laporan penilaian lisan berdasarkan sekolah

8
LAPORAN PLBS LAPORAN PENILAIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (PLBS) SEBELUM Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pihak sekolah, PLBS di sekolah tersebut telah bermula pada 14 Jun 2010 iaitu dengan makluman kepada Guru Besar mengenai perancangan PLBS di sekolah tersebut. Selaku pentadbir utama di sekolah, Guru Besar perlu dimaklumkan mengenai perjalanan PLBS di sekolah. Seandainya Guru Besar meluluskan, maka PLBS akan dilaksanakan. Terlebih dahulu, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu diadakan dengan fokus utamanya untuk membincangkan mengenai Pelaksanaan Ujian Lisan dan Bacaan. Pada 15 Jun 2010, satu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Tuan Guru Besar; Tuan Haji Mohamed Shamsuri bin A Ghani, GPK 1; Puan Hajah Mainah bt Haji Abdul Aziz, Puan Erny Anita bt Jayos sebagai Penyelaras Tahun 6, Puan Norliah bt Sapuan, Puan Hartini selaku Penyelaras Tahun 4 juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Badli bin Latif, Puan Maznah binti Muman; Setiausaha PLBS, Puan Zarina bt Md Isa; Penyelaras Tahun 3, Puan Roshayati bt Ali; Penyelaras Tahun 2 dan Puan Hajah Noraida bt Ibrahim selaku Penyelaras Tahun 1. Tidak ketinggalan juga beberapa orang guru Bahasa Melayu yang lain. Mesyuarat tersebut didahului dengan ucapan dari Tuan Guru Besar. Ucapan salam dan alu-aluan mengalukan kehadiran ahli mesyuarat. Tuan Guru Besar mengharapkan agar guru-guru dapat menjalankan Ujian Lisan dan Bacaan dengan sempurna. Perkara ini penting untuk menilai tahap penguasaan murid dibawah seliaan guru supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Kemudiannya mesyuarat diteruskan dengan pemberitahuan tarikh pelaksanaan PLBS iaitu pada 22 Jun 2010 hingga 7 Julai 2010. Ujian ini akan dilaksanakan dan dijalankan mengikut kelas masing-masing dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran yang mengajar Bahasa Melayu. Modul PLBS sekolah akan memberi dua modul bagi guru yang menjalankan ujian ini. Kebiasaannya, guru-guru setiap Tahun terutamanya Tahun ,2,3,4 dan 5 dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui temu bual yang saya lakukan, guru-guru menyatakan bahawa ujian lisan secara formal sudah lama tidak dilakukan. Bahkan ada yang terpinga-pinga tatkala saya meminta modul pelaksanaan PLBS bagi setiap tahun dan tahap. Bagi guru penyelaras Tahun 1, mereka menjalankan ujian lisan berdasarkan modul LINUS yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan. Bagi Tahun 6 pula, mereka menjalankan ujian lisan dengan menggunakan modul yang sedia ada dan menjalankan secara PISMP AMBILAN JANUARI 2010

Upload: wanoi-doherty

Post on 25-Jun-2015

693 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

LAPORAN PENILAIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (PLBS)

SEBELUM

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pihak sekolah, PLBS di sekolah

tersebut telah bermula pada 14 Jun 2010 iaitu dengan makluman kepada Guru

Besar mengenai perancangan PLBS di sekolah tersebut. Selaku pentadbir utama di

sekolah, Guru Besar perlu dimaklumkan mengenai perjalanan PLBS di sekolah.

Seandainya Guru Besar meluluskan, maka PLBS akan dilaksanakan. Terlebih

dahulu, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu diadakan dengan fokus utamanya untuk

membincangkan mengenai Pelaksanaan Ujian Lisan dan Bacaan. Pada 15 Jun

2010, satu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Tuan Guru

Besar; Tuan Haji Mohamed Shamsuri bin A Ghani, GPK 1; Puan Hajah Mainah bt

Haji Abdul Aziz, Puan Erny Anita bt Jayos sebagai Penyelaras Tahun 6, Puan

Norliah bt Sapuan, Puan Hartini selaku Penyelaras Tahun 4 juga merupakan Ketua

Panitia Bahasa Melayu, Encik Badli bin Latif, Puan Maznah binti Muman;

Setiausaha PLBS, Puan Zarina bt Md Isa; Penyelaras Tahun 3, Puan Roshayati bt

Ali; Penyelaras Tahun 2 dan Puan Hajah Noraida bt Ibrahim selaku Penyelaras

Tahun 1. Tidak ketinggalan juga beberapa orang guru Bahasa Melayu yang lain.

Mesyuarat tersebut didahului dengan ucapan dari Tuan Guru Besar. Ucapan

salam dan alu-aluan mengalukan kehadiran ahli mesyuarat. Tuan Guru Besar

mengharapkan agar guru-guru dapat menjalankan Ujian Lisan dan Bacaan dengan

sempurna. Perkara ini penting untuk menilai tahap penguasaan murid dibawah

seliaan guru supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Kemudiannya mesyuarat

diteruskan dengan pemberitahuan tarikh pelaksanaan PLBS iaitu pada 22 Jun 2010

hingga 7 Julai 2010. Ujian ini akan dilaksanakan dan dijalankan mengikut kelas

masing-masing dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran yang mengajar Bahasa

Melayu. Modul PLBS sekolah akan memberi dua modul bagi guru yang menjalankan

ujian ini. Kebiasaannya, guru-guru setiap Tahun terutamanya Tahun ,2,3,4 dan 5

dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui temu bual yang

saya lakukan, guru-guru menyatakan bahawa ujian lisan secara formal sudah lama

tidak dilakukan. Bahkan ada yang terpinga-pinga tatkala saya meminta modul

pelaksanaan PLBS bagi setiap tahun dan tahap. Bagi guru penyelaras Tahun 1,

mereka menjalankan ujian lisan berdasarkan modul LINUS yang dibekalkan oleh

Kementerian Pendidikan. Bagi Tahun 6 pula, mereka menjalankan ujian lisan dengan

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

Page 2: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

menggunakan modul yang sedia ada dan menjalankan secara formal. Hal ini kerana

mereka akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah dimana ujian lisan

merupakan salah satu komponen wajib lulus oleh murid-murid Tahun 6. Perjalanan

ujian dilakukan secara telus dan mengikuti instrumen penilaian yang ditetapkan.

Ketua Panitia pula dalam mesyuarat kali ini mencadangkan agar Ujian Lisan

dan Bacaan juga dilaksanakan bagi setiap tahap dan bukan sekadar pemerhatian

dalam kelas semata-mata semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Pelaksanaan secara formal dan juga mengikut instrumen yang diberikan. Antara hal-

hal lain yang dicadangkan ialah Puan Hazura mengesyorkan agar pihak sekolah

menyediakan sijil dari kertas tebal logo sekolah bertuliskan tinta warna emas. Sijil ini

sebagai penghargaan kepada murid-murid supaya mereka lebih bermotivasi dan

bersungguh-sungguh dalam penglibatan ujian lisan yang dijalankan. Jadi, mereka

dengan sendirinya mempunyai inisiatif dalam meningkatkan kemahiran lisan mereka

samada dalam mendengar mahupun bertutur juga membaca bahan yang disediakan.

Selain itu, Puan Hazura juga meminta agar pihak sekolah menyediakan semua

modul untuk Tahun 1 hingga Tahun 5. Penyediaan modul ini bertujuan supaya

pelaksanaan secara formal dapat dilakukan. Bukan itu saja, sistem pelaksanaan juga

akan lebih teratur dan bersistematik. Jadi, tidaklah kucar-kacir segala maklumat yang

diperolehi. Malahan segala data yang diperolehi dapat disimpan.

Jawatankuasa Pengurusan PLBS Peringkat Sekolah 2010 juga dilantik bagi

melicinkan lagi perjalanan pelaksanaan PLBS. Ahli jawatankuasa bagi PLBS sesi

2010 bolehlah dirujuk di halaman lampiran Jawatnkuasa Pengurusan. Seterusnya,

pada 18 Jun 2010, Surat Pelantikan Pentaksir Sekolah di edarkan. Surat perlantikan

ini kebiasannya dituju kepada guru Bahasa Melayu yang akan melaksanakan ujian

lisan ini. perlantikan ini bertujuan untuk memaklumkan guru yang terlibat dalam

pelaksanaan PLBS ini. Surat ini juga beserta harapan agar guru yang terlibat

memberi 110% komitmen dan kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab ini.

surat perlantikan ini bolehlah di rujuk dalam halaman lampiran Surat Perlantikan.

Kemudian surat Pemberitahuan Ujian Lisan Bahasa Melayu akan diedarkan.

Ibu, bapa dan penjaga murid dimaklumkan mengenai tarikh pelaksanaan ujian

tersebut. hal ini adalah untuk memastikan kehadiran murid-murid disertai dengan

kerjasama dari ibu bapa murid. Sebelum itu juga, murid-murid akan diberikan

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

Page 3: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

penerangan dan taklimat mengenai pross perjalanan ujian lisan tersebut. perkara ini

akan lebih memudahkan guru mengendali ujian tersebut pada hari yang ditetapkan.

Instrumen penilaian dan juga borang-borang yang terlibat akan disimpan di dalam

satu fail agar ianya lebih bersistematik dan teratur. Hal ini juga akan memudahkan

guru untuk merujuk semula segala data yang diperolehi.

SEMASA

Pada 22 Jun 2010 hingga 07 Julai 2010, pelaksanaan PLBS dilakukan.

Pelaksanaan ini di lakukan di dalam kelas. Guru Bahasa Melayu yang dilantik

sebagai pentaksir pelaksanaan PLBS menjalankan ujian ini secara individu ke atas

murid-murid. Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan dalam slip

keputusan dan penyataan adalah seperti berikut;

KOD

CAPAIANTAHAP PENCAPAIAN

1 CEMERLANG

2 KEPUJIAN

3 MEMUASKAN

4MENCAPAI SEBAHAGIAN TAHAP PENGUASAAN

MINIMUM

5 TIDAK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS

6 DIKECUALIKAN

Dalam memenuhi gred penskoran yang ditetapkan, guru akan melaksanakan

ujian tersebut dengan menggunakan instrumen yang disediakan. Borang Rekod

Pencapaian Murid (RPM) meliputi bukan sahaja mengenai aktiviti yang dilakukan

dan juga butir-butir diri murid malahan termasuk instrumen penilaian. Instrumen yang

terdapat dalam borang tersebut untuk menguji murid ialah termasuklah komponen

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

Page 4: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

tatabahasa dan kosa kata, sebutan, intonasi dan nada, percakapan lisan yang fasih

dan bermakna dan komponen terakhir ialah bertatasusila. Melalui dapatan maklumat

dari Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor, hampir keseluruhan murid kelas 6 Ilmu

memperolehi gred cemerlang manakala murid dari kelas 6 Rajin memperolehi gred

memuaskan. Hal ini kerana tahap penguasaan bahasa murid 6 Ilmu lebih baik dari

murid 6 Rajin kerana 6 Ilmu terdiri dari murid-murid cemerlang. Manakala 6 Rajin

pula teridiri daripada kumpulan murid yang sederhana sahaja. Walaubagaimanapun,

melalui maklumat yang saya perolehi, guru-guru pentaksir tidak boleh menggagalkan

muridnya dalam ujian ini. Mereka perlu meluluskan semua murid yang mengambil

ujian ini. Hal ini kerana, murid-murid ini bukannya tidak mampu untuk bercakap

ataupun bertutut. Mereka juga mampu untuk memahami dan menerima maklumat

dengan berkesan. Jadi, guru pentaksir tidak boleh memberikan gred markah yang

teruk kepada murid. Walaupun mereka hanya bercakap beberapa patah perkataan,

guru pentaksir masih lagi boleh menilai keupayaan murid dalam bertutur.

Kemudiannya, segala pengredan akan direkod oleh guru pentaksir dalam

Borang Skor Individu. Borang Skor Individu akan disimpan oleh guru itu sendiri

sebagai evidens dan bukti bertulis bahawa murid tersebut telah melaksanakan ujian

lisan yang diadakan di peringkat sekolah. Skor yang direkodkan akan dimaklumkan

kepada murid disamping guru pentaksir mengulas mengenai pencapaian mereka. Di

sini, murid akan dinasihatkan agar meningkatkan lagi tahap penguasaan bahasa

mereka. Seterusnya, guru pentaksir akan memindahkan skor tersebut dari Borang

Skor Individu ke Borang ke Borang Markah Induk berdasarkan format yang betul.

Borang ini akan diserahkan pula kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu. Di sekolah

yang saya telah jalani PBS, Ketua Panitia akan menyemak skor muri-murid ini

mengikut kelas dan juga kebolehan murid dari pemerhatiannya terlebih dahulu. Jika

ada keraguan mengenai skor yang diletakkan, Ketua Panitia akan memanggil

semula beberapa orang murid yang dipilih untuk melakukan semula ujian lisan tadi.

Hal ini adalah untuk memastikan penglibatan semua murid dalam PLBS. Seperti

yang kita tahu, terdapat kes di mana murid-murid jarang ke sekolah. Jadi, Ketua

Panitia tidak mahu murid yang tidak hadir ini terus diberikan gred atau skor tanpa

murid tersebut menjalani ujian lisan yang diadakan. Oleh yang demikian, proses

moderasi diperlukan agar gred dan skor bersesuaian dengan tindakan pelaksanaan

PLBS.

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

Page 5: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

SELEPAS

Setelah Ketua Panitia berpuas hati dengan dapatan yang diperolehi, borang

tersebut akan diserahkan kepada Tuan Guru Besar untuk ditandatangani

menunjukkan bahawa proses pelaksanaan PLBS telah selesai. Borang ini juga perlu

disemak terlebih dahulu oleh Tuan Guru Besar sebelum ianya disahkan. Borang ini

kemudiannya akan disimpan di sekolah. Setiausaha peperiksaan pula akan

memastikan pentaksir memasukkan markah atau gred atau skor murid ke dalam

aplikais Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memandangkan dunia hari ini semakin

maju kehadapan, makanya dengan satu klik sahaja segala data dan maklumat akan

disampaikan pihak LPM. Kemudiannya, sebelum segala maklumat duhantar ke LPM,

setiausaha peperiksaan dan pentaksir akan bersama-sama menyemak semula

markah yang dimasukkan dalam aplikasi LPM. Penyemakan dilakukan berulang kali

supaya tiada kesalahan dalam memasukkan gred murid-murid. Setiausaha

peperiksaan akan menyerahkan cetakan Senarai Keseluruhan Markah murid untuk

disahkan oleh Tuan Guru Besar. Cetakan ini perlu disahkan sekali lagi oleh Tuan

Guru Besar untuk pengeluaran sijil. Murid yang terlibat dengan pelaksanaan PLBS

ini akan diberikan sijil ataupun penyataan pencapaian. Perkara ini dilakukan di

hampir setiap sekolah yang ada. Hal ini dalah untuk memberikan lagi dorongan

moral supaya murid-murid berusaha untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan

bahasa mereka.

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

Page 6: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

PROSESSEBELUM

Menerima surat siaran PLBS daripada

JPN

Menerima dokumen PBS daripada JPN

Menubuhkan jawatankuasa PLBS

sekolah

Melantik Ketua Pentaksir Sekolah

setiap mata pelajaran

Memperbanyakkan dokumen PLBS untuk kegunaan pentaksir

Menyediakan jadual pelaksanaan PBS

Menyediakan kemudahan fizikal,

peralatan dan bahan yang mencukupi

Menamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan melaksanakan PLBS – berperanan menguruskan segala

urusan berkaitan pentaksiran

Memberi taklimat kepada calon

Memastikan setiap murid ada fail PLBS

Page 7: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

PROSES SEMASA

Pentaksiran dijalankan semasa P&P

Penyelarasan dalamanPemantauan dalaman

Pentaksir merekod skor dalam BSI

Pentaksir menyimpan evidens dengan selamat

Pentaksir memaklumkan skor kepada calon

Pentaksir memindahkan skor dengan betul dari Borang Skor

Iindividu ke Borang Markah Induk berdasarkan format

pentaksiran mata pelajaran

Page 8: Laporan Penilaian Lisan Berdasarkan Sekolah

LAPORAN PLBS

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

PROSESSELEPAS

Borang Skor Individu dan Borang Markah Induk disemak dan disahkan

oleh Pengetua / Guru Besar dan disimpan di sekolah

S/U peperiksaan memastikan pentaksir memasukkan markah ke

dalam aplikasi LPM

S/U peperiksaan dan pentaksir menyemak markah yang

dimasukkan dalam aplikasi LPM

S/U peperiksaan menyerah cetakan Senarai Keseluruhan Markah calon

untuk disahkan oleh Pengetua / Guru Besar

Mengeluarkan sijil / penyataan pencapaian PBS calon