laporan pameran bmm3105

12

Click here to load reader

Upload: won-eyda

Post on 13-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pameran

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

LAPORANPAMERAN BMM3105PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2014

TEMPAT : PUSAT SUMBER AL KHINDI

MASA: 8.00 PAGI 2.00 PETANG

ANJURAN: JABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG TENGKU AMPUAN AFZAN

DENGAN KERJASAMA:PELAJAR PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 3

1.0 PENDAHULUAN

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer terus dipergiat untuk melahirkan generasi muda yang celik IT dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Penggunaan IT secara meluas kini "dapat membuka pintu dan jendela" masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan ilmu di samping memanfaat dan membudayakan penggunaan komputer dan Internet, dalam kehidupan harian.

Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam pendidikan, maka adalah wajar bagi Kursus BMM 3105-Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer diterapkan dalam struktur pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG). Antara matlamat kursus ini adalah untuk menghasilkan guru yang bijak menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang bahasa dan IT. Kursus ini juga bertujuan untuk mewujudkan guru yang berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar dan seterusnya dapat melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu. Sehubungan dengan itu, satu pameran yang berteraskan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua pelajar PISMP Bahasa Melayu mempamerkan hasil kerja amali mereka di samping memenuhi keperluan struktur program Kursus BMM3105 - Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

2.0 OBJEKTIF

i. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan warga IPG tentang pelbagai teknologi komputer yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.ii. Menggalakkan guru pelatih menghasilkan bahan pameran yang berkualiti agar hasil kerja dapat dikongsikan dan dimanfaatkan.iii. Mendedahkan idea dan perkembangan serta informasi terkini dalam P&P Bahasa Melayu berbantukan komputer. iv. Memotivasikan dan menggalakkan guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.v. Menggalakkan dan mempertingkatkan perkongsian bahan bahan pengajaran vi. Mempamerkan kebolehan guru pelatih menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan kemahiran dalam proses P&P.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :TN. HJ. JAAFAR B. IDRIS, SMP., AMN. PENGARAH, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG

PENASIHAT : EN. ZAKARIA BIN KHALID KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENSYARAH : TUAN HAJI FAUZI BIN SALLEH

PENGERUSI : NUR AZIANNA BINTI ABDUL GHANI SETIAUSAHA : NUR FARAH AINEE BINTI MD TAWALBENDAHARI : NORHIDAYAH BINTI ADNAN PENGERUSI MAJLIS : NAZATUR SHIMA BINTI SAHANAN BACAAN DOA : MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSORDOKUMENTASI : MOHD FIRDAUS BIN SALAMATAJK PERSIAPAN TEMPAT : NOR AZIRA BINTI MAD AJK JEMPUTAN : ZAIHASRA BINTI MOHD HASAN AJK PERALATAN : MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR AJK JAMUAN : 1. NUR AZIANNA BINTI ABDUL GHANI 2. NOR AZIRA BINTI MAD AJK CENDERAMATA1. NAZATUR SHIMA BINTI SAHANAN 2. NORHIDAYAH BINTI ADNAN 4.0 TENTATIF PROGRAM

Ucapan Pengerusi MajlisBacaan doaUcapan oleh Pengerusi Pameran BMM3053 (2014)Ucapan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGKTAAUcapan oleh Tuan Pengarah, IPGKTAAPelancaran montaj Pameran BMM 3053Penyampaian hadiah dan cenderamataPaparan Laman Web TerbaikJamuan ringanPenghakiman bahan pameranMajlis bersurai

4.1 LAPORAN UMUM

21 SEPTEMBER 2014Pada hari ini, setiap kumpulan dikehendaki bersedia untuk menyiapkan bahan-bahan pameran serta fail individu untuk dipamerkan esok. Saya dan rakan-rakan seiring sekata menjalankan tugas menyediakan peralatan seperti meja, kerusi, lcd dan sebagainya untuk melicinkan lagi perjalanan pada hari esok. Bermulanya dengan lakaran plan tempat kami berganding bahu menyiapkan dan menyusun tempat mengikut apa yang tercatat dalam plan tersebut. Kami juga menghadapi beberapa masalah terutamanya daripada peminjaman LCD daripada unit Jabatan Teknologi Maklumat kerana mereka sukar memberikan kami menggunakannya untuk tujuan rehearsel atas alasan mungkin berlaku kehilangan atau kerosakan. Kami tetap tabah dan cekal menyediakan apa yang patut.

Seterusnya saya menuju pula ke makmal bahasa untuk membantu rakan sekumpulan saya menyiapkan bahan pameran. Pertama, kami memperkemaskan sedikit blog masing-masing dalam memastikan setiap kandungan yang ada menepati piawaian yang dikehendaki. Selepas itu, kami mengumpulkan bahan yang ada untuk disatukan agar memudahkan kami menerangkan dan menayangkan kepada umum pada esok hari. Saya cukup bertuah kerana mempunyai rakan kumpulan yang amat komited dalam menjalankan tugas.

22 SEPTEMBER 2014Pada 26 April 2013, saya dan rakan-rakan telah bergerak menuju ke perpustakaan pada jam 7.30 pagi untuk menyiapkan beberapa kerja akhir di tapak pameran. Kami menghias sedikit meja kami agar kelihatan ceria dan menarik untuk tayangan umum nanti. Sekitar jam 8.30pagi kami sudah siap dan seterusnya bersedia untuk mengikuti satu seminar berkisar Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kami mengambil tempat masing-masing. Kami mendapat banyak input-input baru mengenai bidang komputer ini melalui seminar tadi. Seminar ini amat bermanfaat kepada saya untuk digunakannya pada waktu-waktu yang akan datang.

Pensyarah kami iaitu Tuan Haji Fauzi Bin Salleh telah menyampaikan sedikit cenderamata untuk penceramah. Seterusnya, kami kembali ke tempat pameran masing-masing untuk menyambut kehadiran tetamu yang hadir. Akhirnya detik-detik yang kami tunggukan telah tiba iaitu kunjungan Tuan Pengarah iaitu Datuk Hj Jaafar bin Ideris seterusnya merasmikan pameran kami pada kali ini. Sejujurnya saya berasa amat terharu kerana Tuan Pengarah sudi meluangkan sedikit masa untuk kami. Majlis perasmian dimulakan dengan bermualanya potongan riben oleh Tuan Pengarah itu sendiri. Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Hafiz bin Mansor. Majlis bermula dengan penuh barakah dengan bacaan doa itu tadi. Selesai bacaan doa, pengerusi pameran iaitu saudari Nur Azianna binti Abdul Ghani menyampaikan ucapan beserta kata-kata semangat kepada kami atas penganjuran pameran ini. Selepas itu, ketua Jabatan pengajian Melayu iaitu Encik Zakaria bin Khalid sebagai individu yang kedua untuk memberikan ucapan sebagai tanda terima kasih daripada pihak jabatan kepada pihak pengurusan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar di bawah jabatan pengajian melayu untuk mengadakan pameran. Selepas itu, upacara perasmian pembukaan pameran BMM 3053 yang disempurnakan oleh Datuk Hj Jaafar Bin Idris. Seterusnya ialah tayangan montaj yang dipersembahkan. Montaj ini adalah hasil kerja Tuan Haji Fauzi bin Salleh selaku pensyarah BMM 3053. Selepas itu, pengumuman blog terbaik untuk sesi 2014. Pemenang bagi blog terbaik jatuh kepada saudara Muhammad Hafiz bin Mansor. Kemenagan beliau ini memang sudah dijangkakan oleh semua pihak kerana atas kesungguhan dan usaha beliau selama ini. Saya juga yakin dan percaya dia mampu menjadi seorang penulis blog yang terkenal pada satu hari nanti.Seterusnya ialah penyampaian cenderamata kepada tuan pengarah atas kesudiaan beliau merasmikan pameran kami pada kali ini. Selepas selesai penyampaian cenderamata tersebut, kini tibalah masa yang kami nantikan iaitu kunjungan hormat tuan pengarah ke setiap tapak pameran kami. Kami berasa amat terharu dan berbesar hati kerana dapat menerima kunjungan daripada beliau.Seterusnya ialah menerima kunjungan daripada hakim dan juri yang akan menentukan kumpulan manakah yang terbaik. Malangnya pihak hakim hanya Berjaya menilai separuh sahaja dan terpaksa menangguhkannya pada hari Isnin pula atas kesuntukan masa.

23 SEPTEMBER 2014

Pada hari ini, pameran bermula pada jam 8.00 pagi. Setiap kumpulan memberikan penerangan kepada juri tentang hasil kerja masing-masing. Kami bersepakat dan berganding bahu antara satu sama lain dalam memberikan yang terbaik untuk kumpulan kami. Saya sedikit tersenyum kerana melihat para juri berpuas hati dengan hasil perbentangan kumpulan kami.Akhirnya, berlangsunglah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Kami berpuas hati kerana telah mencuba yang terbaik dan sedaya yang boleh. Terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat terutamanya ahli kumpulan saya.

5.0PENYERTAAN

SENARAI NAMA PESERTA PAMERAN BMM 3053 (2014)UNIT : PISMP BM/PJ/SJH (SEMESTER 3)

BILNAMA GURU PELATIHNO KAD PENGENALANTANDATANGAN

1MOHD FIRDAUS BIN SALAMAT 860819-59-5031

2MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR840712-07-5505

3NAZATUR SHIMA BINTI SAHANAN 850618-10-5500

4NOR AZIRA BINTI MAD 811020-03-5016

5NORHIDAYAH BINTI ADNAN840122-06-5454

6NUR AZIANNA BINTI ABDUL GHANI850619-14-5440

7NUR FARAH AINEE BINTI MD TAWAL870309-01-5796

8ZAIHASRA BINTI MOHD HASAN 860827-10-5012

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN

NoPerkaraKosJumlah

1Pakej makanan dan minuman pelajarRM 5.00 x 41 orangRM 205.00

2Pakej makanan dan minuman pensyarahRM 5.00 x 25 orangRM 125.00

3Hadiah untuk pemenang mencipta laman web (tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati)Pertama - RM 30.00Kedua - RM 25.00Ketiga - RM 20.00Saguhati - (RM 10.00 x 5)RM 125.00

4Hadiah untuk kumpulan terbaikPertama RM 50.00Kedua - RM 40.00Ketiga - RM 30.00RM 120.00

5Cenderamata hakimRM 20.00 x 4 orang RM 80.00

6Pelbagai (Barangan runcit)RM 30.00 RM 30.00

JUMLAH RM 685.00

6.2 PENUTUP

Diharapkan pameran kali ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga semua guru pelatih yang menyertainya mendapat manfaat dan dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajari semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dan terbentuk diharapkan dapat menjadi bekalan untuk berkhidmat sebagai guru pada masa depan. Pameran ini juga diharapkan dapat menerbitkan nilai murni dalam kalangan guru pelatih seperti bersabar, tolong-menolong, dan berdaya saing apabila menghadapi cabaran sebenar dalam profesion perguruan. Dengan pameran ini juga peserta akan dapat mendisiplinkan diri, memantapkan diri dan seterusnya akan mejadi contoh kepada masyarakat dan membimbing anak-anak murid dengan cemerlang pada masa akan datang.

7.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh,

(MOHD FIRDAUS BIN SALAMAT) AJK DOKUMENTASI PISMP BM Semester 3 (2014). Disemak oleh, ........................................... ( HAJI FAUZI BIN SALLEH) Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.