laporan pengelola tradisional

Upload: selvi-nadarajah

Post on 25-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 LAPORAN pengelola tradisional

    1/2

    Permainan Tradisional

    LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN

    Tugas-tugas sebelum program:

    Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Saya mewakili ahli jawatankuasa

    pengelolaan pertandingan bagi permainan tradisional dan membuat laporan tentang

    tugas-tugas yang dijalankan sebelum berlangsungnya pertandingan. Mula-mulanya

    kami mengumpul maklumat berkaitan kumpulan permainan tradisional yang akan

    menganjurkan sistem pertandingan masing-masing. Seterusnya, kami telahmengaturkan jadual pelaksanaan pertandingan bagi semua kumpulan supaya tidak

    timbul sebarang masalah dalam kelancaran pertandingan. Kami telah menyediakan

    papan skor dan papan pemenang keseluruhan serta jadual pertandingan untuk

    disiarkan pada hari pertandingan. Kami melaksanakan semua perkara di bawah ajk ini

    dengan perbincangan bersama pensyarah.

    Tugas-tugas semasa program:

    Pada hari pertandingan, kami telah menyiarkan papan skor berserta jadual-

    jadual lain untuk meningkatkan kemeriahan dan kelancaran pertandingan. Walaupun

    cuaca yang kurang baik menimbulkan masalah, namun kami berjaya mengatasinya

    dengan berpindah ke gelanggang padang yang tidak basah. Semua pertandingan

    berlangsung seperti yang dijadualkan. Namun, terdapat juga segelintir kumpulan yang

    mengambil masa yang lama untuk menamatkan permainan. Namun, ia tidak menjadi

    masalah serius. Kami menanganinya dengan memperingatkan mereka tentang kelarian

    masa. Selain daripada itu, tidak berlakunya sebarang masalah lain yang berkaitan

    dengan pengelolaan pertandingan.

  • 7/25/2019 LAPORAN pengelola tradisional

    2/2

    Tugas-tugas selepas program:

    engan bantuan ahli jawatankuasa saya di bawah, kami berjaya melaksanakan

    tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kami dalam pengelolaan

    pertandingan. !ugasan kami sentiasa dipantau oleh pensyarah kami. Saya

    mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa saya yang menyokong

    saya dalam semua hal.

    "aporan isediakan #leh $

    %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

    &'("()M(!*+ (P ""(/

    Ketua (0K Pengelola Pertandingan,

    "awatan Sambil elajar,

    +P1 Kampus !uanku ainun.