pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

16
-NURUL NADIAH BINTI ROSLI - D20111048085 - GROUP C - LAB (5-7)

Upload: geografisatu

Post on 25-May-2015

8.489 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

-NURUL NADIAH BINTI ROSLI- D20111048085- GROUP C- LAB (5-7)

Page 2: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

MENU UTAMA

NOTA

KELUAR

SOALAN

Page 3: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

OBJEKTIFO Memahami keadaan iklim di

kawasan-kawasan zom iklim tertentu

O Memahami cara hidup manusia di kawasan zon iklim tersebut

Page 4: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

Iklim dunia dapat dibahagikan kepada zon panas, zon sederhana, dan zon sejuk. Di kawasan zon panas (antara 30oU dan 30oS) terdapat iklim Khatulistiwa, iklim monsoon tropika, iklim Sudan, dan iklim gurun panas. Di kawasan zon sederhana panas (antara 30oU dan 45oU; 30oS dan 45oS) terdapat iklim jenis China, jenis Steppe, dan jenis Mediterranean. Di kawasan zon sederhana sejuk (antara 45o dan 65oU; 45oS dan 65oS) terdapat iklim Laurentia, iklim Siberia, dan iklim British. Di kawasan zon sejuk terdapat iklim tundra (antara 65oU dan 90oU; 65oS dan 90oS).

Page 5: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di

Gurun TharO Gurun Thar mengalami iklim gurun panas,

iaitu panas dan kering sepanjang tahun. Hujan tahunannya kurang daripada 250mm. min suhu bulanan pada pertengahan tahun di gurun ini mencapai 50oC. Pada hujung dan awal tahun, suhu adalah serendah 5oC hingga 10oC.

O Kawasan ini menerima hujan yang sedikit kerana terletak di kawassan lindung Angin Monsun Barat Daya dan Angn Monsun Timur Laut.

Page 6: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

Sebahagian Gurun Thar terletak di India dan sebahagiannya di Pakistan. Keadaan yang sangat panas dan kering di Gurun Thar menyebabkan kawasan ini kurang penduduk. Penduduk di sini bergantung hidup pada sumber alam yang terhad. Penternakan dan pertanian dijalankan di kawasan yang tertentu saja.

Page 7: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

O Jumlah hujan tahunan yang sedikit mnyebabkan rumput dan semak samun renek tumbuh jarang. Rumput inilah yang dijdikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Sebilangan penduduk menternak binatang-binatang ini secara normad. Lembu dan unta diternakkan untuk mengangkut barang serta manusia dan untuk mmperoleh susu.

O Hujan di gurun ini snagatlah sedikit. Apabila hujan turun, air hujan akan ditakung di dalam tangki atau empangan untuk minuman dan kegunaan harian. Kunds, iaitu tangki bawah tanah disediakan juga untuk menakung air. Jumlah air yang sedikit ini menghadkan kegiatan pertanian. Di bahagian selatan Gurun Thar, bekalan air diperoleh dari terusan yang disambungkan ke Sungai Indus. Terusan Rajasthan pula mengairi bahagian Gurun Thar di India. Kemudian pengairan ini dapat mengatasi masalah kekurangan air hujan dan memungkinkan penanaman gandum dan kapas dijalankan. Penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian ini tinggal di perempatan yang tetap.

Page 8: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

Sumber makanan penduduk gurun ini terdiri daripada biji dan buah pokok Khejri, Kiar, Kumat, Kachri, dan Gonda. Makanan ini dijadikan hidangan yang dikenal sebagai “Pack-Kuta” yang biasanya dimakan semasa musim kemarau. Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan sumber alam dan makanan bagi penduduk Gurun Thar. Tanaman pokok seperti akasia dan eucalyptus yang cepat tumbuh diperkenalkan oleh kerajaan untuk membekalkan sumber bahan api dan makanan (daun) untuk binatang ternakan.

Rumput Munja dan Kans digunakan untuk membuat pulpa. Pokok Kurma dan pokok delima yang dapat tumbuh dengan hujan tahunan 500 mm ditanam untuk menambahkan sumber makanan.

Page 9: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

O Unta masih penting sebagai pegangkutan. Unta diternak di Bikaner untuk mendapatkan usu, kulit, dan bulunya. Selain itu, daging unta menjadi sumber protein yang murah. Hasil pengeluaran unta diusahakan juga dalam industry desa. Barangan yang dibuat daripada bahagian unta seperti karung air (daripada kulitnya), lukidan (kulit), dan permaidani (bulu) banyak dijual di pasar.

Page 10: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

Kawasan gurun panas mengalami julat suhu harian yang besar, iaiu 17oC hingga 22oC. julat suhu harian di Negara kita adalah kecil, iaitu 7oC. kurang awan di kawasan gurun panas menyebabkan pancaran matahari yang terik terus memanaskan permukaan bumi pada waktu siang. Pada waktu malam, bumi kehilangan haba dengan cepat di kawasan gurun panas kerana tidak dihalang oleh awan. Suhu waktu malam menurun dengan cepat. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana liputan awan yang tebal.

Page 11: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

* Kehidupan di Kawasan Siberia*

O Pada umumnya, kawasan Siberia yang terlampau sejuk tidak menggalakkan tumpuan penduduk. Kebanyakkan penduduk tinggal di bahagian barat daya Siberia. Kedaan iklim ini menghadkan kegiatan pertanian. Musim panas yang pendek dengan suhu yang rendah memungkinkan sedikit saja penanaman yang dapat dijalankan. Tanaman bijiran seperti gandum, oat, raid an barli diusahakan. Penanaman diusahakan di bahagian barat dan barat daya yang subur dari Pergunungan Ural hingga Tasik Baikal. Bahagian timur Siberia ditanami ubi kentang, bit gula, dan flaks. Penternakkan lembu tenusum ayam, dan itik ada juga dijalankan.

O Kaum Samoyed dan Yakut memburu binatang untuk mendapatkan bulunya. Binatang seperti tupai, beruang, musang kecil, lynx, martens, dan rubah biasanya dijerat. Kerja menjerat binatang dijalankan pada musim sejuk kerana pada waktu ini bulu binatang adalah tebal. Binatng-binatang ini mudah terkena umpan. Bulu-bulu ini dijual dengan harga yang tinggi.

Page 12: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

Kawasan Siberia di Rusia mengalami ilkim sejuk sederhana kebenuaan atau iklim jenis Siberia. Iklim jenis ini mengalami musim sejuk yang panjang dan terlampau sejuk.

Page 13: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

O Pembalakkan masoh penting di bahagian utara Siberia. Terdapat pokok-pokoklembut seperti larch, pain, cedar Siberia, dan fir. Pembalakkan dijalankan pada musin sejuk kerana ketka ini getah pokok menjadi beku dan pokok lebih mudah ditebang.

O Kawasan Siberia kaya dengan pelbagai sumber mineral. Di kawasan barat Siberia, sumber seperti petroleum dan gas asli dilombong. Manakal emas dilombong berhampiran Yaktuks. Stesen hidroelektrik yang besar dibina si Bungai Lena, Sungai Yenisei, dan Sungai Ob. Sungai-sungai ini beku selaa tujuh bulan dalam satahun pada musin sejuk.

O Terdapat sedikit kemajuan dalam bidang perkilangan seperti industri melebur aluminium, membuat pulpa, tekstil, kenderaan, dan bahan logam. Kilang-kilang ini dibina sepanjang Landasan Kereta Api Trans-Siberia. Hampir semua Bandar seperti Chelyanbinsk, Omsk, Novosibirsk, Novokuznestk, dan Irkutsk terletak di sepanjang landasan kereta api.

Page 14: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

IKLIM KHATULISTIWA- Ciri : panas dan lembap sepanjang tahun- Kegiatan utama : perkilangan, perlombongan, pertanian, perikanan, dan perlancongan.

IKLIM GURUN PANAS- Ciri : panas dan kering sepanjang tahun- Kegiatan utama : penternakkan dan pertanian secara terhad

Page 15: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)

O IKLIM SIBERIA- Ciri : sejuk dan kering sepanjang tahun- Kegiatan umum : pembalakkan, dan menjerat binatang berbulu, perlombongan

O IKLIM TUNDRA- Ciri : sejuk dan kering sepanjang tahun- Kegiatan umum : perikanan, penternakkan, dan memburu binatang

Page 16: Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)