laporan literasi bahasa

Upload: dyrene-ngu

Post on 01-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

utk rujukan shj

TRANSCRIPT

Laporan Selepas Pameran Literasi BahasaSelepas majlis penutupan Pameran Literasi Bahasa Melayu 2015, semua orang guru pelatih telah bergotong royong membersihkan tapak masing-masing. Kami telah menyusun balik meja dan kerusi di tempat yang asal. Papan-papan juga telah dikumpulkan dan dikembalikan kepada pihak sekolah. Tidak sampai satu jam, kami semua orang telah membersihkan Dewan Wawasan dengan kemas dan bersihnya. Semua ini adalah berkat usaha semua orang. Pengerusi yang bertugas juga mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan kepada semua orang kerana sudi mengorbankan masa dalam menjayakan pameran pada kali ini. Selepas itu, kami pun bersurai dan kembali ke kelas masing-masing.Banyak pengalaman yang kami memperoleh selepas menganjurkan pameran ini. Antaranya ialah cara membina satu jawatankuasa. Dalam perkara ini, kelas kami iaitu opsyen Pendidikan Pemulihan telah membina sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada jawatan-jawatan seperti pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, AJK teknikal, AJK kebersihan, AJK penghubungan dan pengangkutan dan akhir sekali ialah AJK dokumentasi. Setiap ahli jawatan kuasa telah dibahagikan dengan tugas-tugas yang berkaitan untuk melicinkan proses pemaran pada hari tersebut. Dalam perkara ini, kelas kami telah bertanggungjawab atas PA sistem, kebersihan dewan sepanjang pameran diadakan dan turut bertanggunjawab atas menjemput murid-murid sekolah jemputan dengan bas IPG. Kami semua orang telah menimba pengalaman mengenai cara melakukan kewajipan tugas masing-masing di samping menolong rakan-rakan lain semasa mereka menghadapi masalah dalam proses mengendalikan tugas.Akhir sekali, kami juga menanam nilai bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terdiri daripada empat opsyen yang berlainan iaitu Pendidikan Pemulihan, Pendidikan Khas, Bimbangan dan Kaunseling dan Pendidikan Islam. Dalam hal ini, kelas Pendidikan Khas merupakan induk bagi pameran kali ini. Kadang kala, kami sememangnya tidak dapat memberikan kerjasama dengan sepenuhnya memandangkan setiap kelas mempunyai aktiviti masing-masing. Namun begitu, kami telah mengadakan perjumpaan di mana mengkehendaki semua guru pelatih untuk mengorbankan masa untuk menjayakan pameran pada kali ini. Kami semua telah bersetuju kerana ini merupakan matlamat dan harapan kami semua. Tiga hari sebelum pameran berlangsung, kami telah mengadakan perjumpaan dengan pensyarah penasihat dan memulakan proses menghias Dewan Wawasan. Semua orang telah membawa barang-barang terbuang untuk menghias dewan dan tapak masing-masing. Kami semua berasa amat bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya Pameran Literasi Bahasa 2015 telahpun berlangsung dengan jayanya. Semua ini adalah berkat usaha pensyarah-pensyarah penasihat, guru-guru pelatih dan semua murid dan guru sekolah jemputan.