laporan kendiri opkim 2014

2
LAPORAN PENYERTAAN DALAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TAKZIM (OPKIM 2014) Pada 17-22 Januari 2014 yang lalu saya bersama rakan-rakan yang lain telah menyertai satu program anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ). Di dalam program ini, saya telah dilantik menjadi Ketua Pengarah bagi Program Pendidikan. Bersama saya adalah Nurul Hidayah binti Che Lah dan Muliani binti Mat Noh. Tugas kami bermula pada akhir 2013, berdekatan tarikh peperiksaan akhir semester satu. Sebagai pasukan, kami telah mengagihkan tugas masing-masing. Sebelum program bermula. Kami telah sebulat memilih tiga kawasan yang akan kami kunjungi dan memberi sedikit motivasi. Tiga kawasan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Pra Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Tadika KEMAS, Batu 4. Ketiga-tiga tempat belajar ini, terletak di daerah Tenggara negeri Johor. Muliani berurusan dengan Tadika KEMAS melalui pejabat KEMAS sendiri. Hidayah pula berurusan dengan guru kaunseling di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang. Saya pula menguruskan modul yang akan kami jalankan di sekolah, prasekolah dan tadika di sana dan mencari pihak yang sanggup menaja program pada kali ini. Syukur, kerana pihak Karangkraf sudi menaja program pendidikan di Tenggara. Antara program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang ialah ceramah motivasi bagi pelajar Tahun 6 di sana. Ceramah diberikan oleh penceramah hebat dar iVision Consultant. Antara aktiviti yang telah dijalankan di sekolah tersebut ialah seperti modul matematik, cara mudah menghafal sifir. Di prasekolah dan tadika KEMAS pula kami lebih mendedahkan pelajar dengan pengenalan terhadap sains. Sebagai pasukan juga, semasa program berjalan, saya ditugaskan untuk menjaga pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang. Hidayah mengawal pelajar prasekolah dan Muliani memerhati pelajar tadika KEMAS. Apa yang boleh saya katakan di sini, sememangnya agak susah untuk menarik perhatian pelajar untuk mendengar dan mengikut apa yang diminta fasilitator mereka, namun melalui menjadi ketua fasilitator di sini saya belajar cara untuk menarik minat mereka. Program di selang-seli dengan permainan. Komunikasi bersama pelajar juga menjamin kejayaan program ini. Sebagai Pengarah Program Pendidikan, saya telah berjaya berkomunikasi bersama rakan setugas saya bagi menjayakan program di

Upload: nursyaza-damia

Post on 20-Aug-2015

35 views

Category:

Self Improvement


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kendiri OPKIM 2014

LAPORAN PENYERTAAN DALAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TAKZIM (OPKIM 2014)

Pada 17-22 Januari 2014 yang lalu saya bersama rakan-rakan yang lain telah menyertai satu program anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ). Di dalam program ini, saya telah dilantik menjadi Ketua Pengarah bagi Program Pendidikan. Bersama saya adalah Nurul Hidayah binti Che Lah dan Muliani binti Mat Noh. Tugas kami bermula pada akhir 2013, berdekatan tarikh peperiksaan akhir semester satu.

Sebagai pasukan, kami telah mengagihkan tugas masing-masing. Sebelum program bermula. Kami telah sebulat memilih tiga kawasan yang akan kami kunjungi dan memberi sedikit motivasi. Tiga kawasan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Pra Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Tadika KEMAS, Batu 4. Ketiga-tiga tempat belajar ini, terletak di daerah Tenggara negeri Johor.

Muliani berurusan dengan Tadika KEMAS melalui pejabat KEMAS sendiri. Hidayah pula berurusan dengan guru kaunseling di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang. Saya pula menguruskan modul yang akan kami jalankan di sekolah, prasekolah dan tadika di sana dan mencari pihak yang sanggup menaja program pada kali ini. Syukur, kerana pihak Karangkraf sudi menaja program pendidikan di Tenggara. Antara program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang ialah ceramah motivasi bagi pelajar Tahun 6 di sana. Ceramah diberikan oleh penceramah hebat dar iVision Consultant. Antara aktiviti yang telah dijalankan di sekolah tersebut ialah seperti modul matematik, cara mudah menghafal sifir. Di prasekolah dan tadika KEMAS pula kami lebih mendedahkan pelajar dengan pengenalan terhadap sains.

Sebagai pasukan juga, semasa program berjalan, saya ditugaskan untuk menjaga pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang. Hidayah mengawal pelajar prasekolah dan Muliani memerhati pelajar tadika KEMAS. Apa yang boleh saya katakan di sini, sememangnya agak susah untuk menarik perhatian pelajar untuk mendengar dan mengikut apa yang diminta fasilitator mereka, namun melalui menjadi ketua fasilitator di sini saya belajar cara untuk menarik minat mereka. Program di selang-seli dengan permainan. Komunikasi bersama pelajar juga menjamin kejayaan program ini.

Sebagai Pengarah Program Pendidikan, saya telah berjaya berkomunikasi bersama rakan setugas saya bagi menjayakan program di sekolah ini. Saya juga berjaya berkomunikasi bersama pelajar di sekolah. Selain itu, saya juga telah berjaya berkomunikasi menggunakan surat dan telefon untuk mendapatkan sumbangan bagi program saya. Kejayaan kami adalah, kami telah berjaya mengurangkan kos bagi menjalankan program pendidikan.

Sepanjang 5 hari di sana, antara aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan dan berpasukan ialah gotong-royong. Kami dipecahkan dalam kumpulan untuk membersihkan kawasan-kawasan yang berlainan seperti membersihkan surau, menanam pokok dan membersihkan kawasan sekeliling kampung Temenin. Kami juga dibahagikan untuk tinggal di rumah keluarga angkat. Satu keluarga akan menerima 2-3orang daripada kami. Komunikasi bersama keluarga angkat juga penting kerana suasana yang masih baru ini dapat kami selesakan diri dengan bantuan keluarga angkat.

Akhir kata, saya berharap program seperti ini mesti dijalankan pada masa akan datang demi memberi pengalaman baru kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di sini, saya sertakan bukti penyertaan saya sebagai ahli jawatan kuasa.