laporan sambutan hari kemerdekaan

2
Laporan Sambutan Hari Kemerdek aan SK RTB Bukit Changgang Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Peraya an ini disambut sebagai memp er in gati tarikh nega ra ki ta mencapai kemerd ekaan pad a 31 Ogo s 195. Pad a har i ter seb ut, !al ur "emil ang aka n dikibarkan di tempat#tempat tertentu. $ntara tempat tersebut termasuklah pe%abat, sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kera%aan. SK &'( (ukit )hanggang telah mengadakan *a%lis Pelancaran Sambutan (ulan Kemerdekaan pada 3+ Ogos +13 . Sebelum ma%lis sambutan ini diadakan, pihak panitia Si-ik dan kearganegaraan bersama panitia Ka%ian 'empatan telah meng adak an mesyuara t bagi memb inca ngka n tent ang program dan akti- iti yang akan di%alankan sepan%ang bulan kemerdekaan. Setelah bermesyuarat, kedua#dua panitia telah berse tu% u untuk men %alankan beberapa akti- iti sepan%ang bul an kemerdekaan ini. $n tara pr ogram ya ng akan di %ala nkan ialah Sa ya ng !alur "emilang, nyayian lagu patriotik, Pertandingan ba%u tercantik dan pertandingan kelas terca ntik yan g bert emak an keme rdek aan. /al am mesy uara t terse but %uga , pih ak panitia telah menubuhkan %aatan kuasa pelaksana program tersebut. Semua guru telah dibahagikan mengikut tugas#tugas yang bersesuaian. Pihak panitia Si-ik dan Kearganegaraan bersama panitia Ka%ian 'empatan %uga telah mengadakan satu mesyuarat bersama semua guru untuk menerangkan tentang program#prog ram yang akan diadakan sepan%ang bulan kemerdekaan. Pad a har i *a% li s Pel ancaran Sambutan (ul an Kemer dek aan di %al ankan , ma%l is dimu laka n deng an baca an 0ass in dan doa sela mat. penat lela h pe% uang keme rdek aan untu k meme rdek akan negara kita . Kemu dian ma%l is dite rusk an lag i dengan koir lagu#lagu patriotik oleh kumpulan koir sekolah. Kumpulan koir sekolah ini telah dilatih oleh beberapa orang guru muik. Sebelum pasukan koir menyanyikan lag u#l agu pat rio tik, murid#murid telah diedarkan den gan %alur gemil ang untuk dikibarkan sepan%ang ma%lis di%alankan. $ntara guru yang melatih pasukan koir ialah Puan 2mmuhani, Puan oranati dan Puan 4an oranita Suana. Selepas nyayian koir, ma%lis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar iaitu 'uan Ha%i $mi (. smail. /al am ucapan gur u besar, beliau meminta semua arga sek ola h terutamanya murid#murid menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai penat#lelah pe%uang

Upload: anna-ahmad

Post on 19-Oct-2015

346 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

SK RTB Bukit Changgang

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

SK RTB Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 30 Ogos 2013 . Sebelum majlis sambutan ini diadakan, pihak panitia Sivik dan kewarganegaraan bersama panitia Kajian Tempatan telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Setelah bermesyuarat, kedua-dua panitia telah bersetuju untuk menjalankan beberapa aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antara program yang akan dijalankan ialah Sayang Jalur Gemilang, nyayian lagu patriotik, Pertandingan baju tercantik dan pertandingan kelas tercantik yang bertemakan kemerdekaan. Dalam mesyuarat tersebut juga, pihak panitia telah menubuhkan jawatan kuasa pelaksana program tersebut. Semua guru telah dibahagikan mengikut tugas-tugas yang bersesuaian. Pihak panitia Sivik dan Kewarganegaraan bersama panitia Kajian Tempatan juga telah mengadakan satu mesyuarat bersama semua guru untuk menerangkan tentang program-program yang akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan. Pada hari Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dijalankan, majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat. penat lelah pejuang kemerdekaan untuk memerdekakan negara kita. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan koir lagu-lagu patriotik oleh kumpulan koir sekolah. Kumpulan koir sekolah ini telah dilatih oleh beberapa orang guru muzik. Sebelum pasukan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik, murid-murid telah diedarkan dengan jalur gemilang untuk dikibarkan sepanjang majlis dijalankan. Antara guru yang melatih pasukan koir ialah Puan Ummuhani, Puan Norzanati dan Puan Wan Noranita Suzana. Selepas nyayian koir, majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar iaitu Tuan Haji Azmi B. Ismail. Dalam ucapan guru besar, beliau meminta semua warga sekolah terutamanya murid-murid menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai penat-lelah pejuang kemerdekaan untuk memerdekakan negara kita. Selepas itu gimik pelancaran majlis telah diadakan. Gimik ini telah dirancang oleh jawatan kuasa gimik dibantu oleh beberapa orang guru pelatih dan murid-murid. Gimik yang dibuat ialah,dimana guru besar telah ditawan oleh beberapa orang pihak penjajah, kemudian bendera union jack telah dinaikkan. Kemudian berlaku pertarungan antara pihak penjajah dengan penduduk Malaya bagi membebaskan tawan serta mengusir pihak penjajah dari Malaya. Kemudian bendera Malaysia dinaikkan serta laungan kemerdekaan dilaungkan menandakan Malaysia telah merdeka. Kemudian murid-murid dan warga sekolah lain mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31, Jalur Gemilang, Wawasan 2020.

Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid. Aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa masing--masing.Kibaran Jalur Gemilang di segenap pelosok negari melambangkan semangat cintakan tanahair.

Selepas semua aktiviti dijalankan, pihak panitia Sivik dan Kewarganegaraan bersama pihak panitia Kajian Tempatan telah mengadakan post mortem tentang keberkesanan semua aktiviti terhadap murid. Alhamdulillah murid dapat menghayati erti kemerdekaan walaupun murid tahap 1 yang masih tidak berapa mengerti sepenuhnya.Disediakan oleh.

...................................

(MARDIANA AHMAD)

Setiausaha P.Sivik dan Kewarganegaraan