laporan post jamuan

4

Click here to load reader

Upload: hamizah-mohamad

Post on 18-Aug-2015

52 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan post jamuan

FIESTA GALA GEOLOGI ’15 (MAKAN MALAM)

LAPORAN POST JAMUAN

Ketua Pengarah Jamuan : Hamizah bt Mohamad (A145605)

Timbalan Pengarah : Muhammad Al Hadi bin Mohamad Roslan (A145613)

Ahli Jawatankuasa : Nursyafiqah bt Zaini (A145592)

Wong Jia Mang (A145593)

Fadhlan Hadi Fashan (A142434)

Tugas-tugas sebelum program:

Menyenaraikan senarai tugasan yang perlu dilakukan.

Membahagikan tugas di antara ahli jawatankuasa.

Melakukan survei terhadap ‘catering’ di sekitar Bangi

Membuat perbandingan menu serta harga yang ditawarkan oleh setiap ‘catering’.

Mencari maklumat-maklumat dan senarai alumni bagi tahun yang ditugaskan.

Menghubungi dan menjemput alumni-alumni untuk hadir ke majlis.

Meletakkan gambar poster Fiesta Gala Geologi sebagai gambar profil Facebook untuk

membuat hebahan.

Berbincang dengan pihak’ catering’ hotel mengenai menu yang diinginkan.

Membuat pilihan bagi menu terakhir yang diinginkan.

Menentukan susun atur meja bagi setiap tetamu sama ada VIP, pensyarah, alumni

mahupun pelajar.

Menyediakan tanda nama bagi kerusi VIP.

Menyediakan tanda nama bagi setiap meja.

Tugas-tugas semasa program:

Page 2: Laporan post jamuan

Melaksanakan tugas seperti yang dirancang.

Mendapatkan senarai nama VIP yang telah memberi kepastian untuk hadir.

Meletakkan tanda nama setiap VIP di kerusi masing-masing.

Meletakkan tanda nama di setiap meja sama ada meja VIP, alumni dan pensyarah

ataupun pelajar.

Memberi tentatif program kepada pengurus makanan.

Memastikan perjalanan masuk makanan dengan pengurus makanan.

Merancang perjalanan masuk pelajar tahun akhir yang diraikan oleh semua tetamu.

Memastikan tetamu yang hadir duduk di tempat yang telah ditetapkan.

Menghidangkan makanan bagi VIP.

Memastikan makanan sentiasa cukup dan ditambah apabila berkurang.

Memastikan setiap AJK program dapat makan.

Memastikan perjalanan keluar makanan setelah majlis tamat.

Tugas-tugas selepas program:

Menyediakan laporan kepada setiausaha.

Masalah yang dihadapi:

Sukar untuk menghubungi alumni kerana kekurangan maklumat terkini mereka.

Berlaku salah faham dengan pengurus makanan mengenai waktu sebenar perjalanan

masuk dan keluar makanan.

Terdapat AJK program yang tidak mempunyai masa untuk makan.

Penambahbaikan:

Mendapatkan dan mengemaskini maklumat terkini setiap alumni bagi setiap tahun.

Menyediakan dan menerangkan tentatif program agar pengurus makanan jelas dengan

perjalanan majlis.

Page 3: Laporan post jamuan

Memastikan setiap AJK dapat makan dan sekiranya tidak mempunyai masa,

membawakan atau menyimpan terlebih dahulu makanan untuk mereka.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

Hamizah Binti Mohamad Mohd Syahir bin Jamaluddin

Ketua Pengarah Jamuan Ketua Pengarah

Fiesta Gala Geologi’15 Fiesta Gala Geologi’15