laporan untuk opkim

2
LAPORAN UNTUK OPKIM(OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT) DI TENGGARA JOHOR Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan lim[ah dan kurnia-Nya saya telah dapat menyertai program ini dengan jayanya. Saya, Nurul Saadah binti Mohamad Zaid (A145933) telah menyertai program OPKIM(operasi khidmat masyarakat) di Tenggara Johor iaitu di Kampung Temenin Baru. Dalam program ini, saya telah dilantik sebagai pengarah jamuan di mana segala hal yang berkaitan makanan peserta selama di sana bergantung kepada saya. Alhamdulillah, setibanya di kampong tersebut, kami telah dibahagikan mengikut keluarga angkat masing-masing dan saya juga telah mendapat keluarga angkat yang sangat sporting, saya memanggil ibu angkat saya dengan panggilan ‘mama’. Dan orang yang menguruskan makanan dikampung itu sipanggil ‘mak’. Di sana banyak program dan aktiviti yang kami lakukan termasuklah solat hajat dan bacaan yaasin, menanam pokok dan gotong-royong membersihkan kampong, mendaki gunung Panti, pemeriksaan kesihatan kepada orang kampong, ceramah agama, sukaneka dan sebagainya. Orang kampong juga menyertai kami menjadikan segala aktiviti menjadi meriah . Selama di sana, segala program berjalan lancar termasuklah segala hal berkaitan makanan. Saya dah ahli dibawah saya telah menyempurnakan tugas kami sebagai AJK jamuan dan makanan dengan jayanya dengan bantuan ‘mak’ yang sentiasa membantu kami ketika di dapur serta rakan-rakan lain yang turut turun ke dapur untuk menyediakan makanan. Kami diarahkan untuk menyediakan makanan pagi, tengahari,minum petang dan makan malam. Tetapi bukanlah sepanjang di sana kami akan membuatnya kerana kebanyakannya keluarga angkat yang akan sediakan. Kami hanya akan menyediakan dan menyiapkan makanan apabila ada majlis dan ada program di dewan, seperti ceramah tentang syiah, aktiviti mencanting batik dan malam kebudayaan. Kami juga telah rewang bersama-sama membuat nasi ambeng. Dan malam itu kami makan nasi ambeng beramai- ramai dan bersama keluarga angkat sambil menyaksikan persembahan. Keluarga angkat saya sangat baik. Pada malam terakhir itu, mereka telah membawa saya keluar ke Bandar Kota Tinggi dan makan di luar. Sedih pula rasanya nak meninggalkan keluarga angkat di kampong Temenin baru itu. Tapi Alhamdulillah, sehingga kini kami masih berhubung melalui telefon. Insya Allah jika tiada halangan saya akan menziarahi mereka nanti. Selama disana, pelbagai kemahiran yang telah saya pelajari. Antaranya : 1) Kemahiran komunikasi Sebelum program, saya telah menghubungi pihak yang berkait dengan hal ehwal makanan untuk bertanyakan tentang hal yang berkaitan. Di sini, kemahiran komunikasi dapat diterapkan. Komunikasi diantara ketua dan ahli-ahli program. Kami saling berkomunikasi antara satu sama lain sepanjang program supaya segala program dapat berjalan dengan lancar.

Upload: ardah-zyed

Post on 08-Jul-2015

39 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan untuk opkim

LAPORAN UNTUK OPKIM(OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT) DI TENGGARA JOHOR

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan lim[ah dan kurnia-Nya saya telah dapat menyertai

program ini dengan jayanya.

Saya, Nurul Saadah binti Mohamad Zaid (A145933) telah menyertai program OPKIM(operasi khidmat

masyarakat) di Tenggara Johor iaitu di Kampung Temenin Baru. Dalam program ini, saya telah dilantik

sebagai pengarah jamuan di mana segala hal yang berkaitan makanan peserta selama di sana

bergantung kepada saya.

Alhamdulillah, setibanya di kampong tersebut, kami telah dibahagikan mengikut keluarga angkat

masing-masing dan saya juga telah mendapat keluarga angkat yang sangat sporting, saya memanggil ibu

angkat saya dengan panggilan ‘mama’. Dan orang yang menguruskan makanan dikampung itu sipanggil

‘mak’.

Di sana banyak program dan aktiviti yang kami lakukan termasuklah solat hajat dan bacaan yaasin,

menanam pokok dan gotong-royong membersihkan kampong, mendaki gunung Panti, pemeriksaan

kesihatan kepada orang kampong, ceramah agama, sukaneka dan sebagainya. Orang kampong juga

menyertai kami menjadikan segala aktiviti menjadi meriah .

Selama di sana, segala program berjalan lancar termasuklah segala hal berkaitan makanan. Saya dah ahli

dibawah saya telah menyempurnakan tugas kami sebagai AJK jamuan dan makanan dengan jayanya

dengan bantuan ‘mak’ yang sentiasa membantu kami ketika di dapur serta rakan-rakan lain yang turut

turun ke dapur untuk menyediakan makanan.

Kami diarahkan untuk menyediakan makanan pagi, tengahari,minum petang dan makan malam. Tetapi

bukanlah sepanjang di sana kami akan membuatnya kerana kebanyakannya keluarga angkat yang akan

sediakan. Kami hanya akan menyediakan dan menyiapkan makanan apabila ada majlis dan ada program

di dewan, seperti ceramah tentang syiah, aktiviti mencanting batik dan malam kebudayaan. Kami juga

telah rewang bersama-sama membuat nasi ambeng. Dan malam itu kami makan nasi ambeng beramai-

ramai dan bersama keluarga angkat sambil menyaksikan persembahan.

Keluarga angkat saya sangat baik. Pada malam terakhir itu, mereka telah membawa saya keluar ke

Bandar Kota Tinggi dan makan di luar. Sedih pula rasanya nak meninggalkan keluarga angkat di kampong

Temenin baru itu. Tapi Alhamdulillah, sehingga kini kami masih berhubung melalui telefon. Insya Allah

jika tiada halangan saya akan menziarahi mereka nanti.

Selama disana, pelbagai kemahiran yang telah saya pelajari. Antaranya :

1) Kemahiran komunikasi

Sebelum program, saya telah menghubungi pihak yang berkait dengan hal ehwal

makanan untuk bertanyakan tentang hal yang berkaitan. Di sini, kemahiran komunikasi

dapat diterapkan.

Komunikasi diantara ketua dan ahli-ahli program. Kami saling berkomunikasi antara satu

sama lain sepanjang program supaya segala program dapat berjalan dengan lancar.

Page 2: Laporan untuk opkim

Komunikasi bersama keluarga angkat dan orang-orang kampong supaya perhubungan

antara kami semakin erat.

2) Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

Saya dapat memimpin ahli dibawah saya dan mereka mendengar segala arahan yang

diberikan

Kami saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang timbul

Kami juga bekerjasama dalam menyiapkan makanan untuk peserta yang lain

3) Kemahiran kreatif dan inovatif

Saya mengaplikasikan kemahiran ini ketika mencanting batik

4) Kemahiran pemikiran kritikal,penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik

Masalah yang timbul seperti kekurangan makanan dapat kami selesaikan dengan

menyediakan makanan tambahan

Ketiadaan meja untuk VIP minum sambil menyaksikan persembahan diselesaikan

dengan mengarahkan ahli lain untuk mencari meja .

Kekurangan bantuan daripada ahli lain, segera membuat pengumuman supaya ramai

yang datang menolong terutamanya ketika membuat nasi ambeng

5) Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat

Kami bersama-sama membantu orang kampong membersihkan kampong, bergotong-

royong serta menanam pokok.

Beramah mesra dengan orang kampong

Saya juga dapat menguruskan maklumat dengan betul dan teliti

6) Kemahiran kebertanggungjawaban dan sosial

Bertanggungjawab mengemas kembali setelah selesai sesuatu aktiviti

Bergaul dengan orang kampong