banner cfs 2 ogos 2011 - townplan.gov.my page/central_forest... · central forest spine : pelan...

7
Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi hutan sebagai ancaman kepada pemeliharaan hutan dan perlindungan biodiversiti. Tidak dinafikan pembukaan hutan diperlukan bagi memenuhi keperluan pembangunan sosio-ekonomi negara, tetapi dengan perancangan dan pengurusan yang lebih baik secara langsung akan dapat meminimakan kadar kehilangan hutan dan mengelakkan fragmentasi hutan yang tinggal. Dasar RFN19 telah menyatakan keperluan mewujudkan kawasan CFS bagi membentuk tulang belakang jaringan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Kawasan CFS diwujudkan bertujuan mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti menerusi penyambungan 4 kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia iaitu: (i) Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan; (ii) Taman Negara-Banjaran Timur; (iii) Tanah Lembap Pahang Tenggara,Tasik Chini dan Tasik Bera; dan (iv) Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.

Upload: phamliem

Post on 28-Jul-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi

PENGENALAN

Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi hutan

sebagai ancaman kepada pemeliharaan hutan dan perlindungan

biodiversiti. Tidak dinafikan pembukaan hutan diperlukan bagi

memenuhi keperluan pembangunan sosio-ekonomi negara, tetapi

dengan perancangan dan pengurusan yang lebih baik secara langsung

akan dapat meminimakan kadar kehilangan hutan dan mengelakkan

fragmentasi hutan yang tinggal.

Dasar RFN19 telah menyatakan keperluan mewujudkan kawasan CFS

bagi membentuk tulang belakang jaringan Kawasan Sensitif Alam

Sekitar (KSAS). Kawasan CFS diwujudkan bertujuan mengekalkan

kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti

menerusi penyambungan 4 kompleks hutan utama di Semenanjung

Malaysia iaitu:

(i) Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan;

(ii) Taman Negara-Banjaran Timur;

(iii) Tanah Lembap Pahang Tenggara,Tasik Chini dan Tasik Bera; dan

(iv) Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.

Page 2: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI CFS

Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS merupakan pelan jangka panjang

dalam memelihara, memulihara dan meningkatkan perhubungan di

antara kelompok-kelompok hutan kecil dan kompleks-kompleks hutan

utama di Semenanjung Malaysia. Pelan Induk ini merupakan dokumen

rujukan bagi agensi pelaksana sebagai rangka dalam mengurus kawasan

CFS meliputi:

(i) Pengenalpastian dua jenis rangkaian ekologi terdiri daripada 17

Rangkaian Utama (PL) dan 20 Rangkaian Sekunder (SL) bagi

kesinambungan (connectivity) hutan (Rajah 1);

(ii) Strategi pelaksanaan kawasan fragmentasi hutan, garis-garis

panduan yang perlu digunapakai dan langkah-langkah susulan

yang perlu diambil untuk mewujudkan rangkaian ekologi yang

telah dicadangkan; dan

(iii) Mekanisme pelaksanaan bagi mengurus kesinambungan rangkaian

ekologi merangkumi struktur rangka institusi dan anggaran kos

pelaksanaan.

Page 3: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

Rajah 1 : Rangkaian Utama (PL) dan Rangkaian Sekunder (SL) CFS

#

#

#

#

#

#

#

#

##

#

#

#

##

#

#

#

##

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

##

#

#

#

# #

#

#

#

#

##

#

#

##

#

##

#

#

#

#

#

#

#

#

#

##

#

##

#

#

#

#

#

##

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

##

##

#

#

##

#

#

##

#

#

#

#

#

#

#

#

##

#

#

#

#

Muar

Kuah

Raub

Ipoh

Juru

Paka

Chaah

Labis

Jitra

Gurun

Kulim

Nilai Bahau

Pekan

LumutTapah

Bidor

Klang

Senai

Kadok

Kertih

Kluang

Tumpat

Jengka

Kampar

Kangar

Kajang

Bedong

TampinSegamat

Tangkak

Mersing

Kuantan

Bentong

Taiping

Banting

Kg. Koh

Sekudai

Val Dor

Seremban

Jerantut

TemerlohMentakab

Sitiawan

Serendah

Semenyih

Peringat

Beranang

Yong Peng

Pasir Mas

Ulu Tiram

Tg. SepatSg. Pelek

Batu Pahat

Alor SetarWakaf Baru

Kota Bharu

Kuala Krai

Gua Musang

Alor Gajah

Georgetown

Batu Gajah

Ayer Tawar

Parit Raja

Ayer Keroh

Sungai Ara

Pekan Nenas

Kota Tinggi

Kuala Kedah

Tanah Merah

Kuala Pilah

Kuala Lipis

Butterworth

Bagan Serai

Teluk Intan

Johor Bahru

Bandar Cukai

Masjid Tanah

Port Dickson

Kepala Batas

Nibong TebalParit Buntar

Pantai Remis

Kuala Perlis

Sabak Bernam

Sungai Besar

Kuala Lumpur

Pasir Gudang

Bukit Tinggi

Bandar Jertih

Bandar Marang

Bandar Dungun

Sungai Petani

Bandar Melaka

Kuala Kangsar

Tanjong Malim

Petaling Jaya

Pontian Kecil

Tanjong Bunga

Bukit Mertajam

Tanjong Karang

Kuala Selangor

Simpang Renggam

Kuala Kubu Baru

Lawan Kuda Baru

Kuala Terengganu

Sungai Siput (Utara)

PAHANG

PERAK

JOHOR

KELANTAN

KEDAH

TERENGGANU

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

PERLIS

PULAU PINANG

WILAYAH PERSEKUTUAN

1. KOMPLEKS HUTAN KEDAH SINGGORA 2. KOMPLEKS HUTAN BINTANG HIJAU 3. KOMPLEKS HUTAN BANJARAN UTAMA 4. KOMPLEKS HUTAN TAMAN NEGARA 5. KOMPLEKS HUTAN BENOM 6. KOMPLEKS HUTAN CINI-BERA 7. HUTAN TANAH LEMBAB TENGGARA PAHANG 8. KOMPLEKS HUTAN ROMPIN – SEDILI

Rangkaian Utama (PL) Rangkaian Sekunder (SL) Kawasan hutan

Pusat Petempatan

Thailand

Indonesia

Singapura

SL7

SL8

PL 4

PL5

SL13

PL2

SL9

PL9

SL3

PL3 SL12

SL 11

PL6 PL1

SL 2

SL6 66

SL1

PL7

SL10

SL 5

SL1

SL 2

PL 6

PL5

P 2

PL1

PL3

SL4

SL5

1

2

3 4

5

6

7

8

CFS 1

CFS 2

PL 1

SL4

PL4

S 3

PL10

PL8

Selat Melaka

Laut China Selatan

SL6

SL7 PETUNJUK

Tanpa Skala

Page 4: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

Rangkaian ekologi ini melibatkan lebih kurang 10 peratus daripada

keseluruhan kawasan CFS. Daripada keluasan rangkaian ekologi

tersebut, dianggarkan 25 peratus daripadanya merupakan kawasan yang

telah dibangunkan (tepubina), kawasan pertanian dan badan air.

Manakala selebihnya adalah kawasan yang masih diliputi hutan sama

ada berstatus HSK, Taman Negara/Negeri ataupun Kawasan Hutan

Kerajaan Negeri.

Pelan ini merupakan dokumen rujukan bagi agensi pelaksana sebagai

rangka kerja dalam mengurus kawasan yang terlibat dengan kawasan

Rangkaian Utama dan Rangkaian Sekunder. Strategi-strategi

pelaksanaan yang disediakan adalah secara umum dan sebagai

panduan. Ia perlu disesuaikan, ditambahbaik dan dilaksanakan

mengikut kesesuaian dari segi lokasi, isu yang dihadapi dalam kawasan

rangkaian tersebut dan keupayaan agensi pelaksana. Strategi

pelaksanaan ini akan lebih jelas dan berdaya laksana apabila pelan

tindakan terperinci disediakan. Pelan tindakan terperinci ini perlu

disediakan di peringkat negeri bagi melaksanakan strategi dan

cadangan pelan induk dalam memastikan sistem biodiversiti negara

terpelihara dan berkekalan demi kesejahteraan generasi akan datang.

Rundingan berterusan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan

negeri perlu diadakan bagi melaksanakan cadangan dan syor-syor yang

diputuskan.

Page 5: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

Garis Panduan disediakan sebagai panduan kepada agensi-agensi

pelaksana yang terlibat dalam mewujudkan kawasan Rangkaian Utama

(PL) dan Rangkaian Sekunder (SL) ke arah pengekalan sumber

biodiversiti negara. Garis panduan-garis panduan yang sediakan adalah

berasaskan garis panduan agensi terlibat iaitu Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS), Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Jabatan

PERHILITAN, Jabatan Perhutanan dan Kementerian Pelancongan yang

telah disesuaikan dan ditambahbaik berdasarkan amalan terbaik dari

luar dan dalam negara untuk digunapakai oleh agensi pelaksana dalam

mengurus kawasan rangkaian ekologi ini. Garis panduan tersebut adalah

seperti berikut:

i. Garis Panduan Pembangunan Petempatan dan Kampung; ii. Garis Panduan Amalan Pengurusan Pertanian Mampan; iii. Garis Panduan Ekopelancongan; iv. Garis Panduan Rizab Sungai v. Garis Panduan Perancangan Untuk Lintasan/ Laluan Binatang Bagi

Perancangan Jalan; vi. Garis Panduan Konflik Manusia dan Haiwan; vii. Garis Panduan Penanaman Semula Hutan; dan viii. Garis Panduan Elak Berburu;

Kerajaan negeri perlu memainkan peranan utama dalam melaksanakan

Pelan Induk Rangkaian Ekologi ini. Rundingan dengan Kerajaan Negeri

telah diadakan melalui Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) bagi

negeri-negeri terlibat dan pada dasarnya telah bersetuju bahawa Unit

Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)/JPBD Negeri/Jabatan

Perhutanan/Jabatan Perhilitan bertindak sebagai peneraju utama ke

arah pelaksanaan semua rangkaian ekologi di peringkat negeri masing-

masing. Langkah ini merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi

menjamin komitmen berterusan. Rundingan secara berterusan juga

diadakan dengan agensi pusat, negeri dan teknikal. Komitmen dari

Page 6: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

semua peringkat persekutuan, negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO),

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Syarikat Berkaitan Kerajaan

(GLC), pihak swasta dan komuniti amatlah penting di dalam

memastikan sistem biodiversiti negara terpelihara dan berkekalan.

KEPENTINGAN PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI CFS

Kepentingan dan keperluan mewujudkan kesinambungan di antara dan

dalam kompleks-kompleks hutan utama adalah penting dan jika

cadangan-cadangan pelan induk ini dilaksanakan, ia akan memberi

outcome dan impak berikut:

(i) Alam Sekitar dan Biodiversiti Terpelihara dan Lestari: yang mana

kawasan CFS merupakan harta biodiversiti yang masih hidup yang

merupakan warisan alam semulajadi yang unik. Kehilangan

biodiversiti akan mengancam bekalan makanan manusia, peluang-

peluang ekonomi pelancongan dan kepentingan fungsi ekologi di

mana hutan memberi sumbangan kepada perubahan iklim;

(ii) Kawasan Tadahan Air Dikawal dan Diurus Dengan Lestari: yang

mana hutan merupakan kawasan tadahan air yang jika tidak

dilindungi akan menyebabkan ancaman kepada sumber bekalan

air dan juga mengakibatkan bencana alam seperti banjir dan

tanah runtuh;

(iii) Pelancongan Berasaskan Alam Semulajadi dan Potensi Rekreasi

Dapat Menarik Pelancong dan Menjana Ekonomi: dengan

pemeliharaan kawasan sumber alam semulajadi seperti kawasan

tanah tinggi, kawasan ini boleh menjadi daya tarikan pelancong

Page 7: BANNER CFS 2 OGOS 2011 - townplan.gov.my Page/Central_Forest... · Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi PENGENALAN Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi

domestik dan antarabangsa untuk aktiviti pelancongan eko,

pelancongan berasaskan pendidikan dan penyelidikan;

(iv) Pengurusan Hutan Bersepadu di antara Negeri: bagi memelihara

keseimbangan ekosistem dan alam sekitar. Secara langsung dapat

membantu usaha-usaha negara bagi mengekalkan kawasan

berhutan bagi tujuan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan

secara berkekalan, pemeliharaan sumber air, pemeliharaan

kepelbagaian biologi dan sumber genetik serta pemeliharaan

hidupan liar; konservasi kepelbagaian biologi negara dan sumber

genetik.

KESIMPULAN

Pewujudan CFS di Semenanjung Malaysia melengkapi usaha negara

untuk menguruskan dan memelihara sumber biodiversiti secara

berkekalan. Kejayaan pelaksanaan CFS secara tidak langsung akan

membantu usaha Kerajaan menjamin bekalan sumber air mencukupi

dan berterusan serta menangani isu pemanasan global di mana aktiviti

restorasi dan pemulihan semula hutan (rehabilitation) bagi tujuan

penyambungan kawasan-kawasan hutan yang terpencil akan membantu

menghijaukan lagi Malaysia. Pelaksanaan CFS memerlukan peningkatan

keupayaan, kepakaran teknikal dan sumber kewangan yang tinggi bagi

menjamin kejayaan program serta aktiviti yang dirancangkan melalui

bantuan kerajaan persekutuan, negeri-negeri dan penyumbang lain.