laporan - kaedah persampelan

11
Apa itu persampelan? Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Syed Arabi Idid (1992): Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi.” Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa; “The unbiased selection of the test population is called sampling.’ Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak kira sains tulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka. Contoh1: Jika kita ingin mengetahui atau menilai pemahaman pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap konsep 1Malaysia. Keseluruhan pelajar universiti merupakan populasi. Sebahagian daripada pelajar yang dipilih dalam kajian merupakan sampel. Misalnya pelajar dalam kelas tertentu. Hasil tinjauan tadi akan mewakili pemahaman keseluruhan populasi pelajar UMS terhadap konsep 1Malaysia. Kenapa persampelan penting dalam kajian? 1.Kos perbelanjaan yang lebih rendah. 2.Masa penggumpulan dan penganalisisan data yang banyak lebih singkat. 3.Membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada sebahagian kecil populasi. 4.Penyelidik dapat membuat liputan kajian yang lebih luas dalam masa yang singkat. Kaedah-kaedah persampelan. Pensampelan kebarangkalian.

Upload: alex-sent

Post on 02-Dec-2015

11.969 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan - kaedah persampelan

Apa itu persampelan?

Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu.

Syed Arabi Idid (1992): Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi.”

Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa; “The unbiased selection of the test population is called sampling.’

Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak kira sains tulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka.

Contoh1: Jika kita ingin mengetahui atau menilai pemahaman pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap konsep 1Malaysia. Keseluruhan pelajar universiti merupakan populasi. Sebahagian daripada pelajar yang dipilih dalam kajian merupakan sampel. Misalnya pelajar dalam kelas tertentu. Hasil tinjauan tadi akan mewakili pemahaman keseluruhan populasi pelajar UMS terhadap konsep 1Malaysia.

Kenapa persampelan penting dalam kajian?

1. Kos perbelanjaan yang lebih rendah.2. Masa penggumpulan dan penganalisisan data yang banyak lebih singkat.3. Membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

daripada sebahagian kecil populasi.4. Penyelidik dapat membuat liputan kajian yang lebih luas dalam masa yang

singkat.

Kaedah-kaedah persampelan.

Pensampelan kebarangkalian.

Pensampelan kebarangkalian ialah satu teknik pensampelan di mana setiap

ahli dalam populasinya mempunyai peluang untuk dipilih sebagai responden

dalam kajian. Persampelan ini memerlukan sekumpulan responden diambil

berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi mengambarkan secara keseluruhan populasi

yang hendak dikaji. Prinsip utamanya ialah untuk menjelaskan keseluruhan

populasi. Individu yang diambil sebagai sampel haruslah mempunyai kesemua

variasi yang wujud dalam populasi tersebut. Oleh itu,pensampelan

kebarangkalian akan digunakan oleh penyelidik apabila memerlukan penjelasan

Page 2: laporan - kaedah persampelan

statistik yang tepat untuk populasi yang besar. Sebagai contoh, untuk meneliti

peratusan populasi yang menganggur. Lazimnya penyelidikan tinjauan yang

berskala besar akan mengunakan kaedah pensampelan kebarangkalian.

Jenis-jenis pensampelan kebarangkalian.

Terdapat empat jenis pensampelan kebarangkalian iaitu:

a) Pensampelan rawak mudah

b) Pensampelan sistematik

c) Pensampelan berstrata atau berlapis ; dan

d) Pensampelan kelompok

Pensampelan rawak mudah (simple random sampling).

Pensampelan rawak mudah ialah pensampelan di mana setiap elemen dalam

populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. De

Vaus (1985) telah menyenaraikan lima tahap yang perlu seseorang lakukan

dalam pensampelan rawak mudah iaitu :

a) Mendapatkan satu rangka pensampelan yang lengkap.

b) Memberikan tiap-tiap ahli satu nombor khas.

c) Menentukan saiz pensampelan.

d) Memilih ahli-ahli mengikut saiz sampel yang telah ditentukan berdasarkan

jadual nombor rawak ; dan

e) Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.

Unsur ataupun elemen bagi pensampelan rawak mudah boleh diperolehi

daripada beberapa cara, contohnya seperti cabutan loteri atau daripada jadual

nombor rawak. Jadual nombor rawak ini boleh didapati daripada komputer, buku-

buku statistik atau penyelidikan dan sebagainya. Dalam kaedah cabutan “loteri”

pula, setiap nama yang terdapat di dalam populasi dimasukan ke dalam satu

bekas. Sebagai contoh ialah memilih nama penuntut dari semua penuntut yang

berdaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Andaikan UMS mempunyai 15000

orang penuntut. Setiap nama penuntut UMS akan ditulis dalam kertas dan

diletakan dalam sebuah balang ataupun bekas. Jika jumlah populasi tersebut

adalah 15000 orang maka kebarangkalian cabutan bagi tiap-tiap satu elemen

ataupun ahli ialah 1/15000. Dengan itu, setiap nama penuntut yang terpilih itu

Page 3: laporan - kaedah persampelan

tidak sedikit pun menjejaskan peluang penuntut lain yang belum di pilih

namanya dari balang tersebut. Penyelidik akan mencabut kertas dalam baling

tersebut secara rawak.

Pensampelan sistematik (systematic sampling).

Elemen dari sampel tidak dipilih secara rawak mudah, tetapi mengunakan

strategi tertentu. Sebagai contoh, setiap penuntut yang kelima dipilih dari daftar

nama penuntut (kerangka pensampelan) sebagai sampel kajian. Namun , ada

sarjana yang menganggap kaedah ini tidak termasuk dalam pensampelan

kebarangkalian, kerana ia mengetepikan semua orang yang berada antara

setiap elemen yang dipilih (Black & Champion, 1976). Peluang yang sama tidak

diberikan kepada elemen-elemen untuk dipilih dalam sampel. Beberapa perkara

mungkin mengancam kerawakan pensampelan melalui kaedah ini. Sebagai

contoh ialah komposisi bangsa di Malaysia merupakan satu masalah. Misalnya,

pengkaji mendapatkan satu senarai nama dan memberikan angka dari 1 hingga

100. Katakanla penkaji ingin memilih 20 nama sahaja dari 100 orang secara

sistematik, iaitu dengan melangkau 10 nama. Di Malaysia, kerana masyrakat

majmuknya, satu kawasan mungkin terdapat bangsa melayu yang melebihi

bangsa lain. Kemungkinan dalam hal ini kita akan mendapat lebih ramai bangsa

melayu dan ini tidak seimbang seperti yang diperlukan menurut sistem rawak.

Pensampelan berstrata/berlapis (stratified sampling).

Kadangkala dalam satu populasi itu terdapat beberapa kategori. Dalam

satu sampel yang mewakili sebuah populasi mempunyai beberapa kategori yang

berbeza. Dalam sampel tersebut haruslah merangkumi ahli-ahli yang terpilih

daripada semua jenis kategori dalam populasi tersebut. Dalam hal ini, penyelidik

akan membahagikan kerangka pensampelan ataupun populasi tersebut kepada

beberapa kumpulan atau strata. Tiap-tiap kumpulan itu dikenali sebagai strata

ataupun lapisan. Daripada tiap-tiap lapisan ataupun strata itu, pengkaji akan

memilih seperti yang dilakukanya untuk memilih sampel dalam rawak mudah.

Melalui cara ini, perwakilan yang lebih besar dapat ditentukan. Sebagai contoh,

dalam satu populasi sekolah menengah kebangsaan kota marudu terdapat 70

peratus perempuan dan 30 peratus lelaki. Penkaji akan mengasingkan populasi

Page 4: laporan - kaedah persampelan

ini kepada dua lapisan ataupun strata. Satu lapisan hanya terdapat lelaki dan

satu lapisan lagi ialah lapisan perempuan. Daripada dua lapisan ini, pengkaji

akan memilih secara rawak unsur dan jumlah unsur yang diperlukan mengikut

prinsip pensampelan rawak mudah.

Pensampelan berkelompok (cluster sampling).

Kadangkalanya seorang pengkaji perlu membuat kajian yang meliputi

kawasan yang luas. Dengan sumber tenaga dan kewangan yang terdapat

padanya, pengkaji akan mendapati sukar untuk ia menjalankan tugas meliputi

semua kawasan. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji akan mengunakan

pensampelan kelompok. Dalam pensampelan kelompok, pengkaji akan

membahagikan kawasan tempat kajian dijalankan. Pengkaji perlu mengenal

pasti tiap-tiap satu bahagian. Pengkaji mungkin boleh memberikan nombor bagi

tiap-tiap satu bahagian dan memilih beberapa bahagian sebagai sampel sahaja.

Selepas ditentukan bahagian-bahagian secara rawak, langkah seterusnya ialah

pengkaji akan memilih elemen daripada tiap-tiap bahagian secara rawak pula.

Pemilihan elemen ini dapat dilakukan apabila pengkaji memperolehi senarai

elemen yang terlibat.

Berikut adalah prosedur untuk melaksanakan pensampelan kelompok:

a) Mengenal pasti kerangka pensampelan.

b) Menentukan saiz sampel.

c) Kenal pasti dan senaraikan kelompok yang menepati kajian.

d) Anggarkan purata bilangan subjek yang terdapat daam setiap

kelompok dalam populasi tersebut.

e) Gunakan jadual nombor rawak untuk memilih bilangan kelompok

yang bersesuaian.

f) Pengkaji boleh memilih elemen secara rawak dari kelompok

tersebut ataupun mengunakan keseluruhan kelompok.

Sebagai contoh, diandaikan bahawa kajian yang akan dijalankan adalah

melibatkan populasi yang besar, iaitu yang melibatkan sebanyak 50 000

keluarga. Pengkaji ingin mendapatkan 200 buah keluarga sahaja. Oleh itu, salah

Page 5: laporan - kaedah persampelan

satu cara ialah mendapatkan satu senarai yang yang mengandungi nama

keseluruhan 50 000 ahli keluarga itu. Seterusnya, pengkaji perlu

membahagikan-bahagikan kawasan bandar tersebut kepada 500 kawasan. Ini

dilakukan dengan membuat garis di atas peta sahaja. Selepas itu, penkaji akan

memilih 4 kawasan daripada 500 kawasan yang secara rawak. Diandaikan

setiap kawasan mempunyai seramai 500 orang keluarga. Satu rangka

pensampelan yang lengkap dapat diperolehi. Pengkaji secara rawak boleh

membuat keputusan memilih 2000 orang responden, iaitu dengan memilih 500

orang dari setiap empat kawasan tersebut, menjadikan jumlah keseluruhanya

2000 (500 x 4 kawasan).

Pensampelan bukan kebarangkalian.

Dalam kajian sains sosial, terdapat keadaan yang tidak membenarkan

seseorang penyelidik mengunakan kaedah pensampelan kebarangkalian seperti

kajian mengenai kawasan setinggan. Pensampelan kebarangkalian tidak dapat

digunakan dalam kajian mengenai setinggan kerana tidak wujud senarai nama

yang lengkap untuk penduduk setinggan. Dalam situasi yang sedemikian

penyelidik akan mengunakan pensampelan bukan kebarangkalian.Namun,

pensampelan bukan kebarangkalian pula tidak memberi peluang kepada semua

elemen dalam populasi itu untuk terpilih. Pensampelan bukan kebarangkalian

lebih tertumpu kepada pemilihan bercorak mudah dan bertujuan. Oleh itu,

kelemahan pensampelan ini ialah sampel yang diperolehi tidak dijamin dapat

mewakili populasi yang dikaji. Terdapat empat jenis pensampelan bukan

kebarangkalian iaitu:

a) Pensampelan mudah.

b) Pensampelan bertujuan atau penilaian.

c) Pensampelan rantaian (snowball); dan

d) Pensampelan kuota.

Pensampelan mudah.

Pensampelan ini adalah asas dalam pensampelan bukan kebarangkalian.

Pensampelan ini agak mudah dilakukan kerana hanya menumpukan kepada

subjek yang sedia ada seperti menjalankan temubual dan soal selidik di mana-

mana lokasi. Kelemahan pensampelan ini ialah tidak dapat memastikan

Page 6: laporan - kaedah persampelan

kewakilan sesebuah populasi yang dikaji. Contohnya, penyelidik menjalankan

kajian soal selidik mengenai pandangan pelajar terhadap konsep 1 malaysia.

Borang soal selidik diedarkan di dua buah kelas iaitu kelas jam 9 hingga 10 pagi

dan juga kelas 7 hingga 9 malam. Keputusanya adalah berbeza antara dua kelas

tersebut kerana kelas sebelah pagi terdiri daripada pelajar sepenuh masa dan

kelas sebelah malam terdiri daripada pelajar separuh masa yang telah berkerja.

Oleh itu, peyelidik perlu berhati-hati agar responden yang dipilih adalah mewakili

populasi yang dikaji.

Pensampelan bertujuan (purposive sampling).

Memilih sampel dari satu populasi yang dikaji mengikut tujuan kajian

dinamakan pensampelan bertujuan. Biasanya, pensampelan ini adalah untuk

kajian awalan atau penerokaan dan juga untuk menguji sesuatu teori. Dalam

pensampelan bertujuan, penyelidik akan memilih responden mengikut

pertimbanganya sendiri iaitu yang paling sesuai dengan tujuan kajianya.

Lazimnya, individu yang terpilih sebagai responden dalam pensampelan

bertujuan mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa saja bahan yang

berkaitan dengan tujuan kajian penyelidik. Sebagai contoh ialah kajian

mengenai kegiatan pelacuran dalam kalangan remaja. Setelah menjalankan

tinjauan, penyelidik mungkin Berjaya mendapat beberapa kelompok remaja

yang pernah menjalankan kegiatan pelacuran. Kelebihan pensampelan ini ialah

penyelidik boleh mengunakan kemahiran dan pengetahuannya yang lalu dalam

memilih subjek kajian dalam kajianya yang akan datang.

Pensampelan rantaian (chain referral) atau bola salji (snowball

sampling)

Pensampelan jenis ini sesuai digunakan apabila individu dalam populasi

yang hendak dikaji sukar ditentukan seperti setinggan, pelacur dan

sebagainya.Penkaji akan mengumpul data dari beberapa sampel dalam

sesebuah populasi yang telah dikenal pasti dan meminta responden yang telah

Page 7: laporan - kaedah persampelan

dikenal pasti itu untuk memberitahu maklumat yang diperlukan untuk mengesan

ahli-ahli lain yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kajian penyelidik.

Sebagai contoh, penyelidik mengkaji mengenai punca-punca yang

mempengaruhi remaja meminum minuman keras. Melalui tinjauan yang

dilakukan, penyelidik Berjaya menemui seorang remaja yang meminum

minuman keras dan mula menemubual remaja tersebut. Setelah itu, penyelidik

meminta agar remaja tersebut memperkenalkan kepadanya rakan-rakan remaja

tersebut yang turut meminum minuman keras. Proses ini akan berterusan

sehingga nama-nama remaja yang sama di rujuk berulang kali.

Pensampelan kuota

Pensampelan kuota ialah pensampelan berstrata ataupun berlapis, tetapi

pemilihan dalam tiap-tiap strata atau lapis tidak ditentukan melalui prinsip

kebarangkalian (Moser dan Kalton, 1972 : 127). Sebagai contoh , dalam satu

populasi, penkaji membahagikan populasi tersebut kepada beberapa kategori.

Misalnya kajian mengenai pendapat umum mengenai konsep 1 malaysia. Pada

tahap pertama penkaji mungkin menentukan wilayah dan daerah yang darinya

kita akan menemubual reponden. Kemudian memilih bandar dan desa secara

rawak. Kemudian mendapatkan jumlah lelaki dan perempuan di kawasan

tersebut. Selepas itu, penyelidik akan menentukan jumlah lelaki dan perempuan

melayu, cina, dan india yang harus ditemubual. Katakanla penemubual diminta

menemubual 8 orang perempuan melayu, 6 orang lelaki cina dalam lingkungan

umur 18-30 tahun dan 4 orang wanita india, dan separuh daripada responden

tersebut dikehendaki mempunyai pendapatan kurang daripada rm 1500. Setelah

itu, Penemubual bebas memilih reponden mengikut kuota tersebut.

Page 8: laporan - kaedah persampelan

Adakah kajian sains sosial mesti mengunakan kaedah persampelan?

Menurut pandangan daripada penyelidik, kaedah persampelan merupakan

satu kaedah penggumpulan maklumat yang selaluya digunakan dalam kajian

sains tulen. Namun, kaedah ini boleh juga digunakan dala kajian sains sosial.

Daripada tinjauan yang dijalankan, hampir semua penyelidik atau pemikir sains

sosial telah mendapati bahawa menemu bual atau memilih sebahagian daripada

keseluruhan populasi akan memberi kesimpulan yang sama terhadap populasi

(Syed Arabi Idid, 1992).

Sedar atau tidak, kajian sains sosial sebenarnya kerap kali mengunakan kaedah

persampelan dalam kajiannya. Namun, dalam keadaan tertentu, kaedah

persampelan boleh tidak diamalkan dalam sains sosial memandangkan ianya

lebih dominan dalam pengkajian sains tulen.

Rujukan

1. Syed Arabi Idid. 1992. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB).

2. Mohd Sheffie Abu Bakar. 1991. Methodologi Kajian Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Gordon J. Fielding. 1974. Geografi as Social Science. New York: McGraw-Hill Book Company.

4. Ismail Yusoff. 2008. Pengenalan Sains Sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Page 9: laporan - kaedah persampelan