laporan kssr tahun5

Upload: bahar

Post on 04-Nov-2015

343 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KURSUS DALAMAN KSSR TAHUN 5 PENDIDIKAN KESIHATAN

Tarikh: Masa : 12:30 pm 2:30 pmTempat: Bilikn Gerakan SK. Kem Kabota TawauJurulatih/Penyampai: EN. Bahar Bin Baba

Peserta :1. Haji Masa bin Antong (Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)2. Encik Muhammad Amin bin Sunari 3. Puan Sabturiah4. Encik Alfian sebastian

Pengisian :

1. Dasar KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 5, 2015.2. Penerangan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) pendidikan kesihatan tahun 5.3. Agihan dan penerangan cara membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) pendidikan kesihatan tahun 5 berdasarkan DSKP.4. Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Perbincangan cara penulisan RPH bagi mata pelajaran pendidikan kesihatan yang sesuai dan seragam untuk semua guru yang mengajar pendidikan kesihatan.5. Kaedah perlaksanaan dan pengajaran tiga modul utama dalam pendidikan kesihatan.6. Penerangan mengenai Kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT. Perbincangan mengenai cara membina soalan-soalan berbentuk KBAT dalam Pdp PdP.7. Panduan penilaian pentaksiran berasaskan Tahap Penguasaan 1 hingga 6.8. Penerangan cara pelaporan pentaksiran pendidikan kesihatan dalam borang pentaksiran yang disediakan dalam bentuk template Excel terkini.9. Semua bahan berkaitan KSSR pendidikan kesihatan akan disimpan dalam Fail berkaitan dalam computer sekolah. Tindakan oleh Ketua Panitia.

Kekuatan :1. Peserta atau guru-guru yang terlibat telah mempunyai pengalaman mengajar mat pelajaran pendidikan kesihatan tahun 1 hingga tahun 4.2. Peserta lebih kreatif serta sentiasa bertanya atau meminta pencerahan sekiranya ada maklumat yang kurang jelas atau tidak difahami.3. Perkara ini membantu Jurulatih mengenal pasti kelemahan dan memantapkan lagi penyampainya.4. Peserta yang berpengalaman mengajar mata pelajaran pendidikan kesihatan lebih tahun tahun membantu lagi perkongsiaan idea dan maklumat terkini.

Kelemahan:1. Kekurangan peserta atau guru yang terlibat menyebabkan perkongsian idea agak terbatas.2. Kekurangan bahan dan peralatan untuk bersama-sama menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Cadangan:Penglibatan peserta mungkin perlu diperluaskan kepada semua guru agar semua guru akan mendapat penerangan atau gambaran yang lebih jelas dan lebih banyak perkongsian idea yang boleh digunakan dalam PdP.

Disediakan oleh,

.................................( BAHAR BIN BABA )