laporan pelaksanaan internship

Upload: tengku-fauziah

Post on 06-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rohani

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP(Laporan antara 8 10 muka surat)

NAMA PELAJAR

: TENGKU FAUZIAH BINTI TENGKU ADNAN NO. KAD PENGENALAN

: 710725 03 - 5814 PROGRAM

: PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 - 2015NAMA SEKOLAH

: SK BANDAR PENAWAR

NAMA PROJEK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYATAKAN WAKTU DALAM JAM DAN MINIT DENGAN MENGGUNAKAN JAM SIFIR BAGI MURID PEMLIHAN KHAS TAHUN 2 SK BANDAR PENAWAR BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK.TEMPOH PELAKSANAAN: 4 MINGGU1. OBJEKTIF

Pada akhir internship dapat meningkatkan kemahiran masa dan waktu dengan menggunakan Jam Sifir bagi murid pemulihan khas Tahun 2 bagi pengajaran pendidikan matematik.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

2.1Pelaksanaan Projek Internship (4 minggu)

Saya telah menjalankan satu sesi kolaborasi bersama guru pemulihan khas bagi mendapatkan cadangan tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan peserta kajian. Setelah berbincang bagi memastikan projek ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan terhadap murid terlibat. Saya turut memberi penerangan tentang penggunaan Jam Sifir. Ini kepada semua murid supaya memahami tujuan

Sebelum projek ini dijalankan, saya telah berbincang dengan guru pemulihan dan mendapatkan sedikit gambaran tentang murid yang akan mengikuti projek inovasi ini iaituJam Sifir . Apabila dipersetujui oleh guru pemulihan mereka saya mula mengambil langkah menyediakan bahan projek inovasi iaitu jam Sifir untuk digunakan oleh murid pemulihan khas Tahun 2.

Saya telah memikirkan apakah bahan yang sesuai digunakan dan menarik minat untuk murid-murid pemulihan Tahun 2 belajar tajuk masa dan waktu supaya objektif yang saya harapkan akan tercapai. Saya telah berbincang dengan rakan-rakan tempat saya bertugas maka lahirlah idea membina Jam Sifir untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selepas itu, saya telah membina Jam Sifir mengikut bilangan murid di kelas pemulihan khas Tahun 2. Saya sentiasa melakukan penambahbaikan pada jam sifir yang saya bina sehinggalah kepada hari pencerapan yang dilakukan oleh Mentor. Apa yang telah ditekankan sepanjang tempoh projek ini ialah berkaitan dengan menyatakan waktu dalam jam dan minit supaya murid dapat menyebut, dan menulis dengan betul. Memandangkan projek inovasi ini dijalankan ke atas murid pemulihan khas Tahun 2, aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran matematik berkaitan dengan jam dan minit ini lebih menekankan kaedah ulangan. Bagi mengukuhkan projek ini, saya telah menggunakan soal jawab secara lisan dan dilakukan secara berulang kali dan lembaran kerja mengikut kesesuaian dengan kebolehan murid pemulihan khas. Saya juga menggunakan buku latihan Linus Numerasi untuk menilai keberkesanan projek ini terhadap murid yang terlibat.Sepanjang saya menjalankan projek inovasi ini, saya dapati murid pemulihan Tahun 2 sangat berkeyakinan apabila saya meminta mereka menunjukkan masa yang saya sebutkan pada muka jam. Mereka juga dapat menyebut jam dan minit dengan betul apabila guru bertanya. Jika ada rakan-rakan mereka melakukan kesalahan rakan yang lain akan memberi jawapan yang betul. Mereka juga turut berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang guru berikan secara lisan.

Selepas tamat proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari, guru memberikan mereka lembaran kerja. Setiap soalan pada lembaran kerja murid pemulihan Tahun 2 ini dapat menjawabnya dengan betul dan sering meminta soalan lain untuk mereka jawab. Ini kerana mereka seronok menjawab soalan dengan bantuan Jam Sifir yang guru berikan kepada mereka. Selain daripada itu mereka telah dapat menyebut waktu dalam jam dan minit dengan betul dan yakin.Selain daripada itu, terdapat seorang murid kelas pemulihan khas ini turut membina sebuah Jam Sifir sendiri. Keadaan ini menunjukkan mereka seronok belajar tajuk masa dan waktu menggunakan Jam Sifir.Terdapat seorang murid pemulihan Tahun 2 ini mengalami masalah dalam menulis waktu dalam jam dan minit dalam perkataan tetapi murid ini dapat menulis dalam angka dengan tepat. Ini kerana murid ini masih lagi tidak dapat menguasai konstruk 2 mata pelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Namun begitu, murid ini dapat menyebut waktu yang ditunjukkan oleh guru dengan betul dan menunjukkan kepada guru waktu yang betul apabila guru memintanya berbuat demikian. Bagi menangani masalah ini saya telah menyediakan soalan yang meminta murid ini memilih jawapan yang betul dan menulis semula pada ruang yang disediakan.

Penggunaan Jam Sifir ini banyak membantu murid-murid pemulihan Tahun 2 menguasai kemahiran masa dan waktu dengan baik. Mereka juga lebih berkeyakinan untuk menyebut waktu dalam jam dan minit apabila ditanya.

2.2Jadual PelaksanaanMinggu Tarikh/ HariMasa Aktiviti

111 Ogos 2015

(Selasa)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)Aktiviti 1:

Menyatakan waktu dalam jam dan minit

- menyatakan waktu dalam sehari- menyenaraikan aktiviti pada waktu siang dan malam- menyatakan waktu dalam jam- mengenal tanda senggatan

minit pada muka jam

menyebut nilai angka dalam gandaan lima menggunakan Jam Sifir

12 Ogos 2015

(Rabu)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)

218 Ogos 2015

(Selasa)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)Aktiviti 2

Menyatakan waktu dalam jam dan minit menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit.

Merekodkan waktu dalam jam dan gandaan lima dalam angka.

Merekodkan aktiviti harian dalam jam dan minit

19 Ogos 2015

(Rabu)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)

325 Ogos 2015

(Selasa)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)Aktiviti 3

Menyatakan waktu dalam jam dan minit menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit.

Merekodkan waktu dalam jam dan gandaan lima dalam angka.

Merekodkan aktiviti harian dalam jam dan minit

26 Ogos 2015

(Rabu)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)

41 Sept 2015

(Selasa)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)Aktiviti 4

Menyatakan waktu dalam jam dan minit-menyatakan perkaitan di antara hari dan jam

-menyatakan perkaitan di antara jam dan minit.

2 Sept 2015

(Rabu)12:00 1:00 tengah hari

(1 jam)

3. REFLEKSIa) Kekuatan Projek:

Penggunaan Jam Sifir dapat menarik minat murid-murid pemulihan khas Tahun 2. Ini kerana, mereka merupakan murid yang lemah dari segi akademik. Selain itu, penggunaan Jam Sifir juga tidak pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kelas mereka sebelum ini dan mereka hanya menggunakan model jam sahaja.Penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran yang berkesan diperlukan bagi memudahkan penguasaan suatu kemahiran, Brown J.W (1983). , bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah.

Noor Din Malud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persiapan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Oleh itu, penggunaan Jam Sifir sebagai bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru berupaya memberikan keseronokan dan mampu menarik minat serta memberikan pemahaman kepada mereka dalam menjalani proses pembelajaran matematik.Kerjasama yang diberikan oleh guru pemulihan SK. Bandar Penawar cukup baik begitu juga dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid pemulihan khas Tahun 2. Murid-murid pemulihan Tahun 2 yang cukup berdisiplin , menghormati guru dan penyayang memberi semangat kepada saya untuk mengajar mereka.

Jam sifir yang guru gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan murid lebih berkeyakinan untuk belajar masa dan waktu terutamanya dalam menyatakan jam dan minit.b) Kelemahan Projek:Setiap projek yang dilakukan pasti ada kelemahannya. Begitu juga dengan projek yang saya lakukan ke atas murid pemulihan Tahun 2 iaitu projek inovasi Jam SifirMurid terlalu bergantung pada penggunaan Jam Sifir dalam menyatakan waktu dalam jam dan minit. Jika Jam Sifir diambil oleh guru, murid akan mengambil masa yang agak lama untuk menyatakan masa dan waktu.Masih ada murid yang kurang menunjukkan minat yang mendalam sehinggalah guru perlu menyediakan sedikit ganjaran supaya mereka memberi tumpuan kepada pengajaran guru.

Murid pemulihan Tahun 2 bukan merupakan murid di sekolah saya menyebabkan saya perlu mengambil masa yang lebih untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri pelajar tersebut.

Murid leka dengan Jam Sifir dan ada masanya mereka tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru sehinggakan guru perlu mengalihkan pemerhatian mereka dengan bahan yang lain.4. CADANGAN PENAMBAHBAIKANi. Mengaplikasikan dan melihat keberkesanan serta kesesuaian Jama Sifir kepada murid-murid pemulihan yang berbeza umur.

ii. Penggunaan jam Sifir juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran yang lain.

iii. Boleh menggunakan ICT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

iv. Pengurusan masa juga perlu dipertingkatkan kerana murid-murid pemulihan memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami kemahiran yang diajar oleh guru.

v. Di samping penggunaan bahan yang sesuai saya akan meningkatkan lagi mutu pengajaran saya bagi murid pemulihan khas mengikut peringkat umur dan keperluan mereka.5. KESIMPULANDaripada inovasi yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa penggunaan Jam Sifir dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran 22 iaitu masa dan waktu. Secara keseluruhannya, murid pemulihan khas berpendapat bahawa kad Jam Sifir yang digunakan oleh guru berupaya memberikan keseronokan dan mampu menarik minat serta memberikan pemahaman yang baik kepada mereka semasa dalam menjalani proses pembelajaran matematik.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, murid pemulihan dapat menguasai kemahiran 22 iaitu masa dan waktu dengan baik. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan murid-murid pemulihan untuk belajar mata pelajaran matematik. Penggunaan bahan yang sesuai dan dekat dengan diri murid juga merupakan sebab proses pengajaran an pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dan objektifnya tercapai.Ini jelas menunjukkan penggunaan bahan maujud dan ia boleh diaplikasikan sendiri oleh murid menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Selain itu, ia juga boleh memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih bersemangat.