laporan pelaksanaan aktiviti
DESCRIPTION
1TRANSCRIPT
(A) Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan P&P.
Papan hitam
Meja guru
(B) Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber P&P dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.
Bahan dan sumber pelajaran yang dipamerkan di bilik darjah terdiri
daripada jadual waktu kelas, jadual bertugas, hasil kerja murid, majalah “kuntum”
dan buku cerita lama yang telah dibaca melalui program nilam. Majalah kuntum
mempunyai banyak latihan yang boleh digunakan sebagai rujukan murid-murid.
Selain itu, hasil kerja murid-murid terdiri daripada hasil seni dan kraf tangan
murid-murid. Hasil kerja murid yang bagus dan cantik akan dipamerkan di papan
kenyataan belakang kelas dan dijadikan contoh kepada murid yang lain.
Buku cerita berbagai bahasa akan dipamerkan di dalam kelas supaya
murid dapat menggunakan masa yang berfaedah untuk membacanya di samping
mempelajari nilai moral yang terdapat dalam buku cerita tersebut.
Kesemua bahan pengajaran dan pembelajaran ini akan ditukar sebulan
sekali mengikut sukatan pelajaran dan subjek tertentu.
(C) Catatkan bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid.
Pelajar SK Taman Desa (II) lazimnya akan membuat ulang kaji di pusat
sumber sekolah. Bahan dan sumber yang biasa digunakan merupakan buku
rujukan yang terdapat di pusat sumber. Selain itu, sempena bulan program
NILAM yang dianjurkan oleh sekolah, murid-murid diminta membaca buku cerita
sekurang-kurangnya tiga buah selama seminggu. Buku-buku cerita yang dibaca
dalam dwibahasa iaitu bahasa cina dan bahasa Inggeris.
Selain itu, nota-nota ringkas yang disediakan oleh guru dan pelajar
amatlah sesuai dibaca dan mudah digunakan oleh murid. Biasanya guru akan
menyediakan “flash card” ataupun ‘manila card” yang berwarna warni terdiri
daripada pelbagai maklumat dan info berkaitan subjek untuk dijadikan rujukan
kepada pelajar.
Di samping itu, buku teks dan “wordsheet” juga kerap digunakan oleh guru
dalam proses pengajaran. Melalui “wordsheet” yang disediakan, murid-murid
berupaya untuk belajar dengan senang dan cepat lagi tepat. “Wordsheet”
biasanya disediakan oleh guru ataupun murid akan membuat latihan yang
terdapat surat akhbar atau majalah.
(D) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran
berasaskan ICT?
Pendedahan ICT di sekolah ini tidak dapat diberikan kepada para murid
dengan sepenuhnya kerana bilangan komputer yang berfungsi adalah tidak
menggalakkan. Sekali lagi sekolah ini telah bertindak dengan cekap iaitu para
murid akan berkongsi menggunakan komputer tersebut. Tindakan ini dapat
membantu murid melakukan perbincangan serta berinteraksi antara satu sama
lain. Murid yang telah mahir menggunakan komputer akan membantu rakan-
rakannya yang tidak begitu mahir dalam penggunaan komputer.
Walaubagaimanapun, penggunaaan LCD, projector tetap digunakan oleh
para guru di sekolah ini. Guru akan menggunakan LCD semasa pengajaran
mata pelajaran sains dan maths. Bagi pelajar tahap satu, mereka wajib
menggunakan ICT semasa proses P&P dijalankan terutamanya mata pelajaran
Bahasa Inggeris diajar.
Selain itu, bilik tayangan yang ada di dalam pusat sumber juga sering
digunakan oleh pelajar untuk menonton video yang membawa pengajaran moral.
Guru ganti kelas biasanya membawa pelajarnya untuk menonton video yang
berunsur moral dan murid berpeluang untuk memasang LCD dan mempelajari
cara penggunaannya.
(E) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti P&P?
Murid-murid sering digalakkan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh
guru dan mereka turut bertanya kepada guru mengenai soalan yang tidak faham
atau tidak dapat jawab. Kuiz sering dijalankan oleh guru untuk menyeronokkan
proses P&P. Hadiah kecil berbentuk gula-gula akan diberi kepada murid-murid
yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini, murid-murid
bersemangat untuk belajar dan secara tidak langsung memupuk sikap membaca
dalam kalangan mereka.
Selain itu, guru akan menjalankan permainan kecil dalam kelas supaya
murid bersikap aktif semasa belajar. Pelajar akan dibahagi dalam kumpulan
kecil dan menjalankan permainan. Contohnya, semasa subjek matematik, murid
dibahagi dalam kumpulan dan soalan matematik diedarkan kepada mereka.
Kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat akan dianggap
menang dan boleh menuju ke station yang seterusnya untuk menjawab soalan
matematik yang lebih susah. Keadaan ini membolehkan pelajar bertungkus
lumus untuk mencari jawapan bagi soalan yang ada.
Selain itu, bagi subjek pendidikan moral pula, murid dibahagi dalam
kumpulan masing-masing dan mereka dikehendakki menulis pakaian tradisional
masing-masing dan memakai pakaian tradisional untuk ditunjukkan kepada
pelajar yang berlainan kaum. Keadaan ini menjadikan proses P&P berjalan
dengan lebih lancar dan menyeronokkan.
Penghasilan folio merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh pelajar
sedangkan mereka boleh mencungkil bakat dalam menghasilkan porfolio yang
berkualiti dan dipertandingkan ke peringkat antarabangsa.
(F) Kenal pastikan cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-
kumpulan tertentu.
Murid –murid biasanya akan dibahagikan mengikut kemampuan masing-
masing. Setiap kumpulan terdiri daripada dua – empat orang pelajar dan terdiri
daripada pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Pelajar yang pandai akan
diminta untuk membantu pelajar yang lemah dalam pembelajaran.
Selain itu, pelajar yang lemah biasanya akan duduk di depan dan pelajar
yang pandai akan duduk di belakang kelas. Hal ini disebabkan pelajar lemah
jarang menjawab soalan jika ditanya. Mereka mudah hilang tumpuan sekiranya
duduk di belakang kelas. Oleh itu, pelajar lemah akan duduk di depan bagi
memudahkan guru untuk memberi bimbingan kepda mereka.