laporan kursus tanaman tembikai

Upload: kuehkiong

Post on 09-Jul-2015

1.508 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

Tembikai Kuning.

TRANSCRIPT

LAPORAN LADANG ENCIK CHANG KUEH KIONG KURSUS TANAMAN TEMBIKAI

NAMA : FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM NO. MATRIK : S13372 KURSUS : DIPLOMA PERTANIAN SEMESTER 5 FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

TAJUK : KURSUS TANAMAN TEMBIKAI PENGENALAN

Nama Saintifik : Citrullus lanatus Famili : Cucurbitaceae Asal : Benua Afrika Nama Lain : Timun Cina atau semangka

Tembikai merupakan sejenis pokok menjalar di atas tanah. Batang tembikai berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya pula bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu. Pendebungaan ini dipanggil pendebungaan berbantu oleh serangga. Selain itu, tembikai juga tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering serta menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8 7.2.

Manakala buah tembikai pula berbentuk bulat atau lonjong. Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna kuning, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90 % air. Biji tembikai biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tidak berbiji. Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Buah tembikai mengandungi Vitamin A, Kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

2

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

BOTANI TEMBIKAI Bahagian pokok Pokok Penerangan Merupakan pokok menjalar yang batangnya berdaun serta mempunyai sulur paut. Mempunyai akar yang cetek iaitu antara 40 50 cm dan berkelebaran antara 60 90 cm. Batangnya berbulu, berbentuk bulat atau bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik dibahagian batang. Daun Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan mempunyai kira-kira 10 20 cm panjang.

Bunga Bunga tembikai ialah jenis monoesius iaitu bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama. Bunganya berwarna kuning dan setiap kuntum bunga mempunyai 1.5 2.0 cm lebar. Bunga biasanya terdapat dicelah daun dan pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga. Bunga Bunga Jantan tembikai juga biasanya berkembang antara jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Agen pendebungaan yang utama ialah seperti lebah dan semut.

Bunga Betina

3

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Buah

Buah tembikai berbentuk bulat atau bujur (oblong). Mempunyai kulit yang licin. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga hijau tua atau berjalur. Mempunyai kulit luar yang kuat dengan lapisan di bawah kulit setebal 0.5 cm dan juga bahgian isi yang boleh dimakan. Bijinya kecil dan tertanam di dalam isi. Saiz biji antara 5 15 mm berwarna putih, hitam, perang dan kekunig-kuningan. Berat buah adalah mengikut varieti.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Faktor Iklim

Penerangan Tanaman tembikai memerlukan cuaca yang panas, kering dan matahari yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasilan yang baik. Suhu antara 25 35 C pada siang hari dan 18 22 C pada malam sesuai untuk tanaman tembikai. Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula yan tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab. Suhu yang tinggu dapat mempercepatkan buah matang. Pada peringkat pertumbuhan, hujan dengan kadar minimum sebanyak 380 mm semusim. Hujan yang berlebihan serta cuaca redup boleh menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Pembentukan bunga dan buah akan terjejas menyebabkan pengeluaran hasil yang rendah.

Tanah

Tembikai sesuai ditanam dikebanyakan tanah yang mempunyai keasidan antara pH 5.5 6.5. Tembikai juga lebih sesuai ditanam di tanah gambut berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan tanah liat dan menankung air didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.

4

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

AMALAN KULTURA Penyemaian Biji benih Bahan bahan semaian seperti dulang semaian dan tanah organik disediakan untuk penyemaian biji benih tembikai. Dulang semaian yang digunakan mempunyai 140 lubang kesemuanya. Sebanyak dua dulang semaian digunakan semasa penyemaian biji benih tembikai untuk kursus ini. Tanah yang digunakan untuk menyemai biji benih tembikai ialah tanah organik. Biji benih tembikai yang digunakan ialah biji benih tembikai kuning.

Dulang semaian yang digunakan.

Tanah organik yang digunakan.

Biji benih tembikai yang digunakan.

Langkah Langkah Penyemaian 1. Tanah organik diratakan di dalam dulang semaian. Tanah yang diratakan jangan diisi terlalu padat di dalam dulang semaian kerana ia akan menyukarkan pertumbuhan biji benih.

5

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

2. Selepas itu, biji benih tembikai disemai ke dalam dulang semaian. Bahagian biji benih yang mengeluarkan akar ditanam ke dalam tanah organik. Jika bahagian yang mengeluarkan akar ditanam terbalik, biji benih tidak akan tumbuh. 3. Semasa penyemaian dilakukan, biji benih tidak boleh diletakkan ditapak tangan kerana haba yang dihasilkan oleh badan manusia menyebabkan benih tidak bercambah.

4. Setelah semua biji benih telah disemai, dulang semaian disiram sehingga betul betul basah dan air yang mencukupi untuk percambahan biji benih.

5. Selepas disiram, dulang semaian ditutup menggunakan kain kanvas untuk mengekalkan kelembapan tanah organik. Dulang semaian dibiarkan selama empat hari sebelum dipindahkan ke dalam rumah semaian.

6

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Penyediaan Batas Dan Lubang Tanaman Membuat Batas 1. Batas sepanjang 111 kaki disediakan untuk menanam tembikai. Dalam kursus ini, dua batas berukuran sama telah disediakan. Batas digembur sebanyak dua kali menggunakan bajak putar. Penggemburan yang pertama adalah untuk membentuk batas yang ingin digunakan manakala penggemburan yang kedua pula ialah untuk menghaluskan tanah supaya senang untuk membuat batas dan menanam tembikai.

2. Selepas tanah digembur, batas perlulah dibaja dengan baja tahi ayam yang belum diproses untuk menyuburkan tanah. Satu batas memerlukan 3 beg baja di mana satu beg baja tersebut seberat 50 kg dengan harga RM 7.00 sebeg. Baja tahi ayam ditabur dibahagian tengah batas. Setelah baja ditabur, batas digembur sekali untuk memastikan baja bercampur dengan tanah. Batas yang disediakan sedikit curam untuk mengelakkan air daripada bertakung pada batas.

7

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Memasang Plastik Silvershine Pada Batas 1. Sebelum memasang plastik Silvershine, batas disiram terlebih dahulu. Selepas itu, batas ditabur dengan baja NPK 12 : 12 : 17 : 2. Baja tidak boleh ditabur pada bahagian tengah tengah batas dengan kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan anak pokok mati akibat daripada baja yang panas.

2. Segulung plastik tersebut mempunyai 250 m (4 kaki) lebar. Tambahan pula, plastik tersebut mempunyai dua permukaan iaitu hitam dan kelabu yang bersinar. Permukaan hitam dipasang menghala ke bawah manakala yang bersinar pula dipasang pada sebelah atas. 3. Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekalkan suhu dan kelembapan tanah. Permukaan yang bersinar pula dapat membalikkan cahaya kepada pokok. kegunaan plastik silvershine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai. Jika pemasangan adalah terbalik, batas akan menjadi kering dan pokok tembikai akan mati kerana kekurangan air dan keaadaan yang terlalu panas.

8

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

4. Plastik dipasang sepanjang batas. Di setiap hujung batas, plastik diletakkan tanah supaya plastik tidak bergerak gerak semasa pemasangan dilakukan. Di tepi batas juga di letakkan tanah untuk mengelakkan plastik terbang apabila ditiup angin. Plastik dipastikan tidak mengelembung semasa dipasang.

Membuat Lubang Tanaman 1. Lubang tanaman dibuat menggunakan peralatan seperti tali, penebuk lubang yang dibuat sendiri dan kayu penugal. Tali digunakan untuk membuat tanda sebelum lubang dibuat. Kayu kecil digunakan terlebih dahulu untuk menandakan kawasan yang ingin dibuat lubang pada plastik silvershine supaya ukurannya adalah sama.

2. Selepas itu, penebuk lubang yang dibuat sendiri digunakan untuk membuat bulatan pada plastik silvershine. Bulatan tersebut akan ditanam dengan anak pokok tembikai yang telah disemai. Diameter lubang yang dibuat ialah sebanyak 4 inci dan jarak antara lubang ialah sebanyak 3 kaki.

9

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Setiap batas mempunyai 36 lubang. Lubang tanaman adalah sedalam 3 inci. Lubang sedalam 3 inci dibuat menggunakan kayu penugal. Lubang tanaman mestilah dilakukan pada bahagian tengah.

Penanaman Di Ladang 1. Anak pokok tembikai dipindahkan ke batas setelah 8 hari dibiarkan di dalam rumah semaian. Setiap batas ditanam dengan 36 pokok mengikut jumlah lubang yang dibuat.

2. Semasa penanaman dilakukan, anak pokok yang dikeluarkan daripada dulang semaian dengan berhati hati supaya tidak mematahkan batang batang anak pokok. Bahagian akar anak pokok tidak boleh dipegang semasa penanaman dilakukan kerana tangan manusia yang panas boleh menyebabkan pokok mati.

10

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Anak pokok ditanam secara melintang bagi membolehkan daun tumbuh ke arah tepi batas. Sebelum ditanam, pastikan baja tahi ayam yang ditabur sebelum ini tidak terlalu dekat dengan anak pokok yang ditanam kerana baja tahi ayam yang masin menyebabkan anak pokok melecuh pada bahagian akar. Ini mengakibat anak pokok mati.

Sistem Pengairan 1. Paip air dipasang sepanjang batas bagi mengairi kawasan tanaman. Pada lubang tanaman, dipasang tiub kecil untuk menyalurkan air daripada paip yang dipasang sepanjang batas.

2. Paip utama ditebuk terlebih dahulu sebelum dipasang dengan tiub. Air yang mengalir daripada tong besar akan melalui paip dan seterusnya disalurkan kepada tiub tersebut kepada tanaman. Tiub disambungkan menggunakan penyalur yang dipotong serong hujungnya untuk dimasukkan ke dalam paip utama. Jika tidak dipotong serong, air tidak dapat masuk dengan lancar.

11

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Tiub diaturkan pada permukaan tanah supaya terkena pada anak pokok tembikai. Selepas pemasangan dilakukan, enjin dihidupkan supaya air dapat disalurkan pada paip. Dua batas memerlukan dua tong air untuk mengairi kawasan tanaman.

Menyulam Anak Pokok 1. Anak pokok yang mati dan diserang penyakit disulam. Antara penyakit yang dikenalpasti ialah penyakit cendawan di mana daun tidak dapat mengakut air kepada pokok dan menyebabkan daun menjadi kuning. 2. Selain itu, terdapat juga anak pokok yang mati disebabkan akar pokok yang melecuh disebabkan terkena baja tahi ayam yang masin. 3. Anak pokok digantikan dengan anak pokok yang sihat kemudiannya.

12

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Pengurusan Sulur Pemotongan sulur 1. Pemotongan sulur utama dibuat pada ruas kempat selepas tanaman berumur 10 15 hari. Tujuan utama pemotongan sulur dilakukan ialah untuk menggalakkan sulur sulur tumbuh dengan lebih subur seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak. Anak pokok yang sudah mempunyai 4 sulur utama sahaja dilakukan pemotongan pucuk. Bagi anak pokok yang belum mempunyai 4 sulur utama, dibiarkan sehingga mempunyai 4 sulur utama.

2. Sulur tembikai dipotong secara menyerong bagi mengelakkan air bertakung pada bahagian yang telah dipotong sekiranya hujan. Pada bahagian sulur yang dipotong, racun kulat disapu supaya bahagian yang dipotong tidak merosakkan pokok atau dijangkiti penyakit.

13

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Pengaturan sulur 1. Apabila pokok mula berumur 15 hari selepas menanam, sulur sulur hendaklah diatur dengan menggunakan lidi yang dibengkok menjadi bentuk V. Lidi yang dibentuk dicucuk ke tanah. Lidi yang dicucuk jangan terlalu rapat dengan sulur untuk mengelak sulur daripada patah semasa pertumbuhan. Sulur tembikai diatur supaya ia tumbuh ke arah luar dan tidak berbelit antara satu sama lain. Pengaturan sulur juga dapat menghalang pokok ditiup angin.

Pemotongan sulur yang tidak diperlukan 1. Pemotongan sulur yang tidak diperlukan dilakukan kerana sulur tersebut tidak menghasilkan buah dan akan terus mengambil nutrien daripada baja yang ditabur. Ini akan menyebabkan sulur yang menghasilkan buah kekurangan baja untuk menghasilkan buah. Oleh itu, sulur tersebut perlulah dibuang untuk mengelakkan persaingan antara sulur.

Pendebungaan Berbantu 1. Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi, pendebungaan berbantu perlu dijalankan. Pokok tembikai mula mengeluarkan bunga pada peringkat 28 30 hari selepas mengubah atau menanam ke ladang. Bunga jantan dan betina berasingan pada paksi daun. 2. Pendebungaan berbantu dibuat 30 hari selepas tanam. Biasanya dilakukan sebelum pukul 10 pagi dengan mengambil bunga jantan (pollinator) dan disentuh sentuhkan pada bunga betina supaya debunga daripada stamen bunga jantan melekat pada stigma bunga betina.

14

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Bunga betina yang telah dilakukan pendebungaan, bunganya akan tertutup dan layu dengan sendiri. Saiz buahnya juga adalah lebih besar dan rasa yang lebih manis. Semasa proses pendebungaan dijalankan, buah pada bunga betina tidak boleh dipegang kerana buah adalah sensitif.

4. Pembentukan buah tetap akan berlaku jika tidak dilakukan pendebungaan tetapi buah akan menjadi kecil, berbentuk cacat, kandungan gula rendah dan kualiti yang rendah.

15

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

PENJAGAAN Pembajaan Peringkat Penyediaan batas Umur Pokok Sebelum menggembur Jenis Baja Kadar Baja Tahi ayam yang 3 setengah beg baja untuk tidak diproses. satu batas. Satu beg baja bersamaan 50 kg. NPK Sebelum memasang plastik silvershine Selepas 7 hari Peringkat Pengeluaran Daun Peringkat pembesaran buah menanam. (12 : 12 : 17 : 2 ) NPK (12 : 12 : 17 : 2) 1 1.5 kg untuk satu batas. Satu sudu kecil untuk setiap pokok. ditabur

secara bulatan. Selepas 37 hari menanam NPK Blue (12 : 12 : 17 : 2) 10 kg baja digunakan untuk dua batas. Baja dilarutkan di dalam tong air dan disalurkan.

Penggunaan Racun

Jenis racun Amistar

Cara menggunakannya 20 L air dicampurkan dengan 5 cc racun Amistar dan disemburkan pada tanaman tembikai.

Kegunaan Digunakan untuk menjaga daun daripada terkena penyakit hujan panas di mana daun kelihatan seperti terbakar.

Press

20 L air dicampurkan dengan 20 cc racun Press dan disembur pada tanaman tembikai.

Digunakan

untuk

menghapuskan

serangan hamama merah dan kutu trip yang menyerang pucuk

tembikai. Pictor 019 20 L air dicampurkan dengan 20 cc racun Pictor 019 dan disembur pada tanaman tembikai. Digunakan untuk mengganggu

sistem saraf perosak.

16

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

PENGUTIPAN HASIL Buah tembikai boleh dipetik 61 hari selepas menanam di mana buah cukup masak tetapi masih keras. Kerja memetik dilakukan dengan cermat iaitu memotong tangkai tembikai menggunakan pisau atau gunting. Elakkan pisau daripada terkena kulit tembikai semasa pengutipan hasil dilakukan. Buah dituai selepas air atau embun kering dan penuaian pada musim hujan hendaklah dielakkan.

PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI Tembikai dituai apabila buah cukup masak di mana kandungan gula berada pada tahap kemanisan yang tinggi dan kemanisan yang memuaskan. Ciri ciri kematangan buah tembikai ialah : Bahagian kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar warna daripada putih kehijauan kepada kuning. Sulur paut bertukar daripada warna hijau ke perang atau kering. Bunyi jentikkan buah masak berongga manakala buah yang belum masak berbunyi padat.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI Buah buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh dan diasingkan mengikut saiz dan bentuk sebelum disusun ke dalam bakul. Pengendalian yang kasar akan menyebabkan kerugian yang besar. Buah tidak boleh jatuh, di baling atau dipijak kerana berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan hancur. Bagi buah yang ingin dijual, buah dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan. Papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah buah daripada rosak.

17

FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

PEMASARAN Buah tembikai dijual mengikut berat di mana 1 kg tembikai berharga RM 1.50. Manakala tembikai yang dijual kepada pemborong dijual dengan harga RM 1.00 untuk setiap 1 kg. Sepanjang tempoh 4 hari penjualan, sebanyak 532.2 kg buah tembikai yang telah dituai dengan penjualan sebanyak RM 539.80.

Hari Penjualan Dan Tarikh Hari pertama / 18 Ogos 2011 Hari kedua / 19 Ogos 2011

Berat (kg) 30.7 kg 40.7 kg 146.00 kg

Jualan (RM) RM 45.80 RM 57.00 RM 146.00 RM 33.00 RM 245.00 RM 13.00 RM 11. 00 RM 125.00 RM 675.00

Hari ketiga / 22 Ogos 2011

43.6 kg 245.00 kg

Hari keempat / 23 ogos 2011 Hari kelima / 24 Ogos 2011

29.2 kg 20 kg 125 kg

Jumlah keseluruhan

680 kg

PENYAKIT DAN PEROSAK Perosak Dan Penyakit Simptom Simptom Serangan Kaedah Kawalan Menyerang bahagian pucuk tembikai. Racun Amistar digunakan di mana Menyebabkan daun pucuk berkerekot 25 L air dicampurkan dengan 5 cc Hamama dan tidak berkembang. Pucuk seakan Amistar dan disembur pada dua akan terbakar. Lalat buah batas.

Menyerang buah muda dan masak. Racun Shieldmate 2.8 EC disembur Terdapat lubang pada buah. pada tanaman tembikai.

Menyerang daun tembikai. Terdapat Racun Amistar disembur pada Bintik Berpusar bintik berpusar seakan akan terbakar tanaman. pada permukaan daun.

18