lari pecut

11
ISI KANDUNGAN ================================================ 1.0 PENGENALAN 22 2.0 PERALATAN 23 3.0 TEKNIK MULA LARI PECUT 24 4.0 FASA-FASA LARIAN 26 LARI PECUT

Upload: bitt

Post on 13-Jun-2015

4.140 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.

TRANSCRIPT

Page 1: lari pecut

ISI KANDUNGAN

======================================

==========

1.0 PENGENALAN 22

2.0 PERALATAN 23

3.0 TEKNIK MULA LARI PECUT 24

4.0 FASA-FASA LARIAN 26

LARI PECUT

Page 2: lari pecut

22

1.0 PENGENALAN

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang 

pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di 

kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut 

menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara yang mula-mula 

dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang 

stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos’ 

berjarak 384 meter (192 meter x 2 meter) diadakan.

Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang

dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada

ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki.

Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-

beza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan

perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada

undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa 

yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah 

mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan

dibuat  untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang

paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880-an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan

sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah ‘pencil start’, di mana para atlit berlari 

20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan

persetujuan dan tembakan. Kemudian wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di

Australia gaya ini dikenali sebagai ‘kangaroo start’. Sebelum tahun 1921

kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk

wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. 

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh

Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies

Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang

dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200 meter, rekod larian

sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa

Page 3: lari pecut

23

selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi

wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph

dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa

22.9 saat. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya

mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan

masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat

bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena

Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita

Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

Rajah 1.1: Lari pecut

2.0 PERALATAN

Dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan. Bagi acara

lari pecut 100 meter, alatan dan kemudahan yang diperlukan adalah:

i. Trek larian 100 meter

ii. Blok permulaan

iii. Kasut (spike)

Page 4: lari pecut

24

Rajah 1.2: Blok permulaan dan kasut

3.0 Teknik mula dan lari pecut

Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan

gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

a. Gaya berdiri

i. Persediaan

peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula

sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

ii. Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan

rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang

sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki

hadapan.

condongkan badan ke hadapan.

kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan

dengan kaki hadapan.

Page 5: lari pecut

25

Rajah 1.3: Gerakan “ke garisan”

iii. Sedia

condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke

hadapan.

bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.

badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol

ataupun tiupan wisel.

Rajah 1.4: Gerakan “sedia”

iv. Mula

pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan

menolak kuat kaki hadapan.

Page 6: lari pecut

26

Rajah 1.5: Gerakan “mula”

4.0 FASA-FASA LARIAN

Terdiri daripada tiga fasa larian iaitu,

a. Fasa permulaan

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya

panjang.

i. Memulakan larian tanpa blok permulaan

Gaya peluru

o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki

o hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan

o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya sederhana

o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki

o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan

o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya panjang

o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki

o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan

Page 7: lari pecut

27

o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Memulakan larian dengan blok permulaan

Gaya peluru

o blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan

o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan

blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya sederhana

o letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan

o blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya panjang

o blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan

o blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

b. Fasa larian

i. Pecutan

selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat

di blok permulaan.

tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka

dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain,

diletakkan di belakang garisan mula.

kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata

pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan

'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke

hadapan.

selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan

dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.

tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan

pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke

belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 900.

Page 8: lari pecut

28

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada

tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan

melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,

kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.

Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu

pada awal larian

95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18

meter

apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar

pecutannya ditentukan oleh tahap kevergasan fizikal atlit.

iii. Larian di selekoh

pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat

kuasa 'centrifugal'

pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan

larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'

tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan

mengarah ke dalam.

c. Fasa penamat

i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya

ii. pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat

iii. cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan

bahagian dada ke hadapan

Page 9: lari pecut

29