laporan kesan kegiatan manusia

4
LAPORAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM Keadaan cuaca dan iklim di negara kita sesuai untuk pelbagai kegiatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat kegiatan manusia yang memberi kesan terhadap cuaca dan iklim. Kegiatan manusia seperti pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan kilang telah mencemarkan alam sekitar khususnya atmosfera kita. Fenomena pencemaran atmosfera akibat aktiviti manusia ialah seperti jerebu, hujan asid, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. Jerebu mudah terbentuk di kawasan Bandar dan kawasan perindustrian. Kenderaan bermotor, kilang perindustrian dan pembakaran secara terbuka mengeluarkan bahan-bahan pencemar yang berlebihan seperti asap, habuk, gas, karbon

Upload: fakhriyah-said

Post on 03-Oct-2015

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

LAPORAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Keadaan cuaca dan iklim di negara kita sesuai untuk pelbagai kegiatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat kegiatan manusia yang memberi kesan terhadap cuaca dan iklim.Kegiatan manusia seperti pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan kilang telah mencemarkan alam sekitar khususnya atmosfera kita. Fenomena pencemaran atmosfera akibat aktiviti manusia ialah seperti jerebu, hujan asid, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. Jerebu mudah terbentuk di kawasan Bandar dan kawasan perindustrian. Kenderaan bermotor, kilang perindustrian dan pembakaran secara terbuka mengeluarkan bahan-bahan pencemar yang berlebihan seperti asap, habuk, gas, karbon monoksida dan sulfur dioksida. Jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan.

Hujan asid ialah hujan hujan yang mengandungi asid lemah. Kenderaan dan kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman, merosakkan binaan, mencemarkan air serta mengancam hidupan liar. Di samping itu, kualiti air serta kesihatan manusia juga terjejas. Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera. Karbon dioksida dan bahan kotor yang terperangkap dalam atmosfera menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi. Akibatnya, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Penipisan lapisan ozon adalah lapisan gas dalam atmosfera yang mengelilingi bumi. Kloro fluoro karbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, peti sejuk dan bahan aerosol. CFC terdiri daripada klorin, fluorin dan karbon. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata. Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengurangkan kegiatan manusia yang memberi kesan kepada cuaca dan iklim supaya bumi menjadi lebih selamat. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(ANAS SAFWAN BIN JAMIL) 2 OKTOBER 2014