laras bahas

16
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu ini. Sejuta kesyukuran dipanjatkan kerana akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam waktu yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Amir Hamzah binYa·akub selaku pensyarah penasihat Bahasa Melayu yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering memberi galakan dan sokongan moral untuk saya terus gigih menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan saya dari kejauhan. Jasa kalian semua amat bermakna. Sekian Wassalam. Definisi Laras Bahasa

Upload: abar-man

Post on 23-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

234567

TRANSCRIPT

Page 1: Laras Bahas

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Yang

Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang kerana dengan

limpah dan kurniaNya dapat saya menyempurnakan

tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu ini. Sejuta

kesyukuran dipanjatkan kerana akhirnya berjaya

menyiapkan tugasan ini dalam waktu yang ditetapkan.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Amir

Hamzah binYa·akub selaku pensyarah penasihat

Bahasa Melayu yang banyak memberi  panduan dan

tunjuk ajar dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak

lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

sering memberi galakan dan sokongan moral untuk

saya terus gigih menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa

juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan

saya dari kejauhan. Jasa kalian semua amat bermakna.

Sekian Wassalam.

Definisi Laras Bahasa

Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan

sesuatu bahasa. Asmah Hj. Omar (1984), berpendapat

bahawa laras bahasa ialah khusus dalam  penggunaan

bahasa menuru t bidang penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara

penggunaan sesuatu bahasa.

Page 2: Laras Bahas

Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap

penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut

situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah  perbendaharaan

kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan

.

Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau

situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan

bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk

situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat

menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi

sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Ure dan

Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa

yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan

Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional

Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut

matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre dan mode.

Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti

telahmenegaskan gaya dengan membahagikan dengan

lima jenis bahagian iaitu beku,formal, rundingan, selamba,

dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas

daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan

penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan

sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu

bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza,

misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya.

Page 3: Laras Bahas

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini

disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza

berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang

berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan

untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata –kata

yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh

itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang

berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan

dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial.

Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan

faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan laras bahasa dalam

variasi bahasa.

Penutup

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah

laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran samada maju atau

mundur sesuatu bangsa. Sebagai contohnya, jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas

merdeka, dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang

pesat.

PENUTUP

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka,

Page 4: Laras Bahas

sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu,terutama laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna.

Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu itu sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini. Laras bahasa Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi sebahagian kehidupanrasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal. Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di institut pengajian tinggi.

Page 5: Laras Bahas

LARAS BAHASA

1.0 Pengenalan

Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan

penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh

dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan

sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk

menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa

digunakan.

2.0 Laras Bahasa Secara Umum

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep,

iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang

menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah,

Sarawak dan sebagainya.

Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam

pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan

Page 6: Laras Bahas

bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang

berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah

berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu,

bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-

faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial.

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai

dialek daerah.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu

laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-

berubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan

ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi

tertentu.

3.0 Konsep Laras

Laras ialah variasi yang berlainan berdasarkan fungsi dan ia sentiasa berubah-rubah mengikut

fungsi. Apabila pengamatan dibuat pada perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai

konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan yang disesuaikan dengan situasi

yang berlainan. Contohnya boleh diperhatikan pada bahan-bahan bacaan yang dibaca seperti

teks klasik, novel, cerpen, teks ekonomi, teks sejarah, teks undang-undang dan sebagainya

adalah berbeza antara satu sama lain dari segi bahan, susunan ayat, pilihan kata, jalinan

fikiran dan sebagainya. Penggunaan bahasa seperti ini adalah dihasilkan oleh laras bahasa

yang berbeza.

Terdapat beberapa definisi, iaitu pandangan beberapa orang ahli bahasa tentang pengertian

laras bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang

berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut

situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor

kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.

Ure dan Ellis ( 1977), menganggap laras bahasa sebagai pola bahasa yang lazim digunakan

mengikut keadaan tertentu. Hal ini bermakna, sesuatu situasi akan menentukan bentuk bahasa

yang digunakan oleh pengguna bahasa itu dan pemilihannya berdasarkan konvensi sosial

masing-masing.

Reid (1956), menyatakan seorang penutur dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan

laras mengikut situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan

bahasa (linguistic behavior) seseorang individu. Reid juga telah membezakan laras bahasa

Page 7: Laras Bahas

dan gaya bahasa. Laras bahasa merujuk khusus kepada bidang penggunaan, manakala gaya

merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang

hendak ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan.

Halliday (1968), menyebut bahawa laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan

fungsi. Laras akan sentiasa berubah mengikut situasi. Dia telah membuat penjenisan laras

kepada tiga kategori iaitu tajuk wacana (field of discourse), cara penyampaian wacana (mode

of discourse) dan gaya wacana (style of discourse).

Brian Seaton (1982) berpendapat laras bahasa ialah satu variasi yang wujud daripada situasi

yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu

bidang seperti kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada

dalam bentuk penulisan atau tulisan. Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki

laras bahasa yang berlainan.

Menurut ahli bahasa tempatan seperti Nik Safiah Karim (1989), laras bahasa berdasarkan

penggunaannya, iaitu variasi bahasa digunakan oleh penutur dalam situasi tertentu. Dia

menganggap laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi

yang ada pada setiap penutur. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan

juga peringkat sosial.

Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri khusus dalam

penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang

digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza.

Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan pemakaian kata-kata tertentu

yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan

bahasa yang baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di

bursa saham ialah laras ekonomi.

Kesimpulannya, laras bahasa ialah penggunaan bahasa atau pemakaian kata-kata yang khusus

untuk sesuatu penggunaan berdasarkan situasi sosial seseorang itu ketika berkomunikasi

dengan orang ramai. Penggunaan istilah-istilah khusus yang membezakan antara variasi-

variasi bahasa menjadikan sesuatu komunikasi lebih berkesan.

4.0 Ciri-ciri Laras Bahasa

Menurut Nik Safiah Karim (1989), kajian terhadap laras bahasa perlu mempertimbangkan

dua faktor yang utama iaitu ciri keperihalan peristiwa bahasa dan ciri linguistik yang wujud .

Ciri keperihalan pula dibahagikan kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi

persekitaran.

Page 8: Laras Bahas

Situasi luaran adalah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang

merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan setiap

anggota masyarakat. Contohnya , apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu

lama, kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan dan

aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman itu.

Situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam

penggunaan bahasa. Terdapat empat situasi persekitaran yang menyebabkan wujudnya

bahasa yang berlainan atau laras. Situasi yang dimaksudkan ialah cara penyampaian,

perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan, dan fungsi-fungsi sosial

perlakuan bahasa.

Cara penyampaian yang terdapat dalam situasi persekitaran menyebabkan wujudnya

kepelbagaian dalam laras bahasa. Cara penyampaian merujuk bentuk perhubungan yang

digunakan termasuk jenis bahasa lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Bahasa lisan

berbeza daripada bahasa bertulis kerana terdapat banyak variasi bahasa bertulis seperti

laporan, esei, surat, wawancara, cerpen, karangan, sajak, drama, dan sebagainya. Hasil

penulisan pula berkait dengan diri penulis, pembaca dan perkara yang ditulis. Latar belakang

penulis membawa perbezaan dalam penghasilan bahasa, penggunaan bahasa, kandungan

bahan dan aspek panjang pendek sesuatu peristiwa.

Aspek lain yang menimbulkan laras bahasa yang berbeza ialah aspek peribadi dan aspek

bukan peribadi. Aspek peribadi ialah perhubungan individu dengan individu yang lain,

hubungan kekeluargaan, rakan sebaya, sahabat karib, pekerja, dengan majikan, rakyat dengan

golongan istana dan sebagainya. Aspek bukan peribadi pula adalah bukan bersifat peribadi

seperti antara penulis dengan pembaca, penghasil dan pembaca akhbar, penyajak dengan

pembaca dan sebagainya.

Unsur yang ada dalam situasi persekitaran bagi menentukan laras bahasa termasuklah bahan

yang diperkatakan. Bahasa yang digunakan adalah meliputi aspek yang luas iaitu meliputi

perkara-perkara biasa seperti perbualan tentang makanan, pakaian, kesihatan dan sebagainya

serta termasuk perkara-perkara khusus seperti dalam bidang sains dan teknologi, perubatan,

astronomi, geologi dan sebagainya.

Ciri lain dalam mengenal pasti laras bahasa ialah tentang fungsi-fungsi sosial perlakuan

bahasa. Aspek perlakuan sosial termasuklah bahasa untuk menyampaikan maksud seperti

menggunakan bahasa dalam upacara-upacara tertentu seperti majlis akad nikah, jual beli, dan

sebagainya. Terdapat juga situasi yang menggunakan bahasa yang berlainan yang dihasilkan

Page 9: Laras Bahas

oleh interaksi seperti jenis perbualan, iaitu orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan

situasi-situasi tersebut dalam masyarakat.

Empat ciri-ciri situasi persekitaran menimbulkan laras yang berlainan dan terdapat hubungan

yang erat diantaranya. Hal ini adalah disebabkan interaksi antara kedua-dua pihak

menghasilkan laras.

Laras bahasa juga mempunyai ciri-ciri linguistik yang melibatkan unsur tatabahasa dan

pemilihan perkataan atau leksis. Hal ini telah dijelaskan oleh Nik Safiah Karim (1982)

dengan melihat ciri-ciri tata bahasa yang terdapat dalam susunan ayat dan frasa dalam laras

bahasa. Nik Safiah berpendapat, tatabahasa yang disusun dengan cara tertentu akan

menimbulkan laras bahasa yang mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ciri linguistik

pula adalah berkait rapat dengan faktor sosial seseorang seperti latar belakang orang yang

bercakap atau menulis.

Laras bahasa juga turut menunjukkan manipulasi unsur-unsur tatabahasa sesuai dengan

wacana yang dibicarakan. Contohnya laras bahasa aspek fonologi, morfologi dan sintaksis

yang meneliti penggunaan bunyi, pembentukan kata serta struktur dan binaan ayat.

5.0 Jenis-jenis Laras Bahasa

Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara penyampaian

wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang penggunaan bahasa

seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah media perlakuan bahasa samada

secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara

peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal atau tidak formal.

Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam

pelbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras biasa atau laras umum, laras akademik

atau laras ilmiah, laras perniagaan, laras perundangan, laras sastera, laras iklan dan

sebagainya.Hal ini kerana terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa dengan situasi-

situasi disebabkan interaksi sehingga menghasilkan laras.

5.1 Laras Perniagaan

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya

bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi

cara penyampaian yang amat menarik. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak

gramatis.

Page 10: Laras Bahas

Contoh : Percuma, sebuah telefon bimbit Samsung dengan setiap pembelian sebuah LCD

Skrin Televisyen Pensonic.

5.2 Contoh Dan Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

5.2.1 Bidang

a) Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan,

perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan.

b) Penggunaan bahasa Melayu yang terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris.

c) Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting,

khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara

menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustriaan dan perusahaan.

5.2.2 Perbendaharaan Kata

agihan jualan agensi pemasaran baki debit

anggaran kos francais cek palang

harga tetap eksport saham

urus niaga kredit komposit

5.2.3 Tatabahasa

a) Morfologi (Kajian terhadap perkataan)

- Kata tunggal menjadi kata khusus

Contohnya :

Kata umum Istilah

wang kewangan

ratus peratus

lebih lebihan

pasar pasaran

pegang pemegang

dagang dagangan

5.2.4 Akronim

Contohnya:

EPU - Unit Pembangunan Ekonomi

EON - Edaran Otomobil Berhad

BSN - Bank Simpanan Nasional

Page 11: Laras Bahas

BSKL - Bursa Saham Kuala Lumpur

5.2.3 Kata Majmuk

Contohnya :

kos jualan modal tetap harta semasa

untung bersih lebih asset sebut harga

5.2.6 Ayat Aktif dan Pasif

Contohnya:

a) Ayat aktif

KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting

b) Ayat pasif

Kesan terus dirasai oleh pengeluar kereta yang meletakkan harga jualan yang

tinggi.

5.2.7 Gaya Bahasa

a) Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.

b) Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah, susunan frasa, dan ayat

yang baik, sesuai serta tepat yang boleh menyampaikan maksud dan

membawa pengertian.

c) Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

5.1 Laras Bahasa Biasa Atau UmumLaras ini menggunakan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan harian. Laras biasa tidak menggunakan istilah atau pola yang khusus. Ciri-cirinya adalah bebas dan mudah difahami serta kurang terkawal dari aspek tatabahasa. Ia juga mempunyai unsur kemesraan seperti menggunakan ganti nama diri pertama seperti aku, cek, makcik , kak ngah dan sebagainya.Laras bahasa biasa menggugurkan kata sendi nama seperti dari, daripada, di, akan dan hingga. Ia juga menggunakan ayat yang pendek dan ringkas, dan ada kalanya menggunakan

Page 12: Laras Bahas

imbuhan asing. Terdapat juga unsur ambiguiti atau kekaburan makna.Contoh: Hai Mat! Nak ke mana tu? Singgahlah dulu!

5.3 Laras AkademikLaras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras bahasa sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, penawaran, kos, modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras sains dalam bidang kimia : Air terhasil daripada kandungan hidrogen dan oksigen (H2O).

5.4 Laras Undang-undangLaras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang laras undang-undang lebih bersifat moden dan banya menggunakan istilah teknikal. Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

5.5 Laras Media MassaLaras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton.Contoh : Pasukan hijau kuning telah memalukan pihak lawan apabila pasukan Kelantan dikalahkan di gelanggang sendiri dengan jaringan dua gol berbalas satu.

Page 13: Laras Bahas

5.6 Laras SasteraSeperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya. Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej, dan watak yang mengandungi unsur-unsur personifikasi dan metafora.

5.7 Laras RencanaLaras rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan.Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton belum dapat diukur sepenuhnya. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

6.0 KesimpulanLaras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj. Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa dalam situasi formal dan tidak formal adalah berbeza. Laras bahasa juga berbeza mengikut faktor geografi dan daerah. Laras bahasa juga adalah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa iaitu variasi yang ada pada setiap penutur . Pemilihannya adalah tidak sama, berlainan dan berubah-ubah ikut situasi bergantung kepada masyarakat yang memilihnya dan membangkitkan kesedaran setiap anggota masyarakat tentang situasi sosial yang wujud.

Page 14: Laras Bahas

Laras Akademik

Laras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian

berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras

sains, laras ekonomi, Laras sastera dan sebagainya. Laras ini

kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang

terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam

bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan

dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang

berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang

ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, kos,

modal, buruh dan susut nilai.

Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon

merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan

pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat

Page 15: Laras Bahas

enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang

dirembeskan bersifat alkali.