan selama 33 tahun dalam pelbagai kapasiti dan telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha MITI dari 1997 sehingga rasminya bersara pada Mac 2000. Datuk Supperamaniam menghadiri kesemua Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan selepas pelantikan beliau ke Lembaga Pengarah. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

XI. TAKEO ENDOBerusia 51 tahun. Jepun. Takeo Endo telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Syarikat dan seorang ahli Jawatankuasa Pencalonan pada 1 April 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Tohoku, Jepun pada bulan Mac 1979. Beliau menyertai MEI, Jepun pada April 1979 dan telah sejak mendapat pengalaman yang luas dalam jualan dan pemasaran di Asia, Timur Tengah dan Kawasan-kawasan Eropah. Pada tahun 1994, beliau telah ditugaskan ke Panasonic UK Ltd sebagai Pengurus Besar Jabatan Perancangan dan merupakan dinaikkan pangkat kepada Pengarah Bahagian Pengguna pada tahun 1998. Pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Panasonic Deutschland GmbH dan dihantar ke Bahagian Pemasaran Korporat bagi Peralatan Home MEI, Jepun pada Januari 2005. Beliau mempunyai 28 tahun pengalaman dalam jualan, pemasaran dan fungsi-fungsi pengurusan. Beliau menyertai Syarikat ini syarikat bersekutu, Panasonic Malaysia Sdn. Bhd sebagai Pengarah Bahagian Pemasaran Pengguna pada bulan Jun 2007 dan memegang jawatan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd berkuat kuasa mulai 1 April 2008.

5.0 PENGAWALAN (CONTROLING)Syarikat telah membahagikan kepada beberapa pengawalan antaranya adalah pengawalan pemasaran. Pengawalan ini perlu dikawal dan dipantau bagi memastikan setiap langkah, strategi dan taktik pemasaran yang dilaksanakan beruapaya mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.Syarikat telah menjalankan pelaksanaan kawalan yang terbahagi kepada tiga, iaitu mekanisme kawalan, pemantauan dan penilaian. Dalam mekanisme kawalan syarikat telah menggunakan empat kaedah iaitu kawalan pelan tahunan, kawalan keberuntungan, kawalan kecekapan dan kawalan strategi. Tetapi syarikat ini telah membuat penyediaan belanjawan tahunan dan penyata kewangan proforma dalam organisasi kerana kaedah ini adalah paling mudah dalam pengawalan aktiviti pemasaran.Perlaksanaan yang kedua adalah pemantauan. Kaedah ini bagi memastikan segala yang dilaksanakan selaras dengan apa yang telah ditetapkan dalam peringkat awal pelan pemasaran. Menerusi pemantauan ini, organisasi atau pengurus dapat memerhati dan menyelia semua aktiviti pelaksanaan agar menepati perancangan awal.Pelaksanaan yang lain adalah penilaian dari segi prestasi. Penilaian ini bertujuan unutuk meningkatkan kemampuan sumber manusia dan untuk mengukur sejauh mana pelaksanaan menepati perancangan, maka langkah membandingkan hasil sebenar pelaksanaan dengan hasil yang dijangkaan perlu dilaksanakan.

6.0 KESIMPULAN/CADANGANSebagai kesimpulan, syarikat ini perlulah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembuatan yang berorientasikan produk dan ditambah dengan penekanan kepada pembangunan kemahiran dan latihan mempunyai motivasi kakitangan untuk terus memupuk bakat dalam bidang masing-masing tanggungjawab berfungsi. Hal ini akan membawa perubahan positif dalam sikap dan pemikiran pekerja untuk melaksanakan yang lebih baik, yang menyebabkan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Seterusnya juga hal ini akan meningkatkan keuntungan dan akan menggerakkan syarikat ini ke mata dunia. Untuk mengatasi cabaran-cabaran utama, Syarikat perlulah meningkatkan keberkesanan kos, meningkatkan ketangkasan perniagaan untuk mengemudi Syarikat ke tahap yang seterusnya kecekapan operasi dan memastikan inovasi dalam sektor perkilangan proses untuk memenuhi fleksibiliti permintaan dan rantaian bekalan. Selain itu juga, mengekalkan pelanggan yang komited dan setia kami Panasonic akan dapat menggurangkan kos dalam pengeluaran dan promosi dalam mencari pelanggan baru.Dalam meningkatkan prestasi perniagaan syarikat digalakkan untuk lebih berkomunikasi dengan pelanggan dan ini mempercepatkan pertumbuhan yang menguntungkan serta dapat meningkatkan nilai untuk para pemegang saham, pelanggan dan pekerja. Selain itu juga, kualiti produk Syarikat perlulah ditingkatkan. Syarikat boleh meningkatkan kualiti tersebut melalui peningkatan dalam Penilaian Produk Sistem pembangunan produk menyeluruh, reka bentuk dan pembuatan, visualisasi dilaksanakan oleh sistem penggera dan diperkukuhkan kawalan kualiti pembekal, yang bertujuan untuk menggalakkan segera dan telus pentadbiran yang berkualiti.Dalam mengakui kemampanan dan kemakmuran Syarikat pekerja adalah individu yang paling penting bagi syarikat. Syarikat boleh memperkenalkan sistem penilaian baru dengan komunikasi dua hala, waktu kerja fleksibel dan menawarkan insentif khas bagi pekerja yang memperoleh pengetahuan dalam pemasangan, kemasan dan kemahiran suntikan, tindakan yang sesuai telah diambil untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh pekerja melalui Tinjauan Pendapat Pekerja.

7.0 LAMPIRAN

Page 1