laporan kumpulan

8
LAPORAN KUMPULAN PENGURUSAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT LMCR2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT PEMBINAAN LAMAN WEB TAMAN BANGI VILLA DAN BANGI RIA NAMA PENSYARAH Encik Ahmad Rafizi bin Salleh TARIKH 15 Disember 2014 KUMPULAN 2 Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574 Siti Atiqah binti Mokhter A151751 Nurul Amiera binti Norazizan A151713 Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059 Yong Yi Ying A149058 Faqihah binti Abul Khair A151944

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 10-Aug-2015

129 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kumpulan

LAPORAN KUMPULAN

PENGURUSAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT LMCR2273 APRESIASI

TEKNOLOGI MAKLUMAT

PEMBINAAN LAMAN WEB TAMAN BANGI VILLA DAN BANGI RIA

NAMA PENSYARAH

Encik Ahmad Rafizi bin Salleh

TARIKH

15 Disember 2014

KUMPULAN 2

Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574

Siti Atiqah binti Mokhter A151751

Nurul Amiera binti Norazizan A151713

Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059

Yong Yi Ying A149058

Faqihah binti Abul Khair A151944

Page 2: Laporan kumpulan

LAPORAN KUMPULAN #1

17 SEPTEMBER 2014

Setelah selesai memilih tajuk kajian kami atas nasihat yang diberikan oleh pensyarah

Apresiasi Teknologi Maklumat, En. Ahmad Rafizi bin Salleh, kumpulan kami telah

mengadakan satu perbincangan ringkas untuk membincangkan cara-cara melakukan program

yang diberikan ketika kuliah. Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada 24 September

2014 bersamaan hari rabu di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Perbincangan diadakan dengan

kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian. Pada mulanya, kami

merancang untuk mengadakan perbincangan ini di kafe kolej sahaja. Namun, beberapa

anggota kumpulan kami berpendapat ia adalah lebih mudah dan selesa sekiranya diadakan

perbincangan ini di perpustakaan sahaja. Tambahan pula, kesemua ahli kumpulan selalunya

akan berada di perpustakaan sehingga waktu senja.

Perbincangan kali pertama setakat diadakan secara ringkas-ringkas sahaja. Perbincangan

dilakukan secara kasual dengan masing-masing mengutarakan pendapat dan pengalaman

membuat program. Kesemua ahli kumpulan menyatakan pernah melibatkan diri secara

langsung dan tidak langsung dalam beberapa program kemasyarakatan ketika di zaman

persekolahan. Kami juga membincangkan taman yang terdapat di sekitar kawasan Bangi serta

program yang boleh dilaksanakan. Pendek kata, pada perbincangan pertama ini, kami hanya

mengutarakan pendapat dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman masing-masing

mengenai kawasan taman perumahan dan apa yang patut dilakukan sahaja. Perbincangan ini

berakhir dengan setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk mencari dan menghubungi pengerusi-

pengerusi taman yang boleh dipilih untuk dijadikan tempat program.

Page 3: Laporan kumpulan

LAPORAN KUMPULAN #2

2 OKTOBER 2014

Perbincangan seterusnya diadakan dua minggu selepas hari perjumpaan pertama ahli

kumpulan kami iaitu pada 24 September 2014. Perbincangan tersebut dijalankan di

perpustakaan Tun Seri Lanang. Dalam perbincangan ini, setiap seorang daripada kami telah

memberikan cadangan tempat pelaksanaan program. Antara tempat yang dicadangkan adalah

Kampung Abu Bakar Baginda dan Taman Bangi Villa. Setiap ahli kumpulan memberikan

kelebihan-kelebihan tempat tersebut serta diikuti sebab-sebab mengapa tempat tersebut patut

dipilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian ini.

Setelah menimbangkan pro dan kontra kedua-dua pilihan ini secara masak-masak, kami

sebulat suara memilih Taman Bangi Villa kerana kawasan tersebut merupakan tempat tinggal

salah seorang daripada ahli kami dan menjadikan ia lebih mudah untuk berurusan dengan

penduduk taman. Kawasan yang tidak jauh dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga

memudahkan pergerakan kami ke taman tersebut.

Page 4: Laporan kumpulan

LAPORAN KUMPULAN #3

22 OKTOBER 2014

Dalam perbincangan ini kami mengagihkan tugasan-tugasan kepada setiap ahli kumpulan

untuk memastikan kerjasama diperolehi daripada setiap ahli kumpulan. Ekoran itu,

pembahagian tugasan ini juga memastikan program ini berjalan dengan lancar tanpa masalah

yang serius. Tugasan juga dibahagikan secara adil dan saksama. Setiap ahli kumpulan kami

juga diberikan tarikh akhir untuk menyiapkan kerja masing-masing bagi memastikan langkah

seterusnya untuk menyiapkan projek ini dapat diaturkan.

Dalam usaha untuk menjayakan kajian ini, pelbagai peristiwa-peristiwa telah dilalui oleh

setiap daripada ahli kumpulan kami. Hal ini kerana terdapat beberapa isu yang timbul semasa

menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah kami perlu berbincang untuk memastikan fokus

program kami adalah tepat dengan tajuk yang dikehendaki. Kami juga perlu memastikan

setiap ahli kumpulan diagihkan kerja secara adil supaya tidak berlakunya pertelingkahan

antara anggota kumpulan kerana kami prihatin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai

banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebagai seorang mahasiswa.

Page 5: Laporan kumpulan

LAPORAN KUMPULAN #4

29 OKTOBER 2014

Timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang perlaksanaan kajian. Antara

masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat hadir sesi perbincangan kerana

masalah peribadi. Selain itu, kerjasama yang diperlukan juga sukar untuk diperolehi kerana

majoriti penduduk di situ sibuk dengan kerja masing-masing. Kami juga menghadapi

kekangan masa kerana semester menjalankan kajian ini adalah semester pertama. Hal ini

bermakna kami masih berada dalam proses menyesuaikan diri dengan alam universiti.

Sehubungan dengan itu, projek ini merupakan projek yang besar maka projek ini akan

mengambil masa yang panjang serta memerlukan usaha dan komitmen daripada semua ahli

kumpulan.

Selepas itu,kami menghadapi kesukaran untuk menetapkan masa dan tarikh untuk melakukan

program serta untuk berjumpa dengan pengerusi taman kerana ramai ahli kumpulan yang

mempunyai komitmen dalam hal-hal yang lain seperti program kolej serta tugasan daripada

pensyarah-pensyarah yang lain. Ketua kumpulan kami menyarankan agar perjumpaan

bersama pengerusi diadakan pada 9 November 2014 selepas waktu maghrib. Semua ahli

kumpulan bersetuju dengan cadangan ketua kumpulan memandangkan tidak mempunyai

masa lain yang semua ahli kumpulan dapat berjumpa dengan beliau pada hari tersebut

Page 6: Laporan kumpulan

LAPORAN KUMPULAN #5

12 November 2014

Seorang daripada ahli kami mempunyai kereta memudahkan pergerakan kami ke taman

tersebut. Setelah berjumpa dengan pengerusi taman tersebut, kami telah menetapkan tarikh

untuk melaksanakan program tersebut serta telah merancang untuk mengadakan program

“Mini Family Day Taman Bangi Villa dan Bangi Ria”. Program ini melibatkan dua taman

kerana ia berdekatan dan mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Program ini

dirancang dilaksanakan pada 29 November 2014 bersamaan hari Sabtu dari pukul 8.30 pagi

hingga ke 12.30 tengah hari yang merupakan hari hujung minggu dan merupakan hari ahli

kumpulan kami semua boleh hadir bersama.

Selain itu, kami juga telah melakukan beberapa kajian untuk memilih platform yang sesuai

untuk membangunkan laman web dan kami memilih Tumblr. AJK Multimedia, Nur Nadhirah

Nasuha binti Rozaimi telah ditugaskan untuk membuat poster bagi “Mini Family Day Taman

Bangi Villa dan Bangi Ria” serta menguruskan laman web tersebut. Ahli-ahli kumpulan

saling menyumbang idea untuk membangunkan satu laman web yang minimalist dan ringkas

namun padat dengan informasi dan aktiviti yang akan dijalankan semasa “Mini Family Day

Taman Bangi Villa dan Taman Bangi Ria”.