laporan pembentangan

3
LAPORAN PEMBENTANGAN MENGENALPASTI RESPON MENDENGAR DAN MENGHASILKAN RESPON EMPATI (LAMPIRAN 4) Berdasarkan situasi kes yang kami kaji dalam lampiran 4 iaitu mengenalpasti respon mendengar dan menghasilkan respon empati, saya dapati bahawa kedua-dua respon ini amat penting untuk dikenalpasti supaya dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak. Saya juga dapati respon mendengar dan empati ini juga amatlah penting bagi seorang guru dalam proses bersoal jawab serta dalam memberi ransangan dan tindakan yang berkesan sama ada dalam situasi formal mahupun tidak formal demi mencapai hubungan interaksi positif yang berkesan. Kebanyakan tindakan guru yang memerlukan kedua-dua kemahiran ini adalah dari segi kemahiran mendengar masalah yang dihadapi oleh murid, ibu bapa atau rakan sejawatannya sendiri dengan memikirkan tindakan yang sesuai yang boleh diambil bagi menangani masalah tersebut. Oleh yang demikian, dalam hal ini saya dapati guru haruslah berusaha untuk bertindak balas secara berperasaan empati. Ini bermakna guru hendaklah berusaha menunjukkan kepada orang lain bahawa dia sedang memberi perhatian dan mendengar serta berusaha memahami perasaannya. Disamping itu, dalam hal ini saya dapati guru haruslah bertanggungjawab bukan sahaja perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran melayan, komunikasi dan memberi respon yang berkesan, malah turut juga perlu mempertimbangkan bagaimana membentuk sesuatu situasi dan iklim yang kondusif

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

139 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

pengurusan bilik darjah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pembentangan

LAPORAN PEMBENTANGAN MENGENALPASTI RESPON MENDENGAR DAN

MENGHASILKAN RESPON EMPATI (LAMPIRAN 4)

Berdasarkan situasi kes yang kami kaji dalam lampiran 4 iaitu mengenalpasti respon

mendengar dan menghasilkan respon empati, saya dapati bahawa kedua-dua

respon ini amat penting untuk dikenalpasti supaya dapat diaplikasikan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak. Saya juga dapati respon

mendengar dan empati ini juga amatlah penting bagi seorang guru dalam proses

bersoal jawab serta dalam memberi ransangan dan tindakan yang berkesan sama

ada dalam situasi formal mahupun tidak formal demi mencapai hubungan interaksi

positif yang berkesan.

Kebanyakan tindakan guru yang memerlukan kedua-dua kemahiran ini

adalah dari segi kemahiran mendengar masalah yang dihadapi oleh murid, ibu bapa

atau rakan sejawatannya sendiri dengan memikirkan tindakan yang sesuai yang

boleh diambil bagi menangani masalah tersebut. Oleh yang demikian, dalam hal ini

saya dapati guru haruslah berusaha untuk bertindak balas secara berperasaan

empati. Ini bermakna guru hendaklah berusaha menunjukkan kepada orang lain

bahawa dia sedang memberi perhatian dan mendengar serta berusaha memahami

perasaannya.

Disamping itu, dalam hal ini saya dapati guru haruslah bertanggungjawab

bukan sahaja perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran melayan,

komunikasi dan memberi respon yang berkesan, malah turut juga perlu

mempertimbangkan bagaimana membentuk sesuatu situasi dan iklim yang

kondusif supaya komunikasi dapat dilaksanakan dengan berkesan. Untuk itu, proses

mendengar dengan teliti amatlah penting. Ianya melibatkan psikologi dan mental

seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang perlu disepadukan untuk

membolehkan seseorang itu memahami apa yang didengar dan melakukan tidak

balas yang sesuai.

Seterusnya respon mendengar dan respon empati ini juga perlu ada pada

setiap guru bagi menjaga hubungan guru dengan murid, guru dengan pelajar serta

guru dengan rakan sejawat. Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka respon empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan orang lain.

Manakala, mengikut Rogers, empati ialah perihal merasai dunia peribadi orang

Page 2: Laporan pembentangan

seolah-olah dunianya. Untuk itu, apa yang saya dapati respon empati ini juga

memainkan peranan penting dalam menyelami dan mendalami perasaan murid

sekiranya murid menghadapi masalah tertentu. Malah guru yang mempunyai sifat

empati ini akan lebih mudah untuk berkomunikasi dan bergaul.

Selain itu, saya juga dapati empati juga merupakan kombinasi dua kapasiti

iaitu menganalisis dan bersimpati menggunakan akal dan hati. Menganalisis

melibatkan pengumpulan fakta atau maklumat dan memerhati keadaan. Apabila

masalh dapat diketahui dan puncanya dapat dikenalpasti maka secara tidak

langsung masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Menurut Fracaro (2001),

“empathy is a feeling of loyalty toward another person resulting in a loss of

objectivity”. Ini menunjukkan pengurus harus berkebolehan untuk mengerti atau

melihat pandangan pekerja dan sanggup memahami tindakan atau peri laku mereka

dengan jelas.

Oleh yang demikian, Alhamdulillah berdasarkan perbentangan ini, saya lebih

memahami bagaimana cara dalam menghasilkan respon mendengar dan respon

empati yang berkesan ini. Antaranya ialah guru haruslah boleh memahami dan

menyelami perasaan muridnya yang mengalami masalah samada di dalam atau di

luar bilik darjah. Guru juga berperanan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh muridnya dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang

bersesuaian serta boleh mengenal pasti punca timbulnya masalah tersebut dan

menggunakan logik akal dalam memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.

Disediakan oleh, 9 April 2012

..................................................

(FITRI NORLIDA BT IBRAHIM)

PISMP SEMESTER 3,

PENGAJIAN MELAYU C.