laporan penyertaan pertandingan badminton bawah 12 tahun daerah kinabatangan

3
LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON BAWAH 12 TAHUN DAERAH KINABATANGAN 2013 Penyertaan SK Bukit Garam pada tahun ini telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Badminton Bawah 12 tahun daerah Kinabatangan yang telah diadakan pada 03hb dan 04hb April 2013 di Dewan Lantana, SK Bukit Garam 2. Pada tahun ini Kontinjen SK Bukit Garam telah menghantar seramai 12 orang pemain iaitu 8 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan. Untuk kali ini,kontenjen sekolah telah menghantar wakil seperti berikut: Perseorangan Lelaki - 4 orang Perseorangan perempuan - 4 orang Bergu Lelaki - 4 bergu (8 orang) Bergu Perempuan - 2 bergu (4 orang) Kontinjen ini juga hanya menghantar seorang guru pengiring iaitu saya sendiri yang juga merangkap pengurus dan ketua jurulatih untuk kejohanan. Ini kerana masih ramai guru-guru lain dari sekolah ini yang turut serta kerana terlibat sebagai AJK Pengelola Kejohanan ini. Pencapaian Setelah pertandingan ini berakhir, secara keseluruhan, kontinjen badminton SK Bukit Garam, telah dapat memberi saingan yang sengit kepada kontinjen-kontinjen lain. Pencapaian secara keseluruhan kontenjen kali ini seperti berikut: Perseorang Lelaki (4 wakil) - 2 wakil (peringkat pusingan awal) (Mohd Irfan Sufyan B. Mustafa & Mohd Hanif Ismail) - 2 wakil (peringkat suku akhir) (Mohd Rezwan B. Ali & Dwi Chayo Saputro)

Upload: azmibah

Post on 13-Jul-2016

54 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan badmintin

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penyertaan Pertandingan Badminton Bawah 12 Tahun Daerah Kinabatangan

LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON BAWAH 12 TAHUN DAERAH KINABATANGAN 2013

Penyertaan

SK Bukit Garam pada tahun ini telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Badminton Bawah 12 tahun daerah Kinabatangan yang telah diadakan pada 03hb dan 04hb April 2013 di Dewan Lantana, SK Bukit Garam 2. Pada tahun ini Kontinjen SK Bukit Garam telah menghantar seramai 12 orang pemain iaitu 8 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan. Untuk kali ini,kontenjen sekolah telah menghantar wakil seperti berikut:

Perseorangan Lelaki - 4 orangPerseorangan perempuan - 4 orangBergu Lelaki - 4 bergu (8 orang)Bergu Perempuan - 2 bergu (4 orang)

Kontinjen ini juga hanya menghantar seorang guru pengiring iaitu saya sendiri yang juga merangkap pengurus dan ketua jurulatih untuk kejohanan. Ini kerana masih ramai guru-guru lain dari sekolah ini yang turut serta kerana terlibat sebagai AJK Pengelola Kejohanan ini.

Pencapaian

Setelah pertandingan ini berakhir, secara keseluruhan, kontinjen badminton SK Bukit Garam, telah dapat memberi saingan yang sengit kepada kontinjen-kontinjen lain. Pencapaian secara keseluruhan kontenjen kali ini seperti berikut: Perseorang Lelaki (4 wakil) - 2 wakil (peringkat pusingan awal) (Mohd Irfan Sufyan B. Mustafa & Mohd Hanif Ismail) - 2 wakil (peringkat suku akhir) (Mohd Rezwan B. Ali & Dwi Chayo Saputro)

Bergu Lelaki (4 wakil) - 1 wakil (peringkat pusingan awal) (Mohd Irfan & Dwi Chayo Saputro) - 2 wakil (peringkat pusingan kedua) (Mohd Aiman & Mahadzir dan juga Mohd Afiz & Mohd Badrul) - 1 wakil (peringkat suku akhir) (Mohd Hanif & Mohd Rezwan)

Page 2: Laporan Penyertaan Pertandingan Badminton Bawah 12 Tahun Daerah Kinabatangan

Perseorangan Perempuan (4 wakil) - 1 wakil (peringkat pusingan awal) (Siti Rezwana) - 1 wakil (peringkat pusingan kedua) (Nursahira Bte Md Allawi) - 1 wakil (peringkat suku akhir) (Burairah Voo) - 1 wakil (peringkat separuh akhir) (Saidatul Safirah Bte Junny) – Tempat Ketiga Bersama

Bergu Perempuan (2 wakil) - 1 wakil (peringkat pusingan kedua) (Burairah Voo & Nursahira) - 1 wakil (peringkat akhir) (Siti Rezwana & Saidatul Safirah) –Tempat Kedua

Dua orang daripada pemain-pemain ini iaitu adik Mohd Rezwan Bin Ali dan adik Saidatul Safirah Bte Junny telah tersenarai untuk pemilihan akhir wakili Kontinjen Badminton MSSM Daerah Kinabatangan ke Kejohanan MSSM Badminton Bahagian Sandakan yang akan diadakan di daerah Kinabatangan ini juga pada 15hb dan 16hb April 2013 ini.

Kewangan

Dari segi laporan kewangan yang telah dibelanjakan dalam pertandingan itu, semua perbelanjaan adalah ditanggung oleh pihak sekolah. Mengikut permohonan yang dibuat di dalam kertas kerja, permohonan awal untuk perbelanjaan menyertai kejohanan ini ialah sebanyak RM249.00. Walaubagaimanapun setelah berakhirnya kejohanan ini, perbelanjaan yang telah dibuat hanyalah sebanyak RM225.00, iaitu pengurangan sebanyak RM24.00 daripada yang dipohan pada awalnya. Bersama-sama dengan ini disertakan semua resit-resit perbelanjaan untuk pertandingan itu.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

(MOHD AZMI BIN DULLAH)Penasihat Kelab Badminton SK Bukit Garam, Kinabatangan,2013.