laporan pelaksanaan internship - mural

Upload: bikerz-fbi

Post on 06-Jul-2015

5.335 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIPNAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSAAN : Muhammad Fauzan Bin Fadzil : PISMP (MTE/PJ/BI) : SK Felcra Nasaruddin, Bota. : Mural Budi Bahasa Budaya Kita : 14 28 Julai 2011 ( 2 Minggu)

OBJEKTIF: Membuka minda murid-murid supaya suka pada lukisan. Membentuk sahsiah murid-murid supaya bersama-sama

menghargai lukisan. Memupuk sifat berbudi bahasa dan sopan santun di kalangan murid-murid.

STRATEGI PELAKSANAAN: Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk membuat satu projek mural pada Internship kali ini. Kami telah bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Maria Binti Kamal Mustafa untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di dinding tangga utama naik ke pejabat sekolah. Ini kerana mural di dinding tersebut telah dipadam kerana mural tersebut sudah tidak relevan. Puan Maria telah memberi cadangan supaya

membuat mural di dalam Bahasa Melayu kerana pada praktikum sebelum ini kami telah membuat mural Bahasa Inggeris. Kami berempat telah berbincang untuk mencari kata-kata atau slogan yang sesuai untuk dibuat mural. Saya telah mencari slogan-slogan yang menarik di buku-buku dan juga internet. Akhirnya saya telah memilih slogan atau kempen yang yang dilaungkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Abdullah Ahmad Badawi, Budi Bahasa Budaya Kita sebagai projek mural Internship. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek. Saya telah menunjukkan kertas kerja kepada guru pembimbing iaitu Puan Sarina untuk disemak. Selepas disahkan oleh Guru Besar, En Abu Naim Bin Hamzah kami terus memulakan langkah pertama iaitu mengecat dinding tersebut dengan warna putih terlebih dahulu. Sementara menunggu cat yang telah di pesan, saya telah membuat lakaran mural di komputer. Pada minggu berikutnya, iaitu pada 19 Julai kami telah mewarnakan dinding tersebut dengan warna kuning kerana latar belakang lukisan tersebut adalah berwarna kuning. Keesokkan harinya, kami telah melukis lukisan mural di dinding dengan menggunakan bantuan LCD projektor. Dengan menggunakan bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan. Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggung jawab lain seperti kelas ganti dan sebagainya.

Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih awal daripada yang dijangkakan. Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 22 Julai iaitu 6 hari lebih awal daripada jangkaan. Diharapkan mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi insan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.