lari pecut

16
SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos ‘ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di

Upload: alissonkiki

Post on 17-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Lari pecut

TRANSCRIPT

Page 1: Lari Pecut

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang

pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam

kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi

semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan

melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.

Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos ‘ berjarak 384 (192 meter x 2 )

diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang

keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.

Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan

blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan

husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad

19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan

dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi

masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan

dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling

baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian.

Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama

dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.

Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai

kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki

sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di

Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald

Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari

Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada

Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden

dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood

merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter

diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah

Page 2: Lari Pecut

pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,

Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan

dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene

Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah

diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan

masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat

masa 48.94 saat pada tahun 1978.

PADANG

FASA-FASA PERGERAKAN

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1) Fasa permulaan

2) Fasa larian (Fasa pecutan, Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan, Fasa

larian di selekoh)

3) Fasa penamat

Page 3: Lari Pecut

A. Fasa Permulaan

Bukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak

variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:

1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)

2. Gaya sederhana (Medium Start)

3. Gaya Panjang (Elongated Start)

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.

b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

2. Gaya sederhana

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.

b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.

b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

MEMULAKAN LARIAN DENGAN BLOK

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.Terdapat

banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya, yang

dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne,

1985).

Page 4: Lari Pecut

Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:

1) Gaya peluru

- Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan

diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian

hadapan blok hadapan.

2) Gaya sederhana

- Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang

dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3) Gaya panjang

- Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari

bahagian hadapan blok hadapan.

PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT

Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to

championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini

melibatkan ukuran panjang kaki.

Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah

Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55

Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42

Contoh = 86 cm

Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm

Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm

Page 5: Lari Pecut

PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH

Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu

penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok

diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke

garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.

B. Fasa Pecutan

Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok

permulaan.

KEDUDUKAN TANGAN:

Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk

dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di

beIakang garis mula.

KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:

KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan

dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan

badan condong ke hadapan.

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:

Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas)

dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.

Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke

hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90

darjah.

LUTUT

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki

hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara

30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.

Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Page 6: Lari Pecut

TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan

berlaku awal dalam larian.

Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila

seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh

tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari

pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh

atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk

Page 7: Lari Pecut

memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa

'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.

Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke

dalam

C. Teknik Penamat

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter

lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m.

Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati

garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan

bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

ALATAN

1. Trek Larian 400m

2. Blok Permulaan

3. Button

Page 8: Lari Pecut

LATIH TUBI

AKTIVITI-AKTIVITI WAJIB

Aktiviti berikut perlu dilakukan setiap kali mengadakan latihan lari pecut:

A. JALAN MENENDANG KAKI KE BELAKANG

i. Jalan seperti biasa.

ii. Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa

berlari - bengkok pada siku dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang bertentangan

dengan kaki di hadapan.

iii. Setiap kali mengangkat kaki - tumit kaki

ditendang ke belakang dan ke atas seolah-olah ingin menendang punggung sendiri.

iv. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter - pusing, patah balik

dengan pelakuan yang sama.

v. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

Page 9: Lari Pecut

B. JALAN MENDARATKAN BEBOLA KAKI DAHULU

i. Jalan seperti biasa - gerakkan tangan seperti

gerakan tangan semasa berlari.

ii. Semasa kaki mendarat di hadapan - mendaratkan

be bola kaki dahulu dengan keadaan lutut bengkok, diikuti oleh tumit kaki.

iii. Lakukan peri'daratan kaki cara- ini secara

berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang

sama.

iv. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

C. JALAN DENGAN LUTUT DIANGKAT TINGGI

i. Jalan seperti biasa - tinggikan hayunan tangan.

ii. Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut diangkat seberapa tinggi yang boleh.

iii. Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi secara beruang-ulang sejauh 5 hingga 8

Page 10: Lari Pecut

meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.

iv. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

D. JALAN DENGAN KAKI LURUS KE HADAPAN

i. Jalan seperti biasa - hayunkan tangan seperti semasa berlari.

ii. Apabila mengangkat lutut tinggi ke hadapan, luruskan kaki ke hadapan dahulu

sebelum mendaratkan kaki.

iii. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter.

iv. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.

v. Ulangi aktiviti sebanyak 5 atau 6 kali.

Page 11: Lari Pecut

ANSUR MAJU

Latihan mendorong

1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

2. Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

3. Larian baying-bayang secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi

berlari untuk mengelakkan diri disentuh.

4. Lari berganti-ganti ulang-alik : larian20 meter berkumpulan .

Larian teknik pecut

1. Berlari dengan melangkah panjang.

2. Berjalan dengan lutut tinggi , berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang.

7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di

siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

LATIHAN KEKUATAN KAKI DAN LATIHAN PECUTAN.

1. Melonjak untuk jarak.

2. Melangkah panjang ( bounding)

3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

Page 12: Lari Pecut

PERATURAN

Peraturan / undang-undang lari pecut

1.    Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh

membantu pelari.

2.   Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.

3.   Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh

garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.

4.   Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah

hendaklah menyentuh tanah.

5.   Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai

pelepas dikira batal.

6.   Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika

dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.

7.   Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.

8.   Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira

Pemenang.

9. Penjaga masa:

i. Peraturan 121 Penjaga Masa

Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.

Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa

tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga

masa. . ' .

Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garis penamat. Jika boleh mereka

ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku

bertingkat (tangga kambing).

Page 13: Lari Pecut

Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan masa

untuk setiap peserta.

ii. Peraturan 160

Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih

panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.

Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.

Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:

a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah masa

rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.

b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa

rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka

masa itu tidak boleh dikira.

Contoh:

Jam 1 Jam 2 Jam 3

11.6 11.5 11.2

( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)

Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.

c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang

diterima sebagai masa rasmi.