laporan perkhemahan 2015

Upload: reen-shahureen

Post on 06-Mar-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perkhemahan

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN 20151. SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA REDAN, MELAKA.2. DAERAH / PPD

: MELAKA TENGAH3. NEGERI

: MELAKA

4. TARIKH KEM

: 2,3 & 4 Oktober 20155. TEMPAT

: PADANG SK PAYA REDAN6. TEMPAT PENGINAPAN: KHEMAH & BILIK DARJAH7. BILANGAN MURID: 62 ORANG ( BIL ? & BIL ?)8. MATLAMAT :8.1 Melahirkan murid yang taat setia kepada agama, bangsa dan Negara serta berdaya tahan dan berakhlak mulia.8.2 Melahirkan murid yang bertangungjawab.

8.3 Menyerlahkan bakat terpendam dalam kalangan murid.

8.4 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang tinggi.

8.5 Untuk memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap.9. OBJEKTIF :

9.1 Mengesan potensi diri yang positif serta mengetahui kekurangan dan kekuatan yang ada

dalam diri.

9.2 Menyedari kemampuan dan keupayaan diri sebagai murid-murid yang berguna kepada

diri sendiri, keluarga , agama, bangsa dan Negara.

9.3 Memberi peluang amali perkhemahan dengan bermatlamat membina dan

memperkukuhkan aspek disiplin, jati diri kepimpinan, kerjasama dan sikap tidak

mementingkan diri sendiri.

9.4 Menggembleng penglibatan semua guru dan pelajar dalam menyumbang tenaga dan buah

fikiran.10. TENTATIF PROGRAM : HARI PERTAMA : JUMAATTARIKHMASAAKTIVITIGURU

7.00 8.45 mlm Pendaftaran peserta Perkhemahan dan Kem 1M1S

Taklimat peserta

Taklimat mendirikan khemah

Taklimat peraturan dan disiplin

Solat maghrib, Tazkirah & Solat Isya`

Sambung mendirikan khemahPn Salmah bt MuharramPn Marzeyah bt Yahya

Pn Norazura bt Mohamad

En Zulhusni b Mat Azmi

Ust Osman b Ab Halim

Us Osman b Ab Halim

Guru Kumpulan

8.45 mlm Aktiviti 1 : Ice Breaking 1En. Norazam B MiskanEn Masakush B Musa

En Zulqarnain B Muftah

9.15 mlmAktiviti 2 : Ice Breaking 2Pn Adreen Azreen Bt Abd WahabPn Marshilah Bt Ismail

Pn Atikah Bt Mohd Tahir

10.00 mlmMinum MalamJK Makan & Minum

10.30 mlmAktiviti 3 : Ice Breaking 3Pn Marzeyah Bt YahyaPn Salmah Bt Muharram

Pn Noor Shahaneem Bt Mohd Shah

11.30 mlmTidur dan SentriJK Keselamatan & Kawalan Murid

(Aktiviti Malam)

HARI KEDUA : SABTU ???11. LAPORAN :

HARI PERTAMA : 2 OKTOBER 2015 (JUMAAT)Sesi PendaftaranPada jam 7.00 malam peserta-peserta perkhemahan yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki berkumpul di dewan SK Paya Redan bagi menjayakan aktiviti perkhemahan sesi 2014. Murid-murid dikehendaki mendaftarkan diri di stesen yang disediakan kepada AJK Pengelola yang ditugaskan untuk sesi pendaftaran para peserta.Perkhemahan ini melibatkan seramai 62 orang murid iaitu ? orang murid lelaki dan ? orang murid perempuan.Taklimat Awal PerkhemahanSemua murid telah diberikan kumpulan terlebih dahulu serta senarai peralatan yang perlu dibawa bersama bagi memastikan perjalanan aktiviti Perkhemahan dapat dijalankan dengan lancar. Semua murid kemudiannya diberi taklimat awal tentang perjalanan aktiviti iaitu mendirikan khemah mengikut kumpulan serta membawa barang-barang ke dalam khemah.

Mendirikan Khemah Dan Membuat Gajet

Pada jam 8.00 malam, semua peserta Perkhemahan beredar ke tapak Perkhemahan iaitu kawasan padang SK Paya Redan. Murid -murid bertungkus-lumus untuk mendirikan khemah dalam kumpulan yang telah ditetapkan.Di samping itu, peserta-peserta perkhemahan juga perlu membuat gajet yang bersesuaian menggunakan buluh.Kemahiran ini secara tidak langsung memupuk kreativiti murid serta mengaplikasikan pembelajaran tentang ikatan serta penghasilan gajet dalam kegiatan Unit Beruniform.Aktiviti 1 : Ice- Breaking 1 (Nama dan Tagline Kumpulan)Aktiviti 1 ini dijalankan pada jam 8.45 malam di Dewan Selera SK Paya Redan. ???Aktiviti 2 : Ice Breaking 2 (Kapal Karam)Aktiviti ice breaking 2 pula bermula pada jam 9.30 malam yang dikendalikan oleh Pn. Adreen, Pn. Mashilah dan Pn. Atikah. Antara pengisian yang didapati di dalam aktiviti yang kedua ini ialah ???

Aktiviti 3 : Ice Breaking 3 (Hide and Seek-Cari Perkataan)Selepas sesi rehat yang diberikan kepada peserta perkhemahan, aktiviti yang berlangsung berikutnya ialah aktiviti ice breaking 3. Bagi aktiviti ice breaking 3 ini guru-guru yang terlibat mengelolakannya ialah Pn. Marzeyah, Pn. Salmah & Pn. Shahaneem. Aktiviti ini bermula pada jam 10.45 malam. Di dalam aktiviti ice breaking 3 ini, murid telah di pecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil. Aktiviti yang di beri nama Hide And Seek ini memerlukan murid bekerjasama di antara ahli kumpulan untuk mencari maksud teka-teki yang di beri dengan petunjuk klu yang di beri. Murid di minta untuk menyelesaikan teka-teki yang di beri sebelum bergerak ke soalan berikutnya. Di dapati, terdapat kekeliruan semasa murid merungkai maksud teka-teki sehingga memaksa fasilitator memulakan semula aktiviti dengan memberi arahan yang lebih jelas. Setelah itu, dapat di lihat murid lebih faham dan dapat mengikut arahan yang di beri. Di akhir permainan, kumpulan ( ???_) telah berjaya menjawab semua teka-teki dan memenangi permainan yang di jalankan. Aktiviti Malam : Burung Hantu Berjalan Malam ?????Pada jam 12.00 malam, murid-murid dikehendaki berkumpul di Dewan Selera SK Paya Redan untuk mendengar taklimat berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan iaitu Burung Hantu Berjalan Malam. Ketua kumpulan diminta untuk mengira bilangan ahli kumpulan sebelum aktiviti dijalankan.Kemudian, setiap murid diletakkan di beberapa check-point yang telah di tetapkan oleh fasilitator. Apabila semua murid telah bersedia, mereka di berikan arahan untuk berdiam diri di tempat masing-masing sehingga fasilitator datang untuk menjemput mereka semula bersama ahli kumpulan yang lain. Rasional daripada aktiviti ini adalah untuk meningkatkan keyakinan di dalam diri masing-masing serta sifat mempercayai ahli kumpulan. Aktiviti berakhir pada jam 2 pagi.HARI KEDUA: 3 OKTOBER 2015 (SABTU)Aktiviti 5 : Senamrobik.

Setelah murid selesai mengemas diri, solat subuh dan menghadiri tazkirah subuh murid bergegas ke padang sekolah untuk melakukan aktiviti senamrobik yang di kendalikan oleh Pn Marzeyah. Murid kelihatan amat gembira dan ceria semasa melakukan aktiviti senamrobik tersebut. Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam.Setelah selesai memanaskan badan, semua murid di jamu dengan sarapan pagi yang di sediakan oleh guru-guru yang bertugas.

Aktiviti 6 : Aktiviti Kolej Profesional MARA (Excellent Kid`s Programme)Setelah murid selesai bersarapan pagi, murid berkumpul di hadapan bangunan sekolah untuk menghadiri aktiviti bersama pelajar-pelajar Kolej Profesional MARA. Mereka bertolak pada jam 7.30 pagi dengan sebuah bas dan diiringi oleh guru yang bertugas iaitu Pn Marzeyah, Pn Shahaneem, Pn Rohaya dan En Sabri. Sejurus selepas sampai di tempat yang di rancang, murid di bahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap aktiviti yang di jalankan di bimbing oleh fasilitator yang telah di agihkan kepada kumpulan tesebut. Antara pengisian yang di jalankan oleh pelajar kolej tersebut ialah aktivit Ice breaking, Explore Race, LDK Modal Insan dan akhir sekali solat berjemaah. Setelah selesai aktiviti dan menjamu selera di Kolej Profesional MARA ini, murid berkumpul semula untuk bertolak pulang ke sekolah. Murid sampai semula di sekolah pada jam 2.00 petang.Aktiviti 7 : Klinik 1M1S (Teori Permainan ????)Pada jam 2.30 petang, semua murid yang mengikuti perkhemahan ini telah berkumpul di Kantin Sekolah untuk mendengar ceramah tentang sukan. Mereka telah mendengar tentang teori permainan yang di kendalikan oleh fasilitator sukan iaitu En Zulhusni b Mat Azmi dan En Zulqarnain b Muftah. Kemudian murid di beri peluang untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang tepat tentang sukan yang mereka minati. Lebih kurang 1 jam selepas aktiviti ceramah 1M1S ini, murid di beri masa untuk berehat sambil menikmati minuman petang yang telah di sediakan.

Aktiviti 8 : Klinik 1M1S (Permainan ????)

Setelah selesai solat Asar, pada jam 5.00 petang, murid-murid dikehendaki menjalani sesi Praktikal Permainan ????? yang dikendalikan oleh En Zulhusni.

Aktiviti 9 & 10 : Latihan &Persembahan Malam KebudayaanSetelah makan malam dan solat Maghrib secara berjamaah di Masjid An-Nur, pada jam 8.45 malam, murid-murid dikehendaki membuat persiapan untuk mengadakan persembahan malam kebudayaan mengikut latihan yang dijalankan pada waktu petang sebelumnya dengan bantuan fasilitator masing-masing. Antara persembahan yang dipersembahkan seperti lakonan, nyanyian serta pentomin.Secara keseluruhannya, semua kumpulan berjaya membuat persembahan yang menghiburkan serta mempunyai mesej yang tersirat untuk disampaikan kepada penonton. HARI KETIGA : 4 OKTOBER 2015 (AHAD)Aktiviti 11 : SenamrobikSelesai aktiviti mengemas diri dan solat subuh, pada jam 7.00 pagi murid-murid diminta untuk berkumpul di Tapak Perhimpunan Sekolah bagi menjalankan aktiviti Senamrobik. Aktiviti ini yang dikelolakan oleh Pn. Adreen Azreen bagi sesi pemanasan badan. Peserta-peserta kelihatan seronok melakukan aktiviti ini bagi permulaan hari perkhemahan yang terakhir.Aktiviti 12 : Pertandingan Memasak (Sandwich)Aktiviti memasak merupakan satu aktiviti yang wajib pada setiap kali perkhemahan. Pada perkhemahan kali ini, pertandingan membuat sandwich telah di jalankan. Bagi melaksanakan aktiviti ini, ketua kumpulan telah di beri taklimat oleh AJK Pertandingan Memasak.Setiap kumpulan di bekalkan dengan roti dan telur sebagai bahan asas. Bahan-bahan yang lain seperti sos, mayonis, garam, sardin dan lain-lain di sediakan di atas keperluan setiap kumpulan. Semasa aktiviti di jalankan, di dapati setiap kumpulan memberikan kerjasama yang baik di kalangan ahli. Mereka juga kelihatan bersemangat untuk memenangi pertandingan. Terdapat juga beberapa kumpulan yang menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan tugasan yang di beri kerana kurang bahan-bahan. Tetapi, ia tidak menjadi masalah dan penghalang untuk mereka menyempurnakan tugasan sehinga ke akhirnya. Guru kumpulan yang terlibat telah berjaya menolong kumpulan yang mereka bimbing. Akhirnya apabila telah siap bahan-bahan , peserta di kehendaki menghias sandwich yang di masak mengikut kreativiti mereka untuk di persembahkan kepada juri. Tunjuk ajar yang di berikan oleh fasilitator banyak membantu peserta untuk memberikan hasil kerja tangan yang menarik. AJK Pertandingan Memasak yang di lantik menilai hidangan yang telah di sediakan.Majlis Perasmian PenutupPada jam 10.00 pagi, para peserta diminta untuk mengemas kawasan perkhemahan serta alatan yang digunakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah dijalankan sebelum majlis ditamatkan. Seterusnya pada jam 10.30 pagi, Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan sesi 2015 ditamatkan secara rasminya oleh Guru Besar SK Paya Redan, Pn Hjh Zainab Binti Abd Samad. Penyampaian hadiah dan saguhati sebagai pembakar semangat telah diberikan kepada kumpulan yang menang dalam kategori yang dipertandingkan. Secara keseluruhan, semua murid berpuas hati menyertai aktiviti perkhemahan ini walaupun mereka agak kepenatan selama dua hari berada di sekolah.12. CADANGAN / ULASAN:12.1Kekuatan Perkhemahan12.2.1Aktiviti Perkhemahan dapat dijalankan dengan baik dan teratur.

12.1.2 Pelajar-pelajar berasa seronok dan amat berminat dan aktif mengambil bahagian sepanjang sesi perkhemahan berlangsung.

12.1.3 Program-program sebegini amat baik di teruskan pada masa-masa akan datang bagi

memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa peserta.

12.1.4 Para peserta memperolehi pengalaman baru seperti pengalaman asas hidup.12.2 Kelemahan Perkhemahan

12.2.1 Masa yang disediakan agak suntuk untuk guru-guru melatih murid teknik membuat gajet

serta jenis ikatan yang dipraktikkan dengan betul.12.2.2 Tempat mendirikan khemah kurang sesuai kerana padang yang tidak rata menyukarkan

murid memasang khemah.

12.2.3 Terdapat peralatan perkhemahan yang kurang lengkap dan perlu ditambahbaik dari

masa ke semasa.

12.2.4 Keadaan berjerebu dan hujan membuatkan beberapa aktiviti luar dig anti dengan LDK secara ad-hoc.12.2 5 Ketiadaan sesetengah guru bagi memantau aktiviti dalam kumpulan sedikit sebanyak

mencacatkan aktiviti kerana murid perlu diberi bimbingan yang sewajarnya. Guru guru tidak dapat memberikan komitmen kerana terdapat beberapa urusan peribadi yang bertindih dengan program yang di rancang.12.3 Cadangan Penambahbaikan Perkhemahan12.3.1 Murid harus diberi pendedahan cara dan teknik perkhemahan yang betul seperti latihan membuat gajet serta jenis ikatan yang betul.12.3.2 Peralatan perkhemahan harus ditambah dan diperbaiki bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjalan lancar.12.3.3 Meningkatkan rondaan serta kawalan ketika menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah bagi memastikan ciri-ciri keselamatan murid terjamin.

12.3.4 Pihak sekolah hendaklah memilih tarikh perkhemahan yang sesuai supaya semua guru dapat menghadirkan diri semasa aktiviti dijalankan.SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA REDAN,MELAKAJAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN 2015Tarikh

: 2,3 & 4 Oktober 2015

Hari

: Jumaat hingga Ahad

Masa

: 3 hari 2 malam

Tempat

: Padang SK Paya Redan

Kumpulan Sasaran : Pelajar Tahap 2 ( 62 Orang )

Pengerusi

: Pn Hjh Zainab Bt Abd Samad

Timb.Pengerusi: Pn Rohaya Bt Ahmad

: En Sabri B Abu Samah

: En Suhaimi B Ibrahim

Setiausaha : En. Zulhusni B Mat Azmi ( Kem Komander)

P. Setiausaha

: En.Osman B Ab Halim

Bendahari

: En Norazam B Miskan

JK Urusetia/Pendaftaran

Pn Salmah Bt Muharam

Pn Marzeyah Bt Yahya

Pn Norazura Bt Mohamad

JK Peralatan & Khemah

En Zulqarnain B Muftah

En Shahrin Azeem B Zubir

Ust. Masakush B Musa

En. Norazam B Miskan

JK Laporan Perkhemahan

Pn Noor Shahaneem Bt Mat Shah

Pn Aikah Bt Khalid

JK Makanan/Jamuan

Pn Migawati Bt Ibrahim

Pn Sharifah Salwa Bt Syed Mortadza

Pn Hayati Bt Mahat

Pn. Haryati Bt Hamzah

Pn Syamsiah Bt Shahdan

JK Keselamatan Dan Kawalan Murid

En Hairi B Said

En Zulqarnain B Muftah

Pn Marzeyah Bt Yahya

Pengawal Keselamatan Malam

En Fadil B Majid

En Mohamad B Montel

En Muuhammad Syafique B Sairuddin

En Bahari B IbrahimJurugambar

En. Hairi B Said

En Naim

JK Hadiah Dan Cenderamata

Pn Adreen Azreen Bt Abd Wahab

Pn Mashila B Ismail

Pengacara Majlis Penutupan

Pn Atikah Bt Mohd Tahir

En Norazam B Miskan

Kebersihan

En Shahrin Azeem B Zubir

Pn Salmah Bt Muharram

Pn Noor Shahaneem Bt Mohd Shah

Pn Marziana Bt Ahmad

En Md Nor Hasri B Hassan

Laporan 1M1S

En Muhammad Zulhusni B Mat Azmi

9