lari pecut

3
5 Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara- acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

Upload: cik-miza-mizot

Post on 15-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

olahraga lari pecut

TRANSCRIPT

5

Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-

acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan

lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter .

Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika

padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat)

yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang

mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam

pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

6

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan

Permulaan Gaya peluru: i. Berdiri di blok, rapat kepada garisan

ii. Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan

iii. Letakkan kaki di blok

iv. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan

v. Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan

c. Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok

belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki

Hadapan

c. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher

a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.

b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu

sama lain, diletak di belakang garis permulaan.

c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

7

ii. Fasa Sedia a. Badan diangkat dan condong ke hadapan

b. Kedua tangan lurus menahan berat badan

c. Kaki belakang hampir lurus

d. Kepala pandang hadapan

iii. Fasa Berlepas

a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta

tahap rendah

b. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya

c. Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter,

kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah

d. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini

e. Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap

kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan

iv. Fasa penamat

a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah

untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar.

Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.

b. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi

garisan penamat.

c. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan

d. Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari

mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor

pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara

ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.