laporan pelaksanaan-internship-sri

14
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR NAMA AKTIVITI (INDIVIDU) : Menjadi Guru Kelas 3 Harmoni TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011 OBJEKTIF: 1. Mengetahui cara mengurus bilik darjah dengan baik. 2. Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan tidak bermasalah dari segi disiplin, kesihatan dan latar belakang. 3. Memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan teraputik. 4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru. 5. Memastikan kecemerlangan akademik para pelajar tidak terabai.

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 16-Jan-2015

958 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pelaksanaan-internship-sri

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (INDIVIDU) : Menjadi Guru Kelas 3 Harmoni

TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011

OBJEKTIF:

1. Mengetahui cara mengurus bilik darjah dengan baik.

2. Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan tidak bermasalah dari segi

disiplin, kesihatan dan latar belakang.

3. Memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan teraputik.

4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara pelajar dengan

pelajar serta pelajar dengan guru.

5. Memastikan kecemerlangan akademik para pelajar tidak terabai.

Page 2: Laporan pelaksanaan-internship-sri

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.

2. Beliau mencadangkan saya menjadi guru kelas 3 Harmoni selama empat

minggu supaya saya boleh mendapat pengalaman tanda buku kedatangan dan

mengurus kelas.

3. Sepanjang empat minggu ini, saya dikehendaki menanda buku kehadiran setiap

hari selepas perhimpunan pagi.

4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang

kondusif.

5. Saya menghias dan menceriakan kelas dengan kata-kata hikmah, carta-carta

dan bahan-bahan hiasan.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru

kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak

pengalaman seperti pengurusan kelas semasa menjadi guru kelas selama empat

minggu. Saya juga telah belajar cara untuk menanda buku kedatangan murid.

2. Saya dapat lebih memahami tahap dan latar belakang murid-murid kelas 3H.

Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa

bekerjasama menghias dan menceriakan kelas semasa waktu rehat.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kebanyakan tugas-tugas guru kelas biasanya telah dilaksanakan pada awal

tahun persekolahan. Jadi semasa internship yang diadakan pada hujung tahun

menyebabkan saya tidak berpeluang menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

Page 3: Laporan pelaksanaan-internship-sri

2. Masa untuk menjadi guru kelas sangat singkat disebabkan oleh tugas-tugas lain.

Saya tidak dapat memahami latar belakang dan sikap murid dengan lebih

mendalam kerana masa yang terlalu singkat untuk saya berjumpa dan

berkomunikasi dengan mereka.

3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar kelas yang lain dan kali ini telah menjadi

guru kelas untuk kelas yang lain. Ini telah menyebabkan saya susah untuk

pengagihan masa untuk buat hiasan kelas dan mengumpul data untuk kajian

tindakan saya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami sepatutnya diberi masa yang lebih panjang untuk menjadi guru kelas

supaya dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dengan sepenuhnya.

KESIMPULAN

Melalui aktiviti menjadi guru kelas selama empat minggu ini, saya mendapat

banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya

mengambil alih tugas untuk menanda buku kedatangan murid-murid. Ini merupakan

pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara mengira kedatangan murid-

murid. Selain itu, saya berpeluang menghias dan menceriakan kelas saya dengan

bahan-bahan yang berwarna-warni dan kata-kata hikmah.

Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti menjadi guru kelas,

pihak IPG perlu mengadakan Internship ini pada awal tahun supaya guru pelatih dapat

mengetahui tugas sebenar guru kelas dan membuat tugas-tugas tersebut dengan

sepenuhnya. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan

pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.

Page 4: Laporan pelaksanaan-internship-sri

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Perpustakaan

(Mural Jalan-raya 3D)

TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011

OBJEKTIF :

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk

mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.

2. Menjadikan perpustakaan lebih ceria dan lebih menarik.

3. Menjadikan perpustakaan sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan

kondusif.

4. Meningkatkan kesedaran penggunaan jalan raya di kalangan murid.

5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat

untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

Page 5: Laporan pelaksanaan-internship-sri

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan guru pembimbing.

Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan

cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan

sekolah.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan

daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar.

Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang

diperlukan.

3. Menceriakan perpustakaan.

Hasil kerja dipamerkan di dinding perpustakaan.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara

menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain

demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .

2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-

murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan

yang baik. Secara tidak langsung, mural jalan raya 3D dapat meningkatkan

kesedaran murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan

isyarat semasa menggunakan jalan raya.

Page 6: Laporan pelaksanaan-internship-sri

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-

murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-

pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

4. Encik Badrul juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas

kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah

memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas

kami.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan di perpustakaan.

Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke perpustakaan untuk

mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja

kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik

supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang

ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis

sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

KESIMPULAN

Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah

memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari

cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek

dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat

saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan

Page 7: Laporan pelaksanaan-internship-sri

sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan perpustakaan menjadi ceria,

selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural bentuk

jalan raya 3D juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang

kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan isyarat semasa menggunakan jalan

raya demi keselamatan diri.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan

projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang

diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar dan rakan-rakan saya. Dengan itu,

saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang

dipelajari pada masa yang akan datang.

Page 8: Laporan pelaksanaan-internship-sri

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Amali Pertolongan Cemas Badan Uniform

TEMPOH PELAKSANAAN : 24.08.2011

OBJEKTIF :

1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan dan aktiviti.

2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan sesuatu program.

3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.

4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di

sekolah pada masa akan datang.

5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah.

6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial

dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.

7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat

untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

Page 9: Laporan pelaksanaan-internship-sri

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan guru pembimbing.

Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing kami untuk menentukan

tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station.

Tarikh yang dirancangkan ialah 24 Ogos 2011 ketika waktu Kokurikulum badan

beruniform dan hanya murid Tahun 5 dilibatkan.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan

daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas

kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan

setiap guru pelatih.

3. Menjalankan amali di Ruang Legar SKTTJ.

Setiap stesen dijaga oleh dua orang guru pelatih dan menjalankan amali tentang

pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa

(mobiliti) dan juga khidmat bantu mula.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari

prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu amali yang melibatkan banyak murid.

Page 10: Laporan pelaksanaan-internship-sri

2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti

dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan

lain.

3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk

mempelajari amali pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka,

mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula supaya mereka

dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ini pada masa yang

memerlukan.

4. Melalui amali ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat

dieratkan lagi.

5. Semua murid melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang

secukupnya kepada guru pelatih.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kesuntukan masa semasa menjalankan amali dari station ke station lain kerana

bilangan guru pelatih di stesen tidak mencukupi untuk mengawal bilangan murid

yang ramai.

2. Sesi refleksi tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Ini telah

menyebabkan guru pelatih tidak dapat memastikan bahawa setiap anak murid

dapat mempelajari apa yang diajarkan dalam amali.

3. Penilaian tidak dijalankan untuk menguji sama ada setiap murid dapat

mempelajari amali yang diajar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap

pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, sesi penilaian boleh

dijalankan jika mempunyai masa yang secukupnya.

Page 11: Laporan pelaksanaan-internship-sri

KESIMPULAN

Melalui amali pertolongan cemas ini, saya rasa bersyukur kerana telah

memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan

sesuatu aktiviti yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat

memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama

dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini,

mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya

aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang

pertolongan cemas yang dapat mereka guna dan aplikasikan pada kehidupan seharian.

Di samping itu, amali ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga

keselamatan diri dan orang di sekeliling secara tidak langsung.

Walaupun masa yang dirancangkan agak kesuntukan namun kami telah berjaya

menyiapkan amali ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat

berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar, dan rakan-rakan

saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta

pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

………………………………………

SRITHARR A/L JAHANADAN

(GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

Disemak Oleh,

………………………………………

PN. SUHAILA BINTI MUSTAFFA

Page 12: Laporan pelaksanaan-internship-sri

(GURU PEMIMBING)