laporan pertandingan akhir sugandoi
DESCRIPTION
laporanTRANSCRIPT
Laporan Pertandingan Akhir Nyanyian Sugandoi
Tarikh : 6/8/2015
Masa : 2.00-3.30 petang
Tempat : Dewan Utama,IPG Kampus Gaya
Sebanyak 7 orang peserta telah bertanding dan masuk ke peringkat akhir
Pertandingan Nyanyian Sugandoi yang diadakan pada 6/8/2015 pukul 2.00 petang
di Dewan Utama, IPG Kampus Gaya.
Semua peserta telah berada di dewan sebelum pertandingan bermula. Ahli
Jawatankuasa juga memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan
pertandingan ini. Juri-juri terdiri daripada Encik Ladius Emor, Puan Mery Yatie Abd
Rahim dan Encik Ong Wei Ann yang berpengalaman luas dalam pertandingan
nyanyian.
7 orang peserta telah menunjukkan persembahan nyanyian dengan
bersungguh-sungguh. Encik Ladius sebagai ketua juri mengucapkan tahniah kepada
semua peserta kerana berjaya menghiburkan suasana pertandingan ini dan
memberi cadangan penambahbaikan semasa menyanyi.
Semasa menunggu keputusan, Encik Julin mempersembahkan satu lagu
sugandoi yang cukup menarik. Keputusan Pertandingan Akhir Nyanyian Sugandoi
disampaikan oleh pengerusi majlis. Berikut merupakan peserta-peserta yang
mendapat tempat:
Tempat Pertama : Chelsia Gokusing
Tempat Kedua : Lawrencia Mackriss
Tempat Ketiga : Edward Bong Jin Liang
Pemenang dijemput naik ke pentas untuk mendapat hadiah daripada
Timbalan Pengarah, Puan Lee Yoke Yee. Selepas itu, semua pemenang, juri-juri
dan ahli jawatankuasa mengambil gambar keseluruhan bagi Pertandingan Akhir
Nyanyian Sugandoi.
Salah satu peserta Lawrencia menyanyi lagu sugandoi dengan bersungguh-
sungguh
Salah satu pemenang Edward menerima hadiah tempat ketiga daripada Puan
Lee Yoke Yee
Gambar keseluruhan pemenang,juri-juri dan ahli jawatankuasa