laporan sarana ibubapa motivasi keibubapaan

5
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS. TEL : 04-9863562 FAX: 04-9862091 LAPORAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN SK GUAR NANGKA 2013 TARIKH : 27 APRIL 2013 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : FOYER (DEWAN TERBUKA) SK GUAR NANGKA

Upload: mardziiah

Post on 15-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

2015

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Sarana Ibubapa Motivasi Keibubapaan

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS.

TEL : 04-9863562 FAX: 04-9862091

LAPORAN

MOTIVASI KEIBUBAPAAN

SK GUAR NANGKA

2013

TARIKH : 27 APRIL 2013 (SABTU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : FOYER (DEWAN TERBUKA)

SK GUAR NANGKA

Page 2: Laporan Sarana Ibubapa Motivasi Keibubapaan

LAPORAN SARANA IBU BAPA SK GUAR NANGKA

Motivasi Ibu Bapa

1.0 : TUJUAN

Motivasi Ibu bapa ini diadakan bertujuan mendekatkan pihak sekolah dengan pihak ibu bapa bagi bersama-sama menggembleng tenaga bagi kebaikan dan kecemerlangan murid-murid SK Guar Nangka. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

2.0 : PENGENALAN

Sarana Ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara.

Kecemerlangan murid perlulah bermula dari rumah dengan bimbingan ibu bapa. Sehubungan itu, Program Motivasi Ibu Bapa telah diadakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kauseling dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Guar Nangka. Program ini adalah sebahagian daripada sarana ibu bapa.

Dengan adanya program seperti ini, amatlah diharapkan tanggungjawab bagi memastikan pembelajaran yang berkualiti dapat dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru. Selain itu, peranan ibu bapa dapat diperluaskan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.

Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dan juga sekolah.

3.0 : MISI

Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Page 3: Laporan Sarana Ibubapa Motivasi Keibubapaan

4.0 : MATLAMAT

Bertujuan untuk member kesedaran diri kepada ibu bapa mengenai tanggungjawab mereka terhadap anak- anak terutamanya yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

Berusaha berganding bahu bersama-sama anak-anak sepanjang mereka berada dalam Tahun Enam.

Memberi keyakinan dan semangat untuk anak-anak berusaha mencapai kegemilangan dalam UPSR.

5.0 : OBJEKTIF

Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.

6.0 : TEMA

IBU BAPA CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG

7.0 : ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Perlis.

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.

8.0 : TARIKH : 27 April 2013 (Sabtu)

9.0 : MASA : 8.00 pagi

10.0 : TEMPAT : Foyer SK Guar Nangka

11.0 : PENGLIBATAN

a. Jumlah peserta : i. Ibu bapa/ waris : 102 orang

Page 4: Laporan Sarana Ibubapa Motivasi Keibubapaan

12.0 : STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA (rujuk lampiran)

13.0 : TENTATIF/ ATURCARA PROGRAM (rujuk lampiran)

14.0 : PERINCIAN PROGRAM

- Ucapan Pengerusi Majlis.

- Bacaan Doa.

- Ceramah Motivasi Keibubapaan oleh Encik Zulkifli bin Osman.

15.0 : BELANJAWAN / ANGGARAN PERUNTUKAN

Makanan ibu/bapa : RM250.00

Minuman :

JUMLAH RM 250.00

16.0 : PENCAPAIAN 16.1: Pelaporan Perlaksanaan 6 Elemen yang Menyokong Pembelajaran (Borang A,B,Lampiran 1) 16.2: Pelaporan Kehadiran Ahli-Ahli Program (Lampiran) 16.3: Pelaporan Bergambar (Lampiran)

17.0 : PENUTUP / SYOR

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”

Disediakan oleh , Disahkan oleh, …………………………………… …………………………………… ( ) Setiausaha Sarana Ibu Bapa, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Perlis. Disemak oleh, ………………………………………

Page 5: Laporan Sarana Ibubapa Motivasi Keibubapaan

LAMPIRAN – PELAPORAN BERGAMBAR

Pendaftaran Ibu Bapa

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir

Penceramah menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan.