laporan cadangan kaedah pembayaran balik - edited

Upload: aisyah-rasdi

Post on 08-Jul-2015

1.542 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KAEDAH PILIHAN PEMBAYARAN BALIK MODAL PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKANLaporan disediakan kepada Tuan DSP Nazely Bin Mohd Said Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Bagi Pihak Ketua Polis Kelantan

BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 2011

1

KANDUNGAN1. PENDAHULUAN 1.1 PAKEJ PEMELIHARAAN DAN PENJUALAN IKAN KELI AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKAN 2. LATARBELAKANG USAHAWAN 2.1 BUTIR-BUTIR PERIBADI 3. LATARBELAKANG PROJEK 3.1 BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN/SYARIKAT 3.2 CADANGAN PROJEK YANG AKAN DIJALANKAN 4. CADANGAN KAEDAH PILIHAN PEMBAYARAN BALIK MODAL PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKAN 4.1 PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI PINJAMAN 4.2 PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI PENJUALAN ASET KENDERAAN 4.3 PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI TUKARAN KEPADA SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD 4.4 PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI TUKARAN KEPADA SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA AZZ MARKETING BERHAD 5.0 6.0 KESIMPULAN / JUSTIFIKASI LAMPIRAN

MUKA SURAT

3 5

6&7 8,9 & 10

11 & 12 13

2

1.0

PENDAHULUAN

Tujuan laporan kaedah pilihan pembayaran balik modal pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise (KT 0237581-M) ini disediakan adalah untuk memaklumkan kepada Pihak Polis Kelantan mengenai situasi dan status terkini modal pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise dan kaedah yang akan digunapakai untuk menyelesaikan pembayaran balik modal pemilik pakej yang telah ditamatkan secara rasmi pada 4 Jun 2011.

Penamatan kontrak tersebut telah diadakan di New Pasific Hotel, Kota Bharu yang dihadiri oleh Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise dan juga para pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise yang mana satu keputusan telah dicapai iaitu Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise bersetuju untuk membayar balik modal sahaja pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise dengan cara menggadaikan aset-aset yang dimiliki untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dan akan membayar balik modal pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise selewatlewatnya pada 30 September 2011 tertakluk dan bergantung kepada kelulusan penggadaian aset untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman daripada institusi kewangan.

1.1 PAKEJ PEMELIHARAAN DAN PENJUALAN IKAN KELI AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKAN

Pakej pemeliharaan dan penjualan ikan keli AZZ Marketing Enterprise ditawarkan kepada orang ramai secara besar-besaran bermula pada awal bulan Mei 2008. Pakej berkenaan berkongsepkan upah pelihara secara pawah yang mana modal yang diberikan oleh pemilik pakej digunakan oleh AZZ Marketing Enterprise untuk membeli peralatan ternakan dan kemudahan ternakan untuk tujuan pemeliharaan ikan keli dan pemilik pakej akan dibayar pulangan keuntungan berdasarkan tuaian hasil jualan ikan keli yang matang setelah ditolak terlebih dahulu dengan kos-kos pemeliharaan. Penternakan ikan keli dipelihara di tapak-tapak AZZ Marketing Enterprise berikut:

3

NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

LOKASI TAPAK TERNAKAN Kolam ternakan utama di Lot 765, Mukim Kiat, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Sangkar ternakan di Kg. Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan Sangkar ternakan di Sungai Selehong, Tumpat Kolam ternakan di Kg. Morak, Tumpat. Sangkar ternakan di taliair Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan. Sangkar ternakan di tali air Bakong, Pasir Mas, Kelantan. Kolam ternakan dan pembenihan di Pantai Remis, Perak.

Kontrak pemeliharaan dan penjualan ikan keli AZZ Marketing Enterprise terpaksa ditamatkan secara rasmi pada 4 Jun 2011 kerana AZZ Marketing Enterprise tidak memiliki pendaftaran skim kepentingan untuk menguruskan pakej yang ditawarkan dan telah diarahkan ditamatkan oleh SSM sebaik sahaja prospektus Skim Kepentingan Raja Keli AZZ Marketing Berhad diluluskan oleh SSM pada 6 Mei 2011. AZZ Marketing Enterprise juga telah dikenakan kompoun oleh SSM diatas kesalahan menawarkan pakej kepada orang ramai sejak Mei 2008 tanpa memiliki pendaftaran skim kepentingan dan kompoun tersebut telah dibayar kepada SSM pada awal bulan Jun 2010 dan Penubuhan AZZ Marketing Berhad (884774-V) adalah untuk membolehkan skim kepentingan didaftarkan.

Selaras dengan penamatan kontrak pemeliharaan dan penjualan ikan keli tersebut, tapak-tapak ternakan di bawah AZZ Marketing Enterprise ini dihentikan operasi pemeliharaan ikan keli untuk membolehkan kelengkapan dan medium ternakan ikan di tapak-tapak tersebut dipindah dan dijual kepada AZZ Marketing Berhad untuk digunapakai di Tapak Ternakan Ikan Tilapia di Beruas, Perak yang sedang didaftarkan di bawah skim kepentingan Raja Tilapia di SSM yang merupakan skim berdaftar kedua di bawah AZZ Marketing Berhad selepas Skim Kepentingan Raja Keli.

AZZ Marketing Berhad akan membeli kelengkapan ternakan tersebut daripada AZZ Marketing Enterprise dengan dana daripada kemudahan pembiayaan pinjaman yang sedang dipohon melalui Kementerian Kewangan Malaysia.

4

2.0

LATARBELAKANG USAHAWAN

2.1

BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama No. Kad Pengenalan Alamat Tetap

Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim 860531-29-5961 D2, QTRS Guru, Sek. Men. Teknik Pasir Mas, 17020 Pasir Mas, Kelantan

Tarikh Lahir Umur Jantina Taraf Perkahwinan Warganegara

31 Mei 1986 25 Tahun Lelaki Berkahwin Malaysia Diploma Pengurusan Hartanah, UiTM Sri Iskandar, Perak Islam 1. Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise

Taraf Pendidikan

Agama

Jawatan Dalam Syarikat

2. Ketua Pegawai Eksekutif AZZ Marketing Berhad 3. Pengarah I AZZ Marketing Berhad

5

3.03.1

LATARBELAKANG PROJEK / PERNIAGAANBUTIR-BUTIR PERNIAGAAN / SYARIKAT

Projek Penternakan Ikan Keli dan Ikan Tilapia bagi Nama Projek Skim Kepentingan Raja Keli Dan Skim Kepentingan Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad. Nama Syarikat AZZ Marketing Berhad Tingkat 1, Bangunan Sapura, Lot 181 dan 195, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan. 884774-V Berhad menurut syer 05 Januari 2010 1) Lot 95 & Lot 103, Kg. Pok Sek, Mukim Lubuk Aching, Pasir Mas, Kelantan 2) Lot 1350 & Lot 1355, Kg. Banggol Seraya, Mukim Lubuk Aching, Pasir Mas, Kelantan Lokasi Projek Skim Raja Tilapia (Keluasan tapak adalah 10 ekar) No Tel. Pejabat No Fax Website Akaun AZZ Marketing Berhad 1) Lot 9190 & Lot 9196, Mukim Beruas, Manjung, Perak 09 - 744 9799 & 09 - 796 4307 09 - 748 9799 www.azz4u.com 0313-0000233-10-8 (CIMB)

Alamat Berdaftar Perniagaan

No Pendaftaran Perniagaan Jenis Perniagaan Tarikh Daftar Perniagaan Lokasi Projek Skim Raja Keli (Keluasan tapak adalah 10 ekar)

6

3.2

PROJEK YANG SEDANG DIJALANKAN DAN CADANGAN PROJEK YANG

AKAN DIJALANKAN

JENIS PROJEK

STATUS PROJEK

TARIKH BERMULA DAN BERAKHIR

TEMPOH PROJEK DAN SKIM

NILAI SKIM DIBENARKAN DITAWARKAN KEPADA ORANG RAMAI SETIAP 2 TAHUN

STATUS SKIM

Ternakan ikan keli bagi Skim Raja Keli

Sedang dijalankan

16 Jun 2011 15 Jun 2015

4 tahun

RM11,000,000 (nilai keseluruhan skim Raja Keli berdasarkan tempoh skim 4 tahun didaftarkan adalah RM32 juta dan RM22 juta dibenarkan ditawarkan kepada orang ramai)

Telah didaftarkan dan diluluskan pendaftaran skim kepentingan kongsi tani oleh SSM

Ternakan ikan tilapia bagi Skim Raja Tilapia

Belum bermula

Dijangka bermula 1 November 2011 30 Oktober 2031

20 tahun

RM33,000,000 (nilai keseluruhan skim Raja Tilapia berdasarkan tempoh skim 20 tahun didaftarkan adalah RM480 juta dan RM330 juta dibenarkan ditawarkan kepada orang ramai)

Permohonan pendaftaran skim kepentingan kongsi tani sedang diproses oleh SSM

7

4.0

KAEDAH PILIHAN PEMBAYARAN BALIK MODAL PEMILIK AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH

PAKEJ

DITAMATKAN (TERMASUK PEMEGANG CEK AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TIDAK DAPAT DITUNAIKAN)Antara kaedah pembayaran balik modal yang disediakan oleh pihak AZZ Marketing Enterprise yang boleh dipilih oleh pemilik pakej iaitu:-

4.1

PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI PEMBIAYAAN PINJAMAN

Pembiayaan pinjaman sedang dipohon oleh AZZ Marketing Berhad melalui Kementerian Kewangan Malaysia untuk membeli kelengkapan ternakan dan medium peliharaan ikan daripada AZZ Marketing Enterprise untuk digunakan di tapak ternakan ikan tilapia bagi Skim Kepentingan Raja Tilapia yang sedang didaftarkan di SSM. Pembiayaan pinjaman dilakukan adalah sebagai memenuhi kehendak surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise, En. Abdul Khairil Ridzuan Firdaus B. Abdul Rahim pada 4 Jun 2011 yang mana akan membayar kesemua modal sahaja pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise dengan menggadaikan aset AZZ Marketing Enterprise kepada institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman. Perjanjian pembayaran balik modal yang akan dilakukan selewat-lewatnya pada 30 September 2011 adalah tertakluk dan bergantung kepada tarikh kelulusan penggadaian aset tersebut di institusi kewangan berkenaan.

Status terkini permohonan pembiayaan pinjaman sedang dinilai oleh Agro Bank yang merupakan panel penilai bagi pihak Kementerian Kewangan Malaysia sebelum laporan lengkap yang disahkan oleh Agro Bank dihantar kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk diputuskan keputusan dan kelulusan di peringkat jawatankuasa pinjaman Kementerian Kewangan Malaysia. Cagaran pinjaman tersebut adalah tanah tapak ternakan ikan tilapia di Beruas, Perak dan juga simpanan tetap 10% daripada nilai jualan unit skim kepentingan Raja Tilapia yang akan dijual sebaik diluluskan kelak.

8

Sebaik sahaja pinjaman diluluskan, pembayaran balik modal kepada pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise akan dilakukan dengan dua cara iaitu:

a) Pembayaran modal penuh melalui pemberian tunai (bank draf)

yang mana akan

dibayar mengikut giliran no. ahli dan no. fail kontrak. Pembayaran secara berperingkat akan dimulakan dengan no ahli AZZ15*** dan no fail kontrak AZ15*** sehingga kesemua pemilik pakej dibayar. b) Pembayaran modal melalui pecahan tunai (bank draf) dan unit skim kepentingan Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad. Tawaran ini hanya akan diberikan selepas pinjaman diluluskan dan tiada paksaan dimana pemilik pakej yang berminat untuk menerima tawaran ini tidak perlu mengikut peringkat pembayaran balik modal penuh yang dibayar mengikut giliran no. ahli dan no. fail kontrak seperti yang tertulis di bahagian (a). Proses penukaran ini boleh dilakukan dengan segera selepas pinjaman diluluskan dan tertakluk kepada kekosongan kouta yang diperuntukan untuk skim kepentingan Raja Tilapia oleh SSM. Tawaran ini khas kepada pemilik pakej yang mempunyai nilai nilai pakej RM13,000 dan gandaan RM13,000 Contoh: Pemilik pakej yang mempunyai modal asal kontrak pemeliharaan dan penjualan ikan keli AZZ Marketing Enterprise bernilai RM13,000 yang mana sejumlah RM3,400 sahaja akan dibayar secara tunai (bank draf) manakala baki RM9,600 dibayar berdasarkan nilai tukaran sebanyak Enam (6) unit skim kepentingan Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad. Setiap unit skim Raja Tilapia adalah bernilai RM1,600.

4.2

PEMBAYARAN

BALIK

MODAL

MELALUI

PENJUALAN

ASET

KENDERAAN AZZ MARKETING ENTERPRISE

Dana yang diperolehi hasil daripada penjualan aset kenderaan hanya dibayar kepada pemegang no ahli AZZ15*** dan no fail kontrak AZ15*** sahaja dan pembayaran akan dilakukan tertakluk kepada penjualan aset kenderaan yang berjaya dijual.

4.3

PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI TUKARAN KEPADA UNIT

SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD

9

Ditawarkan kepada semua ahli dan pemegang kontrak AZZ Marketing Enterprise (AZ15*** sehingga AZ1***) yang mana setiap penukaran kontrak kepada unit skim kepentingan Raja Keli AZZ Marketing Berhad yang telah diluluskan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan cara menghantar SMS no. ahli pemilik dan no. fail kontrak serta bilangan unit skim kepentingan Raja Keli yang ingin dibeli kepada Pegawai Pemasaran AZZ Marketing Berhad (no hp : 016-9223073) dan pihak AZZ Marketing Berhad akan menghantar borang keahlian Skim Raja Keli melalui kiriman pos. Pemilik Pakej AZZ Marketing Enterprise yang berminat dengan tawaran ini hanya perlu membayar penambahan (top-up) sekurang-kurangnya RM800 sahaja untuk pembelian seunit skim Raja Keli yang bernilai RM1,600 seunit yang mana pembeli unit skim kepentingan Raja Keli AZZ Marketing Berhad akan menikmati hasil keuntungan setiap 3 bulan yang dijangkakan RM300 untuk setiap pusingan hasil (diandaikan harga pasaran borong semasa ikan keli adalah RM2.90 per kg) selama 8 pusingan hasil tuaian jualan ikan keli (2 tahun). Baki RM800 lagi daripada nilai modal satu unit skim Raja Keli akan dipotong atau ditolak daripada modal pemilik pakej terbabit di dalam kontrak AZZ Marketing Enterprise.

4.4

PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI TUKARAN KEPADA UNIT

SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA AZZ MARKETING BERHAD

Ditawarkan kepada semua ahli dan pemegang kontrak AZZ Marketing Enterprise (AZ15*** sehingga AZ1***) yang mana setiap penukaran kontrak kepada unit skim kepentingan Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad yang sedang dipohon pendaftaran skim kepentingan di SSM boleh dilakukan sebaik sahaja skim Raja Tilapia mendapat kelulusan rasmi dan pendaftaran prospektus yang dijangkakan seawal akhir bulan September atau Oktober 2011. Pemilik pakej AZZ Marketing Enberprise yang berminat dengan tawaran ini hanya perlu membayar penambahan (top-up) sekurang-kurangnya RM300 sahaja untuk pembelian seunit Skim Raja Tilapia yang bernilai RM1,600 seunit yang mana pembeli unit skim kepentingan Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad akan menikmati hasil keuntungan setiap 6 bulan yang dijangkakan RM540 untuk setiap pusingan tuaian hasil (diandaikan harga pasaran borong semasa ikan tilapia merah gred A adalah RM9.00 per kg) selama 4 pusingan tuaian hasil keuntungan jualan ikan tilapia (2 tahun). Pembayaran penambahan (top-up) sekurang-kurangnya RM300 untuk pembelian satu unit skim Raja Tilapia hanya perlu dilakukan apabila pelancaran skim kepentingan Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad diumumkan dan baki RM1,300 daripada nilai satu unit skim Raja Tilapia tersebut akan ditolak atau dipotong daripada modal pemilik pakej terbabit dalam kontrak AZZ Marketing Enterprise.

10

5.0

KESIMPULAN / JUSTIFIKASI

AZZ Marketing Enterprise sememangnya mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tinggi untuk memastikan kesemua pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise menikmati keuntungan dan dalam masa yang sama memastikan jaminan modal pemilik pakej. Atas sebab itu, kesemua keuntungan yang telah diberikan kepada pemilik pakej sejak bulan Mei 2008 sehingga bulan Feb 2011 tidak akan dituntut kembali dan dianggap keuntungan pemilik pakej berkenaan menyertai kontrak pemeliharaan dan penjualan ikan keli AZZ Marketing Enterprise. Bagi pemilik pakej yang tidak sempat menerima keuntungan dianggap sebagai risiko pelaburan. Namun begitu, modal asal semua pemilik pakej terbabit akan dibayar kembali sepertimana yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh pengarah urusan AZZ Marketing Enterprise pada 4 jun 2011 di New Pasitif Hotel, Kota Bharu, Kelantan yang telah dihadiri oleh sebahagian besar pemilik pakej untuk memastikan kesemua pemilik pakej tidak mengalami kerugian ke atas nilai modal mereka.

Masalah utama pembayaran balik modal pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise tidak dapat dilakukan dengan segera sebaik sahaja penamatan kontrak secara rasmi dilakukan pada 4 jun 2011 adalah kerana modal asal yang diberikan oleh pemilik pakej telah digunakan untuk membeli dan menyediakan kelengkapan dan medium peliharaan ikan keli yang menyebabkan pihak AZZ Marketing Enterprise tidak dapat membayar balik modal tanpa terlebih dahulu menjualkan kembali kelengkapan dan medium peliharaan ikan keli berkenaan kepada pihak lain untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibelanjakan dalam menyediakan kelengkapan dan medium ternakan berkenaan.

Pihak AZZ Marketing Enterprise sukar untuk mencari pembeli yang mampu untuk membeli kesemua kelengkapan dan medium ternakan tersebut memandangkan kelengkapan dan medium ternakan tersebut dalam kuantiti yang banyak. Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise melalui AZZ Marketing Berhad memutuskan untuk menggunakan dua keping tanah di Beruas, Perak yang dibeli diatas nama AZZ Marketing Berhad didaftarkan satu lagi skim kepentingan baru iaitu skim Raja Tilapia selepas pendaftaran skim Raja Keli diluluskan. Tujuan pendaftaran skim Raja Tilapia adalah untuk membolehkan AZZ Marketing Berhad memohon kemudahan pembiayaan pinjaman

11

bagi membeli kelengkapan dan medium ternakan daripada AZZ Marketing Enterprise untuk digunakan di tapak ternakan ikan tilapia di Beruas, Perak.

Kemudahan pinjaman tidak dapat dipohon melalui skim kepentingan Raja Keli yang telah diluluskan kerana projek ternakan ikan keli untuk skim Raja Keli berkenaan sedang dijalankan dan telah memiliki kemudahan dan medium ternakan yang lengkap manakala pembiayaan pinjaman oleh AZZ Marketing Enterprise juga tidak dapat dilakukan memandangkan AZZ Marketing Enterprise tidak memiliki pendaftaran skim kepentingan untuk meneruskan skim dan tanah yang digunakan juga adalah disewa dan tidak dapat digadaikan.

Dengan adanya kaedah pilihan pembayaran balik modal ini, pemilik pakej dapat memilih dan menentukan kaedah pilihan yang dikehendaki disamping dapat membuktikan kesungguhan dan keupayaan syarikat dalam membayar balik modal pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise kerana gabungan antara jumlah pembiayaan pinjaman daripada Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah RM22 juta, nilai Skim Raja Keli bernilai RM11 juta dan nilai Skim Raja Tilapia bernilai RM33 juta adalah melebihi daripada nilai baki modal pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise yang perlu dibayar kembali modal asal iaitu dianggarkan kira-kira RM30 juta.

Pihak AZZ Marketing Enterprise turut menyediakan medium rasmi dan khusus kepada pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise iaitu www.kppazzmarketing.blogspot.com untuk memastikan maklumat terkini dapat disampaikan dengan cepat dan dan berasingan daripada website rasmi utama iaitu www.azz4u.com/v1 yang lebih khusus kepada AZZ Marketing Berhad.

Tujuan pendaftaran skim

kepentingan

pula

dilakukan

adalah

untuk

meneruskan

kesinambungan perniagaan dalam jangka masa yang panjang sejajar dengan kehendak SSM dan dapat memberikan peluang pelaburan yang berdaftar dan sah melalui Skim Kepentingan Raja Keli yang telah diluluskan dan Skim Kepentingan Raja Tilapia yang sedang didaftarkan kepada rakyat Malaysia terutamanya pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise untuk terus menjana pendapatan sampingan dengan lebih terjamin seterusnya meningkatkan tahap dan kesejahteraan hidup dan diharap mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat.12

LAMPIRAN 1(PENDAFTARAN PERNIAGAAN AZZ MARKETING ENTERPRISE)

13

LAMPIRAN 2(TAPAK TERNAKAN AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKAN)

14

LAMPIRAN 3(PENDAFTARAN PERNIAGAAN AZZ MARKETING BERHAD)

15

LAMPIRAN 4(SALINAN SURAT PERJANJIAN PEMBAYARAN BALIK MODAL PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPISE YANG DITANDATANGANI PADA 4 JUN 2011 DISAKSIKAN OLEH PEMILIK PAKEJ)

16

LAMPIRAN 5(PERMOHONAN PEMBIAYAAN PINJAMAN MELALUI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA)

17

LAMPIRAN 6(SKIM RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD YANG TELAH DIDAFTARKAN DAN DILULUSKAN)

18

LAMPIRAN 7(PERMOHONAN PENDAFTARAN SKIM RAJA TILAPIA AZZ MARKETING BERHAD)

19

LAMPIRAN 8(SALINAN PEMBAYARAN BALIK MODAL YANG TELAH DILAKUKAN MELALUI PENJUALAN ASET KENDERAAN)

20

LAMPIRAN 9(SALINAN PEMBAYARAN BALIK MODAL MELALUI TUKARAN KEPADA UNIT SKIM RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD YANG DILAKUKAN)

21

LAMPIRAN 10(SALINAN AHLI SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD KUMPULAN PERTAMA YANG TELAH MENERIMA TUAIAN HASIL PERTAMA PADA 25 OGOS 2011 DAN KUMPULAN KEDUA YANG AKAN MENERIMA TUAIAN HASIL PERTAMA PADA 30 SEPTEMBER 2011)

22