laporan walking dictionaries 2008.doc

Upload: zorimas-mohd-kudin

Post on 09-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM WALKING DICTIONARIESTAHUN 2011SK. MARABA BEAUFORT

PENGENALAN

Pada sepanjang bulan Februari hingga September 2011, Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan Program Walking Dictionaries. Program ini bertujuan untuk memperkayakan lagi pengetahuan dan meningkatkan pemahaman murid Tahap 1 dan Tahap 2 tentang vocabulary, perkataan sama erti (synonyms), perkataan berlawanan (antonyms), dan perumpamaan (similes). Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah terlibat secara langsung dengan program ini. Ini juga sekaligus memastikan program MBMMBI peringkat sekolah berjalan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu.OBJEKTIF

i. Melahirkan murid SK. Maraba Beaufort yang fasih menyebut dan memahami maksud perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat.

ii. Memperkayakan perbendaharaan kata murid.

iii. Menyediakan peluang untuk setiap murid mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris

iv. Menyediakan peluang kepada semua murid untuk saling berinteraksi dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain.

TEMPAT

SK. Maraba Beaufort.

JAWATANKUASA PROGRAM WALKING DICTIONARIESSK. MARABA BEAUFORT

TAHUN 2011PenaungEn. JAIDIN HJ.TIMBANG(Guru Besar)

Penasihat

Pn. Norsingsang Hj. Insim(PK 1)

Pengerusi

Pn. Zorimas Bt. Mohd KudinTimbalan Pengerusi

Pn. Rozlinah Hj. RosliSetiausaha

Pn. Asinah Hj JamlusBendahari

Pn. Siti Musiah MatnorAJK Pelaksana

Pn.Lampai Hj. SalamPELAKSANAAN AKTIVITI

1. Walking Dictionaries adalah terdiri daripada semua murid kelas yang telah ditentukan giliran masing-masing memakai kad perkataan yang berbeza (disediakan oleh guru BI) selama seminggu.

2. Murid yang menjadi Walking Dictionaries dan tidak menjadi Walking Dictionaries bersama-sama mempelajari perkataan tersebut dan mencatatnya di dalam buku Vocabulary masing-masing beserta maksudnya.

3. Guru BI akan membuat semakan ke atas Buku Vocabulary murid-murid dari masa ke semasa.

PENUTUPSecara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di masa akan datang. Sesungguhnya program ini banyak memberI manfaat dan dapat menambahkan lagi perbendaharaan kata murid-murid.

DISEDIAKAN OLEH,

(Pn. Zorimas Bt. Mohd Kudin)

Ketua Panitia Bahasa InggerisSK. Maraba Beaufort.

SK MARABA BEAUFORT

PETI SURAT 103, 89808 BEAUFORT

LAPORAN

PROGRAM WALKING DICTIONARIES

TAHUN 2011PENUTUP

Secara keseluruhannya, setiap program dan aktiviti ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara dan kelemahan yang perlu diberi perhatian di masa akan datang. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat kepada murid-murid.

DISEDIAKAN OLEH,

(Pn. Zorimas Bt. Mohd Kudin)

Ketua Panitia Bahasa InggerisSK. Maraba Beaufort.