manual pengguna - kdh.icu.gov.my · klik butang laporan untuk melihat laporan-laporan yang terdapat...

27
MANUAL PENGGUNA SCORECARD PIAGAM http://scorecard.icu.gov.my Hak Cipta 2011 Unit Penyelarasan Pelaksanaan UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM) Aras G, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya web: http://www.icu.gov.my

Upload: others

Post on 13-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA

SCORECARD PIAGAM http://scorecard.icu.gov.my

Hak Cipta 2011 Unit Penyelarasan Pelaksanaan UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM) Aras G, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya web: http://www.icu.gov.my

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 1

PENDAHULUAN

Manual ini bertujuan untuk menerangkan tatacara penggunaan SCORECARD PIAGAM. Ia mengandungi langkah-langkah dan skrin-skrin antaramuka sistem bagi memudahkan lagi pihak pengguna menggunakan sistem ini. Diharap Manual Pengguna ini dapat digunakan sebagai panduan untuk kaedah-kaedah penggunaan sistem yang betul dan berkesan bagi pengguna.

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 2

KANDUNGAN

BAB 1 Pengenalan Kepada SCORECARD PIAGAM Capaian Sistem

Muka Utama Sistem SCORECARD PIAGAM

BAB 2 Modul Pencapaian Teras Senarai Teras Bahagian

Tambah Pencapaian Baru Lihat Pencapaian

Laporan

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 3

BAB 1

Pengenalan Kepada SCORECARD PIAGAM

Bab ini menerangkan berkenaan dengan topik-topik berikut:

Capaian Sistem

Muka Utama SCORECARD PIAGAM

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 4

Capaian Sistem SCORECARD PIAGAM boleh dicapai melalui alamat berikut :- http://scorecard.icu.gov.my/

Rajah 1.1: Login ke SCORECARD PIAGAM

Masukkan Login ID dan Kata Laluan yang betul ke dalam ruang yang disediakan. Seterusnya tekan butang Login.

Sekiranya capaian berjaya, muka utama SCORECARD PIAGAM akan dipaparkan. Sila lihat Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Muka Utama SCORECARD PIAGAM

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 5

Satu makluman akan dipaparkan sekiranya Login ID atau Kata Laluan yang dimasukkan tidak betul. Sila lihat Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Makluman Capaian Gagal

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 6

Muka Utama SCORECARD PIAGAM

Rajah 1.4: Muka Utama SCORECARD PIAGAM

Muka utama SCORECARD PIAGAM memaparkan senarai 11 Perkhidmatan Teras Utama dan Sokongan dalam Pelaksanaan Piagam Pelanggan ICU JPM.

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 7

11 Perkhidmatan Teras Utama dan Sokongan dalam Pelaksanaan Piagam Pelanggan ICU JPM adalah seperti Rajah 1.5 di bawah.

Rajah 1.5: Muka Utama SCORECARD PIAGAM

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 8

BAB 2

Modul Pencapaian Teras

Bab ini menerangkan berkenaan dengan topik-topik berikut:

Senarai Teras Bahagian Tambah Pencapaian Baru

Lihat Pencapaian

Laporan

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 9

Senarai Tajuk dan Teras Bahagian

Klik butang Teras untuk melihat senarai tajuk dan teras untuk Bahagian berkenaan seperti yang telah ditetapkan oleh administrator.

Rajah 2.1: Menu Untuk Capaian Senarai Tajuk dan Teras

Kesemua tajuk dan teras serta sasaran telah ditetapkan oleh administrator. Sila maklumkan kepada administrator sekiranya sebarang penambahan atau pengemaskinian tajuk dan teras perlu dibuat.

Rajah 2.2: Paparan Skrin Senarai Tajuk dan Teras Bahagian

Klik di sini untuk melihat senarai

tajuk dan teras

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 10

Tambah Pencapaian Baru

Klik butang Pencapaian Baru untuk menambah pencapaian teras.

Rajah 2.3: Menu Untuk Capaian Kemasukan Pencapaian Baru

Peratus pencapaian teras akan dikira berdasarkan purata pencapaian teras yang berkenaan.

Rajah 2.4: Paparan Skrin Borang Kemasukan Pencapaian Baru

Untuk mengisi butiran pencapaian teras, sila pilih Tahun dan Bulan, kemudian tekan butang Cari Teras.

Rajah 2.5: Medan Tahun dan Bulan

Klik di sini untuk menambah pencapaian baru

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 11

Setelah butang Cari Teras ditekan, satu skrin yang menyenaraikan tajuk-tajuk dan teras-teras bagi bahagian berkenaan akan dipaparkan. Sila klik pada nama teras yang digariskan untuk membuat pilihan.

Rajah 2.6: Paparan Skrin Senarai Teras Bahagian

Setelah teras dipilih, tetingkap senarai teras akan ditutup dan keterangan tajuk dan teras akan dipaparkan secara automatik pada borang kemasukan pencapaian baru.

Rajah 2.7: Medan Tajuk dan Teras Diisi Secara Automatik Setelah Pilihan Dibuat

Seterusnya, klik checkbox untuk mengemaskini pencapaian teras atau untuk menukar teras.

Terdapat tiga jenis pencapaian baru yang perlu diisi di dalam sistem SCORECARD PIAGAM iaitu :-

1) Pencapaian Teras Yang Berdasarkan Hari (bukan dari sumber sistem)

Peratus pencapaian setiap teras akan dikira berdasarkan jangkamasa hari diambil untuk menyiapkan sesuatu teras berbanding sasaran hari (bilangan hari bekerja) yang telah ditetapkan.

Klik pada teras untuk membuat pilihan

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 12

Teras-teras yang terlibat adalah seperti di bawah :-

Teras 1 Teras 2 Teras 3 Teras 4 Teras 6 Teras 7 Teras 8

Setelah checkbox di atas diklik, satu ruangan baru akan dipamerkan seperti rajah di bawah.

Rajah 2.8: Paparan Skrin Pencapaian Baru

Pengguna perlu memilih ’Ada Permintaan’ jika terdapat permintaan atau menanda ’Tiada Permintaan’ jika tiada permintaan.

Rajah 2.9: Paparan Laporan Teras

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 13

Jika pengguna menanda ’Ada Permintaan’, paparan seterusnya akan dikeluarkan.

Rajah 2.10: Paparan Jika ’Ada Permintaan’

Jika pengguna menanda ’Tiada Permintaan’, butang Simpan akan dipaparkan. Klik butang simpan untuk menyimpan rekod ’Tiada Permintaan’.

Rajah 2.11: Paparan Jika ’Tiada Permintaan’

Jika ’Ada Permintaan’ Klik pada medan Tarikh Mula untuk memasukkan tarikh teras tersebut bermula. Satu kalendar akan dipaparkan. Sila pilih tarikh yang berkenaan pada kalendar tersebut. Kemudian, ulangi langkah yang sama pada medan Tarikh Siap untuk mengisi tarikh teras berjaya disiapkan. Sila pilih Agensi/Kementerian yang melakukan permintaan (jika berkenaan). Jika terdapat apa-apa ulasan yang perlu direkodkan, sila isi pada ruangan Catatan. Setelah butang Tambah ditekan, butiran pencapaian yang telah diisi (Tarikh Mula, Tarikh Siap, Agensi/Kementerian dan Catatan (sekiranya ada)) termasuk peratus pencapaian bagi teras berkenaan akan dipaparkan seperti Rajah 2.12

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 14

Rajah 2.12: Senarai Pencapaian Teras Secara Terperinci

Jika jangkamasa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu teras (perbezaan tarikh siap dan tarikh mula) melebihi dari sasaran, pengguna diwajibkan mengisi Sebab Kelewatan. Ini adalah kerana peratus pencapaian bagi teras tersebut tidak mencapai sasaran (kurang dari 100%) disebabkan telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan.

Rajah 2.13: Contoh Kes Kelewatan Penyelesaian Sesuatu Teras

Rajah 2.14: Tetingkap Makluman Pencapaian Kurang Dari Sasaran 100%

Bagi kes kelewatan seperti ini, pengguna dikehendaki untuk menyatakan sebab teras tersebut lewat disiapkan. Sila buat pilihan pada medan Sebab Kelewatan.

Rajah 2.15: Medan Sebab Kelewatan Untuk Diisi Sekiranya Pencapaian Kurang Dari 100%

Sekiranya terdapat tiga tugasan yang telah disiapkan untuk teras berkenaan, sila ulangi langkah yang sama bagi ketiga-tiga teras tersebut. Setelah selesai diisi, butiran pencapaian bagi teras tersebut akan dipaparkan seperti di bawah :

Jangkamasa telah melebihi 5 hari bekerja

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 15

Rajah 2.16: Senarai Butiran Pencapaian Bagi Sesuatu Teras

Jika ’Tiada Permintaan’

Rekod bagi ’Tiada Permintaan’ akan dipaparkan seperti rajah berikut.

Rajah 2.17: Pencapaian Teras jika ’Tiada Permintaan’

Klik pada link Hapus untuk memadam rekod butiran teras yang berkenaan sekiranya berlaku sebarang kesilapan data entry.

2) Pencapaian Teras Berdasarkan Purata Uptime (sumber daripada sistem) Bagi teras yang berkenaan, berikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi pencapaian baru. Teras yang terlibat ialah :-

Teras 9

Rajah 2.18: Senarai Butiran Pencapaian Bagi Sesuatu Teras

Purata pencapaian teras dikira secara automatik berdasarkan peratus pencapaian setiap tugasan

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 16

Setelah checkbox untuk mengemaskini pencapaian teras atau menukar teras diklik, satu ruangan baru akan dipaparkan seperti rajah berikut.

Rajah 2.19: Paparan Laporan Teras

Jika ’Ada Data’

Pengguna perlu memilih ’Ada Data’ jika ada data untuk dimasukkan atau menanda ’Tiada Data’ jika tiada data untuk dimasukkan. Jika ’Ada Data’ dipilih, ruangan seperti rajah di bawah akan dipaparkan.

Rajah 2.20: Paparan Jika Ada Data Untuk Dimasukkan

Pengguna dikehendaki klik pada butang Browse untuk meng’upload’ fail yang berkaitan.

Rajah 2.21:Tekan butang Browse untuk meng’upload’ fail yang berkaitan

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 17

Jika ada sebarang Catatan atau Sebab Downtime, ruangan di bawah perlu diisi. Kemudian klik butang Tambah untuk menyimpan rekod tersebut.

Rajah 2.22: Paparan Ruangan Catatan dan Sebab Downtime (jika ada)

Setelah butang Tambah ditekan, butiran pencapaian yang telah disimpan (Nama Server, Purata Uptime (Hari), Sebab Downtime (jika ada)) termasuk Peratus Pencapaian dan Purata Uptime (Jam) yang dikira oleh sistem bagi teras berkenaan akan dipaparkan seperti Rajah 2.11.

Rajah 2.23: Senarai Butiran Pencapaian Bagi Sesuatu Teras

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 18

Jika ’Tiada Data’

Rekod bagi ’Tiada Data’ akan dipaparkan seperti rajah berikut.

Rajah 2.24: Pencapaian Teras jika ’Tiada Data’

Klik pada link Hapus untuk memadam rekod butiran teras yang berkenaan sekiranya berlaku sebarang kesilapan data entry.

3) Pencapaian Teras Berteraskan Tempoh Hari (sumber dari sistem)

Teras-teras yang terlibat adalah seperti di bawah :-

Teras 5 Teras 10 Teras 11

Setelah checkbox di bawah diklik, satu ruangan baru akan dipamerkan seperti rajah.

Rajah 2.25: Paparan Skrin Pencapaian Teras

Pengguna perlu memilih ’Ada Permintaan’ jika terdapat permintaan atau menanda ’Tiada Permintaan’ jika tiada permintaan.

Rajah 2.26: Paparan Laporan Teras

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 19

Jika ’Ada Permintaan’ Jika pengguna menanda ’Ada Permintaan’, paparan seterusnya akan dikeluarkan.

Rajah 2.27: Paparan Jika Ada Permintaan

Pengguna dikehendaki memilih tempoh permintaan tersebut diselesaikan. Klik pada pilihan di ruangan Tempoh. Tempoh yang melebihi sasaran dikira lewat dan tidak menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Rajah 2.28: Tempoh Menyelesaikan Permintaan

Pengguna juga dikehendaki mengisi ruangan Bilangan Maklumbalas Yang Diberi dan Catatan (sekiranya ada).

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 20

Rajah 2.29: Paparan Jika Ada Permintaan

Jika tempoh untuk menyelesaikan permintaan melebihi sasaran hari yang ditetapkan, pengguna diwajibkan mengisi ruangan Sebab Kelewatan untuk menyatakan sebab teras tersebut lewat disiapkan.

Rajah 2.14: Tetingkap Makluman Pencapaian Kurang Dari Sasaran 100%

Sila buat pilihan pada medan Sebab Kelewatan.

Rajah 2.15: Medan Sebab Kelewatan Untuk Diisi Sekiranya Pencapaian Kurang Dari 100%

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 21

Jika ’Tiada Permintaan’ Jika pengguna menanda ’Tiada Permintaan’, butang Simpan akan dipaparkan. Klik butang simpan untuk menyimpan rekod ’Tiada Permintaan’.

Rajah 2.16: Paparan Jika ’Tiada Permintaan’

Purata pencapaian teras akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

Rajah 2.17: Paparan Senarai Pencapaian Teras

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 22

Lihat Pencapaian

Klik butang Lihat Pencapaian untuk melihat pencapaian bagi teras yang telah direkodkan.

Rajah 2.31: Menu Untuk Capaian Lihat Pencapaian

Pengguna boleh melihat semula pencapaian untuk tahun dan bulan tertentu yang telah direkodkan. Sila pilih Tahun dan Bulan.

Rajah 2.32: Paparan Skrin Lihat Pencapaian

Setelah pilihan dibuat, butiran pencapaian keseluruhan bagi tajuk dan teras untuk tahun dan bulan berkenaan akan dipaparkan.

Klik di sini untuk melihat rekod

pencapaian

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 23

Rajah 2.33: Paparan Skrin Pencapaian Keseluruhan Bagi Tajuk dan Teras

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 24

Laporan Klik butang Laporan untuk melihat laporan-laporan yang terdapat di dalam SCORECARD PIAGAM.

Rajah 2.34: Menu Untuk Capaian Modul Laporan

Satu skrin senarai laporan yang boleh dicapai oleh pengguna akan dipaparkan.

Rajah 2.35: Senarai Laporan Yang Boleh Dicapai Oleh Pengguna

Pilih laporan yang ingin dipaparkan. Pilih tahun dan bulan seperti yang dikehendaki dan kemudian tekan butang Papar untuk menjana laporan.

Rajah 2.36: Medan Tahun dan Bulan Untuk Menjana Laporan

Klik di sini untuk melihat laporan

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 25

Seterusnya, laporan akan dijana seperti di bawah.

Rajah 2.37: Contoh Laporan Yang Dijana

© Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI), ICU JPM 26

Rajah 2.38: Contoh Laporan Yang Dijana

Sila ulangi langkah yang sama untuk menjana laporan-laporan lain.