laporan sambutan bulan kemerdekaan dan aktiviti rimup

5
LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN AKTIVITI RIMUP SK (LKTP) KERATONG 4, BANDAR TUN RAZAK PENDAHULUAN Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah dijalankan selama satu bulan. Ia dimulakan dengan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 20 Julai 2012. Ia diakhiri dengan Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan dan Aktiviti RIMUP pada 26 September 2012. ANJURAN BERSAMA Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan dan Jawatankuasa RIMUP di bawah Unit Ko-Kurikulum Dengan kerjasama; Panitia Pendidikan Seni, Unit Bimbingan dan Kaunseling MATLAMAT 1. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya hari kemerdekaan

Upload: azarudin-hassan

Post on 30-Nov-2015

204 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Aktiviti Rimup

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN AKTIVITI RIMUP

SK (LKTP) KERATONG 4, BANDAR TUN RAZAK

PENDAHULUAN

Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah dijalankan selama satu bulan. Ia

dimulakan dengan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 20 Julai 2012. Ia

diakhiri dengan Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan dan Aktiviti RIMUP pada 26

September 2012.

ANJURAN BERSAMA

Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan dan Jawatankuasa RIMUP di bawah Unit Ko-

Kurikulum

Dengan kerjasama;

Panitia Pendidikan Seni,

Unit Bimbingan dan Kaunseling

MATLAMAT

1. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya hari

kemerdekaan

2. Mewujudkan sikap saling menghormati antara agama dan adat resam kaum

Page 2: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Aktiviti Rimup

OBJEKTIF

Pelaksanaan sambutan bulan kemerdekaan ini diharapkan dapat:

1. Menyemai semangat menghargai jasa pejuang kemerdekaan

2. Melahirkan murid yang mempunyai semangat patriotic

3. Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan seluruh warga sekolah

SASARAN / FOKUS

Semua pelajar SK (LKTP) Keratong 4

TARIKH PERLAKSANAAN

20 Julai 2012 hingga 26 September 2012

KEWANGAN

Sumber kewangan untuk Program Bulan Kemerdekaan dan Aktiviti RIMUP ini adalah

melalui peruntukan sekolah. Perbelanjaan adalah meliputi pembelian hadiah, dan

pembelian alatan / bahan untuk aktiviti.

SUMBER PERUNTUKAN

1. Unit Ko-Kurikulum

2. RIMUP

3. PanitiaPendidikan Seni

Page 3: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Aktiviti Rimup

AKTIVITI / PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN PROGRAM RIMUP

1. Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

2. Pertandingan kelas berhias (murid) dan bilik khas berhias (guru) Bertemakan kemerdekaan / 1 Malaysia Tempoh: 18 September 2012-25 September 2012

3. Persembahan kebudayaan / lagu patriotik (murid) Tarikh: 26 September 2012 Bentuk persembahan adalah bebas

4. Pertandingan mewarna (murid Tahap 1) Tarikh: 26 September 2012 Media: Pensel warna (bawa sendiri)

5. Pertandingan kraftangan tradisional (murid Tahap 2) Tahun 4: Alat perhiasan orang asli Tahun 5: Kolum (Kolaj masyarakat India) Tahun 6: Wau bulan

6. Pertandingan melukis sepanduk (guru) Bertemakan kemerdekaan / 1 Malaysia Tempoh: 18 September 2012-25 September 2012

Page 4: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Aktiviti Rimup

PENUTUP

Segala aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah seperti kekangan masa dan kewangan. Semua kesulitan ini dapat diatasi dengan perbincangan dan kerjasama yang baik oleh semua pihak.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak kerana terlibat dalam menjayakan program ini. Pada dasarnya program ini telah berjaya mencapai matlamat untumewujudkan semangat kerjasama, patriotik dan menghargai budaya pelbagai kaum di Malaysia di kalangan murid-murid.

Akhir sekali diharapkan sokongan yang berterusan seperti yang telah ditunjukkan adalah amat diharapkan pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

Setiausaha,Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan dan Program RIMUP