laporan kajian soal selidik mengenai kesan negatif dalam perniagaan

6
Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan di Kawasan Pasar Taman Tun Sardon Pada 20 Februari 2012, kami telah menjalankan kajian soal selidik di sekitar kawasan pasar Taman Tun Sardon, Pulau Pinang. Kami telah menjalankan kajian soal selidik ini dengan mengajukan beberapa soalan yang telah disediakan kepada para peniaga di situ berkenaan kesan-kesan negatif yang terdapat sepanjang perniagaan dijalankan. Soalan tersebut mempunyai sebanyak 12 soalan yang berkaitan dengan kesan negatif perniagaan di kawasan terbabit. Hal ini demikian kesemua soalan menjurus kepada kesan negatif yang telah kami jangkakan berlaku di kawasan kajian. Terdapat lapan aspek kesan negatif perniagaan di kawasan kajian telah terkandung dalam soalan yang disediakan. Sesi soal jawab dengan para peniaga telah dijalankan di kawasan tersebut. Seramai 20 responden yang terdiri dari para peniaga telah terlibat dalam kaji selidik tersebut. Para peniaga telah memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab soalan-solan yang telah diajukan kepada mereka. Malah, para peniaga turut menceritakan pengalaman-pengalaman mereka mengenai kesan-kesan negatif yang berlaku sepanjang menjalankan perniagaan di pasar Taman Tun Sardon. Kami telah memilih responden secara rawak yang terdiri dari peniaga di dalam pasar, tepi pasar dan kawasan yang berdekatan dengan pasar. Malah, peniagaan tersebut merangkumi hampir kesemua jenis perniagaan yang terdapat di kawasan kajian. 1

Upload: ilyani-omar

Post on 28-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesan negataif peniagaan runcit di kawasan kajian kes

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan

Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam

Perniagaan di Kawasan Pasar Taman Tun Sardon

Pada 20 Februari 2012, kami telah menjalankan kajian soal selidik di sekitar

kawasan pasar Taman Tun Sardon, Pulau Pinang. Kami telah menjalankan kajian soal

selidik ini dengan mengajukan beberapa soalan yang telah disediakan kepada para

peniaga di situ berkenaan kesan-kesan negatif yang terdapat sepanjang perniagaan

dijalankan. Soalan tersebut mempunyai sebanyak 12 soalan yang berkaitan dengan

kesan negatif perniagaan di kawasan terbabit. Hal ini demikian kesemua soalan

menjurus kepada kesan negatif yang telah kami jangkakan berlaku di kawasan kajian.

Terdapat lapan aspek kesan negatif perniagaan di kawasan kajian telah terkandung

dalam soalan yang disediakan.

Sesi soal jawab dengan para peniaga telah dijalankan di kawasan tersebut.

Seramai 20 responden yang terdiri dari para peniaga telah terlibat dalam kaji selidik

tersebut. Para peniaga telah memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab

soalan-solan yang telah diajukan kepada mereka. Malah, para peniaga turut

menceritakan pengalaman-pengalaman mereka mengenai kesan-kesan negatif yang

berlaku sepanjang menjalankan perniagaan di pasar Taman Tun Sardon. Kami telah

memilih responden secara rawak yang terdiri dari peniaga di dalam pasar, tepi pasar

dan kawasan yang berdekatan dengan pasar. Malah, peniagaan tersebut merangkumi

hampir kesemua jenis perniagaan yang terdapat di kawasan kajian.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, kami telah mendapat hasil dapatan

kajian seperti yang dapat dilihat pada carta bar dibawah.

1

Page 2: Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Soalan 9

Soalan 10

Soalan 11

Soalan 12

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

TIDAKYA

CARTA BAR KESAN-KESAN NEGATIF PERNIAGAAN DI SEKITAR KAWASAN

PASAR TAMAN TUN SARDON

Melalui carta bar di atas, terdapat beberapa kesan negatif yang telah

dikenalpasti. Jawapan ‘YA’ merangkumi kesan negatif perniagaan di kawasan kajian,

manakala jawapan ‘TIDAK’ merangkumi kesan positif.

1. Dari aspek masalah sosial :

2

Page 3: Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan

Melalui soalan 1 dan 2 dapat dikenalpasti bahawa kawasan kajian menjadi

tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata.

Hal ini demikian, menurut para peniaga yang telah kami temu bual, menyatakan

bahawa pelajar-pelajar sering berpegangan tangan dan meemakai pakaian yang

kurang sopan di kawasan terbabit. Selain itu, para peniaga turut menyatakan bahawa

pelajar menjadikan kawasan kajian sebagai tempat ponteng sekolah dan melepak.

Peniaga terbabit meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati mengenai tingkah

laku negatif pelajar di kawasan tersebut. Hal ini demikian terbukti melalui jumlah

bilangan jawapan ‘YA’ yang lebih banyak berbanding jawapan ‘TIDAK’ pada soalan 1

dan 2, secara tidak langsung menunjukkan pelanggan sering mencuri barang-barang

perniagaan di kawasan kajian.

2. Dari aspek persaingan dengan kedai runcit tempatan :

Tambahan lagi, bagi soalan nombor 3, membuktikan bahawa jawapan ‘YA’

melebihi jawapan ‘TIDAK’. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana

pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka

akan mengalami kerugian.

3. Dari aspek pencemaran :

Berdasarkan kaji selidik soalan 4, kebanyakan responden menyatakan bahawa

kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan kajian akan dibersihkan

sama ada oleh peniaga sendiri atau pihak berkenaan. Hal ini terbukti melalui jumlah

bilangan jawapan ‘TIDAK’ melebihi jawapan ‘YA’.

4. Dari aspek kesesakan lalu lintas :

Melalui kaji selidik yang telah dijalankan mengenai soalan 5 dan 6, responden

beranggapan bahawa kesan negatif dari aspek kesesakan lalu lintas tidak terjadi di

3

Page 4: Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan

kawasan kajian. Hal ini kerana kami dimaklumkan bahawa pengunjung sentiasa

meletakkan kenderaan mereka pada kawasan meletak tempat kereta secara tersusun

tanpa menganggu atau menyekat kenderaan lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga

responden menghadapi masalah dari aspek kesesakan lalu lintas. Bukti dapat dilihat

melalui jumlah bilangan jawapan ‘TIDAK’ yang melebihi jawapan ‘YA’.

5. Dari aspek harga tanpa kawalan :

Berdasarkan kaji selidik soalan 7, keseluruhan responden menyatakan bahawa

harga barang-barang yang dijual di kawasan kajian sentiasa dipantau oleh pihak

kerajaan. Malah, pihak kerajaan tegas dalam memantau dan mengenakan tindakan

undang-undang tehadap peniaga yang melanggar peraturan perniagaan. Oleh itu,

pengunjung tidak akan tertipu oleh peniaga.

6. Dari aspek barangan tidak berkualiti :

Melalui soalan 8, menunjukkan bahawa seramai 19 responden tidak menjual

barangan yang tidak berkualiti atau mudah rosak. Hal ini merangkumi barangan jualan

yang memudaratkan kesihatan.

7. Dari aspek kemasyaratan :

Melalui soalan 9, seramai 6 responden merasakan bahawa perniagaan di

kawasan kajian mengganggu kawasan perskitaran perumahan dan gerai makanan

yang berdekatan. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kesan negatif perniagaan di

kawasan kajian terhadap kawasan penempatan masyarakat.

4

Page 5: Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan

8. Dari aspek perkhidmatan hutang :

Seramai 9 responden menyediakan perkhidmatan hutang kepada pelanggan,

manakala selebihnya tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Bagi responden yang

menyediakan perkhidmatan hutang, mereka tidak mempunyai ramai pelanggan yang

berhutang di samping merasakan bahawa perkhidmatan tersebut memberi kesan yang

tidak baik kepada perniagaan mereka. Hal ini kerana mereka tidak dapat pembalikan

modal dengan cepat.

5