laporan tahunan gncc 2011

90

Upload: guidance-kmb

Post on 06-Mar-2016

259 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Guidance and Counseling Club Kolej MARA Banting

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tahunan GNCC 2011
Page 2: Laporan Tahunan GNCC 2011

1

Secarik Kuras Presiden….

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur kita terhadap Yang Maha Esa, kerana dikurniakan

oleh Allah nikmat iman dan Islam. Akal yang dikurniakan oleh

Allah Azza Wa Jalla diilhamkan untuk kita agar melaksanakan

tuntutan fitrah dan amal kebaikan kepada Allah. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah setahun berlalu,GNCC telah melakarkan sejarah yang begitu bermakna

kepada setiap ahli. Satu demi satu pencapaian yang membanggakan diraih dan

dikecapi bersama oleh setiap ahli. Dengan motto ‘Mencari Keredaan Allah’, GNCC

tampil dengan pelbagai program yang beragenda jelas untuk disajikan kepada warga

Kolej MARA Banting juga kepada masyarakat sekeliling sehingga seantero dunia.

Slogan ‘Peduli Ummat’ menjadi sumber inspirasi kepada GNCC untuk mara kehadapan

berkhidmat dan berbakti demi memastikan kecintaan dan kedamaian sentiasa

dinikmati oleh sekalian insan.

GNCC juga terkehadapan dalam membentuk jati diri ahli dengan menerapkan

program-program yang berteraskan pendidikan yg syumul dan mapan. Selaras

dengan IB Learner Profile, GNCC sentiasa menghayatinya dengan berlandaskan amal

Islami.

Diharapkan agar, kecemerlangan diteruskan generasi demi generasi. Ahli

GNCC haruslah mempunyai agenda yang jelas yang menyebabkan driving force untuk

terus istiqamah dalam amal. Jutaan terima kasih kepada pengarah, Pn.Noraini bt

Abdul Rahman,pihak kolej, pensyarah-pensyarah juga kepada sahabat serta mereka

yang turut serta bersama secara langsung atau tidak, membantu kami merealisasikan

agenda-agenda GNCC.

Marilah bekerja dan berjuang.

Sekian.Wassalam.

Page 3: Laporan Tahunan GNCC 2011

2

Isi Kandungan

Secarik Kuras Presiden.......………………………………………………………………………….3

Pengenalan………………………………………………………………………………………………..4

Visi dan Misi……………………………………………………………………………………….……..5

Motto, Slogan dan Pendekatan…………………………………………………………………..5

Carta Organisasi………………………………………………………………………………………..5

Bidang Kerja AJK……………………………………………………………………………………….8

Senarai Ahli………………………………………………………………………………………………10

Laporan Aktiviti…………………………………………………………………………………………11

Semai Bakti Nusantara Acheh SEBAK’11……………………………………………………

Page 4: Laporan Tahunan GNCC 2011

3

Pengenalan

Guidance and Counseling Club (GNCC) ialah satu persatuan Kolej MARA Banting

(KMB) yang ditubuhkan pada tahun 2002. GNCC berdaftar di bawah Unit CAS KMB.

Ianya ditubuhkan bagi membina jati diri pelajar dari sudut fizikal dan spiritual serta

menerapkan cara hidup Islam yang unggul. GNCC juga berperanan aktif dalam

masyarakat dalam dan luar dalam memberi khidmat sosial yang bermutu dan

dinamik.

GNCC optimis bahawa pelajar KMB secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi

pelajar yang hebat. GNCC mengajak pelajar menghayati Islam sebagai cara hidup,

memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-

sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh

GNCC kepada pelajar khususnya kepada ahli GNCC.

GNCC tampil dengan cara yang tersendiri dan kreatif dalam menyumbang bakti

kepada pelajar serta kolej. Program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah

bermatlamat murni dan memberi impak kepada ahli dan juga pelajar

Page 5: Laporan Tahunan GNCC 2011

4

Visi

Untuk menjadi persatuan qudwah, membina dan membangun jati diri insan terunggul

dan dinamik.

Misi

Membangunkan potensi ahli yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan,

diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dalam kalangan

ahli

Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan

dinamik.

Melahirkan ahli yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan

mental.

Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk

kefahaman.

Motto

“Meraih Keredaan Ilahi”

Slogan

“Peduli Ummat”

Pendekatan

Mengutamakan prinsip keutamaan

Membangun dan membina

Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah

Bertindak sederhana dan bijaksana

Bekerja secara kolektif

Dedikasi, iltizam dan istiqamah

Page 6: Laporan Tahunan GNCC 2011

5

Pn.Mardiah bt Kathani

Pensyarah Penasihat

Abdul Alim b Nazri Presiden

Nur Najah bt

Mahmood Timbalan Presiden I

Mohd Zaid b Nasir

Timbalan Presiden II

Mohamad Khairul

b Mansor Setiausaha

Ridhwah Anis b Auzait

Penolong Setiausaha I

Nur Zawani bt Zulkifli

Penolong Setiausaha II

Muhd Yasin Ting b Muhd Sufian Ting

Bendahari

Nur Adibah bt Ahmad Shukri

Penolong Bendahari

Page 7: Laporan Tahunan GNCC 2011

6

UNIT LUARAN

Ketua- Faris Iskandar bin Che Yusof

Pen.Ketua- Nur Fatema Zahra Noor Hamidi

Ahli:

Nur Fadhilah Nordin

Nur Malihah Athirah binti Mohammad

Nur Najah binti Mahmood

Salman Ayassy bin Razman

Muhammad Nur Ariff bin Abdul Razak

Wan Abdul Aziz bin Wan Shoaidi

UNIT SUMBER MANUSIA

Ketua- Mohd Amir Asyraf Bin Mohd Hamzah

Pen.Ketua- Siti Zulaikha Azwin binti Shukri

Ahli :

Ainun Munirah binti Zulkifli

Alia Syamim binti Zahari

Aina Nurina binti Aman

Ridhwah Anis binti Auzait

Ammar bin Adnan

Abdul Alim Bin Nazri

Hanafi bin Ismail

Mohd Zaid bin Nasir

UNIT MULTIMEDIA

Ketua- Mohd Afif Syazwan bin Alias

Pen.Ketua- Atikah binti Hassan @ Che Hassan

Ahli :

Nur Dini binti Johari

Nurul Aini Farhana binti Muhammad Tajudin

Nur Sakinah binti Muhammad Faizal Selvaraj

Nur Adibah binti Ahmad Shukri

Azrin bin Fauzi

Ahmad Izzuddin bin Mohmad Nor

Mohamad Khairul bin Mansor

Wan Mohammad Fahmi bin Wan Muhammad Faisal

Page 8: Laporan Tahunan GNCC 2011

7

UNIT EKONOMI DAN JUALAN

Ketua- Kitaro Irwan bin Mohd Azuan

Pen.Ketua- Sarah Iman binti Khairul Azhar

Ahli :

Ain Zaffira binti Zaini

Nur Zawani binti Zulkifli

Ahmad Farhan bin Azami

Mohd Nidzar bin Idris

Muhd Yasin Ting bin Muhd Sufian Ting

Page 9: Laporan Tahunan GNCC 2011

8

Bidang Kerja AJK

Presiden

1. Melaksanakan meeting bulanan ajk GNCC.

2. Membuat perjumpaan ad-hoc.

3. Perjumpaan bulanan semua ahli.

4. Bertanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan.

5. Menjadi sumber rujukan dan syura.

6. Memantau perkembangan setiap unit dan ahli

Timbalan Presiden

1. Membantu presiden dalam merencana gerak kerja

2. Merekod kehadiran ahli dalam setiap perjumpaan.

3. Menyelaras setiap aktiviti dan program.

4. Menjadi jurucakap bagi pihak kelab.

Setiausaha

1. Membuat laporan bagi setiap aktiviti

2. Bertanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja program.

3. Mengemaskini data dalam yahoo group.

Bendahari

1. Membuat akaun tahunan kelab

2. Menguruskan dana kewangan dan yuran ahli

Unit Khoriji

1. Menyelia aktiviti GNCC di luar kawasan kolej.

2. Menjadi jurucakap kelab untuk hal-hal berkaitan aktiviti luar kolej.

3. Menganjurkan program berbentuk kem motivasi kepada pelajar-pelajar luar

kolej.

4. Melaksanakan lawatan dan perkhemahan.

5. Membuat kutipan derma untuk disedekahkan kepada anak yatim

6. Membuat kolloberasi dengan kelab –kelab lain di kolej.

7. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

Page 10: Laporan Tahunan GNCC 2011

9

Biro Pembangunan Sumber Manusia

1. Menyelia bahagian pembanguan sumber manusia.

2. Iktikaf , Iftar dan Liqa’ Firdausi setiap bulan.

3. Riadah ahli GNCC.

4. Komited dalam usaha meningkatkan kualiti ahli dalam pembangunan diri dan

sahsiah.

5. Membangunkan kompentasi ahli.

6. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

Biro Multimedia

1. Melaksanakan promosi dan aktiviti penerbitan GNCC.

2. Di bawahnya terdapat Unit Penulisan dan Kreativiti dan Unit Group.

3. Menyelenggara blog GNCC.

4. Menerbitkankan majalah An-Nida.

5. Membuat yahoo group dan group di Facebook.

6. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

Biro Ekonomi

1. Bertanggungjawab dalam urusan jualan dan peningkatan pendapatan kelab.

2. Mengambil peluang perniagaan pada setiap aktiviti rasmi kolej

3. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

Page 11: Laporan Tahunan GNCC 2011

10

AHLI GUIDANCE & COUNSELING CLUB (GNCC) 2011/2012

BIL. NAMA KELAS NO. I/C 1 Abdul Alim Bin Nazri M10J 920112-05-5199 2 Ahmad Farhan Bin Azami M10D 921008-02-6069 3 Ahmad Izzuddin Bin Mohmad Nor M10P 920518-06-5477 4 Ali Ilhami Bin Basir M10R 910907-10-5365 5 Ammar Bin Adnan M10N 920809-10-5221 6 Azrin Bin Fauzi M10C 920117-07-5199 7 Faris Iskandar Bin Che Yusof M10B 920623-10-5039 8 Hanafi Bin Ismail M10N 921222-10-5673 9 Kitaro Irwan Bin Mohd Azuan M10D 920713-89-5089 10 Mohamad Khairul Bin Mansor M10T 920827-01-5799 11 Mohd Afif Syazwan Bin Alias M10D 920706-02-5093 12 Mohd Amir Asyraf Bin Mohd Hamzah M10K 920123-01-5991 13 Mohd Nidzar Bin Idris E10B 921115-02-5125 14 Mohd Zaid Bin Nasir M10A 920106-05-5125 15 Muhamad Khairie Anuar Bin Shamsudin M10T 920608-08-6351 16 Muhammad Nur Ariff Bin Abdul Razak E10B 920723-03-5613 17 Muhammad Taufiq Ersyad Bin Nor Hadi M10H 921121-10-5797 18 Muhd Yasin Ting Bin Muhd Sufian Ting E10B 920413-01-6257 19 Salman Ayassy Bin Razman M10L 920911-14-6775 20 Wan Abdul Aziz Bin Wan Shoaidi M10G 920807-03-5047 21 Wan Muhamad Fahmi Bin Mohamad Faisal M10A 920610-87-5069 22 Ain Zaffira Binti Zaini M10F 920509-01-5574 23 Aina Nurina Binti Aman M10P 920816-04-5300 24 Ainun Munirah Binti Zulkifli M10J 920914-02-5936 25 Alia Syamim Binti Zahari M10A 920123-03-5342 26 Atikah Binti Hassan @ Che Hassan M10F 921207-03-5582 27 Engku Nor Hidayah Binti Engku Gharzali A10B 920612-03-5952 28 Nur Adibah Binti Ahmad Shukri A10B 920123-10-5876 29 Nur Amni Binti Mohd Shamsuddin M10G 920112-03-5964 30 Nur Dini Binti Johari M10J 920813-13-5044 31 Nur Fatema Zahra Binti Noor Hamidi M10D 920608-03-5140 32 Nur Malihah Athirah Binti Mohammad M10F 920304-03-3214 33 Nur Najah Binti Mahmood M10P 920405-03-5060 34 Nur Sakinah Binti Muhammad Faizal Selvaraj M10J 920324-14-6578 35 Nur Zawani Binti Zulkifli M10P 920204-10-5106 36 Nurul Aini Farhana Binti Muhammad Tajudin M10E 921229-06-5336 37 Nurul Fadhilah Binti Mohd Noordin M10G 921027-10-5280 38 Ridhwah Anis Binti Auzait M10L 920726-07-5418 39 Sarah Iman Binti Khairul Azhar A10B 920515-01-6370 40 Siti Zulaikha Binti Shukri M10J 920825-10-6160

Page 12: Laporan Tahunan GNCC 2011

11

LAPORAN

AKTIVITI

Page 13: Laporan Tahunan GNCC 2011

12

LAPORAN JUALAN BAZAR RAMADHAN

Pada Bulan Ramadhan, tahun 2010, Guidance and Counselling Club (GNCC)

telah mengadakan jualan dengan cara membuka sebuah gerai kecil di bazar

Ramadhan di dalam Kolej Mara Banting. Bazar tersebut telah dianjurkan oleh pihak

GEM. Dengan membayar sewa selama sebulan, pihak Biro Jualan GNCC telah

mengambil alih urusan ini.

Gerai GNCC telah menjual Air Batu Campur (ABC) dengan menggunakan

mesin yang telah dibeli. Campuran yang telah diletak menjadikan ABC yang dijual

oleh pihak GNCC disukai oleh ramai pelajar yang membeli di bazar tersebut. Jualan

sepanjang bulan tersebut sangat memberangsangkan. Walaupun terdapat

sesetengah hari yang menjadi batu penghalang untuk melariskan jualan seperti

ketika hari hujan yang agak kerap. Namun, situasi tersebut tetap bukan menjadi

penghalang untuk pihak GNCC mengaut keuntungan.

Jualan ini diuruskan oleh 5 orang pelajar untuk sehari. Jadual giliran telah

memudahkan kami untuk menguruskan giliran bekerja dengan lebih teratur.

Pelanggan yang datang agak ramai, dan kadangkala 5 orang pelajar yang

menguruskan tidak mencukupi. Justeru, akan ada sesetengah ahli kelab GNCC yang

lain akan turut datang membantu walaupun pada hari tersebut bukan giliran

mereka.

Kesimpulannya, jualan di bazar Ramadhan di Kolej Mara Banting telah

memberi satu pengalaman yang berguna dalam kalangan ahli kelab yang terlibat.

Page 14: Laporan Tahunan GNCC 2011

13

Page 15: Laporan Tahunan GNCC 2011

14

PERTANDINGAN BAHAS IHYA’ RAMADHAN (JAMIR CUP)

Sempena program Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan pada bulan Oktober

2010 , pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menghidupkan lagi program tersebut-

diantaranya ialah pertandingan bahas. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua

kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penyertaan terbuka kepada para

pelajar tahun satu dan dua Kolej MARA Banting secara berkumpulan. Setiap

kumpulan terdiri daripada lima orang peserta- empat pembahas utama dan

seorang simpanan. Para hakim pertandingan ini dilantik dalam kalangan guru-guru

kolej sendiri serta dibantu oleh ahli-ahli kelab Guidance and Counseling yang

berdedikasi. Pemilihan tajuk bahas ditentukan oleh ahli jawatan kuasa program

melalui sistem syura dan musyawarah.

Sepanjang pertandingan ini berlangsung, baik para peserta, guru-guru ahli

kelab mahupun para pelajar yang tidak terlibat secara langsung telah memberikan

komitmen dan sokongan yang begitu padu serta mengagumkan. Sebanyak empat

kumpulan berdaftar di bawah pertandingan debat Bahasa Inggeris dan enam

kumpulan pula untuk bahas Bahasa Melayu. Para peserta kelihatan begitu

bersemangat dengan gaya pengucapan awam yang berjaya memukau para

pendengar dan cara penyampaian yang pastinya berhasil mampamerkan

kebolehan mereka. Idea-idea yang dibentangkan juga nyata menonjolkan

kematangan berfikir serta keluasan ilmu yang mereka miliki. Tambahan pula, para

peserta juga mampu menguasai tajuk yang diberikan walaupun hanya sedikit masa

persediaan diperuntukkan. Para hakim yang terlibat memberikan komentar dan

pandangan yang membina berkenaan pencapaian para peserta sepanjang

pertandingan

Kesimpulannya, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana

pertandingan ini berakhir dengan jayanya. Selain itu, penghargaan juga perlu

diberikan kepada ahli-ahli kelab yang telah bertungkus lumus memastikan

kelancaran perjalanan program. Semoga aktiviti seperti ini mampu dianjurkan lagi

pada masa hadapan.

Impak penganjuran pertandingan kepada ahli-ahli kelab:

1. Memberikan peluang kepada ahli-ahli kelab untuk mempamerkan kelebihan

dan kredibiliti mereka dalam membantu menggerakkan kelab.

2. Membentuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri setiap ahli kelab melalui

tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.

Page 16: Laporan Tahunan GNCC 2011

15

3. Memberi pendedahan ahli-ahli kelab berkenaan protokol sebenar dalam

penganjuran sesebuah program.

4. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan tali persahabatan antara ahli

kelab melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

Impak penganjuran kepada masyarakat Kolej MARA Banting:

1. Memperkenalkan lagi kelab Guidance and Counseling kepada komuniti kolej

melalui penganjuran pelbagai program.

2. Mendekatkan lagi masyarakat kolej dengan ahli-ahli kelab melalui

kerjasama yang dijalinkan semasa pelaksanaan aktiviti.

3. Memberi peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan kelebihan mereka

melalui penyertaan serta penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan.

4. Menjadi medium buat para pelajar yang ingin mengasah bakat dan

kebolehan mereka.

Page 17: Laporan Tahunan GNCC 2011

16

Page 18: Laporan Tahunan GNCC 2011

17

Kem Motivasi SK Bukit Changgang

November 2010 - Program motivasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang ini

adalah berdasarkan objektif GNCC yang ingin menyebarkan rasa bahagia dan

berkongsi ilmu serta pengalaman dengan masyarakat umumnya. Program ini

sengaja dijalankan di sekoalh luar bagi membina hubungan kelab ini dengan

masyarakat sekitar memandangka sebelum ini, ahli GNCC telah banyak didedahkan

dengan aktiviti dalam Kolej sahaja.

Seawal jam 7.30 pagi, semua ahli GNCC yang terlibat telah berkumpul di

belakang surau bersama semua kelengkapan untuk melaksanakan program

motivasi ini. Perjalanan untuk ke Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang hanya

memakan masa selama kira-kira 10 minit, berjalan kaki. Setelah tiba, semua ahli

terus menuju ke dewan besar sekolah terbabit untuk menyediakan semua

peralatan dan kelengkapan bagi memulakan program motivasi yang dijadualkan

bermula pada pukul 8.30 pagi. Pada sekitar jam 8.15 pagi, kelihatan para pelajar

yang terlibat iaitu pelajar tahun lima dan enam telah mula memenuhi dewan.

Program selama satu hari ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi

pertama merupakan sesi “Ta’aruf” ataupun dalam program ini dipanggil sesi “Jom

Kenal!”. Sesi yang memakan masa selama 2 jam ini sangat penting bagi memulakan

pertalian antara ahli GNCC yang pada hari tersebut dipanggil sebagai ‘abang’ dan

‘kakak’ oleh adik-adik terbabit. Perhubungan yang terjalin ini amat diperlukan bagi

membentuk kemesraan dan kefahaman sebelum sesi seterusnya nanti dapat

berjalan dengan lancar. Pada sesi ini, para pelajar terbabit telah dibahagikan

kepada 10 kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan dibimbing oleh beberapa

orang ahli GNCC sendiri. Dalam kumpulan tersebut, beberapa permainan ta’aruf

telah dijalankan bersesuaian dengan usia kanak-kanak tersebut seperti “Kuiz

Identiti” dan juga “Bina Batu-Bata” dimana pada akhir sesi, semua kumpulan

bergabung untuk bermain permainan yang boleh mengeratkan hubungan sesama

mereka sendiri.

Sesi ta’aruf berjalan dengan sempurna lalu program diteruskan dengan

sesi seterusnya iaitu permainan “explorace”, “Jelajah Diri” yang berkonsepkan

“outdoor game”. Aktiviti ini dijalankan bagi menyampaikan kepentingan ilmu

pengetahuan kepada para pelajar dengan cara yang lebih kreatif dan tidak

membosankan. Untuk permainan ini, para pelajar yang masih bersama kumpulan

masing-masing telah bersama-sama menyelesaikan misi menjelajah diri masing-

masing secara aktif. Beberapa ahli GNCC telah ditugaskan untuk menjaga 5 “check

point” di mana setiap perhentian dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang

menggalakkan pelajar untuk mengenali potensi dan kemempuan diri sendiri.

Page 19: Laporan Tahunan GNCC 2011

18

Perhentian-perhentian tersebut adalah Sayang Siapa?, Suka Belajar?, Ilmu dan

Main, English is Fun dan akhir sekali adalah My Ambition. Sesi yang memakan

masa selama 4 jam ini berakhir dna para pelajar dibenarkan untuk rehat sebelum

menyambung aktiviti seterusnya.

Pada jam 2.30 petang, program disambung dengan aktiviti ‘indoor’

dimana para pelajar bersama ahli GNCC akan masuk kedalam kumpulan untuk

membincangkan kembali ibrah serta pengajaran yang dapat dicapai setelah

menjalankan aktiviti “Jelajah Diri”. Dalam masa 1 jam, ahli GNCC telah berusha

sedaya upaya untuk membina kefahaman mereka terhadap konsep ilmu dam amal

dalam kehidupan. Sterusnya, setiap kumpulan telah diberi tugasan ringkas untuk

membuat persembahan selama 8 minit. Aktiviti ini dilaksanakan bagi membina

keyakinan diri pelajar disamping menjana minda kreatif dan imaginasi mereka

yang selama ini hanya terperap mengikuti sesi pelajaran di dalam kelas. Untuk

meningkatkan minat mereka, aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan

dan para pemenang akan diberikan hadiah pembakar semangat.

Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang, termasuk dengan acar penutupan

yang berlansung serba ringkas dan teratur. Sesi perpisahan dijalankan dengan

persembahan khas oleh ahli-ahli GNCC buat adik-adik SK Bukit Changgang.

Keseluruhannya, program motivasi ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna

hasil kerjasama semua pihak, termasul para pelajar, guru-guru serta dedikasi ahli-

ahli GNCC sendiri. Segala kekurangan dan masalah yang timbul sepanjang program

diharap dapat diberi perhatian serius agar dapat dibaikan dan tidak berulang lagi

pada aktiviti yang akan datang.

Page 20: Laporan Tahunan GNCC 2011

19

Page 21: Laporan Tahunan GNCC 2011

20

TEATER SIRAH MUZIKAL PEMBINA

10 Okt 2010 Putrajaya – Bertemakan ‘Merentas Kegemilangan Umat’, program

kebudayaan Sirah Muzikal anjuran PEMBINA Selangor telah berlangsung bertempat di

Auditorium Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Program ini turut dihadiri YAB

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ust

Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Persembahan Sirah berbentuk muzikal ini menampilkan Kelab Teater

International Islamic College (IIC), Nazrey Johani, kumpulan Nowseeheart, Muadz dan

kumpulan Fareast. Program yang jarang sekali diadakan seumpama ini merupakan

program anjuran PEMBINA Selangor, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Maahad Tahfiz Bayu Syahadah,

Persatuan Belia Masjid Selangor dan Nasyeed.com.

Sejak dari jam 7.00 petang lagi, Auditorium Kementerian Dalam Negeri ini mula

dipenuhi pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang. Ahli-ahli GNCC seramai

18 orang yang hadir sangat teruja untuk menyaksikan persembahan yang cuba

mengetengahkan sirah Rasulullah serta kegemilangan Islam dalam bentuk kesenian

dan kebudayaan. Majoriti pengunjung yang hadir merupakan golongan belia dan

beliawanis yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi institusi pengajian tinggi

berhampiran.

Kesan Kepada Peserta

Daripada teater Sirah Muzikal ini, ahli GNCC dapat menimba suatu pengalaman

baru dalam dunia seni. Ianya juga memberi pengajaran kepada kami supaya

mempunyai agenda dalam kehidupan untuk pembaikan diri, masyarakat, bangsa dan

agama. Ahli GNCC juga dapat berinteraksi dengan IPT-IPT luar dan berkongsi ilmu dan

pengalaman. Teater ini juga memberikan impak yang mendalam supaya umat Islam

dapat menghayati sejarah Islam yang unggul.

Page 22: Laporan Tahunan GNCC 2011

21

Page 23: Laporan Tahunan GNCC 2011

22

LAPORAN ‘MALAM KALUNGAN BUDI’

Pada 18 Januari 2011 , Guidance and Counselling Club (GNCC),Kolej MARA Banting

(KMB) telah mengadakan ‘Malam Kalungan Budi’.Majlis ini diadakan sebagai tanda

penghargaan dan perpisahan untuk pelajar tahun dua KMB yang merupakan ahli

GNCC juga. Bertempat di Surau An-Nur, seramai 60 ahli yang hadir memberi

sumbangan tenaga dan masa untuk menjayakan majlis pada malam tersebut. Majlis

diserikan lagi dengan kehadiran pensyarah penasihat GNCC, Pn.Mardhiah Kathan

Objektif ‘Malam Kalungan Budi ‘ adalah untuk memberi penghargaan

kepada para pelajar tahun dua yang telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar

tahun satu dalam mengendalikan urusan perjalanan persatuan. Ini juga sebagai

tanda terima kasih daripada pelajar tahun satu GNCC atas segala budi yang

ditaburkan oleh pelajar tahun dua GNCC.

Ketua Pelaksanaan Majlis oleh Saudara Kitaro Irwan Mohd Azuan dan

dibantu oleh AJK pelaksana.Majlis dipengerusikan oleh Saudara Wan Muhamad

Fahmi Mohamad Faisal dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Ucaptama oleh

Pensyarah Penasihat Kelab, Pn.Mardhiah Kathani menyentuh isu keserasian ahli

dan keberkesanan sistem komunikasi.

Seterusnya, dalam ucapan Mantan Presiden GNCC, Saudara Ahmad Huzaifah

Zulkifli, beliau menyentuh perihal kepimpinan yang adil dan projek pembangunan

ummah yang sejahtera. Beliau berkata, perlunya ada kesinambungan kepimpinan

bagi melancarkan proses dakwah. Dalam ucapan akhir, beliau mengumumkan

pelantikan Presiden GNCC yang baru, Saudara Abdul Alim Nazri seterusnya

memberi ucapan pembukaan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli GNCC tahun

dua dan penasihat GNCC. Sejurus selepas itu, tayangan video perjalanan sepanjang

tahun 2009-2010. Jamuan makanan disediakan oleh En.Suzaili.

Page 24: Laporan Tahunan GNCC 2011

23

Pelaksanaa majlis semupama ini dapat melatih pelajar tahun satu GNCC

untuk bekerjasama dalam sebuah organisasi kerana aktiviti seumpama ini dapat

memupuk nilai bersatu padu dalam jiwa pelajar dan seterusnya dapat menjamin

kelangsungan perjalanan GNCC pada masa akan datang. ini dapat mengukuhkan

ukhuwah dalam kalangan ahli.Amanat dan ucapan daripada pensyarah penasihat

dan mantan presiden memberi impak kepada para ahli kerana dengan amanat ini

semua ahli bersemangat untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan

menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi.

Walaupun majlis yang disediakan ringkas, kerjasama antara ahli

pelaksanaan dapat memberi kemeriahan terhadap pelaksanaan majlis ini.Majlis ini

dikatakan ringkas dan bermakna kepada semua ahli GNCC yang hadir. Tahniah

kepada pelajar tahun dua atas ukhuwah yang terbina dan tunjuk ajar yang

berkesan. Semoga memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Page 25: Laporan Tahunan GNCC 2011

24

Page 26: Laporan Tahunan GNCC 2011

25

LAPORAN KONVENSYEN SEMPENA MENGINGATI 500 TAHUN

KEJATUHAN MELAYU MELAKA

MELAKA, 29 Januari -Konvensyen Memperingati 500 Tahun Empayar Melayu Melaka, KEMM1511 diadakan bertempat di Universiti Teknikal Melaka, UTEM anjuran Ikatan Muslimin Malaysia dan Persatuan Belia Islam Nasional. Seramai kira-kira 3500 peserta hadir terdiri daripada tokoh-tokoh negara, ibu bapa, pelajar universiti dan individu perseorangan. Kolej Mara Banting diwakili oleh ahli-ahli GNCC seramai 40 pelajar dan pensyarah penasihat, Pn.Mardhiah Kathani.

Atur cara majlis pada hari tersebut dimulakan sesi pertama iaitu dengan tiga slot pembentangan. Slot kertas kerja yang pertama, bertajuk ‘Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka’ oleh YBhg . Prof Emeritus Datuk Dr. Yusuf Hashim yang merupakan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM). Dalam pembentangan kertas kerja ini beliau mengingatkan peserta-peserta mengenai latar belakang kebangkitan Melaka dan kegemilangan Melaka dari segi politik dan ekonomi. Beliau menyimpulkan bahawa generasi muda perlu mengambil pengajaran daripada kejatuhan Empayar Melayu Melaka dan orang Melayu tidak lagi perlu rasa rendah diri dan malu dengan bangsa sendiri kerana mereka dahulu merupakan bangsa yang gemilang.

Pembentangan diteruskan pula oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau membawa tajuk ‘Kejatuhan Melaka Sebagai Pengajaran Penting Untuk Bangsa Melayu-Islam Hari Ini’. Beliau menegaskan bahawa kejatuhan Empayar Melayu Melaka bukanlah satu tragedi bahkan merupakan Rahmat Allah ke atas ummat bangsa ini. Beliau juga turut mengupas Karya Agung Melayu “Hikayat hang Tuah” dan visi ” Tak Akan Hilang Melayu Di Dunia” dan menegaskan kepentingan raja dan rakyat dalam membina visi besar bangsa Melayu. Pembentangan tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang memberi kupasan menarik mengenai Hang Tuah.

Majlis dihangatkan lagi dengan pembentangan slot terakhir oleh Al-Fadhil Ust. Mohd Fauzi Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA dengan tajuk ‘Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam’. Beliau telah menjelaskan definisi bangsa Melayu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan menjelaskan mengenai jatidiri bangsa Melayu yang sebenarnya. Pada akhir pembentangan, beliau menyimpulkan bahawasanya bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat rapat dengan Islam dan bangsa Melayu akan lemah jika bersama unsur-unsur selain Islam.

Di sebelah petang pula, bermula sesi kedua iaitu forum yang bertajuk ‘Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam’. Forum ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj. Aminuddin Yahya, Setiausaha Agung ISMA merangkap pengarah

Page 27: Laporan Tahunan GNCC 2011

26

konvensyen ini. Empat orang ahli panel telah dijemput khas bagi mengupas tajuk ini iaitu al-Fadhil Ust. Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman, Presiden ISMA selaku ahli panel pertama dan Yang Berbahagia Dr. Muhammad Razak Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selaku ahli panel kedua. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Latif Abu Bakar, Ketua II GAPENA turut juga dindang sebagai ahli panel ketiga. Turut tidak ketinggalan ahli panel yang terakhir, Yang Berbahagia Datuk Siti Zahrah Sulaiman, Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Forum ini telah mendapat sambutan hangat dan ketika sesi soal jawab, ahli-ahli panel telah dihujani pelbagai soalan yang dikemukakan oleh para hadirin, tidak kurang juga yang menyokong usaha ISMA dan PEMBINA dalam menjayakan Agenda Perjuangan Bangsa Melayu Islam di Malaysia

Konvensyen diakhiri dengan pembentangan 12 resolusi yang dicapai

melalui konvensyen ini. Resolusi-resolusi tersebut telah dibentangkan oleh Tn Hj Aminuddin Yahya. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yaakub bin Mohd. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka, dengan diakhiri persembahan silat. Beliau menasihati generasi muda agar mengambil pengajaran daripada sejarah lampau dan tidak lalai dengan kesenangan dan keamanan yang dikecapi sekarang.

Diharapkan program ini berjaya membentuk suatu generasi baru yang menjadi pendokong dakwah di kalangan anak bangsa Melayu sendiri. Moga diharap dengan segala pengisian yang diberi mampu membina dan memperkuatkan jati diri sebagai seorang Melayu Muslim.

Page 28: Laporan Tahunan GNCC 2011

27

IMPAK KEDAPA INDIVIDU DAN MASYARAKAT

PROGRAM : KONVENSYEN SEMPENA MENGINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN

MELAYU MELAKA

Secara keseluruhannya, program ini telah meninggalkan kesan yang signifakan

kepada ahli kelab GNCC secara khususnya dan masyarakat secara keseluruhannya.

Akitiviti ini telah membantu kelab GNCC mencapai salah satu objektif penubuhan

kelabnya iaitu kearah membina individu muslim sebenar.

KESAN KEPADA INDIVIDU

Menyedarkan individu akan kegemilangan yang dicapai oleh Kerajaan

Melayu Melaka suatu masa dahulu adalah berakar dari pegangan umat Islam

akan ajaran Islam yang sebenar

Mengembalikan semangat pemuda Melayu Islam agar lebih optimis dan

bersungguh dalam merentangi cabaran semasa

Mengambil pelajaran akan teknik dan cara yang digunakan oleh orang

Melayu suatu masa dahulu sehingga mampu mencapai kegemilangan.

Meniupkan motivasi agar pelajar mampu bersifat futuristic dengan

mengambil pelajaran akan hal yang telah berlalu untuk merancang strategi

masa hadapan.

KESAN KEPADA MASYARAKAT

Melahirkan masyarakat yang lebih sedar akan sejarah dan latar belakang

serta mampu mengaplikasikan sejarah dalam kehidupan hari ini

Menyedarkan masyarakat agar lebih bersatu untuk kepentingan masa depan

agama dan negara

Mewujudkan masyarakat yang prihatin akan keadaan semasa dan mampu

mencari solusi untuk memperbaiki masalah yang wujud dalam masyarakat.

Page 29: Laporan Tahunan GNCC 2011

28

Page 30: Laporan Tahunan GNCC 2011

29

LAPORAN ANNUAL GENERAL MEETING 2011

Pada 18 Februari 2011 yang lalu, GNCC telah mengadakan Annual General

Meeting 2011 di Surau An-Nur. Buat julung-julung kalinya, GNCC mengadakan

Mesyuarat Agung Tahunan. Tujuan mesyuarat ini didakan adalah untuk

membentangkan organisasi GNCC sesi 2010/2012. Langkah ini merupakan

pembaharuan yang dibuat untuk mengemaskini dan meningkatkan keberkesanan

pentadbiran kelab. Seramai 40 orang hadirin telah memeriahkan majlis ini.

Meraka terdiri daripada ahli-ahli GNCC, penasihat kelab iaitu Pn. Mardiah bt

Kathani, wakil daripada Badan Kerohanian dan Tarbiyah, Tarbiyatul Muslimah,

Majlis Perwakilan Pelajar, HOPE dan ISAC.

Acara dimulakan pada pukul 9.30 malam dengan ucapan daripada

penasihat kelab, Ustazah Mardhiah Kathani. Beliau telah meluahkan harapan

beliau untuk melihat kelab ini bergiat dengan aktif dalam usaha menyebarkan

syiar Islam dalam kalangan pelajar KMB khususnya dan masyarakat Islam amnya.

Dalam ucapannya juga, beliau turut meluahkan rasa bangganya terhadap usaha

yang dilakukan oleh ahli-ahli GNCC dan berharap agar setiap ahli terus

memberikan komitmen terhadap kelab ini. Setelah acara perasmian

disempurnakan oleh Usrazah Mardhiah, mesyuarat ini disusuli dengan perasmian

website rasmi GNCC.

Dipengerusikan oleh saudara Izzudin Md.Nor, agenda pada malam itu

dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ammar Adnan dan disusuli dengan

bacaan Al-Quran oleh saudara Asyraf. Seterusnya, laporan tahunan 2010

dibentangkan oleh saudara Khairul Mansor. Beliau membentangkan segala

aktiviti yang telah dilakukan pada tahun lepas serta pencapaian kelab. Kemudian,

saudara Yasin Ting sebagai Bendahari membentangkan laporan kewangan 2010.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar tahun berikutnya segala perbelanjaan

direkodkan dan dipantau secara berkesan.

Page 31: Laporan Tahunan GNCC 2011

30

Setelah itu, presiden GNNC sesi 2010/2012, saudara Abdul Alim bin Nazri

pula menyampaikan ucapan beliau. Dalam ucapan beliau yang bertajuk “Di Sini

Kita Bermula”, beliau menyarankan agar ukhuwwah terus dimantapkan dan

penekanan terhadap pembangunan individu difokuskan agar dapat menyumbang

kepada agama dan bangsa. Beliau juga menyentuh beberapa aspek dalam

kepimpinan agar terus mengembleng tenaga, berusaha sedaya upaya untuk

mencapai objektif yang dikehendaki. Majlis diharmonikan lagi dengan paduan

suara oleh kumpulan nasyid Munawwar yang diketuai oleh saudara Ali Ilhami

dan diakhiri dengan jamuan makan.

Page 32: Laporan Tahunan GNCC 2011

31

Page 33: Laporan Tahunan GNCC 2011

32

PELANCARAN WEBSITE GNCC

Pelancaran website GNCC Club yang baru telah diadakan di Surau An-Nur

semasa Annual General Meeting. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh

penasihat GNCC Club iaitu Ustazah Mardiah Binti Kathani. Website GNCC boleh

dilayari di laman sesawang

http://gncc-kmb.blogspot.com/

Melalui website ini, orang ramai terutamanya di luar KMB boleh

mendapatkan info dan maklumat berkaitan GNCC Club. Selain itu, segala aktiviti

yang telah dijalankan akan dipaparkan di website tersebut supaya berita terkini

mengenai GNCC Club dapat disebarkan.

Selain itu juga, dilancarkan juga yahoo group GNCC dan Facebook Group.

Impak kepada ahli

Ahli GNCC sudah semestinya dapat berkongsi maklumat terkini mengenai

aktiviti dan program yang diadakan. Justeru, orang ramai dapat mengetahui

perkembangan semasa dan pada masa yang sama dapat menyalurkan pandangan

kepada kelab ini. Selain itu, karya kreatif daripada ahli GNCC dapat disampaikan

kepada umum melalui wadah ini.

Page 34: Laporan Tahunan GNCC 2011

33

Page 35: Laporan Tahunan GNCC 2011

34

LAPORAN PERTANDINGAN SAJAK SEMPENA HARI AL-QUDS KOLEJ MARA

BANTING

Sempena hari Al-Quds yang telah diadakan di Kolej MARA Banting, satu

pertandingan sajak telah dijalankan. Pertandingan sajak ini bertujuan mewujudkan

rasa kesedaran dalam kalangan pelajar bagi mengingati kesusahan dan penderitaan

yang dialami oleh saudara-saudara Islam di Gaza, Palestin. Antara kriteria sajak yang

dikehendaki dalam pertandingan ini adalah sajak yang mempunyai unsur keinsafan

yang mana akan mencetuskan rasa simpati dalam jiwa pembaca.

Pertandingan ini diadakan di Dewan Besar Kolej MARA Banting bermula pukul 9

malam hingga pukul 10 malam. Seramai 250 pelajar hadir bagi mengimarahkan lagi

majlis ini. Guidance and Counselling Club merupakan penganjur pertanding ini

dengan kerjasama kelab- kelab Kolej MARA Banting yang lain.

Pelbagai sajak yang menarik telah dipertandingkan dan bakat-bakat perlajar yang

terpendam selama ini turut terungkai. Antara sajak yang mendapat perhatian orang

ramai adalah sajak “Bumi Paletin” yang mana menanamkan semangat patriotism

dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, sajak ini menekankan bahawa kita perlulah

sedar akan tangungjawab kita terhadap tanah Palestin.

Memandangkan pertandingan ini mendapat sambutan yang baik daripada

kalangan pelajar dan juga memupuk nila-nilai yang baik, maka diharapkan

pertandingan ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Page 36: Laporan Tahunan GNCC 2011

35

Page 37: Laporan Tahunan GNCC 2011

36

JUALAN GNCC DI ESA CAREER DAY

Pada 27 Februari 2011, pihak Engineering Sudent Association (ESA) telah

menganjurkan Career Day bertempat di Dewan Utama Kolej Mara Banting.

Seramai 300 orang pelajar dari SBP, MRSM dan sekolah-sekolah di sekitar Banting

dijemput untuk memeriahkan acara ini. Program yang dijalankan seperti ceramah

kerjaya daripada Persatuan Engineer Malaysia, Konsultan Hospital dan lain-lain

lagi.

Di bahagian luar dewan telah disediakan tapak-tapak gerai bagi kelab yang

ingin terlibar dalam penjualan dan GNCC turut menyewa salah sebuah tapak gerai

pada hari tersebut. GNCC memfokuskan pada penjualan makanan bergoreng

seperti sosej, nugget dan minuman berkarbonat kerana penjualan makanan seperti

ini mampu menarik minat pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah. Selain

makanan, pihak GNCC turut menggunakan peluang ini untuk mempromosikan

beberapa buah buku bagus untuk dimiliki yang betajuk ‘Zero to Hero’,

‘Psikoseksual Remaja’ dan juga ‘Biomekanik Solat’.

Ahli-ahli GNCC telah memberi komitmen yang baik bagi menjayakan gerai

Career day ini. Bagi memastikan gerai GNCC beroperasi dengan efisien, ahli-ahli

GNCC di bahagikan mengikut tugasan dimana ada yang menguruskan bahagian

memasak makanan jualan, berurusan dengan pelanggan gerai dan sebagainya.

Hasil daripada usaha ahli-ahli GNCC, makanan-makanan laris terjual dan terdapat

juga pelajar-pelajar yang membeli buku-buku yang dipromosikan. Gerai ini

bermula pada waktu pagi dan berakhir lewat petang.

Ahli-ahli GNCC boleh manerima banyak manfaat daripada aktiviti-aktiviti

yang dijalankan. Pihak GNCC berharap, kelab ini akan berpeluang untuk

menjayakan aktiviti-aktviti seperti ini di masa hadapan.

Page 38: Laporan Tahunan GNCC 2011

37

Impak kepada ahli-ahli kelab

Aktiviti seperti jualan menjadi medium kepada ahli-ahli GNCC untuk

menonjolkan bakat yang mereka ada dalam bidang jualan

Hubungan silaturrahim dan semangat kerjasama antara ahli-ahli

dibina dan dikukuhkan. Elemen ini sangat penting dalam

memastikan kelancaran pengurusan sesebuah organisasi.

Ahli-ahli berpeluang merasai pengalaman menjalankan aktiviti-

aktiviti yang melibatkan interaksi dengan orang lain. Pengalaman ini

meningkatkan keyakinan diri ahli-ahli kelab dalam setiap perkara

yang mereka lakukan.

Impak Kepada Masyarakat

Antara impak unit ini terhadap masyarakt di dalam kolej ialah dengan

memberi kesedaran kepada warga kolej khususnya para pelajar terhadap

adab berniaga. Berlainan dengan “ Business Club “ yang lain, motif utama

GNCC ialah bukan untuk mengaut keuntungan, malah aktiviti jual beli ini

telah menjadi medan bagi setiap pelajar untuk mempraktikan adab jual –

beli yang telah disaran oleh Islam . Pelajar yang menjadi pelanggan dapat

belajar untuk berlaku jujur, amanah,dan menjaga batas pergaulan bila

berurus niaga.

Di samping itu, pelajar GNCC yang terlibat pula akan mendapat

pengalaman dalam kebijaksanaan mengurus masa. Kehidupan di dunia

program Diploma IB adalah sangat menyibukkan dan aktiviti tersebut

melatih pelajar untuk memiliki sifat kerajinan dan bijak mengurus diri .

Seterusnya, unit ekonomi bertanggungjawab dalam meberi bahan

keperluan kerohanian kepada para pelajar. Unit ekonomi GNCC

bertanggungjawab untuk menyediakan khususnya al – Quran, pakaian

menutup aurat, dan buku – buku limiah Islam bagi memenuhi keperluan

para pelajar. Ini adalah kerana koperasi Kolej Mara Banting tidak ada

menyediakan bahan tersebut.

Kesan kepada masyarakat luar wujud apabila unit aktiviti melibatkan

masyarakat luar . Salah satu aktiviti tersebut ialah aktiviti penjualan

menjelang “ Career Day “ yang telah melibatkan seluruh Sekolah

Berasrama Penuh (SBP) . Unit ini telah Berjaya memenuhi keperluan

pelajar – pelajar tersebut yang tekun menuntut ilmu .

Page 39: Laporan Tahunan GNCC 2011

38

Page 40: Laporan Tahunan GNCC 2011

39

LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN 'SALES RACE' DALAM MINGGU JABATAN SAINS SOSIAL

Tarikh : 1 April 2011

Masa : 3.00 – 5.00 petang

Tempat : Concourse 1 Malaysia

Pada tarikh dan masa yang telah dinyatakan di atas, GNCC telah menyertai satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial khususnya, Unit Business and Management.

Pertandingan ini secara umumnya, adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar yang mengambil subjek Business and Management untuk mengaplikasikan semua teori dan konsep bisnes yang telah dipelajari dalam cabaran jualan yang sebenar. Walaupun secara umumnya, ahli-ahli GNCC mempunyai pelbagai latar belakang subjek seperti subjek Economics dan Informational Technology and General Society (ITGS), GNCC tidak melepaskan peluang ini bagi menyempurnakan objektif kelab iaitu menggilap kualiti kepimpinan, amanah dan berdisiplin dalam kalangan ahli yang dapat dicapai melalui aktiviti jualan ini.

Kitaro Irwan selaku ketua projek telah memilih untuk menjual buku-buku ilmiah serta novel-novel terkini sebagai produk jualan. Setiap naskhah buku dan novel telah ditempah daripada Syarikat Pillars Consultations Sdn. Bhd. Kelompok sasaran ialah para pelajar , guru-guru dan staf-staf Kolej MARA Banting. Buku-buku ilmiah yang dijual adalah bersifat Islamik selari dengan misi GNCC dalam menjalankan usaha menanam kefahaman sebenar mengenai Islam kepada para pelajar.

Seramai 5 orang ahli yang bertugas pada suatu masa dan tugas diambil alih secara bergilir-gilir sepanjang tempoh petandingan. Promosi telah diadakan sepanjang pertandingan tersebut dijalankan. Oleh yang demikian, sambutan yang diterima daripada kelompok sasaran juga amat menggalakkan.

Setelah pertandingan Sales Race tamat, buku-buku yang tidak berjaya dijual telah dipulangkan kembali kepada syarikat pembekal berkenaan. Namun, terdapat beberapa naskhah yang dirasai mempunyai potensi untuk menarik jualan telah disimpan. Penjualan naskhah-naskhah tersebut telah dirancang untuk dijalankan di luar waktu pertandingan bagi meningkatkan dana unit ekonomi GNCC untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pada masa akan dating.

Page 41: Laporan Tahunan GNCC 2011

40

IMPAK TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT:

I) Individu

Melalui penyertaan program ini, ahli-ahli GNCC yang terlibat telah berjaya membangunkan kualiti kepimpinan dan disiplin dalam diri masing-masing. Selain itu, sikap amanah juga dapat dipupuk dan diselami secara mendalam melalui aktiviti jualan ini. Tidak dilupakan, kecekapan dalam pengurusan wang dan kreativiti dalam menyusun strategi promosi produk telah berjaya direalisasikan. Kesimpulannya, penyertaan GNCC dalam pertandingan ini telah memberi impak yang holistik dalam pembangunan kendiri ahli-ahli GNCC yang terlibat.

II) Masyarakat

Kelompok sasaran yang telah ditetapkan ialah para pelajar, guru dan staf Kolej MARA Banting. Melalui penjualan buku ini, GNCC telah berjaya memacu budaya membaca dalam komuniti kolej ini secara amnya. Penjualan buku-buku ilmiah yang berbentuk motivasi dan Islami sedikit sebanyak telah membantu komuniti ini dalam mencungkil potensi diri supaya menjadi insan yang mempunyai semangat gigih yang berterusan dalam memperbaiki diri dan membentuk diri mengikut acuan yang diingini oleh Islam. Penjualan ini juga telah memudahkan para pelajar mendapatkan buku-buku ilmiah ini dengan lebih mudah, cepat dan murah.

Page 42: Laporan Tahunan GNCC 2011

41

Page 43: Laporan Tahunan GNCC 2011

42

LAPORAN PROGRAM SEMINAR PSIKOSEKSUAL REMAJA LELAKI DAN WANITA

DARI PERSPEKTIF BIOLOGI ISLAM

Guidance and Counseling Club (GNCC) sekali lagi telah mengorak langkah

melalui program seminar psikoseksual remaja lelaki dan wanita dari perspektif

biologi islam yang dianjurkan pada 15 April 2011. Program ini bermula tepat jam 8

sehingga 9.45 malam dan diadakan di Lecture Theatre 1 (LT1), Kolej MARA

Banting, Selangor. Penceramah jemputan sempena program ini ialah Dr. Yusuf

Abbas dan Dr. Nur ‘Izam Alias.

Program hampir 2 jam ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk membuka

minda pelajar melihat psikoseksual dari sudut positif melalui perspektif Islam.

Selain ini, program sebegini juga membolehkan para pelajar mengkaji dan

memahami situasi akhlak remaja lelaki dan wanita serta memberi kesedaran

tentang kepentingan akhlak yang baik seperti dianjurkan Islam.

Program ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu Seminar Psikoseksual Remaja

Wanita dan Seminar Psikoseksual Remaja Lelaki. Seminar ini diasingkan mengikut

jantina atas pertimbangn pihak penganjur dan permintaan para pelajar agar isu-isu

peribadi dapat dikupas dengan lebih mendalam mengikut jantina yang

bersesuaian. Tepat jam 8 malam, sesi Seminar Psikoseksual Remaja Wanita

dimulakan terlebih dahulu. Selepas sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan

persembahan nasyid oleh Kumpulan Munawwar dan diikuti oleh Sesi Seminar

Psikoseksual Remaja Lelaki. Majlis bersurai kira-kira jam 10.45 malam selepas

penyampaian cenderahati. Pihak penganjur juga turut menjual buku-buku koleksi

penceramah, bagi para pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih

mendalam tentang isu yang diperbincangkan.

Program ini telah menarik minat kira-kira 100 pelajar Kolej MARA Banting

dalam kalangan lelaki dan perempuan. Rata-rata peserta program memberikan

maklum balas yang positif dan berpuas hati dengan penyampaian yang

disampaikan melalui boring kaji selidik yang diedarkan sepanjang seminar

berlansung.

Antara refleksi dan mutiara ilmu yang dapat dikutip daripada program ini

ialah setiap manusia mempunyai fitrah untuk tertarik, meminati serta menyukai

individu yang berlainan jantina.Psikologi lelaki dan wanita yang sentiasa tertarik

antara satu sama lain ini, tidak dapat dinafikan disertai juga dengan motivasi

seksual. Ternyata, pengaruh teknologi arus moden berupaya menggalakkan serta

meningkatkan motivasi seksual dalam diri remaja, tidak terkecuali kanak-kanak

Page 44: Laporan Tahunan GNCC 2011

43

yang masih di sekolah rendah. Namun demikian, Islam telah menggariskan

panduan yang lengkap dalam membendung fitrah manusia ini supaya tidak

malampaui bebas sekaligus membanteras gejala sosial yang kian kritikal. Melalui

seminar ini juga, para peserta dapat menyedari kebesaran Allah dalam

menciptakan kaum Adam dan kaum Hawa yang mempunyai persamaan serta

perbezaan yang tersendiri.

Terdapat pelbagai ‘input’ yang berjaya diperolehi sepanjang seminar ini dan

setiap ilmu yang diperoleh ini gembira dapat dikongsikan bersama-sama rakan-

rakan di Kolej Mara Banting. Diharap pengetahuan mengenai psikologi lelaki dan

wanita yang telah diketahui dapat membantu setiap pelajar supaya lebih berhati-

hati dan lebih menjaga dari pelbagai sudut Islam iaitu dari sudut penjagaan aurat

hinggalah penjagaan pergaulan antara lelaki dan wanita. Di samping itu,

diharapkan juga para pelajar dapat melihat kebesarah Ilahi dalam menciptakan

manusia yang mempunyai persamaan dan perbezaan yang sungguh unik serta

bertambah keimanannya setelah menyedari perkara ini. Oleh yang demikian,

wajarlah aktiviti-aktiviti berbentuk sebegini dianjurkan oleh GNCC pada masa akan

datang bagi memanfaatkan setiap masa yang ada untuk berbakti kepada agama

serta seluruh warga KMB.

Berdasarkan kepada respond yang diberikan oleh peserta, mereka

mengatakan bahawa program yang telah dilancarkan oleh kelab GNCC ini

merupakan satu perkara yang amat baik untuk dianjurkan memandangkan hal ini

merupakan hal yang penting dan sering menimbulkan persoalan dalam minda

remaja masa kini. Masalah umat di luar sana yang disampaikan oleh Dr. Muhammad

Yusof harus dijadikan iktibar oleh kita. Melalui pendedahan ini juga, peserta –

peserta dapat melihat dengan lebih jelas mengenai apakah yang sebenarnya

dikatakan psikologi seksual dan apakah batas-batsan yang dibenarkan oleh Islam.

Page 45: Laporan Tahunan GNCC 2011

44

KESAN/ IMPAK KEPADA PESERTA PROGRAM DAN PIHAK PENGANJUR.

Para pelajar dapat membuka minda mereka dengan melihat psikoseksual dari sudut positif melalui perspektif Islam.

Para pelajar dapat bersama-sama mengkaji dan memahami situasi akhlak remaja lelaki dan wanita pada masa kini.

Memberi kesedaran tentang kepentingan akhlak yang baik seperti

dianjurkan Islam.

Menerapkan kefahaman mengenai psikologi lelaki dan wanita serta membantu setiap pelajar supaya lebih berhati-hati dan lebih menjaga dari pelbagai sudut Islam iaitu dari sudut penjagaan aurat hinggalah batas-batas penjagaan pergaulan antara lelaki dan wanita.

Membolehkan para pelajar mengetahui pengaruh teknologi arus moden dalam menggalakkan serta meningkatkan motivasi seksual dalam diri remaja, tidak terkecuali kanak-kanak yang masih di sekolah rendah.

Menyedari kebesaran Allah dalam menciptakan kaum Adam dan kaum Hawa yang mempunyai persamaan serta perbezaan yang unik.

Membantu pihak penganjur dalam meneliti masalah remaja zaman sekarang agar program-program untuk mengatasinya dapat dianjurkan.

Mengeratkah ukhuwwah Islamiah sesama ahli kelab dan para pelajar.

Page 46: Laporan Tahunan GNCC 2011

45

Page 47: Laporan Tahunan GNCC 2011

46

KEJOHANAN FUTSAL MENCARI SOLAHUDDIN AL AYYUBI

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro Human Resource and Development

telah menghantar dua pasukan futsal untuk Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin

Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin pada

bulan April 2011 yang lalu. Kedua-dua pasukan telah ditempatkan dalam

Kumpulan C dan D. Sebanyak lebih 20 pasukan dari Universiti-universiti tempatan

dan kolej-kolej persediaan telah menyertai kejohanan tersebut.

Progam yang bertemakan kesedaran terhadap bumi Palestin ini juga

bertujuan untuk mengutip dana dan sumbangan kepada rakyat Palestin. Malah

Guidance and Counselling Club sendiri telah menyumbang sebanyak RM100

kepada pihak penganjur. “Nama-nama pasukan yang menyertai pertandingan ini

menunjukkan bahawa masyarakat tidak lupa dengan perjuangan dan pengorbanan

saudara-saudara kita di Palestin” ulas saudara Muadz, salah seorang pemain untuk

pasukan ISMA DHL semasa membaca senarai pasukan yang menyertai

pertandingan tersebut, yang diinspirasikan daripada nama-nama pejuang Palestin

antaranya Filistin, Ismael Haneyya, Sheikh Izzuddin al-Qassam, Marvi Marmara,

GNCC Rantisi dan pelbagai lagi.

GNCCFC dibawah kelolaan naib presidennya, Saudara Muhammad Zaid

Mohamad Nasir telah berjaya merangkul tempat kedua secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, saudara Nazrin Umar dinobatkan sebagai penjaring terbanyak

kejohanan.

Impak Terhadap Ahli

Moga-moga dengan keterlibatan dalam kejohanan futsal ini dapat

melahirkan shabab (pemuda) yang sihat tubuh badan dan menjadi tunjang kepada

agama dan bangsa. Aktiviti futsal ini juga dilihat dapat menanamkan semangat ‘’

bersukan sambil menyumbang’’ bukan sahaja kepada ahli-ahli kelab, malah kepada

remaja secara keseluruhannya.

Page 48: Laporan Tahunan GNCC 2011

47

Page 49: Laporan Tahunan GNCC 2011

48

KEM BOND OF UKHUWWAH

Pada 21 hingga 23 Mei lalu, Guidance Club (GNCC) telah bekerjasama dengan

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) untuk menganjurkan Kem “Bond of

Ukhuwwah”. Kem ini telah diadakan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Shah

Alam. Program ini adalah khusus untuk ahli-ahli GNCC, yang terdiri daripada pelajar-

pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. PEMBINA pula berperanan

sebagai penganjur rasmi dan fasilitator kem. Objektif kem ini adalah untuk

merapatkan ukhuwwah antara ahli-ahli GNCC, yang merupakan sebuah persatuan

dakwah dan kebajikan di KMB. Di samping itu, kem ini bertujuan menaikkan

semangat dan menggalakkan lagi ahli-ahli GNCC untuk terlibat dalam aktiviti dakwah

dan tarbiyyah.

Kem ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti fizikal yang menekankan aspek

kerjasama, kesatuan, kesepakatan, organisasi, dan disiplin. Disamping itu, program

juga diselitkan dengan pengisian-pengisian yang menekankan kepentingan

ukhuwwah dan pembinaan diri. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan telah disusun

khas untuk mencapai objektif yang diletakkan. Antara aktiviti menarik yang

dilaksanakan adalah aktiviti teambuilding, berkayuh basikal sekeliling Bukit Cerakah,

lawatan ke Rumah Empat Musim, dan permainan di kolam renang.

Majlis penutupan kem telah disempurnakan dengan ucapan rumusan dari

wakil peserta lelaki dan perempuan dari GNCC beserta penyampaian cenderamata,

tanda penghargaan dari GNCC kepada PEMBINA. Program diakhiri dengan sebuah

video yang memaparkan detik-detik manis sepanjang kem 3 hari tersebut.

Kem ini adalah julung-julung kali GNCC bekerjasama dengan PEMBINA untuk

menganjurkan program sebegini. Diharapkan hubungan antara PEMBINA dan GNCC

akan terus berkekalan dan lebih banyak lagi bersama yang dapat diatur pada masa

akan datang.

Page 50: Laporan Tahunan GNCC 2011

49

Page 51: Laporan Tahunan GNCC 2011

50

JALINAN KASIH : THE REUNION

June, Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance

and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion.

Objektifnya untuk menguatkan ukhuwwah antara ahli Guidance and SEBAK juga

untuk mengumumkan jumlah kutipan dan refleksi program SEBAK di Acheh baru-

baru ini.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ammar Adnan dan

disusuli dengan lagu tema SEBAK, Jalinan Ukhuwwah yang dipopularkan oleh

Kumpulan Sohwah. Selain itu juga, perasmian kumpulan nasyid Guidance, Solusiyah

oleh Saudara Zaid Nasir. Akhir sekali ucapan kemuncak oleh Saudara Alim Nazri.

Seluruh warga Guidance berpeluang untuk berkongsi tentang pengalaman ketika

berda di Aceh juga tidak dilupakan ole-ole untuk ahli yang tidak berpeluang ke sana.

Serta jamuan. Semoga ukhuwwah kita berkekalan.

REFLEKSI TERHADAP AHLI

Menerusi pembabitan saya dalam program seumpama ini, saya berpeluang

untuk mendapat pengalaman dan input-input menarik yang berguna dan seterusnya

membawa kepada pembaikan diri saya sendiri. Selain daripada itu, saya dapat

merasakan bahawa ikatan dan hubungan antara kami menjadi lebih rapat dan kukuh

melalui aktiviti-aktiviti seperti persembahan dan perkongsian yang dilakukan antara

ahli-ahli kelab. Saya juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih mendalam

mengenai objektif penubuhan kelab ini selaiin menambah ilmu mengenai Islam

menerusi tarbiyah-tarbiyah yang sering menjadi intipati utama kelab yang bermula

sebelum dan semasa perjumpaan diadakan.

REFLEKSI TERHADAP PESERTA LAIN.

Peserta lain juga sedikit sebanyak mendapat respond dan manfaat yang sama.

Pada ketika ini, melalui interaksi yang dilakukan oleh sesama ahli, dapat dilihat

bahawa mereka juga banyak mendapat kebaikan melalui aktiviti-aktiviti yang

dilakukan. Selain itu, perkongsian ilmu juga dapat dilakukan antara sesama ahli yang

ingin berkongsi ilmu dan memiliki kelebihan dalam sesuatu perkara. Program Jalinan

Kasih ini juga turut dapat membuktikan bahawa terdapat segolongan ahli kelab ini

yang mempunyai bakat dan kebolehan yang boleh diketengahkan dan sememangnya

mempunyai potensi untuk dikembangkan melihatkan bakat yang dimiliki oleh

mereka. Hal ini dapat dilihat apabila mereka melakukan persembahan nasyid dan

persembahan-persembahan lain seumpamanya.

Page 52: Laporan Tahunan GNCC 2011

51

Page 53: Laporan Tahunan GNCC 2011

52

Page 54: Laporan Tahunan GNCC 2011

53

KEMBARA ILAHI 1.0

Pada Julai 2011, kelab “Guidance and Counselling “ telah mengadakan program “

Kembara Ilahi 1.0 “ bertempat di Paya Indah Wetlands, Banting , Selangor. Secara

umumnya, program ini melibatkan peserta beriadah, berusrah , dan berukhuwah di

Paya Indah Wetlands. Paya Indah Wetlands ialah taman peliharaan milik perhilitan .

Kawasan ini merangkumi hutan semulajadi, tasik , dan kawasan peliharaan binatang

seperti buaya, burung, dan kera.

Antara objektif program ini ialah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta,

mengimbas alam sekitar ciptaan Yang Maha Agung , dan menjaga kepentingan

fisiologi manusia. Sesampai di sana, peserta menyertai program usrah berkelompok

di tepi tasik, tajuk perbincangan adalah mengenai Surah al – Mulk. Seterusnya,

peserta diberi peluang untuk menyewa basikal sewa dan mengayuh mengelilingi

taman tersebut. Di samping itu, peserta juga telah menyaksikan habitat buaya air

tawar dan badak air. Akhir sekali, program ditamatkan dengan solat asar secara

berjemaah di tepi tasik.

Impak Program

Antara impak yang saya dapati ialah mengenai kepentingan ukhuwah.

Hubungan antara peserta kian menjadi erat melalui program ini. Program ini

memberi peluang kepada para peserta untuk melakukan aktiviti di luar kolej dan

perkara luar akademik. Pada pendapat saya, di sinilah kita dapat mengetahui sifat

sebenar seseorang rakan . Semangat berpasukan, budi bahasa , dan bantu

membantu adalah sifat yang patut di tonjolkan oleh setiap peserta walau di

manapun.

Disamping itu, aktiviti tadabur alam yang telah dijalankan oleh saya telah

menyedarkan saya tentang kekuasaan Maha Agung . Keindahan alam sekitar , udara

yang segar , dan masyarakat yang berhati mulia adalah semua di bawah kekuasaan

Ilahi.

Seterusnya, semangat cintai alam sekitar dapat disemai oleh setiap ahli

melalui program ini. Tasik yang indah dan kesegaran udara adalah hasil usaha pihak

yang berusaha menjaga keindahan alam sekitar di kawasan tersebut. Oleh itu ,

sebagai masyarakat berpelajaran , hendaklah kita menyumbang tenaga dalam

menyuntik kesedaran ini kepada masyarakat lain.

Page 55: Laporan Tahunan GNCC 2011

54

Page 56: Laporan Tahunan GNCC 2011

55

SESI TEMUDUGA GUIDANCE BARU

Bertempat di Surau An-Nur, Kolej MARA Banting, 13 Ogos 2011, sesi temuduga ahli

GNCC baru telah dijalankan oleh ahli-ahli GNCC untuk mencari bakat serta potensi

baru dalam kelab ini. Seramai hampir 150 pelajar tahun satu telah mendaftar

sebagai calon temuduga ahli GNCC. Dasar baru pada tahun ini menyaksikan

penubuhan Sahabat Guidance yang boleh disertai oleh calon-calon guidance.

Pemilihan ahli GNCC yang baru bermula dengan pengenalan terhadap Misi dan Visi

GNCC Club. Pengerusi GNCC Club, Abdul Alim menyampaikan hasrat dan saranan

terhadap ahli-ahli GNCC yang bakal dipilih. Seterusnya, pemilihan berjalan melalui

temuduga bersama ahli-ahli GNCC tahun dua. Daripada ahli tahun satu yang

ditemuduga, hanya sebahagian sahaja yang layak menjadi ahli.

Impak Terhadap Peserta

Ahli GNCC tahun dua sememangnya dapat menemui bakat baru yang ingin

dimasukkan ke dalam kelab ini. Melalui temuduga ini, ahli GNCC tahun dua dapat

bekerjasama dan berganding bahu bersama ahli baru bagi meningkatkan potensi

kelab. Selain itu, GNCC Club juga mengharapkan agar ahli-ahli baru agar lebih

komited dan bersungguh

.

Page 57: Laporan Tahunan GNCC 2011

56

Page 58: Laporan Tahunan GNCC 2011

57

JUALAN BAZAAR RAMADAN

Pada 9 hingga 25 Ogos 2011, ahli Guidance and Counselling Club (GNCC)

tidak ketinggalan melibatkan diri dalam aktiviti jualan bersempena dengan

program Ihya’ Ramadhan. Seperti mana tahun- tahun yang sebelumnya, gerai

GNCC meneruskan tradisi penjualan air batu campur (ABC) demi memenuhi

citarasa warga Kolej MARA Banting (KMB) yang sibuk memenuhkan hari- hari

mereka dengan beribadah di bulan Ramadhan di samping menjalankan aktiviti-

aktiviti seharian yang lain.

Melalui gerak kerja yang sistematik dan komitmen daripada ahli GNCC dan

warga KMB sendiri, kami telah berjaya membuka gerai pada setiap hari Isnin

hingga Khamis sepanjang bulan Ramadhan. Sambutan yang menggalakkan

daripada warga KMB telah memberikan ahli GNCC semangat yang berterusan

untuk meneruskan aktiviti jualan, demi mendukung tuntutan Islam yang

menggalakkan umatnya untuk keluar mencari rezeki, serta memberi pendedahan

kepada ahli kelab sendiri tentang kemahiran menguruskan perniagaan.

Secara jujurnya, menguruskan jualan bukanlah sesuatu yang mudah,

bahkan memerlukan kesabaran dan kerjasama yang padu daripada kalangan ahli

kelab. Pada mulanya, sedikit masalah dari segi penyusunan gerak kerja dan

sistem pengurusan kewangan telah menyebabkan pergerakan jualan terganggu

kelancarannya. Namun begitu, kami telah berjaya meningkatkan produktiviti

jualan dengan mengadakan perjumpaan sesama ahli jawatankuasa secara berkala

demi memastikan aktiviti jualan berjalan dengan lancar dan efisien. Perbincangan

sesama AJK ini turut melibatkan pengurusan bahan- bahan, strategi untuk

meningkatkan kualiti produk jualan dan pengurusan kewangan yang lebih

sistematik.

Impak Terhadap Ahli

Di samping memperoleh pelbagai pengalaman dan pengetahuan teknikal,

penglibatan ahli kelab dalam bazaar Ramadhan telah menjalinkan ikatan

silaturahim antara ahli- ahli baru GNCC. Hal ini demikian kerana program Ihya’

Ramadhan di bawah kelolaan GNCC pada Ramadhan kali ini merupakan program

pertama yang melibatkan ahli- ahli Tahun Satu GNCC. Segala perancangan, dan

pelaksanaan aktiviti jualan melibatkan ahli- ahli baru dengan bimbingan dan

tunjuk ajar daripada ahli- ahli Tahun Dua dari aspek idea asal dan penyediaan

bahan jualan. Secara tidak langsung, penyertaan GNCC dalam bazaar Ramadhan

telah sedikit sebanyak merapatkan jurang persefahaman antara ahli- ahli kelab

secara keseluruhannya.

Page 59: Laporan Tahunan GNCC 2011

58

Sebagai konklusi, dapat disimpulkan bahawa pelbagai manfaat telah dapat

diperoleh hasil daripada pelaksanaan jualan bersempena bulan Ramadhan tahun

ini, khususnya kepada para ahli kelab sendiri. Biar pun matlamat penglibatan ahli

kelab dalam bazaar Ramadhan ini bukanlah berbentuk keuntungan semata- mata,

namun kami amat berpuas hati kerana dapat menyumbangkan masa dan tenaga

dalam aktiviti jualan demi menjayakan program Ihya’ Ramadhan di Kolej MARA

Banting.

Page 60: Laporan Tahunan GNCC 2011

59

IFTAR PERDANA GNCC : MENYANTUN UKHUWAH MENYUBUR NAHDAH

Pengenalan

Iftar Perdana GNCC yang diadakan sewaktu bulan Ramadhan ialah program

berbuka puasa antara semua ahli GNCC yang diadakan di Surau An-Nur. Program

tersebut telah diadakan pada 11 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan 1432H.

Tujuan

Antara tujuan program ini dilakukan adalah untuk merapatkan ukhuwah

antara ahli- ahli GNCC terutamanya di antara ahli-ahli tahun pertama dan tahun

kedua. Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan keimanan ahli-ahli GNCC

dengan adanya tazkirah dan peringatan sewaktu iftar berlangsung. Seterusnya,

Iftar Perdana juga ini dapat menyuntik semangat ahli-ahli untuk sentiasa berkobar-

kobar untuk melakukan puasa sunat.

Aktiviti

Program ini juga dihadiri oleh Ustazah Mardiah selaku penasihat GNCC. Sewaktu

iftar juga majlis penyerahan cenderahati kepada AJK-AJK yang terlibat dalam

aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam bulan Ramadhan seperti SHIHAM CUP dan

HUMAIRAH CUP. Di samping itu, menu tambahan juga telah disediakan iaitu ayam

percik.

Impak kepada peserta.

Ahli-ahli GNCC lebih mengenali hati budi rakan masing-masing. Ukhuwah yang

terjalin walaupun duduk bersama-sama hanya untuk seketika amatlah kuat dan

erat. Ahli-ahli GNCC juga lebih bersemangat untuk meneruskan puasa di dalam

bulan Ramadhan dan bertekad untuk memperbanyakkan puasa-puasa sunat

apabila tamatnya bulan Ramadhan. Ahli-ahli GNCC juga dapat menghayati dan

menghidupkan sunnah Rasulullah seperti buka puasa di awal waktu, makan di atas

talam dan lain-lain.

Page 61: Laporan Tahunan GNCC 2011

60

Page 62: Laporan Tahunan GNCC 2011

61

ADUH! JIWA KACAU.

Tempat : Surau An-Nur Tarikh : 18 Ogos 2011 Penceramah : Saudara Aiman Azlan Pengenalan:

Pada 18 Ogos yang lepas, bertempat di surau An-Nur Kolej Mara Banting, pihak pengurusan Guidance and Counselling Club telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama “Aduh! Jiwa Kacau.” Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Kolej Mara Banting akan bahana hubungan sebelum bernikah dan memberi alternatif kepada golongan yang bercinta untuk menangani masalah mereka. Saudara Aiman Azlan telah dijemput untuk memberikan ceramah pada malam itu. Impak kepada ahli-ahli GNCC: Sepanjang usaha kami untuk menjalankan program ini, kami telah mempelajari erti kerjasama dan kesabaran dalam melakukan sesuatu. Pelabagai dugaan dan cabaran dalam usaha kami untuk membawa penceramah, Aiman Azlan ke Kolej MARA Banting. Karenah birokrasi, masalah komunikasi antara beberapa pihak telah sedikit sebanyak menduga perjalanan dalam menjayakan program ini demi kebaikan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting. Kesabaran adalah antara nilai yang paling utama dipelajari oleh kami, ahi-ahli GNCC. Impak kepada pelajar-pelajar KMB: Pelajar-pelajar KMB telah mempelajari batas sebenar dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Islam dalam ceramah ini. Saudara Aiman Azlan telah menerangkan tentang kebaikan-kebaikan perkahwinan dalam Islam. Beliau juga telah menerangkan kepada pelajar-pelajar KMB tentang keindahan percintaan selepas kahwin. Dengan cara ini, para pelajar KMB telah mengetahui dan memahami sedikit sebanyak keburukan “couple” sebelum berkahwin kepada mereka. Saudara Aiman Azlan telah banyak membantu dalam menerangkan perkara ini kepada para pelajar KMb tentang bab ini.

Page 63: Laporan Tahunan GNCC 2011

62

Page 64: Laporan Tahunan GNCC 2011

63

HUMAIRAH’S CUP Tarikh : Khamis,18 Ogos 2011 Masa : 3.00 p.m – 6.00 p.m Lokasi : Dewan Selera Kolej Mara Banting

Guidance and Counselling Club (GNCC) Kolej Mara Banting telah menganjurkan Humairah’s Cup yang terbuka khusus kepada kaum muslimat tahun 1 dan tahun 2 kolej ini. Program yang bertemakan pertandingan membuat biskut ini telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada seluruh muslimat KMB, namun pihak kami telah mengehadkan penyertaan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sahaja bagi setiap kumpulan. Pertandingan ini diadakan pada 18 Ogos 2011, Khamis bertempat di Dewan Selera KMB. Pertandingan ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.Pertandingan ini telah diadili oleh 3 juri yang terdiri daripada 2 ahli GNCC sendiri dan seorang guru Kolej Mara Banting.Pemenang telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria seperti tekstur dan rasa biskut yang dihasilkan,kebersihan dan kekemasan cara pembuatan,cara persembahan serta kerjasama antara peserta dalam kumpulan. Impak Terhadap Ahli Secara keseluruhannya,program ini telah berjaya mencapai hadafnya iaitu memberi impak yang positif kepada seorang pelajar IB agar dapat diimplementasikan dalam kehidupan seharian.Antara impak positif yang dapat dilahirkan menerusi program ini adalah ;

Menyemai kemanisan ukhuwah antara pelajar seperti yang dianjurkan dalam Islam menerusi tuntutan bahawa setiap Muslim itu adalah bersaudara,

Menerapkan sifat mahmudah seperti bertanggungjawab dalam setiap urusan yang dilakukan agar dapat mencapai hadaf dan natijah yang diharapkan yang bertepatan dengan syariat Islam.

Mewujudkan bi’ah kerjasama dalam kalangan pelajar supaya dapat mendukung aspirasi Rasulullah s.a.w yang mementingkan syura dan musyawarah dalam menjalankan sesuatu urusan.

Mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap individu pelajar bagi memberi tapak asas dalam pembentukan individu Muslim ke arah kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai khalifah.

Menyerlahkan kemahiran dan bakat terpendam yang dimiliki para peserta yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Konklusinya, Humairah Cup merupakan salah satu daripada program tarbiah

praktikal yang dianjurkan oleh GNCC yang telah berjaya memberi impak yang positif kepada pelajar KMB secara tidak langsung dan kepada peserta Humairah Cup secara khususnya. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan dating bagi membentuk generasi Muslim yang seimbang tarbiah rohaniah dan praktikalnya.

Page 65: Laporan Tahunan GNCC 2011

64

Page 66: Laporan Tahunan GNCC 2011

65

LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL 5 SEBELAH ANJURAN GUIDANCE &

COUNSELLING CLUB

Pengenalan :

Pada 18 Ogos sehingga 29 Ogos 2011, Guidance and Counseling Club Kolej

Mara Banting telah menganjurkan kejohanan futsal 5 sebelah yang diberi nama

“Shiham Cup”. Program ini telah berlangsung buat kali ke-2 dan merupakan

program tahunan kelab ini. Program ini telah berjalan mengikut gabungan antara

kelas-kelas. Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan

hubungan silaturahim antara ikhwah dan melahirkan generasi yang sihat tubuh

badan dan memiliki minda yang cerdas. Program ini telah dinamakan Shiham Cup

bersempena nama salah seorang ustaz di Kolej Mara Banting iaitu Ustaz Shiham

yang telah berbesar hati untuk menyumbangkan piala pusingan untuk kejohanan

ini.

Impak kepada ahli kelab :

Sepanjang berlangsungnya program ini, ahli kelab telah mendapat pelbagai

manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Masa merupakan

kurniaan Allah yang harus dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap insan bak kata

pepatah Arab, masa ibarat mata pedang, jikalau kita tidak menggunakan pedang

tersebut untuk memotong, nescaya pedang tersebut akan memotong kita. Untuk

menjalankan sesuatu aktiviti, kelancaran dari segi pengurusan masa amat penting.

Jika gagal untuk menguruskan masa, aktiviti yang dijalankan tidak akan tamat

mengikut perjalanan yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, kami dapat melihat pentingnya untuk berdisiplin dalam

manjalani kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi hidup berstatuskankan muslim, kita

seharusnya berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian seperti mematuhi

waktu, komitmen dalam menjalankan tugas dan selari dengan qudwah hasanah

yang ditunjukkan oleh junjungan Rasulullah.

Tambahan pula, kami belajar bahawa bergerak dalam pasukan amat penting

dalam menjalankan sesuatu program. Selain memudahkan persiapan dan

perjalanan program, ukhuwah sesama ahli juga dapat diperkukuhkan. Perkara

tersebut secara tidak langsung bertepatan dengan kata-kata Saidina Umar yang

berbunyi “Tidak ada kekuatan tanpa jemaah”.

Impak kepada masyarakat :

Page 67: Laporan Tahunan GNCC 2011

66

Masyarakat merujuk kepada komuniti yang tinggal setempat dan

menjalankan sosiobudaya yang sama.Merujuk kepada motto GNCC iaitu “Peduli

Ummah”, program ini berperanan untuk melahirkan individu yang seimbang dari

segi jasmani dan rohani. Kami mempraktikkan cara yang islami dalam menjalankan

sesuatu perkara contohnya membaca doa sebelum memulakan perlawanan,

menutup aurat ketika permainan dan sebagainya.

Tambahan pula, program ini secara tidak langaung akan melahirkan generasi

yang saling mempercayai antara satu sama dalam kehidupan seharian. Perkara ini

diaplikasikan melalui perlawanan yang dijalankan mengikut pasukan dimana setiap

ahli pasukan masing-masing sepatutnya saling mempercayai antara satu sama lain

dalam setiap perlawanan yang mereka lalui bagi mencapai kejayaan untuk menjadi

juara ‘Shiham Cup 2011’.

Page 68: Laporan Tahunan GNCC 2011

67

Page 69: Laporan Tahunan GNCC 2011

68

FORUM “BAJU MELAYU BAJU KURUNG”

Program “Baju Melayu Baju Kurung” adalah sebuah program yang berbentuk forum

yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar Kolej MARA Banting

dengan cara ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang dianjurkan dalam Islam dan

juga cara untuk mengurus perasaan cinta yang berputik dalam kalangan remaja.

Forum ini dijalankan di Surau An-Nur Kolej MARA Banting selepas waktu Isya ‘ dan

dihadiri oleh semua pelajar muslim dan muslimat. Panelis yang dijemput adalah En.

Sahrul Ariffin daripada Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA), Dr. Hasliza

Ahmad Fauzi iaitu bekas pelajar KMB, dan Ustaz Sarip Adul iaitu Yang diPertua

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Sabah dan juga merupakan ahli Majlis Agama

Islam Sabah. Forum ini dipengerusikan oleh pelajar KMB sendiri iaitu salah seorang

ahli Guidance and Counselling Club, Fittri Fahmi. Forum ini juga disertai dengan

persembahan multimedia yang menarik dan deklamasi sajak daripada ahli GNCC

sendiri.

Impak Kepada Individu:

Dalam program ini, semua ahli GNCC telah terlibat secara penuh daripada peringkat

perancangan hinggalah ke majlis penutup. Pelajaran yang berharga yang kami

peroleh adalah pentingya sikap kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan

kerja-kerja dalam satu organisasi. Antara “soft skills” yang dipelajari adalah cara

membuat kertas kerja dan permohonan, mempengerusikan forum dan mengurus

perjalanan majlis (event management) . Selain itu, ada juga ahli GNCC yang

mendapat peluang pertama untuk mendeklamasikan sajak sebagai suatu apresiasi

seni. Dalam proses pembuatan video multimedia, ahli GNCC juga belajar cara untuk

menggunakan segala kebolehan teknologi seperti model 3D dan efek khas.

Impak Kepada Masyarakat KMB:

Forum ini telah mendedahkan pelajar KMB kepada cara-cara pergaulan dan ikhtilat

antara muslimin dan muslimat seperti yang dianjurkan oleh Rasululullah. Selain itu,

program ini juga telah memberi penekanan kepada mereka tentang bagaimana

untuk mengurus perasaan cinta yang hadir di zaman remaja. Hal ini amat penting

untuk mengurangkan gejala sosial yang semakin mengganas di zaman yang penuh

cabaran ini. Program ini juga menegaskan tiada istilah “couple islamik” seperti yang

difahami oleh ramai dari kalangan remaja sekarang ini. Masyarakat KMB juga telah

ditekankan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan juga

Page 70: Laporan Tahunan GNCC 2011

69

contoh-contoh praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai

seorang pelajar. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya untuk sekurang-

kurangnya memberi kefahaman kepada remaja dan juga menyedarkan mereka

tentang bahaya hubungan pra-perkahwinan tanpa ikatan yang sah.

Page 71: Laporan Tahunan GNCC 2011

70

Page 72: Laporan Tahunan GNCC 2011

71

SEMINAR ZERO TO HERO

Pada 18 Oktober 2011, Program Zero to Hero telah dijalankan khas untuk

ahli kelab Guidance and Counselling Club (GNCC). Ceramah disampaikan oleh

penulis buku ‘Tarbiyah Dari Zero ke Hero’ sendiri iaitu Ustaz Azizee Hasan, dari

Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) bertempat di Surau An-Nur Kolej Mara Banting.

Ceramah ini bertujuan untuk membentuk insan yang bersemangat waja

untuk mencapai cita-cita di dalam bidang masing-masing serta melahirkan insan

yang cemerlang dalam pelbagai aspek mencakupi mental, emosi dan akhlak supaya

menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat umum. Selain itu, ceramah

ini juga menggalakkan para hadirin yang hadir untuk mengenali potensi diri untuk

membangunkan Islam bukan sahaja dalam skop hidup yang terhad.

Impak Terhadap Ahli

Program Zero to Hero juga telah membuka mata muslimin dan muslimat

yang hadir mengenai kehebatan diri bukanlah sebenarnya bergantung pada

kehebatan pada diri seseorang individu tersebut semata-mata. Namun, dengan

Islam, seseorang Muslim itu mampu menjadi hebat lebih hebat daripada tokoh-

tokoh yang dibanggakan Barat.

Kehebatan dan potensi yang ada pada setiap individu muslim itu haruslah

dikembangkan dan digunakan untuk menegakkan syariat Islam di atas muka bumi.

Di pengakhiran program, setiap yang hadir dapat merefleksi kembali diri dan

mencungkil kembali potensi diri untuk kemaslahatan umat.

Page 73: Laporan Tahunan GNCC 2011

72

Page 74: Laporan Tahunan GNCC 2011

73

PELANCARAN KUMPULAN NASYID SOLUSIYYAH

Pada bulan Mei 2011 yang lalu, Guidance and Counselling Club (GNCC) telah melakar

sejarah baru dalam sejarah penubuhannya apabila sebilangan ahli-ahli dari kelab ini

telah secara rasminya menubuhkan pasukan nasyid yang diberi nama ‘’ Solusiyyah’.

Pasukan nasyid ini telah membuat penampilan sulungnya di rumah anak yatim

Acheh ketika kelab melakukan khidmat masyrakat di kawasan tersebut. Pasukan

Solusiyyah terus melakar nama apabila telah dijemput untuk membuat persembahan

seperti Minggu Penghayatan Islam (MPI) dan Majlis berbuka puasa perdana. Kini,

kesinambungan kumpulan nasyid Solusiyyah ini telah diteruskan oleh pelajar-

pelajar tahun 1 Kolej MARA Banting.

Page 75: Laporan Tahunan GNCC 2011

74

SEMAI BAKTI

NUSANTARA ACHEH, INDONESIA

2011 (SEBAK’11)

Page 76: Laporan Tahunan GNCC 2011

75

SEMAI BAKTI NUSANTARA (SEBAK), ACHEH

Kata Pengantar

Julung kalinya, program 'Semai Bakti Nusantara' (SEBAK) telah dijalankan pada 6-

10 Jun 2011. 37 pelajar dan seorang penasihat dari KMB; 17 pelajar lelaki dan 20

pelajar perempuan dan Pn. Mardiah sebagai penasihat telah menyeratai dalam

aktiviti ini. Objektif utama kami adalah untuk memberi bantuan pendidikan kepada

anak-anak yatim di Pondok Anak Yatim Ar-Raudhah (Payar), Lhok Suemaweh,

Acheh. Berbekalkan dengan slogan “Peduli Ummat” kami menjelajah ke bumi Aceh

untuk menabur bakti.

Aktiviti-aktiviti

6 Jun 2011

Kami bertolak dari LCCT pada jun 6, 2011 at 12:30 mengikut waktu

Malaysia. Perjalanan kami telah mengambil masa selama satu jam 30 minit dengan

penerbanagan AirAsia ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh. Kami

tiba di sana pada jam 13:00 mengikut waktu Indonesia.

Page 77: Laporan Tahunan GNCC 2011

76

Kami menggunakan hari pertama kami mengelilingi Banda Acheh, kami

telah melawat banyak tempat bersejarah untuk mendapatkan perasaan rakyat

yang telah mengalami Tsunami pada tahun 2004. Kami melawat Muzium Tsunami

di Acheh dan mengenal pasti banyak keadaan sebelum dan selepas

tsunami. Kemudian kami bergerak ke Masjid Baitu-Rahim, kira-kira 500 meter dari

laut. Pemandu pelancong kami menceritakan bahawa masjid adalah satu-satunya

bangunan yang masih tinggal selepas tsunami melanda segala-galanya.

Kami pergi ke tempat di mana sebuah kapal kargo berada di daratan

bermula dari saat tsunami menghanyutkan kapal itu ke daratan. Kapal-Tiger

Jakarta Timur: PLTD Apung melambangkan keganasan tsunami pada pandangan

kita tetapi untuk mereka, ia adalah peringatan Allah untuk mereka atas kesilapan-

kesilapan mereka.

Kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak kami di Masjid Baitu-Rahman

sebelum kami meneruskan perjalanan ke Payar. Perjalanan ini mengambil masa

kira-kira 5 jam untuk tiba di Banda Lhok Suemaweh.

7 June 2011

Kami tiba di sana kira-kira pada pukul 4:30 pagi pada hari berikutnya dan

disambut oleh Bapak Hamdani, pengurus Payar.

Page 78: Laporan Tahunan GNCC 2011

77

Pada hari pertama kami di Payar, kami melakukan gotong-royong di masjid

dan Payar.

Sekumpulan daripada kami membersihkan masjid dan sekumpulan yang

lain mengecat rumah sebelum kami memulakan majlis perasmian pada 2.30

petang. Majlis kami telah dirasmikan oleh Bapak Hamdani. Selepas itu, kami

membahagikan anak-anak yatim tersebut untuk dijadikan sebagai adik angkat

kepada kami.

Page 79: Laporan Tahunan GNCC 2011

78

Aktiviti seterusnya ialah bengkel Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris

untuk anak-anak yatim.Kami membuat Explorace yang menggunakan bahasa

Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Tujuan kami adalah untuk meningkatkan keyakinan mereka berkomunikasi

dalam bahasa Inggeris. Pada waktu malamnya, kami menghabiskan masa kami

dengan adik-adik angkat kami. Kami mahu berkenalan dengan lebih mendalam

dalam menjadikan perhubungan lebih erat.

Page 80: Laporan Tahunan GNCC 2011

79

Jun 8, 2011

Pada pukul 4.00 pagi hari berikutnya, kami melakukan satu penyembelihan

kecil. Pada pukul 10.30 pagi, kami telah dibawa mengelilingi sekitar Banda Lhok

Suemaweh. Kami menggunakan masa ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai

bandar anak-anak yatim tersebut. Walaupun bandarnya tidak semaju bandar di

Malaysia tetapi orang di sana sangat ramah kepada kami. Mereka ingin

menawarkan bantuan mereka dalam membawa kami mengambil angin di sekitar

bandar. Selepas pukul 2.00 petang, kami bergerak ke pantai berhampiran dengan

bandar.

Kami mengadakan permainan dengan anak-anak yatim tersebut; bola sepak

pantai, pasir, 'anak ayam' timbus pasir dan berenang. Pada waktu malam, kami

menjalankan aktiviti 'Bedah Video'. Kami menayangkkan dan mendedahkan

kepada mereka mengenai video Inggeris supaya mereka dapat mengambil

pengajaran daripadanya. Selepas itu, kami telah menghabiskan masa berbincang

dengan mereka tentang video untuk mengenal pasti sejauh mana pemahaman

mereka.

9 Jun 2011

Pada hari ketiga, kami meneruskan aktiviti kami isitu aktiviti ‘Bond of

Ukhuwah’. Walaupun aktiviti ini berorientasikan pelajar-pelajar kami sahaja, akan

tetapi masih terdapat beberapa anak-anak yatim menyerati kami. Kami berjalan

Page 81: Laporan Tahunan GNCC 2011

80

menyusuri seluruh kampung, sawah mahupun hutan.

Kami menjalankan aktiviti permainan yang dibuat untuk mengukuhkan

ukhuwah antara pelajar. Pada waktu malamnya, kami mengadakan satu

perlawanan bola sepak persahabatan dengan penduduk kampung tersebut.

Walaupun kami telah usaha dengana begitu banyak, tetapi kami tidak berupaya

mengubah kedudukan yang berakhir dengan kekalahan 1:0

Pada waktu malam, kami melaksanakan majlis penutup kami. Kami

mengadakan nasyid dan pembentangan video, dan terdapat persembahan budaya

dari mereka. Selepas itu, kami telah mengagihkan hadiah-hadiah kepada pasukan

yang menang untuk aktiviti-aktiviti sebelum ini dan derma yang terkumpul untuk

mereka. Dan sumbangan sebanyak RM 6,000.00 telah diberi kepada pihak pondok

anak yatim. Kami juga menyumbangkan buku-buku dan baju baru untuk digunakan

oleh anay yatim. Apabila majlis penutup berakhir, kami bertolak ke Medan yang

mengambil masa selama lima jam perjalanan dengan bas.

10 Jun 2011

Kami tiba sekitar 9.00 pagi di Medan. Kemudian, kami mengadakan lawatan ke

fakulti perubatan, Universiti Sumatera Utara (USU), Medan.

Page 82: Laporan Tahunan GNCC 2011

81

Pensyarah universiti tersebut

memberikan sedikit pendedahan

kepada kami tentang universiti

tersebut sebagai tanda alu-

aluan. Abdul Alim Nazri sebagai

pengurus projek, memberi ucapan

selepas wakil pelajar Malaysia di

sana. Selepas itu, kami melawat

kemudahan-kemudahan seperti

perpustakaan, dewan, dan makmal-

makmal. Kami bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sana dan mereka amat mengalu-

alukan kedatangan kami. Kami bergerak ke Lapangan Terbang Medan pada pukul

1.00 petang. Penerbangan pulang kami pada pukul 3.00 dan kami tiba di KLIA

sekitar pukul 5.30 petang mengikut waktu Malaysia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, aktiviti SEBAK '11 adalah satu kejayaan bagi kami. Kami

berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Bapak

Hamdani, orang yang bertanggungjawab di Payar berharap agar kita dapat

mengunjungi mereka lagi pada masa hadapan. Kami mahu terima kasih kepada

pengurusan KMB yang membenarkan kami untuk membuat aktiviti ini.

Impak kepada peserta

Berakhirnya pengembaraan ke kota Lhok Sumaweh telah membuka mata

bahkan hati kami terhadap kepentingan bantu-membantu sesama orang Islam

termasuklah anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan. Kepayahan yang

mereka hadapi tanpa infrastruktur yang mantap telah memberikan kami suatu

semangat untuk memberi mereka lebih bantuan sama ada berupa wang ringgit

mahupun keperluan asas pada masa akan datang. Pengalaman di sana selama 5

hari telah berjaya mengasuh kami untuk sentiasa bersyukur dengan Ilahi dengan

nikmat yang sedia ada dan tidak merungut kerana mereka di sana tetap dalam

keadaan gembira dan seronok dengan apa yang mereka miliki walaupun tidak

seberapa.

Page 83: Laporan Tahunan GNCC 2011

82

Kesan kepada penduduk tempatan

Kedatangan rakyat Malaysia telah meringankan sedikit kepayahan kami

dengan memberikan wang dan keperluan asas seperti baju. Pelajar anak yatim

yang dahulu hanya ada berapa helai pakaian kini mempunyai baju baru dan

infrastuktur yang kurang seperti bangunan, wang yang diberikan dapat

memberikan sedikit modal untuk menambahbaik bangunan. Kedatangan mereka

telah membuka mata anak yatim untuk terus berusaha dalam mendapatkan masa

depan yang lebih terjamin. Dengan adanya pendedahan kepada beberapa ilmu lain

seperti bahasa inggeris telah menggerakkan minda mereka untuk mengetahui

posisi mereka sekarang dan mengetahui kepentingan mereka untuk menagih

banyak ilmu.

Page 84: Laporan Tahunan GNCC 2011

83

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan

bantuan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Projek Semai Bakti

Nusantara Acheh, SEBAK’11 ini. Mereka termasuklah:

Bil Penderma

1. Majlis Sukan Negeri Johor

2. Haji Razali bin Mamat,

Pemilik Kedai Emas, Kelantan

3. Haji Hassan bin Mamat,

Pemilik Kedai Emas, Kelantan

4. En Idris bin Ismail.

5. Siti Munira binti Sheikh Muhammad,

6. Dr. Mohamad Nor bin Sundari

Pusat Physiotherapi & Hidroterapi E-Wellness

Ahli Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (IMedik)

7. Smiling Soul, Kolej MARA Banting

8. Pelajar-pelajar SK Nibong Tebal

9. Pensyarah dan pelajar Kolej MARA Banting

Page 85: Laporan Tahunan GNCC 2011

84

LAPORAN

KEWANGAN

TAHUNAN

Page 86: Laporan Tahunan GNCC 2011

85

Kewangan Tahunan GNCC

AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SEMESTER 2 & 3/2011

Tarikh Pendapatan hasil : RM Tarikh Perbelanjaan hasil : RM

2011

2011 Jan-01 Baki b/b 200 Oct 31 Belanja AGM 63

Oct 31 Yuran keahlian 200 Komisyen buku 313

Yuran bulanan 240 Belanja am

100

Jualan :

Iftar perdana

38

Ramadhan 2011 400 Jamuan

50

ESA

60 Cenderamata 100

Business week 260 belian :

Jualan buku

194 ESA

50

Business week 200

Ramadhan 2011 340

Lebihan

300

1554

1554

AKAUN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM SEMAIAN BAKTI 2011

Tarikh Penerimaan : RM Tarikh Perbelanjaan : RM

2011

2011

Jun-01 Yuran ahli

6000 Jun-30 Tambang penerbangan 12000

Jun-30 Tambang penerbangan 12000 Makan dan minum 2431

Pengangkutan 2000

Cenderahati

155

Iklan surat khabar 400

Sembelihan

910

Lain-lain

104

18000

18000

Derma :

Orang perseorangan 7784

Kelab

800

Page 87: Laporan Tahunan GNCC 2011

86

GNCC DI

AKHBAR

Page 88: Laporan Tahunan GNCC 2011

87

Akhbar Rakyat Aceh, Khamis – 9 Jun 2011

Page 89: Laporan Tahunan GNCC 2011

88

Akhbar Rakyat Aceh, Khamis – 9 Jun 2011

Page 90: Laporan Tahunan GNCC 2011

89

Akhir Kata GNCC merakamkan setinggi-tinggi ucapan

terima kasih kepada pihak kolej yang telah

memberi sumbangan dan banyak membantu

dalam perjalanan GNCC sepanjang tahun.

Juga kepada semua pensyarah dan pelajar

Kolej MARA Banting kerana telah

bekerjasama dengan GNCC dalam pelbagai

program yang telah kami anjurkan. Juga

kepada pihak-pihak luar dan dalam yang

telah memberikan idea dan pengalaman

dalam membantu kami mecapai

kecemerlangan yang kami kecapi. Wassalam