laporan pertandingan kuiz

2
LAPORAN: KUIZ Tempat : BKTP 1 Tarikh : 10.10.2012 Pertandingan kuiz bahasa melayu adalah salah satu daripada aktiviti untuk bulan bahasa kebangsaan. Soalan-soalan terdiri daripada soalan tatabahasa yang mengandungi 80 soalan. Pertandingan ini telah diuruskan oleh 3 orang pelajar pengajian melayu dan seorang pensyarah pembimbing dari jabatan pengajian melayu. Sebelum pertandingan dijalankan, kami telah menjalankan kerja-kerja publisiti iaitu, menampal dan mengedarkan iklan ke setiap kelas. Hal ini, bagi menggalakkan kesemua pelajar ipg KPI tidak ketinggalan menyertai pertanadingan ini. selain itu, kami juga telah menyediakan tempat pertandingan bagi memastikan peserta dapat menjawab soalan kuiz dengan tenang dan selesa. Malahan kami turut menyediakan senarai nama bagi setiap peserta yang mendaftar bagi memudahkan pertandingan dijalankan. Semasa pertandingan dijalankan, setiap peserta yang hadir akan mendaftarkan diri serta membuat penyemakan ejaan nama dan no.kad pengenalan bagi memudahkan kami mengeluarkan sijil. Seramai 80 orang peserta yang hadir dan menyertai pertandingan kuiz. Setiap peserta akan ditempatkan di tempat yang disediakan dan diawasi oleh ketua AJK pertandingan kuiz dan pensyarah

Upload: muhammad-safuan

Post on 18-Feb-2015

304 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

Page 1: laporan pertandingan kuiz

LAPORAN: KUIZ

Tempat : BKTP 1

Tarikh : 10.10.2012

Pertandingan kuiz bahasa melayu adalah salah satu daripada aktiviti untuk bulan

bahasa kebangsaan. Soalan-soalan terdiri daripada soalan tatabahasa yang

mengandungi 80 soalan. Pertandingan ini telah diuruskan oleh 3 orang pelajar

pengajian melayu dan seorang pensyarah pembimbing dari jabatan pengajian melayu.

Sebelum pertandingan dijalankan, kami telah menjalankan kerja-kerja publisiti

iaitu, menampal dan mengedarkan iklan ke setiap kelas. Hal ini, bagi menggalakkan

kesemua pelajar ipg KPI tidak ketinggalan menyertai pertanadingan ini. selain itu, kami

juga telah menyediakan tempat pertandingan bagi memastikan peserta dapat

menjawab soalan kuiz dengan tenang dan selesa. Malahan kami turut menyediakan

senarai nama bagi setiap peserta yang mendaftar bagi memudahkan pertandingan

dijalankan.

Semasa pertandingan dijalankan, setiap peserta yang hadir akan mendaftarkan

diri serta membuat penyemakan ejaan nama dan no.kad pengenalan bagi

memudahkan kami mengeluarkan sijil. Seramai 80 orang peserta yang hadir dan

menyertai pertandingan kuiz. Setiap peserta akan ditempatkan di tempat yang

disediakan dan diawasi oleh ketua AJK pertandingan kuiz dan pensyarah pembimbing,

Puan Zawiyah. Pertandingan dijalankan pada pukul 3 hingga 5 petang.

Selepas pertandingan selesai kami mula membuat penyemakan soalan bagi

mencari pemenang pertandingan ini. Pemenang bagi pertandingan kuiz ini dipilih

berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi peserta. Tiga orang peserta dipilih

sebagai pemenang yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga. Diharapkan

pertandingan kuiz ini terus dijalankan dan mendapat sambutan agar bahasa Melayu

terus dijulang. Selaras dengan hasrat kerajaan “Memartabatkan Bahasa Melayu”.