perbicaraan kes pengubahan wang 9 saksi tiga guru …

1
TIGA guru Pendidikan Khas (Sped) dan empat sekolah Sped telah diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka dalam mendidik pelajar den- gan keperluan khas. Ini diumumkan dalam satu kenya- taan akhbar bersama oleh Kementeri- an Pendidikan (MOE) dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebang- saan (NCSS), semalam. Ini merupakan tahun kelapan anugerah tersebut disampaikan. Tiga daripada 156 guru yang di- calonkan menerima Anugerah MOE-NCSS Guru Cemerlang Sped (OSTA). Mereka ialah Cik Tay Wan Ting daripada Sekolah Katong APSN, Cik Noriytah Sani daripada Sekolah AWWA dan Cik Esther Kwan Huey Chien daripada Sekolah Grace Or- chard. Pemenang OSTA dipilih sebuah panel yang terdiri daripada wakil dari- pada MOE, NCSS dan rakan kongsi dalam pendidikan khas, menurut ke- nyataan itu. Empat daripada 16 sekolah yang dicalonkan menerima Anugerah Ino- vasi KPM-NCSS bagi mengiktiraf inovasi mereka dalam meningkatkan pembelajaran pelajar. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah APSN Delta Senior, Sekolah Eden, Sekolah Metta dan Pusat Rain- bow – Sekolah Yishun Park. Projek yang dicalonkan menunjuk- kan penggunaan strategi serta sumber pengajaran dan pembelajaran inova- tif dan kreatif dalam melibatkan pela- jar dalam pembelajaran mereka. Dua guru Sped juga akan meneri- ma Biasiswa Sarjana Pendidikan Khas MOE 2016 dan akan menda- patkan Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Khas di Institut Pendidi- kan Nasional (NIE), kata MOE dalam satu kenyataan media Isnin lalu. Mereka ialah Cik Noraisha Moha- med daripada Sekolah AWWA dan Cik Nur Faezah Abdul Rahman dari- pada Sekolah Persekutuan Palsi Sere- bral Singapura (CPAS). “Saya tak sangka saya akan dapat biasiswa ini. Ini kali pertama saya cuba memohon atas dorongan Penge- tua sekolah saya. “Tentunya saya sangat gembira kerana diberi peluang belajar,” kata Cik Nur Faezah ketika dihubungi se- malam. Biasiswa Sarjana MOE dalam Pen- didikan Khas dimulakan pada 2011 bagi menyediakan peluang menaik taraf karyawan melalui pengajian siswazah kepada pendidik Sped. Biasiswa ini terbuka kepada guru SPED warga Singapura yang ber- daftar dan telah berkhidmat seku- rang-kurangnya lima tahun di sekolah Sped. Penerima biasiswa itu akan diakui pada Persidangan Sped yang diada- kan secara dwitahunan, Jumaat ini. Tiga guru dan empat sekolah Sped diiktiraf kerana cemerlang didik pelajar berkeperluan khas

Upload: others

Post on 08-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBICARAAN KES PENGUBAHAN WANG 9 saksi Tiga guru …

TIGA guru Pendidikan Khas (Sped) dan empat sekolah Sped telah diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka dalam mendidik pelajar den-gan keperluan khas.

Ini diumumkan dalam satu kenya-taan akhbar bersama oleh Kementeri-an Pendidikan (MOE) dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebang-saan (NCSS), semalam.

Ini merupakan tahun kelapan anugerah tersebut disampaikan.

Tiga daripada 156 guru yang di-calonkan menerima Anugerah MOE-NCSS Guru Cemerlang Sped (OSTA).

Mereka ialah Cik Tay Wan Ting daripada Sekolah Katong APSN, Cik

Noriytah Sani daripada Sekolah AWWA dan Cik Esther Kwan Huey Chien daripada Sekolah Grace Or-chard.

Pemenang OSTA dipilih sebuah panel yang terdiri daripada wakil dari-pada MOE, NCSS dan rakan kongsi dalam pendidikan khas, menurut ke-nyataan itu.

Empat daripada 16 sekolah yang dicalonkan menerima Anugerah Ino-vasi KPM-NCSS bagi mengiktiraf inovasi mereka dalam meningkatkan pembelajaran pelajar.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah APSN Delta Senior, Sekolah Eden, Sekolah Metta dan Pusat Rain-bow – Sekolah Yishun Park.

Projek yang dicalonkan menunjuk-kan penggunaan strategi serta sumber pengajaran dan pembelajaran inova-tif dan kreatif dalam melibatkan pela-jar dalam pembelajaran mereka.

Dua guru Sped juga akan meneri-ma Biasiswa Sarjana Pendidikan Khas MOE 2016 dan akan menda-patkan Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Khas di Institut Pendidi-kan Nasional (NIE), kata MOE dalam satu kenyataan media Isnin lalu.

Mereka ialah Cik Noraisha Moha-med daripada Sekolah AWWA dan Cik Nur Faezah Abdul Rahman dari-pada Sekolah Persekutuan Palsi Sere-bral Singapura (CPAS).

“Saya tak sangka saya akan dapat biasiswa ini. Ini kali pertama saya

cuba memohon atas dorongan Penge-tua sekolah saya.

“Tentunya saya sangat gembira kerana diberi peluang belajar,” kata Cik Nur Faezah ketika dihubungi se-malam.

Biasiswa Sarjana MOE dalam Pen-didikan Khas dimulakan pada 2011 bagi menyediakan peluang menaik taraf karyawan melalui pengajian siswazah kepada pendidik Sped.

Biasiswa ini terbuka kepada guru SPED warga Singapura yang ber-daftar dan telah berkhidmat seku-rang-kurangnya lima tahun di sekolah Sped.

Penerima biasiswa itu akan diakui pada Persidangan Sped yang diada-kan secara dwitahunan, Jumaat ini.

PIHAK pendakwa raya te-lah memanggil sembilan saksi bagi kes pegawai perancang kekayaan bank BSI, Yeo Jia-wei, orang pertama yang diba-wa ke mahkamah akibat pe-ranan utamanya dalam peng-ubahan wang berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Tan Kiat Pheng, dalam kenyataan pembukaan di mah-kamah yang penuh semalam, berkata kes itu merupakan “yang paling canggih dan kes pengubahan wang terbesar yang dikendalikan Jabatan Eh-wal Komersial” yang melibat-kan pergerakan banyak wang di antara negara dalam bebera-pa tahun.

Yeo, 33 tahun, didakwa menyelaras urus niaga yang melibatkan 1MDB sehingga menyebabkan operasi bank privet Switzerland itu diarah ditutup oleh Penguasa Kewa-ngan Singapura (MAS).

Dia menghadapi 11 tudu-han daripada pengubahan wang, penipuan dan perbua-tan menghalang undang-un-dang.

Hakim Daerah, Encik Ng Peng Hong, akan menghakimi kes itu yang akan berlanjutan hingga 11 November ini de-ngan masa berehat pada 4 November.

Encik Philip Fong daripada firma guaman Harry Elias me-wakili Yeo.

Yeo digajikan sebagai pe-gawai perancang kekayaan BSI antara Disember 2009 dengan Julai 2014, dan me-ngaup harta sebanyak $26 ju-ta daripada pelbagai sumber, menurut kenyataan pembu-kaan pihak pendakwa raya.

Ia termasuk cuba menipu BSI semasa dia masih bekerja di bank itu dan selepas dia meninggalkan bank itu.

Yeo memainkan peranan utama dalam menyelaras dan menyembunyi kegiatan peng-ubahan wang yang banyak. Dia ditemu ramah oleh Jaba-tan Ehwal Perniagaan (CAD) pada 6 Oktober 2015 dan di-tangkap pada 17 Mac tahun ini.

Selepas dibebaskan de-ngan ikat jamin, Yeo bertemu dan menghubungi beberapa saksi bagi menyembunyikan bukti berkenaan kegiataan ter-larang itu pada 27 Mac tahun ini di Swiss Club di 36 Swiss Club Road.

Selepas meninggalkan BSI, Yeo terus terlibat dalam kegia-tan terlarang berkaitan kes pengubahan wang.

Beberapa urus niaga itu di-lakukan melalui Amicorp Group, yang menyediakan khidmat sokongan korporat dan undang-undang.

SEORANG pembantu rumah warga Indonesia yang memalsu-kan tandatangan majikannya pa-da 42 cek berjumlah $108,315 di-jatuhi hukuman penjara 21 bulan, semalam.

Ai Teti, 37 tahun, mengaku ber-salah terhadap 10 tuduhan pemal-suan.

Lagi 33 tuduhan, termasuk pen-curian syiling peringatan emas, te-lah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Ai Teti telah bekerja dengan maji-kannya, Cik Yong Fong Peng, 68 tahun, selama 13 tahun.

Hasil siasatan mendapati baha-wa pada Mei tahun lalu, Ai Teti

mencuri buku cek United Over-seas Bank (UOB) dari bilik tidur majikannya.

Dia kemudian mula mengeluar-kan cek kepada dirinya sendiri.

Dia menulis namanya pada ruang penerima cek, memasuk-kan jumlah yang hendak dibayar dan membubuh tandatangan kononnya milik Cik Yong, salah satu penandatangan yang diberi kuasa.

Dia telah merujuk resit dan cek yang telah ditandatangani Cik Yong dan meniru tandatangan itu di cek berkenaan.

Dia mengeluarkan wang meng-gunakan cek itu dan tiada pengem-balian dibuat.

Kesalahannya diketahui hanya selepas Cik Yong menerima kenyataan daripada bank UOB pa-da 24 November tahun lalu.

Cik Yong menyedari tentang pengeluaran wang yang men-curigakan sejak beberapa bulan la-lu dan membuat laporan polis pa-da hari berikutnya.

Timbalan Pendakwa Raya Stephanie Chew Xizhi, yang me-minta hukuman penjara 18 hingga 20 bulan, berkata Ai Teti telah me-nyalahgunakan kepercayaan yang diberikan majikannya.

Beliau berkata kesalahan yang telah dirancang itu melibatkan kerugian besar melebihi $100,000 dan Ai Teti tidak boleh dikategori-kan sebagai pesalah kali pertama.

NEW DELHI: New Delhi diselubungi kabut tebal semalam dengan mutu udara merosot secara mendadak semalaman di ibu negara India itu.

Kejadian itu mencetuskan ama-ran bahawa orang ramai yang sihat juga mempunyai risiko menghadapi masalah pernafasan.

New Delhi merupakan antara bandar paling tercemar di dunia, dengan mutu udara biasanya ber-tambah teruk pada tempoh ini se-tiap tahun, apabila asap daripada mercun yang diletupkan sempena

sambutan Deepavali dan juga tana-man-tanaman yang dibakar di negeri berdekatan menyelubungi bandar itu.

Pemandu kenderaan bergerak dengan sukar dalam keadaan terse-but sementara pakar memberi ama-ran kepada orang ramai supaya mengelakkan daripada meluangkan banyak masa di luar rumah.

Pihak berkuasa India telah me-ngambil beberapa langkah seperti melarang kemasukan trak lama ke dalam bandar dan mencuba skim

yang mengehadkan penggunaan kenderaan swasta pada hari-hari alternatif.

Namun, pakar menyatakan baha-wa langkah tersebut tidak begitu berkesan dalam mengurangkan pencemaran.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Mei, India merupakan tempat bagi em-pat daripada 10 bandar yang meng-hadapi pencemaran udara paling te-ruk.

New Delhi menduduki tempat ke-11. – Agensi berita.

9 saksi dipanggil bagi kes pegawai

perancang kekayaan

BSI

Tiga guru dan empat sekolah Speddiiktiraf kerana cemerlang

didik pelajar berkeperluan khas

Amah warga Indonesia yang palsukan tandatangan majikanpada 42 cek dipenjara 21 bulan

New Delhi diselubungi kabut tebal

Untuk melanggan Berita Harian, orang ramai boleh melungsuri

laman www.bhsub.sgatau menghubungi talian 6319-1800.

DARI MAHKAMAH

– Foto REUTERS

PERBICARAAN KES PENGUBAHAN WANGBERKAITAN DANA 1MDB

2 Berita Harian | Selasa, 1 November 2016

Berita

hoyy
Highlight