laporan mte sem 5 new

7
2.0 Laporan Pengajaran makro Pada 20 Ogos 2015 yang lalu, saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajaran matematik tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Pengajaran makro ini dijalankan selama 1 jam. Jumlah murid adalah seramai 16 orang murid. Saya telah menjalankan pengajaran makro ini mengikut beberapa langkah pengajaran matematik. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, Saya telah menggunakan teknologi komputer persembahan powerpoint, benda maujud dan contoh matawang Malaysia dan luar negara sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut. Untuk set induksi, saya telah menjalankan satu simulasi jual beli barang di sebuah kedai alat tulis. Saya menyediakan beberapa barang seperti alat tulis, pensel warna dan pemadam. Saya memanggil dua orang murid untuk tampil ke hadapan untuk melakon sebagai penjual dan pembeli barang. Murid-murid dapat berlakon sebagai penjual barang dan pembeli barang dengan aktif. Mereka menggunakan wang untuk membeli barang. Dengan ini, saya dapat memperkenalkan tajuk saya iaitu ‘wang’. Selain itu, set induksi yang melibatkan aktiviti simulasi jual beli barang tentang telah menarik perhatian murid-murid. Mereka dapat menjawap soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul. Seterusnya menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Semua murid memberi perhatian semasa simulasi menjual beli barang oleh dua murid di hadapan kelas. Selepas itu, untuk langkah kedua iaitu persediaan, saya telah memaparkan tayangan slaid powerpoint mengenai tajuk wang. Dengan menggunakan slaid tersebut, saya memaparkan gambar wang syling Malaysia dan wang kertas Negara Malaysia. Saya juga menyatakan cirri-ciri, bentuk dan warna setiap nilai matawang Malaysia. Dengan 8

Upload: jesilivani

Post on 24-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan rph

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Mte Sem 5 New

2.0 Laporan Pengajaran makro

Pada 20 Ogos 2015 yang lalu, saya telah menjalankan pengajaran makro untuk

mata pelajaran matematik tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah Mengenal pasti mata wang

Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Pengajaran makro ini dijalankan selama 1

jam. Jumlah murid adalah seramai 16 orang murid. Saya telah menjalankan pengajaran

makro ini mengikut beberapa langkah pengajaran matematik. Semasa menjalankan

pengajaran dan pembelajaran ini, Saya telah menggunakan teknologi komputer

persembahan powerpoint, benda maujud dan contoh matawang Malaysia dan luar negara

sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut.

Untuk set induksi, saya telah menjalankan satu simulasi jual beli barang di sebuah

kedai alat tulis. Saya menyediakan beberapa barang seperti alat tulis, pensel warna dan

pemadam. Saya memanggil dua orang murid untuk tampil ke hadapan untuk melakon

sebagai penjual dan pembeli barang. Murid-murid dapat berlakon sebagai penjual barang

dan pembeli barang dengan aktif. Mereka menggunakan wang untuk membeli barang.

Dengan ini, saya dapat memperkenalkan tajuk saya iaitu ‘wang’. Selain itu, set induksi yang

melibatkan aktiviti simulasi jual beli barang tentang telah menarik perhatian murid-murid.

Mereka dapat menjawap soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul. Seterusnya

menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Semua murid memberi

perhatian semasa simulasi menjual beli barang oleh dua murid di hadapan kelas.

Selepas itu, untuk langkah kedua iaitu persediaan, saya telah memaparkan tayangan

slaid powerpoint mengenai tajuk wang. Dengan menggunakan slaid tersebut, saya

memaparkan gambar wang syling Malaysia dan wang kertas Negara Malaysia. Saya juga

menyatakan cirri-ciri, bentuk dan warna setiap nilai matawang Malaysia. Dengan ini, murid

dapat mengenali matawang Negara Malaysia dengan jelas. Penyampaian pelajaran yang

menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan powerpoint dalam pengajaran dan

pembelajaran telah menarik perhatian murid-murid. Dengan menggunakan ICT murid lebih

memahami isi pelajaran yang tajuk wang diajarkan kerana murid lebih nampak gambaran

sebenar. Murid lebih berminat untuk belajar kerana gambar wang sebenar dari Negara

Malaysia dan luar Negara dapat ditunjukkan yang boleh menarik minat murid. Melalui

penggunaan komputer dan LCD, guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran

Matematik dengan kehidupan seharian. Murid lebih bersemangat dan akan memberikan

sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga dapat

menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru yang berkaitan dengan tayangan video

tersebut. Ini bermakna semua memahami isi kandungan yang disampaikan.

8

Page 2: Laporan Mte Sem 5 New

Langkah yang seterusnya adalah imaginasi. Untuk langkah ini, saya telah memberi

beberapa wang syiling dan wang kertas Malaysia kepada murid. Murid diberi kertas A4 dan

diminta menekap wang syling dan menyurih wang kertas dengan menggunakan pensel.

Selepas itu, murid akan menulis nilai wang syiling dan wang kertas di bawa gambar selepas

menekap dan menyurih. Dalam langkah ini, pengajaran yang digunakan oleh saya adalah

berpusat kepada murid-murid. Murid cergas menjalankan aktiviti ini. Langkah seperti ini

bukan sahaja lebih efektif tetapi lebih bemakna dan menyeronokkan murid-murid kerana

murid dapat memegang wang syiling dan wang kertas Malaysia dengan sentuhan sendiri

dan menekap dan menyurih seterusnya menulis nilai matawang tersebut. Dengan ini , murid

dapat Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.

Seterusnya, saya telah menjalankan langkah perkembangan sebagai

penambahbaikan dan menilai kefahaman murid. Dalam langkah ini, murid diagihkan kepad

tiga orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua sampul surat yang

mengandungi wang syling dan wang kertas dari negara Malaysia dan luar negara. Selepas

mendapat dua sampul itu, murid dalam kumpulan dikhendaki mencari wang syling dan wang

kertas negara Malaysia dengan betul. Selepas memilih wang Malaysia yang betul, murid

menampal wang tersebut dalam kadbod warna hitam yang diberi oleh guru. Selepas itu,

mereka perlu membaca nilai matawang tersebut apabila guru menunjuk dan menyuruh

mereka menyatakan nilai wang syiling dan kertas yang ditampal oleh mereka. Langkah ini

dapat dijalankan dengan penuh bersemangat oleh semua murid. Murid dapat bekerjasama

dalam kumpulan mereka semasa mencari dan menampal wang Malaysia. Mereka saling

bantu-membantu antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti kumpulan ini.

Bagi aktiviti kumpulan ini, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan

pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan

lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti

pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid

yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat

dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa,

bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Semasa

menjalankan aktiviti secara kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk mencari dan ada

yang berusaha menampal wang syling dan wang kertas Malaysia Setelah mereka selesai

menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan

tulis dan semak bersama-sama mengikut kumpulan masing-masing.

9

Page 3: Laporan Mte Sem 5 New

Untuk langkah seterusnya iaitu tindakan, saya mengedarkan dua lembaran kerja

kepada murid. Murid-murid dikehendaki mewarnakan perkataan nilai wang yang betul

berdasarkan gambar wang. Selepas itu, Murid-murid dikehendaki mengenalpasti wang

malaysia dan mengguntingkannya dan menampalkan wang tersebut pada ruangan yang

disediakan iaitu ruangan wang kertas dan wang syiling. Semua murid dapat menjawap

lembaran kerja yang diberi dengan betul. Dengan ini mereka dapat memahami kandungan

pelajaran yang disampaikan oleh guru pada hari itu.

Langkah terakhir adalah penutup. Dalam langkah ini, saya menggunakan tayangan

slaid powerpoint. Saya memaparkan sebuah lagu yang bertajuk ‘Duit ..Oh..Duit..”.Saya

meminta semua murid bangun dan menyanyi lagu ini sambil membuat pergerakan. Saya

membimbing murid untuk menyanyi lagu tersebut. Semua murid sangat berseronok dan aktif

semasa menyanyi lagu tersebut sambil membuat pergerakan. Selepas menyanyi lagu, saya

bertanya beberapa soalan kepada murid mengenai wang. Saya juga menyatakan kepada

murid kepentingan wang dan pentingnya kita berjimat cermat. Dengan ini, saya

merumuskan pelajaran pada hari itu.

Daripada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran makro ini, saya dapati

beberapa kekuatan. Kelebihan dan kekuatan dapat dikesan dalam menjalankan tugasan

makro pengajaran ialah yang pertama ketegasan dan kelantangan suara dalam

menyampaikan isi pelajaran. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar

seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Di

samping itu, penggunaan nada suara tinggi dan rendah serta ada intonasi merupakan bonus

bagi saya untuk menarik perhatian murid. Apabila kelantangan dan ketegasan saya

berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran menyebabkan murid lebih tertumpu kepada

penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.

Kejelasan dalam memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenal pati

dalam penyampaian pelajaran.  Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam

menentukan kefahaman murid.  hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. 

Contohnya, ketika saya meminta dua orang murid untuk melaksanakan aktiviti simulasi jual

beli barang, Mereka dapat berlakon dengan baik apabila arahan yang jelas diberikan oleh

guru. Aktiviti secara berkumpulan juga dapat dilaksanakan mengikut arahan.  Semua murid

dapat bekerjasaman dalam menghasilkan tugasan yang diberi.  Arahan yang diberi jelas,

memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan

yang diberikan.  Ini boleh didapati semasa murid tepat menunjukkan kefahaman murid

terhadap penyampaian guru berkenaan dengan isi pelajaran dalam langkah tindakan.

10

Page 4: Laporan Mte Sem 5 New

Selain daripada itu, apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif dalam

bilik darjah dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka saya

memberikan pujian yang membina. Pujian yang digunakan telah mendorongkan murid untuk

berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu saya juga memberikan ganjaran kepada murid

yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini murid lebih bersemangat untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Interaksi mesra semasa

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga telah memberi galakkan. Murid

berasa selesa, tidak tertekan, dan merangsang pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih

bernas dan tersusun.

Dalam pengajaran konsep disampaikan secara berperingkat. Perkembangan

konsep-konsep berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari senang ke susah, dari

konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Contohnya

dari mengenali wang Negara Malaysia sampai mengenali nilai dan ciri-ciri wang tersebut.

Selain itu, Isi, bahan pelajaran dan alat bantu mengajar adalah berkaitan dengan

pengalaman murid dan benda yang di sekeliling mereka. Di samping itu, alat bantu

mengajar adalah sesuai, pelbagai jenis, berbentuk benda maujud, diketahui oleh murid

seperti wang kertas Negara Malaysia sebenar dan alat tulis. Alat bantu mengajar tersebut

telah menarik perhatian murid.

Terdapat juga kelemahan yang dikenalpasti sewaktu menjalankan pengajaran

makro ini. Terdapat kelemahan iaitu ketepatan mengikut masa yang dirancang dalam

Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat. Ketepatan masa sangat penting untuk

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Berdasarkan RPH

yang telah dibuat, saya mendapati kelemahan bahawa masa yang digunakan untuk

menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak sama dan mengambil masa yang agar

panjang dalam langkah imaginasi. Ini disebabkan saya lebih banyak membiarkan murid

menekap gambar wang syling dan wang kertas dalam kumpulan sendiri tanpa bantuan lain.

Walau bagaimanapun, masa keseluruhan dalam pengajaran ini tidak terlalu terjejas.

Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara untuk

menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Setiap

kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu

saya lakukan adalah ketepatan dalam penggunaan masa menyampaikan pelajaran,

mengawal murid dan memberi bantuan yang sesuai kepada murid ketika melakukan aktiviti

di dalam kelas. Ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran

Harian haruslah ditepati oleh saya. Ini kerana ia akan memudahkan saya dalam

11

Page 5: Laporan Mte Sem 5 New

menyelesaikan setiap langkah penyampaian pengajaran bermula dari set induksi

sehinggalah ke langkah seterusnya.

Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya

gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya

akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-

murid akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu

lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif

sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan

teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang

demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan

secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan

konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah

yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan

konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Aktiviti

yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara

berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.

12