laporan lawatan ke rumah pelajar
TRANSCRIPT
LAPORAN LAWATAN KE RUMAH PELAJAR
(JAMALIAH BT KALBADOR@MOHD DIN)
TARIKH:
27.8.2015
(KHAMIS)
TEMPAT:
KAMPUNG PADANG BESAR
09300 KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN
Pada 27 Ogos 2015 (KHAMIS) yang lalu, Guru Penolong Kanan HEM SK Teloi Kanan
Pn. Zalina bt Yob bersama dengan Guru Pendidikan Khas Pn. Siti Mawarni Murat dan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pn. Nor Syuhaida bt Ishak telah melakukan lawatan ke
rumah pelajar Jamaliah bt Kalbador@Mohd Din yang terletak di kampung Padang Besar,
Kuala ketil yang telah lama tidak hadir ke sekolah untuk mengetahui masalah sebenar
pelajar tersebut. Di samping itu cuba menasihati penjaga pelajar tersebut pentingnya
mengambil berat pelajaran anak mereka.
Perjalanan kami ke rumah pelajar tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit
untuk sampai kerana rumahnya yang terletak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai
kemudahan jalanraya yang baik. Setibanya kami di rumah Jamaliah, kami disambut baik oleh
ibunya Pn.Hamidah bt Ahmad. Tinjauan kami mendapati keadaan rumah Jamaliah sangat
daif dan tidak terurus. Hasil perbincangan dengan ibunya, Jamaliah memang tidak dapat
meneruskan persekolahan di SK TELOI KANAN disebabkan oleh masalah pengangkutan
untuk ke sekolah yang terletak agak jauh. Tambahan pula, ibunya terpaksa keluar awal pagi
untuk pergi bekerja di ladang kelapa sawit dan pulang lewat malam kerana terpaksa
menyambung kerja sebagai peniaga di pasar malam sehinggakan dia tidak mempunyai masa
untuk menghantar dan mengambil anaknya pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.
Keputusan akhir dari kunjungan kami , ibu Jamaliah akan hadir ke sekolah dan
berbincang dengan PK HEM Pn. Zalina bt Yob untuk membuat keputusan samada Jamaliah
akan meneruskan sesi persekolahan atau tidak. Segala maklumat peribadi Jamaliah dan juga
buku akaun bank akan diserahkan kepada ibunya apabila dia hadir ke sekolah berjumpa
dengan pihak pentadbir untuk urusan berhenti sekolah.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
………………………. ………………………………
Pn Siti Mawarni Murat, Pn. Norkamilah bt Ismail,Guru Pendidikan Khas, Guru Besar,SK Teloi Kanan SK Teloi Kanan