laporan pentaksir ulbm - lp 01

3
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA FORMAT PELAPORAN UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA MELAYU SPM 2010 LAPORAN PENTAKSIR NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK ALAMAT SEKOLAH : JALAN SIALANG , 84900, TANGKAK, LEDANG. NOMBOR PUSAT : JF521-1 BILANGAN CALON : 16 1. KETUA PENTAKSIR SEKOLAH : IRASHA BIN IDRIS 2. PENTAKSIR SEKOLAH : IRASHA BIN IDRIS

Upload: asim-ali

Post on 07-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulbs

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pentaksir ULBM - LP 01

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FORMAT PELAPORANUJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

BAHASA MELAYU SPM2010

LAPORAN PENTAKSIR

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK

ALAMAT SEKOLAH : JALAN SIALANG , 84900, TANGKAK, LEDANG.

NOMBOR PUSAT : JF521-1

BILANGAN CALON : 16

1. KETUA PENTAKSIR SEKOLAH : IRASHA BIN IDRIS2. PENTAKSIR SEKOLAH : IRASHA BIN IDRIS

Page 2: Laporan Pentaksir ULBM - LP 01

1. LAPORAN PRESTASI CALON MENGIKUT KONSTRUK( kekuatan, kelemahan dan kesilapan )

1.1 Tatabahasa dan kosa kata:Penguasaan tatabahasa berada pada tahap baik berdasarkan teks, namun dalam pengucapan lisan,unsur tatabahasa agak kurang diperkemaskan.

1.2 Sebutan, intonasi dan nada:Pelajar kurang mahir untuk menggunakan sebutan baku.Terdapat juga nada dan intonasi yang kurang sesuai dengan sesuatu situasi yang dipersembahkan.

1.3 Kefasihan :Pelajar didapati kurang keupayaan untuk menghafal atau menguasai subjek pembentangan. Pelajar lebih banyak membaca teks pembentangan sama ada secara individu ataupun berkumpulan.

1.4 Bermakna :Pelajar kurang memahami peranan sebenar masing-masing dalam menyampaikan pembentangan sehingga boleh menyebabkan pembentangan seperti kurang bermakna.Namun pelajar mempunyai gaya tersendiri untuk menjadikan pembentangan mereka kelihatan menarik dan bermakna seperti penggunaan dan susun atur peralatan bantuan (prop’s)

2. PRESTASI KESELURUHAN CALON BERDASARKAN SKOR3.

PERINGKAT SKOR BILANGAN CALONSangat baik 36 – 40 1Baik 28 – 35 14Memuaskan 20 – 27 1Kurang memuaskan 12 – 19Pencapaian minimum 4 – 11JUMLAH BESAR 16

4. KOMEN TENTANG INSTRUMEN / MODEL4.1 Model yang digunakan oleh pelajar.

Pelajar memilih aktiviti berdasarkan latar belakang dan pengalaman pelajar membolehkan penyampaian dilakukan dengan baik.Pelajar memilih bahan rangsangan daripada KOMSAS memudahkan mereka menjalani proses pengajaran &pembelajaran.Kelemahan yang wujud ialah terdapat pelajar yang tidak bersedia bergantung dengan bahan rangsangan.

4.2 Kesesuaian model dengan pelajarRangsangan yang disediakan oleh pelajar sendiri lebih baik dan sesuai kerana pelajar berkenaan tahu tahap pengetahuan mereka.

Page 3: Laporan Pentaksir ULBM - LP 01

5. SARANAN KEPADA CALONPelajar seharusnya bersedia dengan bahan rangsangan masing agar tidak bermasalah semasa pembentangan.

6. SARANAN KEPADA GURUGuru perlu memastikan bahan rangsangan yang digunakan bersesuaian dengan tahap penguasaan berbahasa pelajar dan keupayaan pelajar memperoleh pembelajaran.

7. ISU DAN SARANAN PENAMBAHBAIKAN ULBSPelajar yang mempunyai tahap penguasaan berbahasa dan keupayaan memperoleh pembelajaran pada tahap minima perlu mendapat bimbingan khusus daripada pentaksir seperti melatih pelajar membaca bahan berita.

8. HAL-HAL LAIN (jika perlu)Tiada

Laporan disediakan oleh :

(IRASHA BIN IDRIS)

Tarikh :