laporan-perkhemahan

13
LAPORAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012 PADA 18,19, DAN 20APRIL 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN MALINSAU,RANAU Pendahuluan Seramai 97 peserta telah terlibat dalam perkhemahan tersebut yang terdiri daripada. (pelajar Tahun (4) 34 orang, Tahun (5) 34 orang dan Tahun (6) 29 orang SK. Malinsau Rabu (18 April 2015) Pendaftaran bermula jam 2.30 petang di Dewan SK.Malinsau. Taklimat telah disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Marshall Mc Daffie Esun . Peserta diberikan tanda nama dan tanda nama tersebut hendaklah dikalungkan di leher sepanjang perkhemahan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan khemah dan diingatkan semula ahli setiap kumpulan. 1

Upload: siti-jamariah

Post on 23-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PERKHEMAAHAN

TRANSCRIPT

Page 1: laporan-perkhemahan

LAPORAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM 2012

PADA 18,19, DAN 20APRIL 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN MALINSAU,RANAU

Pendahuluan

Seramai 97 peserta telah terlibat dalam perkhemahan tersebut yang terdiri

daripada. (pelajar Tahun (4) 34 orang, Tahun (5) 34 orang dan Tahun (6) 29

orang SK. Malinsau

Rabu (18 April 2015)

Pendaftaran bermula jam 2.30 petang di Dewan SK.Malinsau. Taklimat telah

disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Marshall Mc Daffie Esun . Peserta diberikan

tanda nama dan tanda nama tersebut hendaklah dikalungkan di leher sepanjang

perkhemahan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan khemah dan diingatkan semula ahli

setiap kumpulan.

3.30 petang – Semua peserta bergerak ke tapak prkhemahan iaitu di luar perkarangan

asrama sekolah SK.Malinsau.

1

Page 2: laporan-perkhemahan

4.30 petang – Semua peserta tiba di tapak perkhemahan. Mereka dijamu dengan minum

petang dan disambut oleh jawatankuasa khemah serta aktiviti. Taklimat mendirikan

khemah diberikan oleh jawatankuasa bertugas. Sekali lagi taklimat keselamatan dan

perjalanan perkhemahan diperjelaskan kepada semua peserta. Peserta Muslim

mendirikan Solat Asar berjemaah sementara bukan muslim beredar mencari lokasi tapak

khemah.

5.30 petang – Para peserta mula mendirikan khemah masing-masing dan dibahagikan

kepada dua zon iaitu Zon A untuk Tapak Perkhemahan Lelaki dan Zon B bagi Tapak

Perkhemahan Perempuan. Aktiviti mendirikan khemah berjalan dengan baik dengan

bantuan pembantu urusetia dan guru. Cuaca juga cukup baik, redup dan berangin.

7.00 malam – Semua peserta makan malam dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Pelajar Muslim beredar ke bilik surau dan bukan muslim di dataran terbuka untuk

mengikuti kuliah kerohanian yang disampaikan oleh Cikgu Galbert dan Cikgu Bedy.

Solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Hafiz

Abdullah bertajuk “Peranan Diri Menjadi Pemimpin Terpimpin”.

9.30 malam – Aktiviti dijalankan di dalam dewan sekolah. Peserta berkumpul mengikut

kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan masing-masing

sempena dengan nama buah-buahan tempatan. Kumpulan tersebut ialah Kumpulan

Rumah Kuning, Rumah Biru, dan Rumah Merah.

2

Page 3: laporan-perkhemahan

Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua dan seorang penolong ketua. Mereka telah

membentangkan hasil kerja kumpulan dengan baik. Setiap kumpulan diminta

memberikan nama kumpulan, rasional memilih kumpulan tersebut, melakar bendera

kumpulan dan sorakan identiti kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk

membentangkan hasil kerja kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulan

tersebut. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan. Aktiviti dikelolakan

dengan baik oleh Ketua Aktiviti Cikgu Wahab dan dibantu oleh fasilitator serta

pembantu urusetia.

Akhir sesi, Cikgu Wahab memberikan kesimpulan dan memuji penglibatan semua.

Tujuan aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada semua peserta berfikir secara

rasional dan matang serta berupaya menjawab semua pertanyaan. Ini dapat melatih diri

menjadi pemimpin yang berani dan bijak menangani isu semasa.

Sesi berakhir jam 11.00 malam.

Peserta dibenarkan untuk minum malam yang disediakan oleh AJK Makanan.

11.20 malam – Aktiviti berkumpulan diteruskan oleh AJK Aktiviti yang diketuai oleh

Cikgu Anna. Aktiviti dinamakan Ikatan Kasih Integrasi di mana peserta akan diikat

hujung ibu jari masing-masing. Setiap kumpulan diminta merungkaikan ikatan tersebut

walau apa cara sekali pun asalkan tali tidak putus atau tercabut. Akhirnya mereka akan

mengetahui pasangan masing-massing setelah kedua-dua punca tali berjaya dileraikan.

3

Page 4: laporan-perkhemahan

Aktiviti tersebut begitu menyeronokkan dan membuka minda peserta agar kreatif dan

berfikir dalam kumpulan menyelesaikan masalah. Aktiviti ditamatkan dengan rumusan

jam 12.30 malam.

HARI KEDUA

KHAMIS ( 19 April 2015)

5.30 pagi – Peserta Muslim dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah

dan diimamkan oleh Ustaz Hafiz Abdullah, manakala pelajar bukan Muslim diminta

mengemas khemah dan membersih diri. Selepas Solat Subuh berjemaah telah diadakan

tazkirah bagi senaman minda di pagi hari.

7.30 pagi – Malaysia Cergas dikelolakan oleh AJK Aktiviti. Aktiviti senaman pagi

berjalan baik dengan bantuan radio dan peserta nampak gembira sambil bersenamrobik.

Satu aktiviti yang menyihatkan dan menghiburkan. Peserta dinasihatkan untuk sarapan

pagi selepas itu. Menu pada pagi itu adalah nasi lemak telur goreng.

9.30 pagi – Aktiviti seterusnya menggunakan sistem stesen. Setiap kumpulan akan

bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain untuk menjalankan aktiviti. Stesen pertama

ialah Belajar Pertolongan Cemas, Stesen Kedua, Belajar Asas-asas Ikatan, Stesen Ketiga,

Larian Berhalangan, Stesen Keempat Permainan Deria, Stesen Kelima Uji Minda dan

Stesen Keenam ialah Masak Cara Hutan menggunakan buluh.

4

Page 5: laporan-perkhemahan

Pertandingan masak nasi dan telur dalam buluh telah diadakan dengan bimbingan Cikgu

Mohd.Suzailie. Peserta dikehendaki melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan dan

markah akan diambil dari segi cara memasak, hasil masakan dan hiasan cara hutan.

1.00 tengah hari – Peserta perkhemahan berehat sambil makan tengah hari yang telah

disediakan oleh AJK Makanan. Setiap peserta dikehendaki menjaga sendiri pinggan dan

gelas yang diberi dan hendaklah membasuhnya sendiri setelah digunakan.

Solat Zohor berjemaah dan persiapan diri.

2.30 petang – Aktiviti Kembara Dusun sambil menikmati keindahan dusun buah-buahan.

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dan diketuai oleh Cikgu Hairin Mahat dengan

bantuan 5 orang penolong urusetia dan 2 orang penduduk kampung selaku juru pandu.

Setiap peserta diminta membawa telur ayam mentah dan diamanahkan supaya menjaga

telur tersebut seperti menjaga nyawa sendiri. Ini dapat melatih peserta supaya

bertanggung jawab dan beramanah. Perjalanan memakan masa 3 jam dan kesukaran yang

dihadapi ialah menyusur paya dan menyusuri dusun buah-buahan yang sedang bermusim.

Aktiviti turut disertai oleh Kem Komandan iaitu Cikgu Marshall. Aktiviti berjalan dengan

baik dan peserta juga diajar teknik mengapungkan diri di dalam air dan teknik menyusuri

air dengan badan terapung secara selamat. Sepanjang perjalanan peserta telah diajar

jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di sepanjang kembara. Semua peserta basah

kuyup dan ada yang merupakan kali pertama berpengalaman menyusur sungai.

Alhamdulillah, aras sungai selamat untuk menjalankan aktiviti dan jurulatih yang

5

Page 6: laporan-perkhemahan

mengikuti program tersebut juga berkemahiran tinggi dan mempunyai sijil tauliah aktiviti

air. Aktiviti berakhir agak lewat daripada jangkaan iaitu jam 6.00 petang.

Peserta dikehendaki terus minum petang dan dikerahkan ke surau untuk Solat

Asar berjemaah manakala yang tidak berkenaan bersedia untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti riadah petang atau dinamakan ‘Gedik Sore’ terpaksa dibatalkan kerana

kesuntukan masa.

7.20 malam – Pelajar muslim berjemaah Maghrib dan imami oleh Ustaz Hafiz .

Manakala pelajar bukan Muslim dikehendaki menghadiri kuliah kerohanian oleh Cikgu

Bedy .

Ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Tn. Hj. Sulaiman Arsad. Ceramah turut dihadiri

oleh Cikgu Wahab , Cikgu Sharifah Suryati, Cikgu Suzailie dan Cikgu Hairin Mahat.

Selepas mendengar ceramah, solat Isyak berjemaah diimamkan oleh Ustaz Hafiz .

9.00 malam – Makan malam dan ‘barbeque’.

10.00 malam - Persembahan Kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tugas awal untuk

melakukan persembahan kumpulan. Persembahan dikelolakan oleh Cikgu Khadijah dan

Dequincey selaku pengacara. Acara diselang-selikan dengan permainan dan nyanian

oleh Kem Komandan Cikgu Marshall. Setiap Kumpulan diberi masa 7 minit untuk

6

Page 7: laporan-perkhemahan

membuat persembahan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan menghiburkan. Persembahan

tersebut memberi peluang peserta berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan dan

berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam masa yang singkat. Pelajar lebih berani

untuk berkomunikasi. Aktiviti berakhir jam 12.00 malam.

Peserta terus tidur di khemah masing-masing kerana terlalu kepenatan. Aktiviti malam

juga dibatalkan kerana kesuntukan masa.

HARI KETIGA

JUMAAT (20 April 2015)

5.30 pagi – Solat Subuh berjemaah dan kuliah kerohanian bagi pelajar-pelajar bukan

islam

7.30 pagi – Senaman pagi.

8.00 pagi – Sarapan pagi menu nasi goreng dan ayam goreng.

Peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem

Komandan. Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan

kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan.

7

Page 8: laporan-perkhemahan

Aktiviti melipat khemah dan mengumpul khemah. Semua peserta perkhemahan

dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap untuk acara penutup dan penyampaian

sijil dan hadiah.

9.00 pagi – Aktiviti penutup dan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang telah

disempurnakan oleh Tn. Mohd. Syafiq Majin, Penolong Kanan dan puan S.Jamariah Bt.

Dutok Abdullah, Penolong kanan Kokurikulum.

Keputusan pertandingan seperti berikut :

Bil KATEGORI PEMENANG

1 Kumpulan Terbaik Rumah Kuning

2 Kumpulan Paling Berdisiplin Rumah Kuning

3 Kumpulan paling Ceria Rumah Merah

4 Kumpulan Persembahan Terbaik Rumah Biru

5 Kumpulan Paling Bekerjasama Rumah Kuning

6 Kumpulan Paling Kemas Rumah Merah

7 Terbaik Masakan Cara Hutan Rumah Biru

8 Peserta Lelaki Terbaik Mohd. Sazali Usman

9 Peserta Perempuan Terbaik Umi Nuraini binti Mohd. Yusof

10.00 pagi – Peserta dihantar ke sekolah untuk pulang ke rumah dengan berjalan kak. Cik

Ellys menunggu pelajar untuk urusan pemulangan peralatan perkhemahan di sekolah.

8

Page 9: laporan-perkhemahan

Terdapat juga ibu bapa yang menjemput sendiri anak mereka pulang dari kem

perkhemahan.

Penutup

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform berjalan dengan lancar. Bebarapa aktiviti tidak

dapat dijalankan kerana kekangan masa. Keseluruhannya objektif perkhemahan tercapai

dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri.

Terima kasih.

Dilaporkan oleh, Tarikh : 28 Mei 2012

…………………………….(S.JARIAHH BINTI DUTOK ABDULLAH)Kem Komandan,Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012

9