kesan muzik terhadap tahap kebimbangan dan … · 3.3 skema permarkahan soal-selidik scat 28 3.4...

32
KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN DIRI BAGI ATLIT 100 METER KHOO CHENG KEAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dangkhuong

Post on 06-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN

DIRI BAGI ATLIT 100 METER

KHOO CHENG KEAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN DIRI

BAGI ATLIT 100 METER

SESI PENGAJIAN: SEM. II 2005/06

Saya KHOO CHENG KEAT(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ()

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

_______________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia:

21, Rumah Kedai Keda, Dr. Zainal Abidin Zainuddin08200 Sik, Kedah.

Tarikh: 17 APRIL 2006 Tarikh: 18 APRIL 2006

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Page 3: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin

Tarikh : 18 April 2006

Page 4: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN DIRI

BAGI ATLIT 100 METER

KHOO CHENG KEAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………

Nama Penulis : Khoo Cheng Keat

Tarikh : 5 April 2006

Page 6: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

iii

Untuk ayah dan ibu tersayang

Page 7: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

Projek Sarjana Muda, iaitu Dr. Zainal Abidin Zainuddin atas bimbingan, tunjuk ajar,

bantuan, nasihat dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan Projek

Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua kawan saya yang

banyak memberi bantuan dan kerjasama kapada saya untuk menyempurnakan Projek

Sarjana Muda ini.

Selain itu, saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat keluaga

tersayang terutamanya. ayah dan ibu yang memberikan sokongan kepada saya.

Perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung membantu menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

.

Page 8: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan muzik terhadap kebimbangan dan

keyakinan diri di kalangan atlit 100 meter. Tiga komponen kebimbangan iaitu

kebimbangan tret (state anxiety), kebimbangan stet (trait anxiety) dan keyakinan diri

(self-confidence) dan kadar denyutan jantung akan digunakan sebagai alat ujian.

Seramai 6 lelaki dan 6 perempuan atlit 100 meter telah dipilih sebagai subjek dalam

kajian ini. Umur subjek adalah dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun. Subjek diberikan

tiga set soal selidik, State Trait Anxiety Inventory (STAI), Sport Competition Anxiety

Test (SCAT), dan Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) akan diedarkan 10

minit sebelum permulaan aktiviti memanaskan badan, selepas mendengar muzik dan

selepas larian untuk menguji tahap kebimbangan atlit. Polar Heart Rate S720i akan

dipasangkan oleh semua sampel 1 jam sebelum pertandingan untuk mengesahkan

perubahan kadar denyutan jantung sepanjang pertandingan. Keputusan menunjukkan

penurunan kadar denyutan jantung yang signifikan selepas mendengar muzik dan

terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi kebimbangan tret, kebimbangan stet. dan

keyakinan diri sebelum dan selepas mendengar muzik. Natijahnya, muzik adalah teknik

yan berkesan bagi mengurangkan tahap kebimbangan atlit 100 meter.

Page 9: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

vi

ABSTRACT

This study was conducted to examine the influence of music on components of

anxiety and self-confidence among 100 meter sprint athletes. Three components of

anxiety, which are trait anxiety, state anxiety, self-confidence and heart rates were

assessed. The subjects include 6 female and 6 male athletes between the ages of 23 and

25 years old. Three questionnaires were distributed to the subjects, which are State Trait

Anxiety Inventory (STAI), Sport Competition Anxiety Test (SCAT), Competitive State

Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) initially 10 minutes prior to the start of warming up,

after listening to the music and after the race was finished. Additionally, heart rates were

measured 1 hour prior to competition via the Polar S720i. Findings indicated that the

subjects’ heart rates were reduced significantly after listening to the music and there was

a significant (p<0.05) difference for the trait anxiety, state anxiety and self-confidence of

the subjects after listening to the music. In short, listening to the music is affective in

reducing the anxiety level of 100 meter sprint runners.

Page 10: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

HALAMAN KANDUNGAN vii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN 1

Page 11: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

viii

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Hipotesis Kajian 6

1.4.1 Hipotesis Altenatif 6

1.4.2 Hipotesis Null 6

1.4.3 Hipotesis Altenatif 6

1.4.4 Hipotesis Null 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Polar Heart Rate S720i 9

1.8.2 STAI (State Trait Anxiety Inventory) 10

1.8.3 SCAT (Sport Competition Anxiety Test) 10

1.8.4 CSAI-2 (Competitive State Anxiety 10

Inventory-2)

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian-kajian Luar Negara 12

2.3 Kajian Tempatan 17

Page 12: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

ix

2.4 Kesimpulan 18

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI

BAB III METODOLOGI 19

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 20

3.3 Procedur Kajian 20

3.3.1 Pemilihan Subjek 20

3.3.2 Borang Maklumat Diri Dan 21

Rekod Kesihatan

3.3.3 Taklimat Kajian 21

3.3.4 Surat Perjanjian 22

3.3.5 Jadual pengujian 22

3.3.6 Prosedur Ujian 22

3.4 Pembolehubah Kajian 24

3.4.1 Suasana Sekeliling 24

3.4.2 Gaya Hidup 24

3.5 Tempat Kajian 25

3.6 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.7 Alatan Kajian 25

3.7.1 Polar S720i 26

3.7.1.1 Prosedur Penggunaan 26

Polar S720i

3.7.2 Soal-selidik SCAT (Sport 28

Competition Anxiety Test)

3.7.2.1 Skema Permarkahan 28

Page 13: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

x

3.7.3 Soal-selidik STAI (State 29

Trait Anxiety Inventory)

3.7.3.1 Skema Permarkahan 29

3.7.4 Soal-selidik CSAI-2 (Competitive 30

State Anxiety Inventory)

3.7.4.1 Skema Permarkahan 30

3.7.5 Jam Randik 30

3.7.6 Wisel 31

3.7.7 MP3 Player 31

3.8 Pengumpulan Data 31

3.9 Analisis Data 32

3.10 Jangka Masa Kajian 32

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 33

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Statistik Deskriptif 35

4.2.1 Bilangan Subjek Mengikut Jantina 35

4.2.2 Bilangan Dan Peratus Subjek 35

Mengikut Bangsa

4.2.3 Peringkat Pertandingan Yang Pernah 36

Diceburi Oleh Subjek

4.2.4 Markah Skor Soal-selidik STAI Bagi 37

Page 14: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xi

Atlit Lelaki Dan Perempuan Sebelum

Larian 100 Meter

4.2.5 Markah Skor Soal-selidik STAI Bagi 38

Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas

Mendengar Muzik

4.2.6 Markah Skor Soal-selidik STAI Bagi 39

Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas

Larian 100 Meter

4.2.7 Rumusan Skor Soal-selidik STAI 40

4.2.8 Markah Skor Soal-selidik SCAT Bagi 41

Atlit Lelaki Dan Perempuan Sebelum

Larian 100 Meter

4.2.9 Markah Skor Soal-selidik SCAT Bagi 42

Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas

Mendengar Muzik

4.2.10 Markah Skor Soal-selidik SCAT Bagi 43

Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas

Larian 100 Meter

4.2.11 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT 44

4.2.12 Markah Skor Soal-selidik CSAI-2 Bagi 45

Atlit Lelaki Dan Perempuan Sebelum

Larian 100 Meter

4.2.13 Markah Skor Soal-selidik CSAI-2 Bagi 46

Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas

Mendengar Muzik

4.2.14 Markah Skor Soal-selidik CSAI-2 Bagi 47

Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas

Larian 100 Meter

4.2.15 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 48

4.2.16 Rumusan Keputusan Sebelum 49

Pertandingan Larian Dan Selepas

Page 15: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xii

Mendengar Muzik

4.2.17 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 50

Sejam Sebelum Larian 100 Meter

4.2.18 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 51

Setengah Jam Sebelum Larian 100

Meter4.2.19 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 52

Lima Belas Minit Sebelum Larian 100

Meter

4.2.20 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 53

Lima Minit Sebelum Larian 100 Meter

4.2.21 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 55

Selepas Mendengar Muzik

4.2.22 Min Kadar Denyutan Jantung Bagi 56

Semua Subjek Sepanjang Pertandingan

4.3 Statistik Inferensi 57

4.3.1 Perbandingan Tahap Kebimbangan Tret, 57

Stet, Keyakinan Diri Dan Kadar

Denyutan Jantung Sebelum Larian Dan

Selepas Mendengar Muzik

4.3.2 Perbandingan Tahap Kebimbangan Tret, 58

Stet, Keyakinan Diri Dan Kadar

Denyutan Jantung Sebelum Larian Bagi

Atlit Lelaki Dan Perempuan

4.3.3 Perbandingan Tahap Kebimbangan Tret, 59

Stet, Keyakinan Diri Dan Kadar

Denyutan Jantung Selepas Mendengar

Muzik Bagi Atlit Lelaki Dan Perempuan

Page 16: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xiii

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 60

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Kebimbangan Tret, Stet, Dan 61

Keyakinan Diri

5.2.1.1 Analisis Deskriptif 61

5.2.1.2 Analisis Inferensi 62

5.2.2 Kadar Denyutan Jantung (HR bpm) 63

5.2.2.1 Analisis Deskriptif 64

5.2.2.2 Analisis Inferensi 64

5.2.3 Kebimbangan Tret, Kebimbangan 65

Stet Dan Keyakinan Diri Serta

Kadar Denyutan Jantung Di

Kalangan Atlit Lelaki Dan Perempuan

5.2.4 Kesimpulan 66

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi 66

5.3.1 Alatan Polar S720i 66

5.3.2 Cuaca 67

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Persampelan Kajian 67

5.4.2 Instrumen Kajian 68

5.5 Penutup 68

Page 17: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xiv

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 69-72

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN A-I 73-88

Page 18: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xv

SENARAI JADUAL

No TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Pengujian 23

3.2 Prosedur Penggunaan Polar S720i 27

3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28

3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29

3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

4.1 Peratus Bilangan Subjek Mengikut Jantina 35

4.2 Peratus Bilangan Subjek Mengikut Bangsa 35

4.3 Peringkat Pertandingan Yang Pernah Diceburi 36Oleh Subjek

4.4 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Sebelum 37

Larian 100 Meter

4.5 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Selepas 38

Mendengar Muzik

4.6 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Selepas 39

Larian 100 Meter

4.7 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Sebelum 41

Larian 100 Meter

4.8 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Selepas 42

Mendengar Muzik

4.9 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Selepas 43

Larian 100 Meter

Page 19: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xvi

SENARAI JADUAL

No TAJUK MUKA SURAT

4.10 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Sebelum 45

Larian 100 Meter

4.11 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Selepas 46

Mendengar Muzik

4.12 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Selepas 47

Larian 100 Meter

4.13: Rumusan Tahap Kebimbangan Tret, Stet, dan 49

Keyakinan Diri Sebelum Larian 100 Meter Dan

Selepas Mendengar Muzik

4.14: Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 50

Sejam Sebelum Larian 100 Meter

4.15: Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 51

Setengah Jam Sebelum Larian 100 Meter

4.16 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 52

Lima Belas Minit Sebelum Larian 100 Meter

4.17 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 53

Lima Minit Sebelum Larian 100 Meter

4.18 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 55

Selepas Mendengar Muzik

Page 20: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xvii

SENARAI JADUAL

No TAJUK MUKA SURAT

4.19 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 56

Sepanjang Pertandingan Larian

4.20 Perbandingan Kebimbangan Tret, Stet, Keyakinan Diri 57

Dan Kadar Denyutan Jantung Sebelum Larian Dan

Selepas Mendengar Muzik

4.21 Perbandingan Kebimbangan Tret, Stet, Keyakinan 58

Diri Dan Kadar Denyutan Jantung Antara Atlit Lelaki

Dan Perempuan Sebelum Larian

4.22 Perbandingan Kebimbangan Tret, Stet, Keyakinan 59

Diri Dan Kadar Denyutan Jantung Antara Atlit Lelaki

Dan Perempuan Selepas Mendengar Muzik

Page 21: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xviii

SENARAI RAJAH

No TAJUK MUKA SURAT

4.1 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Sepanjang 40

Pertandingan Larian 100 Meter

4.2 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Sepanjang 44

Pertandingan Larian 100 Meter

4.3 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Sepanjang 48

Pertandingan Larian 100 Meter

Page 22: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Perlantikan Sampel Kajian 73

B Borang Rekod Kesihatan Dan Kecergasan diri 74

C Surat Perjanjian 76

D Jadual Pengujian 77

E Soal-selidik State Trait Anxiety Inventory (STAI) 78

F Soal-selidik Sport Competition Anxiety Test (SCAT) 81

G Soal-selidik Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) 83

H Gambar-gambar Aktiviti 85

Page 23: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan amat penting dalam kehidupan kerana sukan bukan sahaja dapat

meningkatkan tahap kesihatan seseorang, malah membantu membangunkan negara dan

menaikkan imej negara, terutamanya apabila ada peserta negara dalam sesuatu

pertandingan sukan berjaya meraih pingat. Malangnya atlit begitu bimbang apabila

menyertai sebarang kegiatan sukan terutamanya apabila sebelum dan semasa

pertandingan yang disertai oleh mereka hingga menjejaskan prestasi mereka.

Masalah kebimbangan dan tidak merasa yakin semasa menghadapi apa jua

pertandingan sering menganggu perasaan atlit-atlit. Perasaan bimbang ini berlaku kepada

semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Kebimbangan merupakan salah satu

elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan. Tidak dapat dinafikan

pelbagai masalah wujud dalam diri seseorang individu. Terdapat punca-punca khusus

yan akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan dan menjadi bimbang.

Page 24: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

2

Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali

menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan

melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari tekanan serta

peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang berkenaan tidak

mampu memberikan tumpuan serta berfikiran baik sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan sering kali memakan diri.

Menurut Levitt, 1980 (dalam Shaharudin Abn. Aziz., 2001), kebimbangan

berpunca dari kebangkitan fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan kepada

interpretasi negatif yang telah dibuat oleh individu tersebut. Levitt telah

mengkategorikan kebimbingan kepada dua iaitu kebimbingan tret (trait anxiety) yang

merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dan kebimbangan seketika (state anxiety)

yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu

terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.

Menurut Mohammed, 1992 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee., 2003),

kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami oleh

manusia da merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas,

bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. Perasaan cemas dan bimbang

ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan

kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada ia boleh atau mungkin ia tidak

berupaya melakukan tugasan dengan baik.

Page 25: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

3

Menurut Mahoney dan Meyers, 1989 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee,

2003) pula, kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit

tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan

dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka

menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan

kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.

Scanlan, T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., 1991 (dalam buku Mohd Sofian Omar

Fauzee, 2003) menyatakan bahawa tekanan dari pertandingan boleh didefinisikan sebagai

emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin memberikan pengalaman kepada

atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri sendiri, bimbang, otot terasa tertekan, takut,

reaksi fizikal, hanya memikirkan kebimbangan dan perkara-perkara negatif.

Natijahnya kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi

yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk

ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal,

rasa malu dan sebagainya.

Page 26: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam pertandingan 100 meter, masalah beremosi negatif, perasaan dan

pemikiran yang takut menghadapi kekalahan kepada pihak lawan berlaku di apa jua

peringkat pertandingan. Kebanyakkan peserta dalam acara 100 meter akan merasa

gementer sebelum perlawanan berlangsung, perasaan tertekan ini meningkat secara

magnitud semasa pertandingan. Biasanya, atlit 100 meter menimbulkan perasaan

bimbang dan berasa tertekan kerana kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai dan

dibanding dengan orang lain. Selain itu, tahap kebimbangan atlit akan meningkat

khususnya apabila seseorang atlit tewas sesuatu perlawanan khususnya kepada pihak

lawan yang lebih lemah. Atlit akan merasa kurang keyakinan untuk menhadapi

perlawanan seterusnnya. Denyutan jantung akan meningkat di garisan permulaan

mahupun sebelum masuk ke padang.

Pendek kata, perasaan kebimbangan akan mengakibatkan atlit 100 meter tidak

dapat memberikan prestasi sebenar semasa pertandingan dan tidak dapat merealisasi

tujuan yang ditetapkan. Rentetan daripada itu, pelbagai stategi dan teknik telah

digunakan untuk membantu mengurangkan masalah kebimbangan yang timbul di

kalangan atlit.

1.2.1 Penyataan Masalah

Dalam pertandingan acara 100 meter, masa pertandingan adalah singkat iaitu

dalam lingkungan 9 saat hingga 13 saat. Di peringkat yang lebih tinggi, pemenang akhir

biasanya akan ditentukan dalam masa yang kurang daripada satu saat. Oleh kerana acara

Page 27: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

5

100 meter adalah acara yang mendesak, perasaan kebimbangan dan keadaan stres sering

timbul di kalangan atlit secara automatik dan perasaan ini merupakan musuh utama

menganggu prestasi sebenar atlit 100 meter dalam pertandingan .

Di peringkat antarabangsa, kita sering kali melihat atlit-atlit luar negara

mendengar “MP3 Player” ketika masuk ke tempat pertandingan. Misalnya Micheal

Phelps, seorang ahli renang wakil USA yang sering mendengar muzik setiap kali

sebelum memulakan perlawanan. Adakah teknik pendengaran muzik ini membantu

mengatasi masalah kebimbangan? Kajian yang diimplementasikan ini adalah untuk

mengenalpasti kesan mendengar muzik terhadap tekanan dan kebimbangan yang dialami

oleh atlit 100 meter dalam situasi yang kompetitif dengan menggunakan alat maklum

balas biologi Polar Heart Rate S720i dan soal-selidik STAI, SCAT, dan CSAI-2.

1.3 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk mencerakin kesan dan pengaruh pendengaran

muzik terhadap tahap keyakinan diri dan perasaan bimbang sehingga takut dan gementar,

tidak selesa, lebih tertekan, perasaan tidak yakin pada diri sendiri, otot terasa tertekan,

reaksi fizikal, dan hanya memikirkan perkara-perkara negatif yang sering dialami oleh

atlit 100 meter semasa pertandingan dengan menggunakan alat maklum balas biologi

Polar Heart Rate S720i dan soal-selidik STAI, SCAT, dan CSAI-2. Objektif kajian ini

adalah membolehkan atlit bertanding dengan rasa seronok dan tidak tertekan oleh

kebimbangan takut gagal serta boleh memberikan prestasi cemerlang semasa

pertandingan

Page 28: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

6

1.4 Hipotesis Kajian

1.4.1 Hipotesis Altenatif

Terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret, kebimbangan stet

dan keyakinan diri bagi atlit 100 meter sebelum bertanding larian 100 meter dan selepas

mendengar muzik.

1.4.2 Hipotesis Null

Tidak terdapat perubahan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret, kebimbangan

stet dan keyakinan diri bagi atlit 100 meter sebelum bertanding larian 100 meter dan

selepas mendengar muzik.

1.4.3 Hipotesis Altenatif

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung sebelum

bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik.

Page 29: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

7

1.4.4 Hipotesis Null

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung

sebelum bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik.

1.5 Persoalan Kajian

a) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret,

kebimbangan stet dan keyakinan diri atlit sebelum bertanding larian 100 meter dan

selepas mendengar muzik?

b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung sebelum

bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik?

c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret,

kebimbangan stet dan keyakinan diri serta kadar denyutan jantung di kalangan atlit lelaki

dan perempuan sebelum bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik?

Page 30: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

8

1.6 Kepentingan Kajian

Data dan maklumat yang diperolehi dari kajian ini dapat digunakan sebagai

kaedah tambahan untuk atlit 100 meter mengurangkan dan mengatasi masalah

kebimbangan yang sering mengganggu atlit mereka. Melalui kajian ini, atlit yang

melibatkan diri dalam acara 100 meter dapat meningkatkan potensi mereka setelah

berjaya mengatasi masalah kebimbangan dalam pertandingan. Ekoran daripada itu,

kajian ini mampu mengubah situasi latihan atau pertandingan yang membosankan kepada

situasi yang menyeronokan. Rentetan daripada itu, kajian ini juga membantu atlit 100

meter mengawal kebimbangan yang dialami semasa pertandingan.

Kajian yang diimplementasikan ini mampu membantu atlit membentuk dan

mempertingkatkan keyakinan diri mereka supaya dapat mereka memberikan tumpuan

sepenuh perhatian kepada kemahiran bagi meningkatkan prestasi, kerana jika atlit dapat

memberikan konsentrasi semasa pertandingan, perasaan bimbang akan dapat

dikurangkan. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan membolehkan atlit 100 meter

mengstabilkan mental dan emosi supaya sentiasa dalam keadaan selesa dan tenang.

Kajian ini telah memberi sumbangan kepada atlit membuat interpretasi sendiri tentang

tahap kebimbangan.

Page 31: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

9

1.7 Batasan Kajian

Batasan kajian ini adalah seperti yang berikut:

I. Bilangan sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah jumlah kecil iaitu seramai

12 subjek sahaja.

II. Pemilihan muzik mungkin tidak sesuai untuk semua sampel.

III. Soal-selidik STAI, SCAT, CSAI-2 menumpukan kepada pendapat sampel-

sampel. Oleh itu, ia lebih bersifat subjektif

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Polar Heart Rate S720i

Sesuatu alat maklum balas biologi yang digunakan untuk mengukur kadar

denyutan jantung atlit.

Page 32: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN … · 3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28 3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29 3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30

10

1.8.2 STAI (State Trait Anxiety Inventory)

Soal selidik yang khas untuk mengukur tahap kebimbangan tret atlit sukan.

Dalam soal selidik ini mempunyai 20 soalan yang telah ditetapkan. Tahap kebimbangan

ditentukan mengikut jumlah skor yang diperolehi.

1.8.3 SCAT (Sport Competition Anxiety Test)

Soal selidik yang khas untuk mengukur tahap kebimbangan stet atlit sukan.

Dalam soal selidik ini mempunyai 15 soalan yang telah ditetapkan. Tahap kebimbangan

ditentukan mengikut jumlah skor yang diperolehi.

1.8.4 CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory-2)

Soal selidik yang khas untuk mengukur tahap kebimbangan kognitif,

kebimbangan somatik dan keyakinan diri atlit sukan. Dalam soal selidik ini mempunyai

3 bahagian dan setiap bahaian mempunyai 9 item.