pmm tonjol kehebatan di 1st young sea-tvet 1st young sea_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan...

7
PMM Tonjol Kehebatan di 1 st Young SEA-TVET Politeknik Merlimau (PMM) telah menyertai 1st Young SEA-TVET Simposium dengan tema “Learning and Sharing towards Internationalisation and Harmonisation” yang telah diadakan pada 29 31 Ogos 2016 di Maritime Park & Spa Resort, Krabi Province, Thailand. 1st Young SEA-TVET Simposium ini bertujuan untuk membangunkan satu rangkaian platform untuk pelajar-pelajar TVET di Asia Tenggara. Hasil kerjasama ini adalah bagi mempromosi kemahiran inovasi dan keusahawanan dalam abad 21 di kalangan pelajar-pelajar TVET. Tujuan lain simposium ini adalah sebagai usahasama kolabrasi negara-negara yang terlibat bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan. Antara objektif simposium ini adalah mempromosi perkongsian maklumat inovasi di kalangan pelajar TVET di Asia Tenggara di bawah Konsortium SEA-TVET, Meningkatkan kesedaran mengenai “TVET International Standardisation”, berkongsi pengetahuan dan kemahiran di kalangan pelajar TVET melalui amalan pembelajaran secara integrasi dan “STEM Education” serta menggalakkan keusahawanan dan kemahiran pemikiran inovatif di dalam semua bidang TVET. Peserta 1st Young SEA-TVET dari negara Asia Tenggara bersama Timbalan Menteri Pendidikan Thailand semasa majlis penutup simposium.

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET

Politeknik Merlimau (PMM) telah menyertai 1st Young SEA-TVET Simposium dengan

tema “Learning and Sharing towards Internationalisation and Harmonisation” yang telah

diadakan pada 29 – 31 Ogos 2016 di Maritime Park & Spa Resort, Krabi Province,

Thailand. 1st Young SEA-TVET Simposium ini bertujuan untuk membangunkan satu

rangkaian platform untuk pelajar-pelajar TVET di Asia Tenggara. Hasil kerjasama ini

adalah bagi mempromosi kemahiran inovasi dan keusahawanan dalam abad 21 di

kalangan pelajar-pelajar TVET. Tujuan lain simposium ini adalah sebagai usahasama

kolabrasi negara-negara yang terlibat bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Antara objektif simposium ini adalah mempromosi perkongsian maklumat inovasi di

kalangan pelajar TVET di Asia Tenggara di bawah Konsortium SEA-TVET, Meningkatkan

kesedaran mengenai “TVET International Standardisation”, berkongsi pengetahuan dan

kemahiran di kalangan pelajar TVET melalui amalan pembelajaran secara integrasi dan

“STEM Education” serta menggalakkan keusahawanan dan kemahiran pemikiran

inovatif di dalam semua bidang TVET.

Peserta 1st Young SEA-TVET dari negara Asia Tenggara bersama Timbalan Menteri Pendidikan Thailand semasa majlis penutup simposium.

Page 2: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

Perserta 1 st young SEA- TVET dari Perserta 1st young SEA-TVET dari Politeknik Malaysia Politeknik Merlimau

Seramai 9 orang pelajar PMM dan 2 orang pensyarah terlibat dalam simposium

tersebut. Pelajar-pelajar yang menyertai 1st young SEA-TVET adalah dari Jabatan

Perdagangan; Mohamad Ezhar Bin Jumat dan Nazihah Binti Musa, dari Jabatan

Pelancongan dan Hospitaliti; Syahirah Binti Harun, Nur Amalina Binti Md Rubani,

Fakhrani Arinah Binti Asril, Muhamad Fadzrul Hakemi Bin Fadhilludin, Muhammad

Shamiezul Bin Khalid dan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik; Shahidatul Akma Binti

Mansor dan Muhammad Amirul Bin Buntat. Pensyarah yang terlibat dengan simposium

ini adalah Pn Hjh Normah Jantan Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan

dan Pn Azuan Alias dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Di antara pengisian simposium ini adalah pameran dari Institusi/Kolej TVET

dengan tema “Innovative Achievements of our College and student”, persembahan

wakil pelajar dengan tajuk “My Innovative Project”, Aktiviti berkumpulan pelajar,

persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah

terlibat dengan semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bagi aktiviti berkumpulan pelajar,

pelajar-pelajar telah dikumpulkan mengikut bidang masing-masing dan diberi tugasan

mencipta projek/prototaip inovasi. Di akhir aktiviti ini kumpulan tersebut telah

membuat persembahan dan dinilai oleh panel juri. Kemuncak dari aktiviti berkumpulan

ini adalah dua anugerah telah disediakan iaitu 10 projek inovasi terbaik dan 3 anugerah

undian paling popular.

Page 3: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

Berbagai persiapan telah dijalankan oleh peserta dari Politeknik Merlimau

sebelum hadir ke simposium ini di antaranya adalah sesi pra-persembahan untuk “My

Innovative Project” yang telah diadili dan diselia oleh Pegawai Pengantarabangsaan

PMM Pn Rozaina Abd Latif. Manakala untuk persembahan kebudayaan telah diselia

oleh Pegawai Kebudayaan PMM En Saiful Rabii.

Sepanjang simposium berlangsung selama 3 hari itu peserta-peserta dari PMM telah

memberi kommitmen yang amat baik sehinggalah 3 kumpulan yang dianggotai oleh

pelajar-pelajar PMM telah tersenarai dalam 10 projek yang berinovasi dan menerima

undian paling popular. kumpulan terdiri dari Mohamad Ezhar Bin Jumat dan Nazihah

Binti Musa mendapat tempat ke 4 dengan tajuk projek “ASEAN FANTASTIC

WHEEL”, Shahidatul Akma Binti Mansor mendapat tempat ke-6 & Undian popular

dengan tajuk projek “AMUSEMENT HAT“ dan Muhammad Fadzrul Hakemi Bin

Fadhiludin mendapat tempat ke-7 dengan tajuk projek “ ELDERLY PACKAGE “.

Simposium 1st Young SEA-TVET ini bukan sahaja berjaya mendedahkan kepada

peserta-peserta dalam menghasilkan pemikiran keratif dan inovatif semasa

menghasilkan projek inovasi tetapi juga berjaya meningkatkan serta membina

kekuatan diri pelajar-pelajar menerusi kemahiran-kemahiran insaniah yang lain.

Sesi penilaian projek terbaik dan undian paling popular 1st Young SEA-TVET

Page 4: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

Mohamad Ezhar Bin Jumat dan Nazihah Binti Musa mendapat tempat ke 4 dengan tajuk projek “ASEAN FANTASTIC WHEEL”

Page 5: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

Muhammad Fadzrul Hakemi Bin Fadhiludin mendapat tempat ke-7 dengan tajuk projek “ ELDERLY PACKAGE”

Page 6: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

Persembahan Kebudayaan oleh peserta 1

st Young SEA-TVET PMM

Page 7: PMM Tonjol Kehebatan di 1st Young SEA-TVET 1st Young SEA_21.09.2016.pdf · persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Pelajar-pelajar PMM telah Pelajar-pelajar PMM telah terlibat

Keratan Akhbar- Thailand

Disediakan oleh : Pn. Hjh Normah Binti Jantan

Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan

Politeknik Merlimau Melaka