laporan lawatan penanda aras

20
LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK) KE SK SULTANAH ASMA , ALOR SETAR, KEDAH . BERSAMA: PEJABAT PELAJARAN DAERAH REMBAU DAN SK. SEMERBOK, KOTA, NEGERI SEMBILAN SK KAYU ARA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN 01—3 Mac 2013 Disediakan oleh:

Upload: azali-shahak

Post on 02-Jan-2016

641 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Penanda Aras

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK)

KE SK SULTANAH ASMA , ALOR SETAR, KEDAH .

BERSAMA:

PEJABAT PELAJARAN DAERAH REMBAU

DAN

SK. SEMERBOK, KOTA, NEGERI SEMBILAN

SK KAYU ARA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

01—3 Mac 2013

Disediakan oleh:

Norazali bin Shahak

GPK 1, SK Semerbok

Mac 2013

ISI KANDUNGAN LAPORAN:

Page 2: Laporan Lawatan Penanda Aras

1.0 Pendahuluan.................................................................................................................................. 3

2.0 Objektif dan matlamat program Lawatan.......................................................................................4

3.0 Tentatif Program Lawatan.............................................................................................................. 4

4.0 Hasil Dapatan................................................................................................................................. 5

4.1 Akademik........................................................................................................................................5

4.2 Kebitaraan Sekolah........................................................................................................................ 5

4.3 Pengurusan PIBG...........................................................................................................................6

4.4 Program Sekolah Penyayang.........................................................................................................7

5.0 Perbincangan................................................................................................................................. 8

6.0 Rumusan........................................................................................................................................ 8

7.0 Program Penstrukturan Semula (Restructured)..............................................................................9

7.1 Bidang Akademik..........................................................................................................................10

7.1.1. Program Bulan/minggu Panitia akan diwujudkan..........................................................................10

7.1.2. Program “one day in English”........................................................................................................11

7.1.3. Program Bijak Sifir.........................................................................................................................11

7.1.4. Pertandingan sudut-sudut panitia yang terbaik.............................................................................11

7.1.5. Program “sehari menjawab 10 soalan”..........................................................................................12

8.0 Hal Ehwal Murid........................................................................................................................... 12

8.1 Program Sekolah Penyayang.......................................................................................................12

8.1.1 Anugerah Bulanan Putera dan Puteri Harapan........................................................................13

8.1.2 Program Rakan Penyayang......................................................................................................13

1.0 Pendahuluan

Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai “Penanda aras” berdasarkan bidang-bidang

tertentu. Penanda aras mengikut (Sabda, 2008) dalam konteks pembaikan kualiti secara menyeluruh

merupakan suatu proses pembaharuan yang berterusan dan ia juga merupakan strategi ke arah

Page 3: Laporan Lawatan Penanda Aras

memantapkan piawaian yang terbaharu serta memperbaiki piawaian terdahulu. Kajian mengenai

penanda aras merupakan satu proses pembaikan yang berterusan yang menunjukkan contoh amalan

yang baik serta pendekatan yang baharu yang boleh ditiru dan dijadikan pengukur prestasi yang

berkesan.Ia diamalkan bagi membina kelebihan kompetitif dengan berpandukan idea yang terbaik

serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengurusan sekolah serta boleh menentukan dimana

untuk memulakan proses pembaikan yang berkesan.

Selain itu menurut (Preedy, Glatter, & Levacic1997:53), penanda aras pencapaian, dalam erti kata

kata “pengelolaan sekolah yang berkesan” amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti untuk

menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras, pernyataan ringkas sudah

mencukupi namun demikian terdapat juga penanda aras yang memerlukan perincian spesifik dan

merujuk maklumat tambahan yang melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam bahagian-

bahagian tertentu. Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras sebenarnya adalah berbentuk

kualitatif dan kuantitatif.

Menyedari pentingnya penanda aras dalam menstruktur atau menambah baik pengurusan

sekolah, maka adalah penting bagi warga SK Semerbok menyertai program lawatan integrasi ke SK

Sultanah Asma, Alor Setar yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Rembau bersama SK. Kayu

Ara, Rembau dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, prestasi dan kecemerlangan yang telah

dirancangkan sebelum ini.

2.0 Objektif dan matlamat program Lawatan

Objektif dan matlamat utama program lawatan penanda aras ini dijalankan adalah bertujuan :

a. Sebagai satu rujukan kepada semua Pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah dalam usaha

melahirkan sekolah yang cemerlang.

b. Sebagai perkongsian pintar antara kedua-dua pihak sekolah dalam sama-sama membangunkan

program dan aktiviti sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 4: Laporan Lawatan Penanda Aras

c. Meningkatkan motivasi dan keinginan yang tinggi para pentadbir, guru-guru dan kakitangan

sekolah untuk memajukan pembangunan sekolah dari semua aspek, akademik, kokurikulum, hal

ehwal murid serta pentadbiran.

3.0 Tentatif Program Lawatan

8.00 Pagi: Tiba di SK Sultanah Asma

8.30 Pagi: Taklimat oleh Guru Besar SK Sultanah Asma

Aspek yang dibincangkan:

a. Profil SK Sultanah Asma

b. Kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh SK Sultanah Asma

c. Etos dan kebitaraan sekolah.

d. Kemenjadian sekolah (kemenjadian akademik dan sahsiah)

e. Program Peningkatan Akademik

f. Kekuatan Sekolah dan kejayaan sekolah

10.30 Pagi: Jamuan ringan

11.00 Pagi: Kumpulan-kumpulan guru (Sk. Semerbok & Sk.Kayu Ara) melakukan kolaborasi dan

perbincangan bersama guru-guru penyelaras bagi setiap bidang yang telah dikenalpasti:

a. Akademik

b. Kebitaraan Sekolah

c.Program Sekolah Penyayang

d.Pengurusan PIBG

1.00 Tengahari: Penutup dan pulang ke Rembau.

4.0 Hasil Dapatan

4.1 AkademikAntara perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak (SK Semerbok-Sk Sultanah

Asma) adalah meliputi dari aspek berikut:

a. Perancangan Akademik

b. Program-program kecemerlangan akademik

c. Pembentukan jawatankuasa kecil akademik kecemerlangan

Page 5: Laporan Lawatan Penanda Aras

d. Program Peningkatan UPSR

e. Perancangan dan pelaksanaan program-program bagi murid-murid tahun 6.

f. Isu-isu berkaitan dengan program-program kecemerlangan akademik.

Secara keseluruhannya, apa yang dilakukan oleh warga SK Tunku Hasmah, mempunyai

banyak persamaan dengan perancangan dan program yang dilakukan oleh warga SK

Semerbok sebelum ini. Perbezaan yang besar adalah, SK Tunku Hasmah mempunyai

kumpulan tenaga kerja yang mantap, berdedikasi serta berkomitmen tinggi dalam usaha untuk

mencapai matlamat dan visi kecemerlangan akademik murid-murid. Ini merupakan kunci

utama bagi mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat, visi dan misi.

4.2 Kebitaraan Sekolah

Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan yang dilakukan semasa lawatan ke SK

Sultanah Asma, didapati pencapaian yang membanggakan terutamanya dari aspek

penyertaan yang disertai oleh sekolah ini. Namun begitu, secara umumnya, SK Sultanah

Asma memilih Bahasa Arab sebagai kebitaraan sekolah berkenaan. Walaupun sekolah ini

memilih Bahasa Arab dalam kebitaraan mereka, pencapaian yang membanggakan turut

dicapai dalam aspek kokurikulum yang mana sekolah ini telah merangkul johan dalam

pertandingan pancaragam sekolah rendah peringkat negeri Kedah pada tahun 2012.

Selain itu, SK Sultanah Asma turut menggandakan peluang mereka dalam bidang

kokurikulum yang lain yang mana terdapat wakil muridnya yang menyertai permainan tenis

mewakili negara ke Hong Kong untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, dari aspek

kebudayaan, sekolah ini turut dijemput dalam pelbagai acara atau majlis antaranya diperingkat

antarabangsa, mendapat jemputan dari sekolah-sekolah Thailand untuk mengadakan majlis

kebudayaan bersama disamping diperingkat negeri yang turut dijemput untuk memeriahkan

majlis kebudayaan.

4.3 Pengurusan PIBG

PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

PIBG Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma telah memainkan peranan dalam menjayakan

pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung

Page 6: Laporan Lawatan Penanda Aras

ternyata dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat ke arah kecemerlangan

dan kegemilangan berteraskan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :-

- Sumbangan Lawatan Penanda Aras Ke Thailand- Sumbangan Penyelenggaraan Komputer- Sumbangan Membaiki Laluan Masuk Ke Sekolah- Sumbangan Khairat Kematian Guru SKSA- Sumbangan Keceriaan Bilik Mesyuarat SKSA- Sumbangan Baju Koprat AJK PIBG SKSA- Sumbangan Baju Uniform Pengakap Sekolah- Sumbangan Program Motivasi UPSR dan Kelas Tambahan Murid Tahun 6- Sumbangan Anugerah Murid Cemerlang UPSR- Sumbangan Hari Keusahawanan SKSA- Sumbangan Kain Skirting Meja Kantin SKSA- Sumbangan Majlis Qiamullail Murid Tahun 6 dan Bacaan Yaasin Waris Tahun 6- Sumbangan Hari Tunas Harapan PIBG (kedudukan 1,2 dan 3 mengikut kelas)

Kerjasama di antara para WARIS (gelaran bagi ibu bapa/penjaga murid) dan warga sekolah

amat jitu dalam merealisasikan impian sekolah dengan mengembling tenaga bagi keteguhan

ikatan yang telah dijalinkan.

Para WARIS juga menjadi tiang seri dengan berdiri kukuh dalam membantu pihak sekolah

demi memenuhi matlamat ke arah melahirkan insan dan sekolah yang cemerlang.

Berbekalkan dana kewangan PIBG yang kukuh, pihak PIBG dapat menyumbangkan peralatan

dan kelengkapan sekolah. Antara aset PIBG adalah seperti berikut :-

9 unit kipas angin berkaki 10 unit pondok rehat Anjung Perdana Stor Peralatan Sekolah Peralatan Pancaragam Tempat Letak Kereta Berbumbung Papan Kenyataan Di Pejabat Sekolah Sistem Siaraya Komputer & Mesin Pencetak di Bilik Peperiksaan Permaidani Bilik Mesyuarat

Page 7: Laporan Lawatan Penanda Aras

Blazer Pengawas dan Uniform TKRS

4.4 Program Sekolah Penyayang

Secara umumnya dilihat, guru-guru SK Sultanah Asma sangat mengambil berat terhadap

murid-muridnya. Pelbagai aktiviti atau pertandingan diadakan bagi memberi nilai tambah dari

aspek sosial para muridnya. Antaranya ialah, SK Sultanah Hasma mengadakan anugerah

Puteri Hasma setiap bulan yang mana memberikan penghargaan kepada murid-murid yang

berjaya menunjukkan prestasi dan kecemerlangan mereka di sekolah.

Keseluruhannya dilihat, program sekolah penyayang yang dijalankan di sekolah ini banyak

memberikan manfaat kepada murid-murid serta guru. Secara tidak langsung emosi murid

untuk suka ke sekolah dapat ditingkatkan dan masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan.

5.0 Perbincangan

Secara umumnya, kecemerlangan SK Sultanah Asma adalah disebabkan beberapa faktor antaranya

ialah;

Komitmen dan kesungguhan semua guru dan kakitangan serta ibubapa.

Kesepakatan antara semua pihak (guru-pentadbir-kakitangan-penjaga-komuniti).

Kumpulan kerja (team work) yang mantap.

Kewangan yang kukuh.

Persekitaran kerja yang kondusif.

6.0 Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan kepada kerangka konsep di bawah:

PentadbirHarapan Semangat

Page 8: Laporan Lawatan Penanda Aras

Rajah 1: Kerangka konsep faktor asas kecemerlangan sekolah

Berdasarkan kerangka konsep di atas, untuk melahirkan kecemerlangan sesebuah sekolah adalah

merupakan tanggungjawab semua pihak samaada pihak pentadbir, guru-guru,kakitangan dan ibubapa

serta komuniti setempat. Faktor asas utama yang perlu difahami dengan jelas ialah perhubungan

(relationship) yang baik dari semua pihak. Ini boleh dibuat dengan membina asas-asas perhubungan yang

baik dan strategik antara semua pihak berkepentingan. Tanpa membina hubungan yang baik, walaupun

komitmen guru-guru 100%, agak mustahil untuk mencapai kecemerlangan yang benar-benar berkualiti.

Setelah hubungan yang baik dapat dibina, maka pemahaman terhadap visi,misi dan matlamat

kecemerlangan perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak. Ini bertujuan, agar dapat menentukan

program dan perancangan pembangunan yang bertepatan dengan hala tuju visi,misi dan matlamat untuk

menjadikan sekolah cemerlang. Dalam usaha ke arah itu, sudah tentu terdapat pelbagai perubahan dan

penstrukturan semula yang akan mengakibatkan suasana menjadi kritikal akibat ketidakfahaman, tekanan

kerja dan sebagainya. Oleh itu, pemahaman semua pihak terhadap tujuan perubahan yang diinginkan

adalah sangat perlu, bagi mengurangkan tahap kritikal dalam proses perubahan bagi mencapai matlamat

yang diinginkan.

Pewujudan kumpulan kerja yang mantap dan mempunyai semangat yang tinggi (bertenaga)

mampu menghasilkan tenaga kerja yang berkomitmen tinggi disamping dapat mengurangkan kos tempoh

masa kerja dan masalah emosi seperti” stress”. Dengan itu, insya Allah, kecemerlangan sekolah dapat

diperolehi dengan jayanya.

7.0 Program Penstrukturan Semula (Restructured)

Guru-guru

Kakitangan

Ibubapa/Komuniti

Membina hubungan

Memahami visi/misi dan

matlamatorganisasi

Memahami perubahan

yang diinginkan organisasi

Kumpulan kerja mantap

Komitmen(luaran/dalaman)

HasilSekolah

Cemerlang

Tenaga

Bersatu Hati Bertolak Ansur Menyayangi Ambil Berat

Page 9: Laporan Lawatan Penanda Aras

Hasil daripada pemerhatian, perbincangan dan kesepakatan semua warga SK Semerbok,

penstrukturan semula program-program meliputi kesemua aspek, kurikulum, hal ehwal murid dan

ko-kurikulum perlu dilakukan semula bagi memberi nilai tambah yang baik serta kualiti tinggi

kepada program-program dan perancangan yang telah di rancang sebelum ini. Namun begitu

aspek pertama yang perlu diberikan perhatian dalam menghasilkan sekolah yang cemerlang

adalah dengan menetapkan terlebih dahulu “Etos” dan “Kebitaraan sekolah”. Oleh itu, warga SK

Semerbok telah memilih;

ETOS SEKOLAH

Warga SK Semerbok

AKTIF, BERPENGETAHUAN TINGGI SERTA BERBAKTI

Pemilihan etos ini dibuat atas matlamat ingin menghasilkan murid-murid dan warga SK Semerbok

menjadi warga yang aktif dalam pelbagai bidang. Mempunyai kekuatan kendiri serta yakin diri yang

tinggi. Manakala, berpengetahuan tinggi dan berbakti memperlihatkan, budaya sentiasa dahagakan

ilmu dalam kalangan murid-murid mampu menghasilkan warga yang berpengetahuan tinggi,cemerlang

dan berkualiti tinggi serta boleh berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

KEBITARAAN SEKOLAH

Akademik-Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam

Warga SK Semerbok telah sepakat untuk memilih kebitaraan sekolah dari aspek akademik dan

kokurikulum dengan memilih Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam. Pemilihan ini dibuat

berdasarkan kekuatan sekolah ini dalam penyertaan pertandingan MTAQ dan Semaian Wahyu

peringkat daerah. Selain itu juga, dari aspek akademik turut menunjukkan prestasi yang

membanggakan bagi kedua-dua matapelajaran tersebut disokong dengan prestasi UPKK (Ujian

Penilaian Kelas Kafa).

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa program yang ditambah dan diberi

sedikit tambah nilai agar ianya mampu memberikan hasil “output” yang berkualiti seperti yang

diinginkan dalam Etos sekolah.

Antara program-program dan perancangan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

7.1 Bidang Akademik

Page 10: Laporan Lawatan Penanda Aras

7.1.1. Program Bulan/minggu Panitia akan diwujudkan

Program Panitia secara mingguan atau bulanan akan dilaksanakan bagi mewujudkan

peluang untuk murid-murid terlibat secara aktif dalam bidang akademik di samping

mewujudkan semangat ingin terus belajar. Kewujudan semula minggu panitia adalah

dalam bentuk matlamat jangka panjang yang mana setiap aktiviti akan lebih bersifat

kepada pertandingan dan aktivti yang banyak menguji Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif dan Kritis (KBKK). Ini bertujuan untuk meningkat kemahiran “high order

thinking skills” dalam kalangan murid-murid.

7.1.2. Program “one day in English”.

Program “One day in English” diadakan bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran

berbahasa inggeris dalam kalangan murid-murid SK Semerbok. Program ini dijalankan

pada setiap hari Rabu, yang mana murid-murid dan guru diwajibkan menggunakan

bahasa inggeris dalam apa jua aktiviti kecuali dalam pengajaran dan pembelajaran

(bagi subjek lain selain bahasa inggeris).Penilaian program akan dilakukan sebanyak

dua kali iaitu penghujung semester 1 dan semester 2 bagi menilaia sejauhmana

kejayaan program ini meningkatkan penguasaan berbahasa inggeris dalam kalangan

murid-murid.

7.1.3. Program Bijak Sifir.

Program “Bijak Sifir” adalah merupakan satu program yang bermatlamat untuk

meningkatkan aya ingatan murid-murid terhadap sifir yang sering menjadi masalah

utama dalam matapelajaran Matematik terutama yang melibatkan operasi darab dan

bahagi. Pelaksanaan program ini adalah bermatlamat jangka masa panjang yang

mana penglibatan adalah melibatkan semua aliran bermula dari Tahun 1 hingga

Tahun 6. Seperti biasa penilaian program juga akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu

dihujung semester pertama dan kedua bagi menilai sejauh mana pencapaian program

ini terhadap penguasaan sifir dalam kalangan murid-murid.

Page 11: Laporan Lawatan Penanda Aras

7.1.4. Pertandingan sudut-sudut panitia yang terbaik.

Pertandingan ini melibatkan penglibatan semua guru-guru khususnya dalam panitia

masing-masing dalam menyediakan ruangan atau sudut pembelajaran yang boleh

dimanfaatkan oleh murid-murid. Antara Kriteria yang akan diambil kira adalah seperti

yang berikut;

a. Keceriaan

b. Kandungan ruangan (mobility study)

c. Keberkesanan ruangan terhadap emosi murid-murid.

Dicadangkan pemenang bagi sudut panitia terbaik akan diberikan ganjaran berupa

wang tunai sejumlah RM 300.00. dan sijil penghargaan.

7.1.5. Program “sehari menjawab 10 soalan”

Program “Sehari menjawab 10 soalan “ adalah merupakan program berbentuk jangka

pendek yang mana hanya melibatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Program ini akan

dimulakan seawal pagi sebelum murid-murid menyertai perhimpunan pagi sekolah.

Selain daripada itu juga, program ini adalah lebih kepada berbentuk kendiri, yang mana

murid-murid akan mengambil soalan sendiri daripada guru yang bertugas mingguan

dan menjawab secara berkumpulan (study group) atau bersendirian. Penyediaan

soalan akan dibuat oleh guru matapelajaran selepas waktu pengajaran sehari sebelum

aktiviti dimulakan. Antara matapelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains. Penyediaan soalan boleh dibuat samaada secara

objektif mahupun sumatif (bertulis).Semakan jawapan akan dilakukan sendiri oleh

murid, agar mereka dapat menilai sendiri keupayaan mereka.

8.0 Hal Ehwal Murid

8.1 Program Sekolah Penyayang

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam system

pendidikan di Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ke-tujuh

dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep sekolah

Page 12: Laporan Lawatan Penanda Aras

penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat

penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari

segi harmoni, rohani, intelak dan jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Maka dengan itu, pihak sekolah melalui Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan memberikan nilai

tambah program ini agar ia menjadi lebih baik dengan penambahan aktiviti-aktiviti dan

program yang lebih menyeluruh.Antara penambah baikkan kepada program sedia ada ialah

seperti yang berikut;

8.1.1 Anugerah Bulanan Putera dan Puteri Harapan.Anugerah ini diwujudkan bermatlamat untuk memberikan penghargaan kepada

murid-murid yang menunjukkan contoh perilaku dan sahsiah yang terpuji. Ini

dilakukan secara bulanan dimana setiap murid akan dinilai dari beberapa aspek

seperti;

a. Kehadiran penuh bulanan ke sekolah.

b. Menunjukkan sikap berdedikasi serta semangat yang tinggi (menyiapkan

tugasan,mempunyai semangat tinggi sewaktu P&P, keterlibatan secara

langsung dalam pelbagai aktiviti di sekolah.)

c. Penglibatan yang aktif dalam aktiviti dan program sekolah dan luar sekolah

secara sukarelawan.

8.1.2 Program Rakan Penyayang

Program ini diwujudkan bagi menyemai rasa sayang sesama murid sebagai rakan

di sekolah. Selain itu secara tidak langsung program ini dapat mewujudkan rasa

ambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Rakan murid boleh menjadi mata dan

telinga kepada pihak guru sekiranya berlaku beberapa kes seperti penderaan,

buli, ponteng sekolah, sakit dan sebagainya.

Page 13: Laporan Lawatan Penanda Aras