laporan kendiri thiyagu

2
Laporan kendiri Saya telah mengambil bahagian dalam program BINA INSAN GURU yang dilaksanakan di kawasan kampus saya. Saya telah mengambil bahagaian dalam gotong-royong. Kelas saya iaitu T1 Pemulihan seramai 13 orang dan TI Mathematik seramai 22 orang telah ditugaskan untuk melukis mural di store sukan. Kami diberi tugasan untuk melukis, dan mengecat. Saya telah membersihkan kipas dan mengecat tangga gelanggara. Program ini membawa banyak manfaat kepada saya. Sebagai seorang bakal guru saya boleh menambaikkan diri saya melalui pengajaran yang telah dapat daripada program ini. pertama sekali kami dibahagikan dalam kumpulan. Semasa membahagikan kumpulan saya dicampur dengan pelatih guru daripada kelas Tesl. Melalui pengagihan kumpulan, saya dapat berkomunikasi dengan pelatih guru daripada kelas yang berlainan. Selain itu, saya juga dapat berpeluang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan daripada jantina lain dan juga kaum lain. ini dapat mengeratkan hubungan saya dengan rakan-rakan saya yang berlainan kelas. Sebelum ini saya tidak rapat sangat dengan mereka, tetaopi melalui program ini saya dapat menjalinkan hubungan dengan pelatih guru yang lain. Selain daripada itu, kerjasama antara ahli kumpulan dapat ditingkatkan. Kami diarahkan untuk bekerja dalam kumpulan. Saya telah mengecat mural. Semasa saya mengecat mural tersebut, rakan saya telah membantu saya. Ini menunujukkan kerjasama antara pelatih guru. Program ini memberi peluang untuk meningkatkan kerjasama antara pelatih guru daripada kelas yang berlainan.

Upload: deeviya-diya

Post on 27-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rgth

TRANSCRIPT

Laporan kendiri

Saya telah mengambil bahagian dalam program BINA INSAN GURU yang dilaksanakan di kawasan kampus saya. Saya telah mengambil bahagaian dalam gotong-royong. Kelas saya iaitu T1 Pemulihan seramai 13 orang dan TI Mathematik seramai 22 orang telah ditugaskan untuk melukis mural di store sukan. Kami diberi tugasan untuk melukis, dan mengecat. Saya telah membersihkan kipas dan mengecat tangga gelanggara.

Program ini membawa banyak manfaat kepada saya. Sebagai seorang bakal guru saya boleh menambaikkan diri saya melalui pengajaran yang telah dapat daripada program ini. pertama sekali kami dibahagikan dalam kumpulan. Semasa membahagikan kumpulan saya dicampur dengan pelatih guru daripada kelas Tesl. Melalui pengagihan kumpulan, saya dapat berkomunikasi dengan pelatih guru daripada kelas yang berlainan. Selain itu, saya juga dapat berpeluang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan daripada jantina lain dan juga kaum lain. ini dapat mengeratkan hubungan saya dengan rakan-rakan saya yang berlainan kelas. Sebelum ini saya tidak rapat sangat dengan mereka, tetaopi melalui program ini saya dapat menjalinkan hubungan dengan pelatih guru yang lain.

Selain daripada itu, kerjasama antara ahli kumpulan dapat ditingkatkan. Kami diarahkan untuk bekerja dalam kumpulan. Saya telah mengecat mural. Semasa saya mengecat mural tersebut, rakan saya telah membantu saya. Ini menunujukkan kerjasama antara pelatih guru. Program ini memberi peluang untuk meningkatkan kerjasama antara pelatih guru daripada kelas yang berlainan.

Saya berasa melalui aktiviti yang telah dilaksanakan sebenarnya melahirkan perasaan cinta akan alam sekitar di kalangan peltih guru. Sebelum ini, tiada orang yang mengambil berat untuk mencantikan kawasan store. Tetapi melalui program ini, masa diberi untuk melukis mural dan mencantikan tempat tersebut. Pelatih guru sedar tentang bakatnya yang ada pada diri sendiri.

Seterusnya, saya berasa masa yang diberi perlu ditambahkan agar kerja-kerja yang diagihkan bersiap dengan sempurna. Kami telah melaksanakan program BIG bermula pada pukul 7.30 hingga pukul 12.30 tengahari. Tetapi ada kerja yang tidak disiap dengan sempurna. Oleh sedemikian, masa perlu tingkatkan agar kerja disempunakan. Pada masa akan datang masa perlu diagihkan dengan cermat untuk menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Melalui program ini, saya sedar bahawa masa adalah sangat penting untuk melaksanakan tugas dengan cepat dan kemas.

Secara keseluruhanya, melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri.