ucapan ybm kursus kepimpinan parlimen batang lupar · pdf filekepada diri sendiri, orang...

10
1 TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN P201 BATANG LUPAR SEMPENA KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 27 NOVEMBER 2016 (AHAD) DAMAI BEACH RESORT, SARAWAK

Upload: ngonhu

Post on 06-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

MERANGKAP AHLI PARLIMEN P201 BATANG LUPAR

SEMPENA KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR

27 NOVEMBER 2016 (AHAD)

DAMAI BEACH RESORT, SARAWAK

Page 2: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

PENDAHULUAN 1. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul di pagi

ini sempena Seminar Kepimpinan Transformasi Ketua-Ketua

Masyarakat Parlimen P201 Batang Lupar.

2. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program

anjuran Pusat Perkhidmatan ADUN P201 Batang Lupar terutamanya

para peserta yang merupakan pemimpin di DUN Sebuyau, Lingga

dan Betang Maro. Bukan mudah bagi kita mengumpulkan semua

barisan kepimpinan ini dalam satu masa dan tempat bagi manfaat

kepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri.

KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. Kursus yang diadakan bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat

mengenai hala tuju penduduk dan masyarakat di Parlimen Batang

Lupar. Sebagai pemimpin, seharusnya rintihan, permasalahan serta

segala bentuk isu harus dapat kita bawakan untuk perhatian di

peringkat tertinggi dan seterusnya kepada saya bagi

menggambarkan keprihatinan sebagi tanggungjawab yang telah

rakyat amanahkan untuk kita. Pembangunan juga harus kita pantau

Page 3: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

3

bagi memastikan tidak timbul isu-isu yang boleh memudaratkan

rakyat.

4. Selain daripada itu, saya sendiri telah mengarahkan YBrs. Dr. Rose

Lena binti Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut hadir serta Ketua-Ketua

Pengarah agensi di bawah Kementerian bagi memberi penerangan

secara terperinci mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh

Kementerian dan agensi dibawahnya bagi memanfaatkan

masyarakat.

KEBAJIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Hadirin sekalian,

5. (Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) merupakan salah sebuah

agensi yang terpenting dan terbesar bagi Kementerian. (JKM

bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang

dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan

kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan

perkongsian tanggungjawab yang strategik.)

6. Bagi memastikan Jabatan kekal relevan dan berupaya meningkatkan

daya saing, perubahan persekitaran yang berlaku harus ditangani

dengan bijaksana supaya terangkum dan sepunya dalam semua

program dan yang dikendalikan di samping mampu menyokong

kepada agenda Transformasi Negara.

Page 4: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

4

7. Saya sentiasa mengingatkan agar kakitangan JKM haruslah peka

dan sentiasa bersiap sedia untuk mengharungi segala cabaran ini

dengan memahami peranan, tugas dan tanggungjawab petugas

kebajikan kepada masyarakat setempat.

8. Dalam konteks perkhidmatan bantuan, (Jabatan akan memastikan

kakitangan untuk lebih peka dengan perubahan persekitaran,

memastikan permohonan bantuan atau isu-isu yang timbul samada

dalam media cetak atau media sosial dapat diurus dengan cepat,

cekap dan berkesan. Maklumat-maklumat segera ini boleh diperolehi

dengan tepat dan cepat melalui pelaksanaan 100% eBantuan.)

9. Bagi (Negeri Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah

memperuntukkan lebih dari RM150juta setahun bagi tujuan tersebut.)

10. Jumlah tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam

mendalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan yang

memerlukan di Negeri Sarawak.

Penubuhan Komuniti PERWANI 1Malaysia

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

11. Pada tahun 2013, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri telah mengumumkan pelancaran inisiatif baharu,

iaitu (Komuniti PERWANI 1Malaysia) di bawah Strategi Lautan Biru

Kebangsaan. (Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan 100,000

kumpulan PERWANI di seluruh Malaysia dengan setiap kumpulan

terdiri daripada 10 hingga 20 ahli.) (Sejak penubuhan Komuniti

PERWANI ini, sehingga kini sebanyak 11,024 kumpulan PERWANI

Page 5: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

5

telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 151,688 orang

wanita.)

12. PERWANI ini berperanan untuk (mempromosi kesejahteraan

masyarakat dengan mengenal pasti program atau aktiviti yang

memberi faedah kepada anggota masyarakat setempat.)

13. Saya berkehendakkan supaya lebih banyak kumpulan PERWANI

ditubuhkan di kawasan oleh kelompok-kelompok kecil di antara rakan

kerja, perkampunagn, rakan sebaya yang saya lihat ia bertindak sebagai

penghubung masyarakat, menjadi mata dan telinga Kerajaan atau secara

ringkasnya ialah sebagai agen transformasi di peringkat komuniti. Dengan cara begini ketua-kketua masyarakat dan pemimpin setempat

dapat menjadikan PERWANI sebagai pemudahcara kepada

pemyampaian segala program dan isu-isu berbangkit dikalangan

masyarakat setempat.

14. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Komuniti

PERWANI yang telah diwujudkan oleh Puan-puan yang hadir pada

hari ini. (Sehingga bulan Ogos 2016, sebanyak 987 kumpulan

PERWANI telah ditubuhkan di Sarawak dengan keanggotaan ahli

seramai 14,849 orang wanita. Dari jumlah tersebut, sebanyak 241

kumpulan PERWANI telah diwujudkan di Batang Lupar dengan

keanggotaan ahli seramai 3,221 orang wanita.)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 6: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

6

16. KPWKM melalui (Jabatan Pembangunan Wanita) telah merangka

strategi dan usaha-usaha bersepadu bagi meningkatkan lagi tahap

kehidupan wanita ke arah pencapaian yang lebih baik. Ini kerana

saya percaya wanita mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup

signifikan dalam kehidupan keluarga, masyarakat dan negara.

17. Jabatan Pembangunan Wanita telah menyediakan pelbagai bentuk

inisiatif dan bantuan untuk memperkasakan wanita dalam bidang

perniagaan di pelbagai peringkat. (Melalui Program Inkubator

Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Kemahiran

Usahawan Wanita (IKEUNITA), kemahiran wanita digilap agar dapat

bersaing di peringkat lebih tinggi.) Program berbentuk bantuan tapak

perniagaan iaitu Bazar Wanita juga turut disediakan untuk memberi

peluang kepada lebih usahawan wanita menempatkan diri dalam

persaingan perniagaan.

18. Kementerian akan terus komited untuk menggerakkan agenda

pembangunan dan pemerkasaan wanita agar mereka dapat

menyumbang dengan lebih aktif kepada pertumbuhan ekonomi,

meningkatkan produktiviti dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.

19. Saya juga ingin memaklumkan kini terdapat pelbagai bentuk skim

bantuan, tabung dan program telah disediakan oleh kerajaan dan

sektor swasta yang boleh diterokai oleh para usahawan. (Agensi-

agensi seperti MDEC, MARA, TEKUN, AMANAH IKHTIAR, SME

CORP, SIRIM, Jabatan Pertanian, banyak menyediakan bantuan,

malah sektor perbankan seperti SME Bank juga turut membantu

mana-mana usahawan yang memerlukan bantuan pinjaman bagi

memulakan perniagaan.)

Page 7: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

7

(PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA SEBAGAI KEUTAMAAN RMK-11)

20. Selari dengan agenda pembangunan lestari, Kementerian ini telah

memastikan Kerajaan menjadikan “pengukuhan institusi keluarga

sebagai teras masyarakat” sebagai keutamaan dalam Rancangan

Malaysia Kesebelas. Strategi ini akan dilaksanakan melalui inisiatif

peningkatan kemahiran keibubapaan dan nilai kekeluargaan,

menambah baik perkhidmatan kaunseling dan sistem sokongan

keluarga. Di bawah strategi ini, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat dan agensinya mestilah secara bersepadu

meningkatkan program latihan dan pemerkasaan, perkhidmatan,

penyelidikan, penyelarasan dan pemantauan supaya Indeks

Kesejahteraan Keluarga Malaysia berupaya mencapai skor 8

daripada skala maksimum 10 menjelang tahun 2020.

21. Secara ringkasnya, (LPPKN menawarkan perkhidmatan kesihatan

reproduktif dan program kekeluargaan. Perkhidmatan kesihatan

reproduktif khusus untuk wanita merangkumi perancang keluarga,

Mamogram, suntikan Human Papiloma Virus (HPV), pemeriksaan

payudara, pap smear dan perkhidmatan MamaCare.) Wanita amat

penting peranannya dalam keluarga sebagai isteri dan juga ibu,

apatah lagi jika wanita tersebut berkerja, maka lebih besar

tanggungjawabnya. Kementerian saya amat prihatin dengan

keperluan wanita dalam aspek kesihatan reproduktif ini, dan

Alhamdulillah, apa yang kementerian perjuangkan membuahkan

hasil apabila kita telah diberi kepercayaan untuk memperluaskan

perkhidmatan mamogram untuk mencegah kanser payudara dan

Page 8: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

8

suntikan HPV untuk mencegah kanser serviks,kepada kumpulan

sasar. Perkara ini lah seharusnya diambil peluang oleh masyarakat

setempat agar segala perkhidmatan, program dan manfaat dapat

direbut oleh khasnya masyarakat yang saya wakili di P201.

22. (Pada tahun 2013 hingga 2016, seramai 37,938 orang wanita telah

menjalani saringan mamogram di Sarawak.) (Untuk HPV pula

seramai 17,546 orang wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 23

tahun telah menerima suntikan HPV (dos pertama) sejak ia

diperkenalkan pada tahun 2013.) Oleh itu, dengan bajet yang kita

terima pada (tahun 2017, kementerian melalui LPPKN akan terus

menyumbang untuk kesejahteraan wanita di Sarawak ini. Di samping

itu, (2017 - seramai 571 orang wanita telah diberi bantuan coli

prostesis bagi wanita yang memerlukan.) (Untuk perkhidmatan pap

smear pula seramai 6769 orang wanita telah disaring dan bagi

perancang keluarga pula seramai 3463 orang wanita telah mendapat

perkhidmatan ini.) Untuk membantu wanita meningkatkan

pendapatan mereka, (seramai 60 orang pengamal MamaCare telah

dilahirkan.)

23. Terbaru, di bawah LPPKN, telah memperkenalkan program bagi

(Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti atau FACE (Family and

Community Empowerment).) Saya telah melancarkan FACE

bersempena November sebagai Bulan Kelurga Kebangsaan 1Malaysia

di lokasi pertama baru-baru ini di kawasan saya iaitu Beladin yang

merupakan salah satu daripada 14 komuniti yang dipilih pada tahun

ini.

24. Melalui program FACE, LPPKN telah mengambil inisiatif untuk

melaksanakan program yang memberi fokus kepada pengukuhan

Page 9: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

9

institusi keluarga dan selaras dengan keputusan Majlis Sosial Negara

pada yang mahukan satu halatuju bagi program pembangunan

keluarga di Malaysia.

25. Program FACE ini dilaksanakan melalui kaedah yang komprehensif

iaitu dengan mengenal pasti keperluan setempat dan tahap

kesejahteraan keluarga di komuniti yang dipilih. Setelah kita

mengenal pasti isu dan keperluan tersebut, maka akan dirancang

evidence-based program intervensi yang sesuai dan yang

diperlukan. (LPPKN akan memperkasa komuniti dan keluarga

melalui penwujudan Family Champion (Teraju Keluarga).)

Pemimpin dalam komuniti sedia ada contohnya dari Persatuan

Penduduk, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan

Kemajuan Kampung serta sukarelawan boleh diberi

tanggungjawab sebagai Family Champion dalam komuniti terpilih

dengan memegang tanggungjawab dalam salah satu dari

intervensi kesejahteraan keluarga.

PENUTUP

26. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya berharap semua di sini

dapat memanfaatkan apa jua program dan aktiviti yang dijalankan

oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

bagi membawa kesejahteraan keluarga dan komuniti ke arah yang

lebih baik.

27. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua

jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta yang turut

mengambil bahagian dengan komitmen yang begitu tinggi bagi

Page 10: UCAPAN YBM Kursus Kepimpinan Parlimen Batang Lupar · PDF filekepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri. KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. ... dengan memahami

10

menjayakan kursus ini. Kerjasama yang erat bukan sahaja dengan

agensi-agensi Kerajaan tetapi juga sektor swasta ini penting bagi

merealisasikan matlamat program ini dan diharapkan kolaborasi

strategik ini akan berterusan pada masa akan datang. Semoga

usaha murni ini membuahkan hasil sepertimana yang dihasratkan.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.