kertas kerja tautan kasih - · pdf filekertas kerja anjuran komuniti ... 8.30 pagi wakil...
TRANSCRIPT
Disediakan oleh :Pengarah Program Tautan Kasih : Mohd Izlan Bin Abd HalimEmail: [email protected]
KERTAS KERJAANJURAN KOMUNITI SUMBER TERBUKA,
FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT (FTSM) UKM
NAMA PROGRAM
Fasa 1: Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri , No. 11a, Jalan 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil,Selangor
Tel : 03-87688507Fax : 03-876885
Fasa 2: Rumah Bakti Al Kausar, No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 TambahanBandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : + 603-875 00061/ 012-643 9878
Mohd Izlan Bin Abd Halim
KERTAS KERJA TAUTAN KASIHANJURAN KOMUNITI SUMBER TERBUKA, FTSM DENGAN KERJASAMA PERTAMA
FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT (FTSM) UKM
TARIKH
Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri , No. 11a, Jalan 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil,Selangor
16 Mei 2015
Rumah Bakti Al Kausar, No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, 43650, 17 Mei 2015
FTSM DENGAN KERJASAMA PERTAMA UKM,
2015
2015
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
1
1.0 PENGENALAN
Cetusan idea untuk melaksanakan program “Tautan Kasih” bermula daripada
pemerhatian kami, dimana kami merasakan terdapat kekurangan aktiviti antara mahasiswa
dengan komuniti. Purata aktiviti mahasiswa di UKM hanya merangkumi aspek pembelajaran di
dalam fakulti sahaja tanpa melibatkan diri dengan masyarakat luar. Seharusnya mahasiswa UKM
dan mahasiswa FTSM sendiri perlu cakna tentang kepentingan berinteraksi antara mahasiswa
dan masyarakat luar. Ini kerana matlamat UKM sendiri adalah untuk melahirkan mahasiswa
yang cemerlang serta mampu menabur bakti kepada masyarakat.
Matlamat program ini adalah untuk mendidik para mahasiswa supaya peka dengan isu
semasa yang dihadapi masyarakat serta mampu membantu masyarakat dalam menangani isu
yang mereka hadapi. Di samping itu, kami juga ingin mengetengahkan nama FTSM serta UKM
sendiri kepada masyarakat agar nama UKM lebih dikenali masyarakat sekeliling sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi yang menjana mahasiswa yang mampu kembali bersama masyarakat..
Program ini melibatkan anak-anak yatim sebagai peserta kerana mereka merupakan
generasi harapan negara yang sering tersisih daripada perhatian masyarakat. Kurangnya
perhatian kita terhadap mereka menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pelbagai aspek,
(contohnya seperti pengetahuan mereka tentang teknologi terkini) berbanding kanak-kanak lain
yang sebaya dengan mereka. Kami mengharapkan dengan program ini, mereka akan lebih
bersemangat untuk menerokai bidang teknologi dan memahami kepentingan sebenar teknologi
dalam kehidupan mereka.
Berkonsepkan eksplorasi kampus, para peserta akan didedahkan dengan suasana
pembelajaran di kampus FTSM disamping mereka dapat melihat dan merasai teknologi-
teknologi yang telah dihasilkan di FTSM seperti MyXLab dan Robot Soccer.
Program ini juga merupakan anjuran bersama diantara Persatuan Fakulti Teknologi &
Sains Maklumat (PERTAMA) UKM dan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) UKM.
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
2
2.0 LATAR BELAKANG KELAB
Bagi menyahut cabaran UKM dengan mottonya “Pendaulat Sebuah Amanah”, Komuniti
Sumber Terbuka (KST-FTSM) telah ditubuhkan bagi menerokai dan seterusnya mengungguli
teknologi sumber terbuka. Dewasa ini, teknologi sumber terbuka telah diguna pakai secara pesat
dan telah menguasai lebih daripada 80% pasaran di dunia berbanding dengan teknologi lain.
Komuniti Sumber Terbuka (KST-FTSM) juga merupakan sebuah kelab yang berada di
bawah naungan PERTAMA-FTSM dan telah aktif selama 4 tahun dibawah kapasiti PERTAMA-
FTSM. Kelab ini diilhamkan oleh yang berusaha Prof. Dr. Zarina Bt. Shukor yang kini
memegang jawatan sebagai penasihat KST-FTSM. Kelab ini masih aktif dengan pelbagai
program dan aktiviti secara pesat sehingga ke hari ini.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
Kami telah meletakkan beberapa objektif untuk dicapai dan akan dijadikan petunjuk
prestasi utama kejayaan program ini:
1. Memperkenalkan FTSM dan UKM kepada masyarakat luar UKM
2. Memberi pendedahan tentang dunia teknologi kepada anak-anak yatim.
3. Melahirkan mahasiswa yang mampu berinteraksi dan berbakti kepada masyarakat.
4. Melengkapkan kontrak pembelajaran serta meraih hasil pembelajaran (HP) yang
cemerlang.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
Ahli Jawatankuasa bagi program ini terdiri daripada 25 orang ahli Komuniti Sumber
Terbuka, FTSM. Berikut adalah perincian Tautan Kasih 2015:
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
3
FASA 1 : Program Bersama Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman
Baiduri
Tempat : Makmal Blok G, FTSM.
Tarikh : 16 Mei 2015
FASA 2 : Program Bersama Rumah Bakti Al Kausar
Tempat : Makmal Blok G, FTSM
Tarikh : 17 Mei 2015
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Sila rujuk lampiran A.
6.0 BELANJAWAN PROGRAM
Sila rujuk lampiran B.
7.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran C.
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
4
8.0 PENUTUP
Diharapkan pihak tuan dapat memberikan sokongan sepenuhnya dan seterusnya
membantu merealisasikan program ini. Kami sentiasa komited dan cakna dalam memastikan
impak dan manfaat program ini dapat diraih bersama. Mahasiswa UKM unggul dan menjadi
pendaulat sebuah amanah.
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
5
LAMPIRAN A - JAWATANKUASA TAUTAN KASIH 2015
PENAUNG
YBHG. PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI
Naib Canselor, Ukm
PENGERUSI
YBHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD AWAL
Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
PENYELARAS
TUAN HAJI MUSA ZAINAL ABIDIN OTHMAN
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
PENASIHAT KELAB
PROF DR ZARINA BT SHUKOR
PENGARAH PROGRAM
MOHD IZLAN BIN ABD HALIM | A149798
TIMBALAN PENGARAH I PROGRAM
MASYITAH BT MUHAMMAD NASIR | A146380
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
6
TIMBALAN PENGARAH II PROGRAM
AIDA NABILA MOHAMAD | A142714
SETIAUSAHA PROGRAM
NURUL IZZATI SIKAR |A151105
NAIB SETIAUSAHA
NURSYAHIRAH FARHANA BT SUHAIMI | A146338
BENDAHARI PROGRAM
SITI MAISARAH KHAIRUL ANUAR | A149093
TIMBALAN BENDAHARI
SITI AISYAH BINTI AZMAN | A146296
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN LUAR
NURAMIRAH MAZNI BINTI JOHARI | A150302
NUR SYAZWANI BINTI ABDUL RAHMAN | A149483
JAWATANKUASA PEMASARAN
LUQMAN BIN IDRIS | A150536
FATIN SYAMIMI BINTI HAMZAH | A151199
SURIATI BINTI KAMARUDIN | A146327
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
7
JAWATANKUASA AKTIVITI
MUHAMMAD ZULFAHMI BIN MOHD RADZI| A150206
MIRDA MARIQ BINTI AKBARUDIN | A150883
MUHAMMAD AFIQ BIN MUSLEE | A151318
ABDUL RAHIM BIN FUAD | A150854
JAWATANKUASA JAMUAN
MUHAMMAD IQBAL BIN ABU LATIFFI | A146358
SALSABILA BINTI OMAR SANI | A148078
JAWATANKUASA CENDERAMATA
NOR FATIN NABILA BINTI MOHD HANAFIAH | A151203
NURUL AIFFATIN OTHMAN | A149680
JAWATANKUASA PUBLISITI
MOHD HASHRAF BIN OMAR | A151854
NURAFIDAH BINTI ABD RAZIK | A150925
JAWATANKUASA LOGISTIK
SITI THOHIRAH BINTI CHE RAHI | A146341
NUR IZZAFATIHA BINTI MOHD NADZARI | A142137
NUR ATIQAH BINTI MD NASIR | A150874
ASYIQIN BINTI MOHAMMAD FATHIL | A151313
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
8
LAMPIRAN B - BELANJAWAN
Pendapatan:
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
1. Tajaan RM100.00
2. Yuran Peserta 25 RM250.00
3. KIT RM400.00
4. Kelab KST RM200.00
Jumlah Pendapatan RM950.00
Perbelanjaan:
Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah
1. Makan Tengah hari 90 RM5.00 RM450.00
2. Sijil 60 RM0.50 RM30.00
3. Cenderamata Rumah Anak Yatim 2 RM50.00 RM100.00
4. Cenderamata Peserta 36 RM5.00 RM180.00
5. Peralatan Program 5 RM10.00 RM50.00
6. Pengangkutan 1 RM 20.00 RM20.00
7. Publisiti 2 RM10.00 RM20.00
8. Dana Kontingensi RM100.00 RM100.00
Jumlah Perbelanjaan RM 950.00
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
9
Implikasi Kewangan:
Implikasi kewangan merujuk perbelanjaan yang terpaksa ditanggung secara langsung atau tidak
langsung oleh organisasi atau fakulti.
Bil. Perkara Catatan Tindakan
1. Pengangkutan Disediakan UKM UKM
2. Dewan Multimedia Disediakan UKM FTSM
3. Makmal komputer Makmal keselamatan FTSM
Jumlah diluluskan oleh KiT FTSM adalah sebanyak RM...........................sahaja.
Diluluskan oleh,
.......................................................
PROF. MADYA DR. MD. JAN BIN NORDIN
Pengerusi,
Kelab Kebajikan Kakitangan (KiT),
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
10
LAMPIRAN C – TENTATIF PROGRAM
Berikut merupakan tentatif dan perincian program sepanjang aktiviti program dijalankan.
FASA 1: PROGRAM BERSAMA RUMAH ANAK YATIM/MISKIN TAMAN BAIDURI
16 Mei 2015
MASA AKTIVITI
8.30 pagi Wakil pelajar FTSM akan bertolak ke rumah anak yatim untuk
membawa mereka ke kampus UKM
10.00 pagi Ketibaan anak-anak yatim di FTSM
Minum pagi
10.30 pagi Sesi pertama
Aktiviti 1: Ice breaking
Aktiviti 2: Lawatan ke bilik Robot Soccer dan MyXLab
Aktiviti 3: Dewan Multimedia
1.00 tengah hari Makan tengah hari dan solat
2.30 petang Sesi kedua
Aktiviti 1: Explorasi Kampus
4.00 petang Penyampaian hadiah
5.30 petang Jamuan dan bersurai
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
11
Perincian Aktiviti Fasa 1:
Aktiviti bermula dengan mendengar taklimat oleh ketua program
Setiap anak yatim akan dipecahkan kepada 6 kumpulan dan dibantu oleh beberapa
fasilitator.
Aktiviti 1 iaitu ‘Ice Breaking’ dijalankan.
Aktiviti kedua dijalankan iaitu pengenalan makmal yang ada di FTSM.
Fasilitator akan membawa peserta mengenali kawasan sekitar FTSM.
Sesi petang, aktiviti cergas minda akan dilakukan. Jelajah IT akan dibuat bagi
mengeratkan lagi hubungan antara peserta dan fasilitator.
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
12
FASA 2: PROGRAM BERSAMA RUMAH BAKTI AL KAUSAR
17 Mei 2015
MASA AKTIVITI
8.30 pagi Wakil pelajar FTSM akan bertolak ke rumah anak yatim untuk
membawa mereka ke kampus UKM
10.00 pagi Ketibaan anak-anak yatim di FTSM
Minum pagi
10.30 pagi Sesi pertama
Aktiviti 1: Ice breaking
Aktiviti 2: Lawatan ke bilik Robot Soccer dan MyXLab
Aktiviti 3: Dewan Multimedia
1.00 tengah hari Makan tengah hari dan solat
2.30 petang Sesi kedua
Aktiviti 1: Explorasi Kampus
4.00 petang Penyampaian hadiah
5.30 petang Jamuan dan bersurai
KERTAS KERJA TAUTAN KASIH
13
Perincian Aktiviti Fasa 2:
Aktiviti bermula dengan mendengar taklimat oleh ketua program
Setiap anak yatim akan dipecahkan kepada 6 kumpulan dan dibantu oleh beberapa
fasilitator.
Aktiviti 1 iaitu ‘Ice Breaking’ dijalankan.
Aktiviti kedua dijalankan iaitu pengenalan makmal yang ada di FTSM.
Fasilitator akan membawa peserta mengenali kawasan sekitar FTSM.
Sesi petang, aktiviti cergas minda akan dilakukan. Jelajah IT akan dibuat bagi
mengeratkan lagi hubungan antara peserta dan fasilitator.