laporan permainan

Upload: effe-fizfe

Post on 10-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

LAPORAN PERMAINAN

1.0 Nama permainanPuzzle A,B,C

2.0 Cara bermain Dimainkan oleh dua orang kanak-kanak. Seorang melihat petak kosong dan menyebut nama huruf, kemudian seorang lagi akan cuba mencari petak yang sama untuk dipadankan. Menyanyi lagu abc untuk membantu menyusun huruf mengikut susunan yang betul. Jika huruf yang dipadankan tidak sesuai, cuba padankan pada petak lain pula. Klu ada diberikan iaitu warna petak.

3.0 Sasaran umurPeringkat awal kanak-kanak iaitu 3-8 tahun.

4.0 Bahan-bahan yang digunakan Kadbod hitam Petak empat segi Reben Kertas pembalut hadiah

5.0 Kepentingan dan perkembangan pendidikan Pengenalan tentang sistem huruf (huruf besar dan huruf kecil) Pendedahan tentang jenis-jenis warna. Pendedahan tentang bunyi dan sistem sebutan huruf. Menguatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Merangsang sistem komunikasi kanak-kanak ketika bermain.

6.0 Keselamatan Bahan permainan tidak mempunyai bucu yang tajam. Bahan permainan tidak berat. Bahan asas permainan terdiri daripada bahan-bahan yang lembut. Bahan mudah digenggam Bahan permainan tidak berkarat.

7.0 KesimpulanKesimpulanya, Puzzle abc adalah permainan yang amat sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 3 sehingga 8 tahun. Dari segi bentuknya, permainan ini mudah dibawah ke mana-mana sahaja dan seronok dimainkan oleh kanak-kanak di peringkat awal kerana ia dapat membantu kanak-kanak meningkatkan tahap perkembangan secara menyeluruh (JERIS). Permainan ini boleh dikendalikan tanpa pengawasan orang dewasa kerana aspek keselamatan permainan ini adalah terjamin. Alat permainan ini adalah amat sesuai jika dimainkan secara berpasangan iaitu 2 orang, Untuk mencipta permainan ini tidaklah memerlukan kos yang banyak. Malahan itu, kaedah bermain juga boleh diubah dengan menukar huruf kepada nombor. Tambahan pula, permainan ini merangsang stimulasi jari kanak-kanak secara lebih mendalam.

8.0 Penulisan laporan dan hubungkait teoriSememangnya permainan adalah perkara yang tidak asing bagi diri kanak-kanak terutamanya pada peringkat awal usia seperti 3 sehingga 8 tahun kerana dengan permainanlah neuron-neuron dalam sistem otak mereka dapat berkembang dan berhubung antara satu sama lain. Permainan adalah satu benda atau mekanisme yang boleh dimanipulasi oleh kanak-kanak sebagai hiburan dan juga sebagai bahan untuk mengembangkan pengetahuan secara menyeluruh. Perkara ini disokong oleh Maria Montessori (1870) iaitu seorang tokoh pendidikan awal kanak-kanak yang menyatakan tugas kanak-kanak ialah bermain sambil belajar. Selain itu juga, bermain mampu merangsang perkembangan yang menyeluruh di dalam diri kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Di dalam laporan ini, saya akan menjelaskan peranan permainan puzzle abc dalam membantu mengembangkan aspek (JERIS) kanak-kanak pada usia 3 sehingga 8 tahun.

8.1 Aspek JasmaniDari segi jasmani, permainan ini mampu memanipulasi kanak-kanak untuk kerap menggunakan aspek fizikal mereka. Contohnya apabila kanak-kanak mengambil petak huruf dan memadankanya dengan petak yang sesuai secara tidak langsung mereka merangsang penggunaan motor halus pada jari mereka, ini kerana petak-petak huruf adalah bersaiz kecil dan ianya memerlukan genggaman tangan dan jari yang betul untuk bermain, selain itu permainan ini juga mampu memperkuatkan otot-otot tangan kanak-kanak dan melatih jari-jari mereka untuk memegang sesuatu, ini akan membantu mereka supaya lebih mudah memegang pensel ketika memasuki prasekolah atau sekolah rendah nanti. Pada peringkat 3 hingga 8 tahun juga mereka telah mahir mengawal otot-otot penting dan mampu melakukan perkara-perkara asas yang menyumbang kepada perkembangan jasmani iaitu menari bersama muzik, menggunakan sudu-garpu dan alatan dengan betul dengan pantauan serta meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Pada peringkat ini juga tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Menurut Gallahue (1993), Tiga kategori dalam perkembangan jasmani kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation) dan kesemua ini mampu dirangsang oleh permainan puzzle abc.

8.2 Aspek EmosiDari segi emosi pula, kanak-kanak yang bermain puzzle abc akan mudah terangsang apabila mereka berjaya menyusun semua huruf mengikut susunan dan warna yang betul, selain itu emosi kanak-kanak juga akan dapat diuji ketika mereka cuba mencari padanan yang sesuai bagi setiap huruf. Bagi kanak-kanak yang berumur 3 sehingga 8 tahun, memang agak sukar sedikit bagi mereka untuk mencari dan memadankan huruf kecil dan huruf besar yang terdapat dalam abc. Dan dengan bermain puzzle abc, kanak-kanak mampu belajar mengawal emosi mereka dan mempelajari kesabaran dan ketelitian ketika bermain. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Contohnya, dengan permainan ini, kita dapat melihat pelbagai kerenah atau cara kanak-kanak untuk menyelesaikan susunan huruf, namun semua kanak-kanak mampu meningkatkan lagi perkembangan emosi mereka jika mereka mencuba permainan ini secara berulang-ulang. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), beliau turut menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan.

8.3 Aspek RohaniSeterusnya ialah perkembangan rohani kanak-kanak, terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan mengenai aspek perkembangan emosi kanak-kanak pada peringkat awal iaitu Imam Al Ghazali (1058 1111). Beliau berpendapat bahawa ciri-ciri perkembangan rohani pada peringkat ini ialah konsep ketuhanan hanya boleh difahami dalam gambaran berbentuk benda atau lukisan sahaja. Tambahan pula, konsep kebesaran Tuhan, nilai-nilai murni dan adab sopan peringkat biasa boleh difahami dan dihayati. Jika dikaitkan dengan permainan ini, peranan aspek rohani dapat dilihat apabila kanak-kanak boleh dilatih untuk menghormati sesama mereka dengan membahagikan tugas bermain kepada dua. Seorang menyebut huruf yang diperlukan dan seorang lagi mencari huruf tersebut untuk dipasang pada petak yang betul. Dengan sistem seperti itu nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri kanak-kanak seperti menghormati kawan dan bekerjasama kerana adalah agak sukar bagi kanak-kanak peringkat umur 3 tahun untuk membuat puzzle abc seorang diri. Selain itu, dalam permainan ini juga terdapat gambar haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang comel dan dapat membuatkan hati kanak-kanak mula menyayangi haiwan atau tumbuhan tersebut.

8.4 Aspek IntelekSeterusnya pula ialah perkembangan intelek awal kanak-kanak. Jean Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra operasional (preoperational stage). Pemikiran pra operasional juga merangkumi transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju seperti pengenalan huruf kepada kanak-kanak. Apa yang boleh dikaitkan dengan permainan puzzle abc ini ialah, kanak-kanak dapat melatih kemahiran berfikir mereka berkenaan sistem huruf kecil dan besar. Tambahan pula mereka dibantu oleh rangsangan warna yang sama pada huruf kecil dan huruf besar. Malahan, kanak-kanak dapat belajar mengenai bentuk segiempat sama dan cara untuk memasukkannya ke dalam petak kosong yang disediakan. Seterusnya, kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan mereka terhadap warna kerana terdapat lebih daripada lima kombinasi warna yang terdapat di dalam petak-petak tersebut.

8.5 Aspek SosialSeterusnya aspek sosial, perkembangan sosial kanak-kanak ini terdiri daripada nilai persahabatan dan juga apa itu erti persahabatan sendiri kepada kanak-kanak. Persahabatan merupakan satu hubungan informal antara dua atau lebih ramai orang. Apabila kanak-kanak tersebut dapat berkawan dengan lebih ramai orang, maka perkembangan sosial mereka akan menjadi sangat meluas. Hubungan persahabatan ini juga melibatkan emosi kepada seseorang itu. Selain itu, perhubungan persahabatan ini terjalin secara sukarelawan tanpa paksaan. Hal ini disebabkan oleh sahabat merupakan seorang yang sangat penting atau dalam erti kata lain sahabat merupakan seorang yang sangat penting atau sebagai teman rapat untuk berkongsi pendapat, saling bantu-membantu antara satu sama lain, sebagai teman sepermainan dan juga sebagainya menurut (Damon 1977, Selman 1980-1981, Youniss dan Volpe 1978). Oleh itu, dalam permainan puzzle abc ini, kanak-kanak berpeluang bekerjasama semasa bermain. Seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi, seorang akan menyebut huruf yang diperlukan dan seorang lagi akan mencari huruf tersebut. Pada ketika itu, secara tidak langsung, kanak-kanak dapat melatih cara berkomunikasi yang betul dan cara berkawan yang betul. Selain itu, kanak-kanak juga akan terlatih dari segi penyampaian dan penerimaan maklumat secara komunikasi dua hala antara kanak-kanak yang terlibat bermain.

8.6 KesimpulanKesimpulannya, sedikit sebanyak permainan ini membantu awal kanak-kanak (3-8 tahun) dari segi perkembangan secara menyeluruh dan berkesan. Tambahan pula, permainan yang diberikan kepada kanak-kanak haruslah mengikut kemampuan mereka agar mereka dapat menikmati keseronokan semasa bermain. Jika kita memberikan permainan yang terlalu mencabar pada usia yang muda, maka sia-sia sahaja kerana pemikiran kanak-kanak tidak akan berkembang kerana mereka tidak mampu melakukannya. Selain itu, bahan-bahan permainan kanak-kanak juga haruslah berunsurkan bahan-bahan yang menarik.