laporan program permuafakatan ibu bapa murid tahun enam

6
LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI WP. LABUAN 21 APRIL 2012 BILIK GERAKAN DAN DEWAN DATUK ISLI SK. PANTAI 1.0 Pendahuluan Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di samping guru-guru di sekolah. Oleh itu kerjasama kedua-dua pihak dalam mempastikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah amat dipentingkan. Menyedari hakikat ini, maka SK. Pantai menganjurkan Program Permuafakatan Ibu bapa Murid Tahun Enam, khusus untuk ibu bapa, guru-guru dan murid- murid Tahun Enam di sekolah ini. 2.0 Objektif 1. Memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru-guru berkaitan pencapaian akademik anak-anak di Tahun Enam. 2. Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik semasa murid- murid Tahun Enam yang telah dikenalpasti. 3. Memantapkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam usaha melonjakkan prestasi akademik dan sahsiah murid. 4. Ibu bapa mengetahui perancangan dan strategi sekolah dalam usaha melonjakkan pencapaian akademik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012. 3.0 Sasaran 3.1 93 Orang Murid Tahun Enam 3.2 93 Orang Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun Enam 3.3 Guru- guru Tahun Enam

Upload: hudahamdann

Post on 12-Aug-2015

338 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun Enam

LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN ENAMSEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI WP. LABUAN

21 APRIL 2012 BILIK GERAKAN DAN DEWAN DATUK ISLI SK. PANTAI

1.0 Pendahuluan

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di samping guru-guru di sekolah. Oleh itu kerjasama kedua-dua pihak dalam mempastikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah amat dipentingkan. Menyedari hakikat ini, maka SK. Pantai menganjurkan Program Permuafakatan Ibu bapa Murid Tahun Enam, khusus untuk ibu bapa, guru-guru dan murid-murid Tahun Enam di sekolah ini.

2.0 Objektif

1. Memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru-guru berkaitan pencapaian akademik anak-anak di Tahun Enam.

2. Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik semasa murid- murid Tahun Enam yang telah dikenalpasti.

3. Memantapkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam usaha melonjakkan prestasi akademik dan sahsiah murid.

4. Ibu bapa mengetahui perancangan dan strategi sekolah dalam usaha melonjakkan pencapaian akademik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012.

3.0 Sasaran

3.1 93 Orang Murid Tahun Enam3.2 93 Orang Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun Enam3.3 Guru- guru Tahun Enam

4.0 Tarikh

21 April 2012 ( Sabtu )

5.0 Masa

7.30 hingga 11.30 Pagi

6.0 Tempat

Page 2: Laporan Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun Enam

Dewan Datuk Isli, Sekolah Kebangsaan Pantai danBilik Gerakan SK. Pantai

7.0 Perbelanjaan

7.1 Makanan / Minuman Ibu bapa ( Minum Pagi )

RM4.50 X 80 Orang = RM360.00

7.2 Cenderahati Penceramah

RM80.00 X 2 Orang = RM160.00

7.3 Makanan / minuman AJK ( Guru )

RM4.50 X 30 Orang = RM135.00

JUMLAH = RM655.00

8.0 Sumber Kewangan

8.1 Jamuan Ibu bapa - Yuran PIBG SK. Pantai

8.2 Cenderahati Penceramah Untuk Ibu bapa - Yuran PIBG SK. Pantai

8.3 Cenderahati Penceramah Untuk Murid - PCG Bimb & Kaunseling

8.4 Jamuan AJK/ Guru - Sumbangan

9.0 Ahli Jawatan Kuasa :-

Pengerusi : En. Jumat Bin Hj. Latip Guru Besar

Tim. Pengerusi : En. Sajali @ Sazalie Bin HJ. DininPenolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi I : Pn. Diah Binti Md. Yussof Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II : Pn. Faridah Binti AmitPenolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Pn. Saripah Binti Suip @ SuifKetua Panitia Bahasa Malaysia

Penyelaras : Pn. Sadiah Binti JakobGuru Bimbingan & Kaunseling

Bendahari I : Pn. Alimah Binti JumianKetua Pembantu Tadbir

Bendahari II : Pn. Hjh. Kamariah Hj. Salim

Page 3: Laporan Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun Enam

Bendahari PIBG AJK:-

1. Ketua Panitia Bahasa Malaysia2. Ketua Panitia Bahasa Inggeris3. Ketua Panitia Matematik4. Ketua Panitia Sains5. Guru Kelas Tahun Enam6. Guru Mata Pelajaran Tahun Enam

Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana -

PA Sistem & Fotografi Pengacara

1. Cik. Noor Iskandar Binti Alu 1. Pn. Rahayu Binti Abdullah2. Pn. Chelcia Fletcher 2. Pn. Nurul Hidayah Binti Umar3. En. Syahnon Bin Hj. Othman

Jamuan Bacaan Doa

1. Pn. Saripah Binti Suip En. Mohammad Sofieyan Yusof2. Pn. Siti Norzeha Binti Apar3. Pn. Farina Binti Mustapa

Persediaan Tempat & Pentas Buku Program

1. Pn. Hjh. Kamariah Binti Hj. Salim 1. Pn. Habibah Binti Abang2. Pn. Masliana Binti Musu 2. Pn. Hasnah Binti Bujang3. Pn. Siti Adilah Binti Ali4. Pn. Sarimah Binti Ahmad5. En. Roslan Bin Musa Pendaftaran

Dokumentasi Pn. Radziah Binti Maaruf

Pn. Sadiah Binti Jakob

11.0 Penutup

Pihak penganjur berharap program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat direalisasikan mengikut perancangan demi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid sekolah ini.

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN ENAM

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Page 4: Laporan Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun Enam

1.Pendaftaran

Pendaftaran ibu bapa dan murid Tahun Enam bermula jam 7.15 pagi bertempat di Kantin Sekolah. Selepas mendaftarkan kehadiran, ibu bapa bersarapan pagi yang juga disediakan di Kantin Sekolah. Sementara sarapan pagi untuk tetamu jemputan disediakan di kantin.

2. Slot Ceramah Motivasi Ibu Bapa

Ceramah untuk ibu bapa diadakan di Bilik Gerakan SK. Pantai bermula jam 8.15 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Penceramah jemputan ialah Ustaz Ahmad Sharizal Bin Mohd. Saffian dari PPZ WP. Labuan. Turut hadir dalam majlis ilmu ini ialah YDP PIBG SK. Pantai selain Guru Besar dan barisan Penolong Kanan. Selepas berakhir slot ceramah program diteruskan di Dewan Datuk Isli SK. Pantai.

3. Slot Ceramah Motivasi Murid Tahun Enam

Ceramah untuk ibu bapa diadakan di Dewan Datuk Isli SK. Pantai bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Penceramah jemputan ialah Pn. Syarifah Nor Suhaili Binti Said Guru Bimbingan & kaunseling SMK Mutiara WP. Labuan. Tajuk ceramah ialah Motivasi Belajar dan Pengurusan Masa.

4. Pengisian Program Di Dewan Datuk Isli

Atur cara bermula pada jam 9.20 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maju dan Sejahtera. Seterusnya Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Sofieyan Bin Yusof.

Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK. Pantai En. Jumat Bin Hj. Latip diikuti ucapan YDP PIBG SK. Pantai En. Awang Sapar Bin Yunos. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penyelia Unit Sekolah Rendah JPNWPL iaitu Pn. Mahani Binti Hussin.Majlis diteruskan lagi dengan taklimat perancangan dan strategi sekolah dalam meningkatkan prestasi pencapaian dalam UPSR 2012.

Sesi perbincangan dan penyerahan slip keputusan Ujian Bulanan Pertama bagi murid-murid tahun enam bermula jam 10.30 pagi. Ibu bapa mendapatkan slip keputusan daripada guru kelas anak masing-masing. Murid-murid Tahun Enam balik bersama ibu bapa masing-masing setelah menerima slip keputusan masing-masing.

Sebelum majlis berakhir, ibu bapa mengisi borang penilaian program yang disediakan oleh urus setia. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

5. Cadangan Penambahbaikan

Page 5: Laporan Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun Enam

1. Peralatan Pa system perlu disediakan lebih awal bagi memastikan semua peralatan berfungsi dan mencukupi.

2. Jamuan / sarapan pagi bagi murid tahun enam perlu juga disediakan bagi program seperti ini ( murid bersama ibu bapa ) jika peruntukan mencukupi.

3. Masa bagi slot ceramah perlu ditambah sekurang-kurangnya 30 minit lagi.

Disediakan oleh Disahkan oleh

SADIAH BINTI JAKOB JUMAT BIN HJ. LATIP AJK Dokumentasi Program / Guru Besar Guru Bimbingan & Kaunseling SK. PantaiSK. Pantai. WP. Labuan.