laporan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

4
HHHC9601 Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM 2014 TARIKH : 17 - 22 JANUARI 2014 Nama Pensyarah : Prof Dr. Tukimat Bin Lihan Nama Pelajar : Nur Adila Binti Zahari No. Matrik : A146360

Upload: adel900

Post on 28-Jul-2015

111 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

HHHC9601

Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan

LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM 2014

TARIKH :

17 - 22 JANUARI 2014

Nama Pensyarah : Prof Dr. Tukimat Bin Lihan

Nama Pelajar : Nur Adila Binti Zahari

No. Matrik : A146360

Page 2: Laporan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

Laporan Akhir Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan

Saya telah menyertai satu projek dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)

Universiti Kebangsaan Malaysia ,dimana projek ini merupakan satu program yang bernama

Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Takzim di kampung Parit Warijo iaitu di daerah

Batu Pahat.Program ini telah berjalan dari awal Oktober 2013.Dalam pogram ini saya telah

memegang jawatan sebagai Ketua Program untuk post Kerohanian.Pogram saya telah berjalan

sepenuhnya pada pada 17 sehingga 22 Januari 2014 dimana seramai 40 orang pelajar dari

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia telah

menyertainya.

Dalam program ini saya telah mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dan kerja

berpasukan .Hal ini kerana saya telah dilantik sebagai ketua program untuk post

kerohanian.Dalam post ini saya dibantu seorang timbalan ketua program iaitu Nurul Fatin Binti

Sakuri.Di dalam post ini saya dapat diberi tugas sepenuhnya dalam mengatur acara yang

melibatkan kerohanian.Memandangkan saya merupakan ketua program kerohanian,saya sendiri

telah menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan acara kerohanian .Saya juga bijak mengatur

strategi dan memberi arahan kepada timbalan ketua program kerohanian untk menyelesaikan

beberapa perkara.Saya juga telah melampirkan minit mesyuarat saya bersama timbalan ketua

program kerohanian sebagai bukti kerjasama kami dalam post kerohanian.

Didalam program ini juga saya sering berkerjasama bersama rakan sepasukan saya yang

lain selain berkerjasama dengan timbalan ketua program kerohanian.Hal ini kerana saya perlu

mandapatkan tunjuk ajar dan pendapat ketua pengarah saya dalam menyelesaikan sesuatu

perkara yang melibatkan orang-orang luar,contohnya orang-orang kampung di Parit

Warijo.Sepanjang saya menyertai program ini,saya sering hadir ke mesyuarat dan melakukan

aktiviti-aktiviti yang melibatkan pencarian dana untuk program ini.Saya juga turut melampirkan

gambar-gambar sebagai bahan bukti .

Sepanjang program berjalan sepenuhnya pada 17 sehingga 22 Januari 2014,saya juga

sering berkerjasama bersama dengan penduduk kampung khususnya Ketua Kampung ,kerana

kebanyakan acara kerohanian melibatkan kerjasama dari pihak kampung.Saya juga turut

membantu rakan sepasukan saya dalam menjalankan aktiviti di luar bahagian

Page 3: Laporan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

kerohanian,contohnya saya menjadi fasilitator dalam membantu post pendidikan melaksanakan

acara mereka.Saya juga mengambil bahagian dalam membantu post sukan dan pertandingan

dalam acara sukan bersama orang-orang kampung .Selain itu saya juga turut membantu post

jamuan,post tugas-tugas khas serta post lain bagi melancarkan program yang kami jalankan.Saya

juga turut melampirkan gambar-gambar dan video sebagai bahan bukti.

Laporan disediakan oleh,

adilaNUR ADILA BINTI ZAHARIKetua ProgramOpkim 10 Penjuru (Batu Pahat) Persatuan Mahasiswa Anak Johor Universiti Kebangsaan Malaysia